1MALAYSIA PAPER
AIRPLANE CONTEST (1MPAC)
Assalamualaikum w.b.t. sebagai
pembuka bicara.
Tarikh yang dinantikan akhirnya
tiba. Pertandingan Kapal Terbang Kertas yang julung kalinya diadakan di
Malaysia.
Pendaftaran terbuka kepada semua
warga Malaysia. Memang ada diiklankan di surat khabar, media elektronik serta
internet. Termasuk dalam fb. Pendaftaran terbuka bermula bulan April hari itu
sehingga hari pertandingan. Lama tu.
Penulis hanya tahu pertandingan
ini apabila PPDHL (Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat) menghantar surat
mengenai pertandingan ini. Penulis membuat pemilihan dengan mengadakan
pertandingan kapal terbang kertas peringkat sekolah. Memang mendapat sambutan
yang menggalakkan. Tetapi pada ketika ini tidak berapa tahu mengenai peraturan –
peraturannya yang sebenar.
Walaupun nampak macam pertandingan
yang remeh, namun pertandingan kapal terbang kertas ini telah dipertandingkan
di peringkat dunia. Pemenangnya ialah peserta dari Jepun yang berjaya
menerbangkan kapal terbang di udara selama 27 saat.
Juga ini
Untuk rekod dunia sila baca artikel ini : rekod kapal terbang kertas
Pertandingan kapal terbang kertas
ini buat pertama kalinya tahun 2012 diadakan di Malaysia hasil inisiatif
penganjur iaitu Well Add dan Pusat Sains Negara.
Nak
tahu lebih lanjut klik di sini : 1MPAC laman sesawang, 1MPAC fb
Sejarah tercipta....
Secara ringkas penulis akan
mencoret mengenai format pertandingan. Apa – apapun penganjur berhak mengubah
format pertandingan apabila diperlukan.
Melapor diri di kaunter
pendaftaran. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu, sekolah
rendah, sekolah menengah dan terbuka. Kategori sekolah menengah mempunyai
peserta yang paling ramai. Cuba bayangkan ada sekolah dari Pahang yang
menghantar sehingga 90 peserta.
Bagi peringkat sekolah rendah,
tidak tahu sebenarnya bilangannya. Namun kalau dikira lebih kurang 80 orang
sahaja.
Pertandingan bermula dengan
pusingan 1. Peserta dibahagikan kepada 5 orang satu kumpulan. Pada pusingan
pertama ini hanya seorang peserta sahaja layak ke peringkat yang seterusnya.
Peserta yang mana kapal terbang paling lama di udara dikira sebagai pemenang.
Peserta diminta untuk membuat
kapal terbang kertas (bebas) daripada kertas bersiri A4 80 gram yang
dibekalkan. 3 helai seorang peserta dan peserta menggunakan salah satu sahaja
kapal terbang kerana balingan yang dibenarkan hanya sekali sahaja. Peserta
membuat kapal terbang kertas di ‘holding
area’.
Juara setiap kumpulan akan mara ke
pusingan yang kedua.
Peserta dari sekolah penulis,
daripada 9 orang, 3 orang layak untuk pusingan yang seterusnya. Alhamdulillah.
Mereka dalam senarai 15 yang terbaik untuk pusingan yang kedua. Masih lagi
mengikut format pusingan yang pertama, peserta akan membaling kapal terbang
kertas dalam 5 orang sekumpulan. Namun kali ini masa akan diambil.
Setelah selesai 3 kumpulan membuat
balingan pusingan kedua, penulis mendapati salah seorang peserta sekolah
penulis berada di ranking yang kedua. Alhamdulillah ada harapan membawa balik
sesuatu.
Maju ke peringkat ketiga,
peringkat akhir. 10 peserta dengan masa terbaik diberi peluang untuk membuat
balingan. Alhamdulillah, sekolah penulis masih lagi mempunyai 3 orang wakil
tadi. Masih lagi menggunakan format balingan 5 orang sekumpulan.
Video balingan
juara
INI SEMUA AKAN TERPAHAT DALAM
SEJARAH SKTK.
*PERTANDINGAN YANG PERTAMA KALI
DIADAKAN MALAYSIA.
*BERJAYA MENEMPATKAN SERAMAI 3
ORANG WAKIL DALAM PERINGKAT AKHIR.
*BERJAYA MENDAPATKAN TEMPAT
PERTAMA UNTUK PERTANDINGAN YANG PERTAMA KALI DIANJURKAN.
*PESERTA YANG MENANG MERUPAKAN
JUARA MALAYSIA, CATATAN MASA PESERTA TERSEBUT AKAN MENJADI REKOD MALAYSIA.
*KEJAYAAN PALING BESAR YANG
DIKECAPI OLEH PANITIA SAINS SKTK dan JUGA SECARA PERIBADI. PENULIS BERASA AMAT
BANGGA DAN GEMBIRA YANG TERAMAT SANGAT.
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT
DAN YANG MEMBERI SOKONGAN.
ALHAMDULILLAH,
SEMUA INI KETENTUAN ALLAH DAN KITA BERUSAHA UNTUK MENDAPATKANNYA.