Wednesday, 29 April 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI KEJOHANAN BOLA BALING PIALA LEMBAH PANTAI (LPHC) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN – K75

Syukur Alhamdulillah. Selang beberapa edisi kejohanan bola baling yang dianjurkan oleh Kelab Bola Baling Harun, akhirnya KSATRIA HT berjaya menempatkan diri dalam kelompok 4 terbaik. Tahniah dan syabas kepada semua pemain P12 KSATRIA HT. Menyertai beberapa edisi perlawanan persahabatan (begitu juga L12 KSATRIA HT), merata tempat, mencari peluang untuk mengasah kemahiran dan mencari keserasian serta menterjemahkan taktikal permainan yang diterapkan oleh jurulatih dan pegawai. Disiplin permainan perlu ada.

Debaran setiap perlawanan yang diharungi tidak dapat digambarkan. Apabila nama KSATRIA dipanggil utk pemeriksaan nombor jersi dan diminta bersedia di tepi gelanggang, degupan jantung mulai kencang.

Bersedia dengan lebih awal, meneliti jadual, ‘warm-up’ 45 minit lebih awal sebelum memulakan aksi. Memastikan tubuh bersedia untuk digerakkan semaksima mungkin.

Pastikan tiada makanan berat diisi, hanya jajan menjadi alas perut, coklat dan pisang menjadi stimuli tenaga. Ditambahkan dengan bantuan ‘magic potion’ bagi mem’bangun’kan pemain.

Orang lain tak rasa apa yang kamu rasa sekarang. Debaran, syukur, kesungguhan, sakit, jatuh, ditarik tolak, penat, geram, gembira, marah, tidak puas hati, sabar, semangat berpasukan, keterujaan untuk menjaringkan gol... ini yang akan mematangkan permainan dan kemahiran kamu. Kita bersyukur dengan apa yang kita peroleh hari ini sama ada positif atau sebaliknya.

Pasukan L12 KSATRIA HT diundi dalam kumpulan di mana keempat – empat pasukan dibimbing oleh otai – otai bola baling. Kita tidak ‘kalah’ kerana kita tersingkir awal, namun di sini kita belajar dan ini akan menjadi pemangkin untuk pergi lebih jauh dan lebih kuat pada kejohanan akan datang. Fokus kepada matlamat kita. Permainan, ‘game play’ sangat – sangat positif. Sentiasa bermain – main bersungguh – sungguh sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Post-mortem akan dibuat bagi membaiki segala kelemahan yang dikenalpasti. Chaiyok L12 KSATRIA.

KEJOHANAN PIALA BOLA BALING LEMBAH PANTAI (LEMBAH PANTAI HANDBALL CUP) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN– U12
Tarikh : 25 – 26 April 2026
Kategori : P12; 25 April 2026 dan L12; 26 April 2026
Tempat : IWK Eco Park, Kuala Lumpur
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Kebangsaan
Anjuran : Kelab Bola Baling HARUN (BBHC)

Keputusan P12
Jumlah perlawanan : 5
1.KSATRIA / seKOSAS HT 7 vs 3 STEKHC
2.KSATRIA / seKOSAS HT 8 vs 0 WILDCATS JR
3.KSATRIA / seKOSAS HT 7 vs 6 VALKYRIE

SUKU AKHIR 
4.KSATRIA / seKOSAS HT 3 vs 2 SKTP2 JAGUAR

SEPARUH AKHIR 
5.KSATRIA / seKOSAS HT 3 vs 10 SEKEM HC 

PENENTU HADIAH (3 BERSAMA)
KSATRIA / seKOSAS HT 1 vs 4 VALKYRIE

Menang 4, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 27, Bolos 21
Beza Gol +6

Keputusan L12
Jumlah perlawanan : 3
1.KSATRIA / seKOSAS HT 5 vs 5 KACHONG HANDBALL
2.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 4 SKTPG
3.KSATRIA / seKOSAS HT 5 vs 9 BAIDURI WOLF

Menang 1, Belum menang 1, Seri 1
Jumlah jaringan 16, Bolos 18
Beza Gol -2

Terus Bersemangat ya, Fokus kpd matlamat, Tahniah dan Syabas.

Rejam Juara, Kita No. 1
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI PERLAWANAN PERSAHABATAN SK BUKIT JALIL 190426 – K74

Kali ini nak bawa pasukan lelaki pula yang bermain perlawananan persahabatan. Tapi, pasukan perempuan ikut sekali kerna ada ibu bapa yang boleh bawa pemain ke lokasi perlawanan.

Sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Bola Baling Piala Lembah Pantai 2026 pada minggu hadapan. Sebelum tu ada pasukan yang ajak ‘friendly’ tapi tiada rezeki untuk berjumpa.

PERLAWANAN PERSAHABATAN DI SK BUKIT JALIL
Tarikh : 19 April 2026
Kategori : L12, P12
Tempat : SK Bukit Jalil
Masa : 8 pg – 12 tgh
Peringkat : Perlawanan Persahabatan
Anjuran : SK Bukit Jalil

Keputusan L12
Jumlah perlawanan : 2
1.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 7 SK Seri Tasik
2.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 5 SK Bukit Jalil

Menang 1, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 12, Bolos 12
Beza Gol 0

Keputusan P12
Jumlah perlawanan : 2
1.KSATRIA / seKOSAS HT 8 vs 1 SK Taman Dato’ Harun
2.KSATRIA / seKOSAS HT 5 vs 10 SK Seri Tasik

Menang 1, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 13, Bolos 11
Beza Gol +2

Terus Bersemangat ya, Fokus kpd matlamat, Tahniah dan Syabas.

“Rejam Juara, Kita No. 1”
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

Tuesday, 14 April 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI PERLAWANAN PERSAHABATAN SK BUKIT JALIL 140426 – K73

Nampaknya SK Bukit Jalil buka gelanggang. Ambil peluang untuk pemain bermain memandangkan sudah lama berehat Ramadhan dan Berhari Raya. Bawa team P12, bawa cukup – cukup pemain 7 orang. Nanti bawa team lelaki L12 pula.

PERLAWANAN PERSAHABATAN DI SK BUKIT JALIL
Tarikh : 12 April 2026
Kategori : P12
Tempat : SK Bukit Jalil
Masa : 2 - 6 ptg
Peringkat : Perlawanan Persahabatan
Anjuran : SK Bukit Jalil

Keputusan P12 – Adhni, Qaseh, Sumiyyah, Aqilah, Naurah, Izzara, Sara
Jumlah perlawanan : 3
1.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 2 SK Bangsar 1
2.KSATRIA / seKOSAS HT 11 vs 3 SK Bangsar 2
3.KSATRIA / seKOSAS HT 8 vs 5 SK Bukit Jalil

Terus Bersemangat ya, Fokus kpd matlamat, Tahniah dan Syabas

Menang 3, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 25, Bolos 8
Beza Gol +17