Thursday 28 November 2013

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ MOTHER, BABY AND KIDS EXPO PWTC (MBK) (cerita 20)


14 September 2013 – 16 September 2013 (Jumaat - Ahad)

Jemputan EG Groups, ekspo MBK kali yang kelima anjurannya yang disertai oleh NKW. Yang kedua di PWTC yang disertai oleh NKW. Sebenarnya EG Groups dah buat kali yang ketiga di PWTC, MBK ekspo ini, cuma kali yang kedua iaitu pada bulan Mac, NKW tidak dapat menyertainya kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Cuma hantar sand – art kit untuk tajaan hadiah. Ekspo / karnival ini kali yang ke 13 kesemuanya.

Kita layan gambar dulu... Ekspo ini diadakan di Dewan 5, Dewan Merdeka, PWTC iaitu di tingkat 3 bukan di tingkat 2 sepertimana MKB PWTC bulan Januari lalu.







Lokasi memang kurang strategik, gerai NKW berada di pintu keluar ekspo. Walaupun hanya satu aliran trafik sahaja (pintu masuk dengan pintu keluar lain) para pengunjung, tambahan dengan bilangan pengunjung yang tidak begitu ramai – atas faktor tempat letak kereta berbayar, tempat tertutup, bukan waktu gaji, maka jualan NKW adalah kurang memberansangkan. Terdetik juga dalam hati penulis untuk tidak menyertai ekspo kali ini atas faktor MBK PWTC bulan Januari... tapi akhirnya NKW sertai juga. Tidak mengapa, sekurang – kurangnya selepas ini belajar untuk berkeras hati sikit.

Tidak banyak yang hendak diceritakan, cuma penulis berharap NKW akan terus maju dan berjaya setelah melalui banyak pengalaman sepanjang tahun 2013 dan mengambil kira faktor – faktor tertentu sama ada hendak menyertai sesuatu ekspo / karnival atau tidak. Salam.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ PARENTS AND KIDS EXPO KLCC (cerita 19)


30 Ogos 2013 – 1 Sept 2013 (Jumaat - Ahad)

Ini merupakan ekspo / karnival kali yang ke 12. Alhamdulillah sebab diberikan kekuatan dan semangat kerana dalam setahun banyak yang NKW pelajari. Dari sekecil – kecil ekspo sehinggalah sebesar ekspo. Dari semurah – murah sewa tapak yang ditawarkan sehingga sewa tapak yang mencecah ribuan. Ini semua pengalaman / ilmu yang tidak mungkin diperoleh dalam kelas universiti atau kelas dalam bilik darjah.

Ini ekspo yang pertama anjuran Harenet (penganjur seperti EG Groups). Mereka ini merupakan penganjur ekspo berkelas tinggi. Hanya melibatkan syarikat – syarikat terkenal. Ekspo ini diadakan di KLCC. KLCC mempunyai banyak dewan dan mempunyai keluasan yang begitu besar. Pengunjung yang datang pasti letih berjalan untuk mengunjungi semua gerai ‘exhibitor’ yang ada, walaupun pintu keluar masuknya melalui pintu yang sama.

Melalui ‘billboard’ iklan yang ada di Lebuhraya Persekutuan, NKW memberanikan diri menghantar email ke Harenet berhasrat untuk menyertai ekspo ini. Keesokan harinya NKW dihubungi oleh pihak Harenet dan berlakulah tawar menawar harga sewa tapak (dapat juga harga berpatutan, jika dibandingkan dengan sewa tapak karnival seumpama ini yang lain). Individu yang menghubungi NKW tidak pernah bersua muka dengan penulis berbanding individu EG GROUPS yang peramah dan sangat membantu.




Pengalaman NKW meng’loading’ barang. Istilah ‘loading bay’ sudah menjadi biasa bagi NKW, sejak terlibat dengan ekspo seumpama ini. ‘Loading bay’ merupakan tempat di mana kita letak kereta / lori pengangkut melalui pintu masuk yang ditetapkan untuk meletakkan barang di kawasan perniagaan. ‘Loading’ selalunya diadakan sehari sebelum ekspo bermula.

Sebelum ke ‘loading bay’ perlu ambil pas masuk dulu dan kemudian melapor diri ke pak guard. Rasa agak terpegun bila kali pertama memasuki dewan pameran KLCC. Pertama kali menyertai ekspo di tempat ekslusif seumpamanya – tidak mengapa, kutip pengalaman sebanyak mungkin.

Banyak pula pantang larangnya. Teringat penulis apabila mengangkat barang NKW ke gerai melalui pintu masuk utama – masa tu ekspo sudahpun bermula. Pak guard berkot tidak membenarkan menggunakan troli melalui pintu utama. Letih penulis turun balik ke tempat letak kereta (kene bayar RM8 sejam, selepas jam 7 malam kena bayar RM20 sekali masuk) dan simpan troli dalam kereta dan angkat barang dengan tangan. Aduh letihnya!.

Selain itu pantang larangnya ialah perlu berkasut dan berpakaian kemas untuk ‘exhibitor’ selain tidak boleh bawa masuk makanan luar ke ruang pameran. Walaupun pengunjung yang datang ada yang hanya memakai seluar pendek pergi ke ekspo tersebut. Ini yang susah ini kalau kita terikut – ikut sangat cara orang luar. Kan bagus kalau sesiapa yang nak pergi ke tempat – tempat eksklusif ini perlu memakai baju melayu dan kurung... semarakkan pakaian kebangsaan.


Ini kedudukan gerai NKW. Walaupun berdekatan dengan pentas utama tetapi agak tersorok. Terasa kehadiran NKW seperti ada, tapi kalau tidak ada pun tidak mengapa.



Cuba lihat dewan KLCC yang betul – betul besar dan luas. Sayup mata memandang. Hujung yang sana memang tidak nampak.

Ekspo ini memang ‘international’. Kenapa penulis berkata demikian? Kerana ekspo ini adalah ekspo berkenaan ‘early education childhood’, iaitu pendidikan awal kanak – kanak. Jadi yang menyertai ekspo ini merupakan pengamal – pengamal pendidikan yang sudah terkenal dan ‘well - established’. Tapi yang agak menyedihkan sedikit hati penulis ialah, dalam penulis jalan – jalan melihat gerai – gerai yang ada, sungguh kurang peniaga Melayu – Islam yang terlibat. Yang penulis jumpa ialah seorang peniaga yang menjual set pembelajaran berteraskan Islam. Ekspo ini betul – betul membuka mata penulis bahawa memang betul kata orang yang kita orang Melayu sangat sedikit yang terlibat dengan perniagaan yang melibatkan pendidikan awal kanak – kanak. Mungkin ada, tapi mereka tidak menyertai ekspo seumpama ini dan mungkin kita kuat dalam bidang perniagaan yang lain.



Nampak tak label NKW pada kod B009.

Untuk kesimpulan, mungkin selepas ini penulis akan memikirkan dulu, semasak – masaknya apabila untuk menyertai ekspo seperti ini yang diadakan di lokasi MAHAL dan eksklusif. Lokasi gerai itu penting seperti mana MBK Shah Alam (April), dan tidak seperti KARNIVALWOW Putrajaya yang mana lokasi gerai NKW, sememangnya tidak strategik. Jumpa lagi.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.