Saturday, 20 June 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI PERLAWANAN PERSAHABATAN KKB FORTRESS 200626 – K78

Melibatkan 6 buah sekolah atau kelab Bola Baling L12. Para pemain menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi, komunikasi yang semakin baik dan bijak mengatur strategi permainan. 

Bertuah kerana berpeluang berhadapan dengan pasukan – pasukan terbaik.

Respon daripada ibu bapa, “Alhamdulillah... Finally ade 1 medal".

Kami pihak pengurusan amat – amat berterima kasih kepada semua ibu bapa para pemain terlibat. Tanpa sokongan dan izin tuan puan, tiadalah kami. Terima kasih.

Untuk para pemain, jangan terus leka dengan kejayaan ini, jadikan ia satu motivasi untuk kita tunjukkan bagaimana permainan bola baling dimainkan. Fokus kepada matlamat ya.



Taufiq, Addin, Adam, Niyaz, Izzat
Fawwaz, Hadi, Irfan

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING KKB FORTRESS
Tarikh : 20 Jun 2026
Kategori : L12
Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu
Masa : 7.00 pg - 8.00 mlm
Peringkat : Terbuka
Anjuran : KKB FORTRESS

Format Liga
1.KSATRIA / seKOSAS HT 7 vs 6 SKTPG (Kuala Langat)
2.KSATRIA / seKOSAS HT 9 vs 12 SKTSR-Star Cobra (Kuala Lumpur)
3.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 5 STANNUM VALLEY (Perak)
4.KSATRIA / seKOSAS HT 10 vs 7 PSP PUTRAJAYA (Putrajaya)
5.KSATRIA / seKOSAS HT 12 vs 3 HHC-HARUN (Selangor)

Kedudukan : Naib Johan (Alhamdulillah)

Menang 4, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 44, Bolos 33
Beza Gol +11

👍👏 Syabas dan Tahniah 👍👏

Terus Bersemangat ya, Fokus kpd matlamat, Tahniah dan Syabas.

Rejam Juara, Kita No. 1

Saturday, 13 June 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI KEJOHANAN BOLA BALING ALI MAJU (AMHC) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN – K77

Syukur Alhamdulillah. Bunyi siren. Kelemahan dikesan dan perlu dibaiki segera. Perbincangan dan persetujuan dibuat. Disiplin, kesungguhan, fokus diutamakan. KSATRIA P12 perlu bangkit.

Peluang pasukan L12 untuk menyerlah mencapai sesuatu. Adakah mereka mampu melakukannya?
Alhamdulillah. Hebat. Edisi yang keempat penyertaan dalam Kejohanan Terbuka (kali ini bukan kaleng – kelang kejohanan – pasukan daerah, kelab dan negeri ada di sini), pasukan L12 membuktikan mereka mampu melakukan sesuatu. Permainan yang tersusun, mempraktikkan taktikal dalam latihan. Fokus dan perlu bertenaga. 

Kita fokus pada matlamat. Kita cuba bawa sesuatu balik tahun ini ke Sekosas. InsyaAllah.



KEJOHANAN PIALA BOLA BALING ALI MAJU (AMHC) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN – U12
Tarikh : 13 – 14 Jun 2026
Kategori : P12; 13 Jun 2026 dan L12; 14 Jun 2026
Tempat : Gelanggang Futsal, SLK Sport Center Caves, Selangor
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Kebangsaan
Anjuran : PIBG SK Taman Seri Rampai

Keputusan P12
Jumlah perlawanan : 4
Peringkat Kumpulan
1.KSATRIA / seKOSAS HT 1 vs 6 DT 26
2.KSATRIA / seKOSAS HT 3 vs 2 SERENA HC
3.KSATRIA / seKOSAS HT 7 vs 1 SKS7

Naib johan kumpulan

Pusingan 16
KSATRIA / seKOSAS HT 2  vs 9 FO HC

Menang 2, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 13, Bolos 18
Beza Gol -5

Keputusan L12
Jumlah perlawanan : 4
Peringkat Kumpulan
1.KSATRIA / seKOSAS HT 12 vs 5 Golden Phoenix
2.KSATRIA / seKOSAS HT 8 vs 6 Fearless Falcon
3.KSATRIA / seKOSAS HT 10 vs 11 Munawarrah

Alhamdulillah, naib johan kumpulan

Pusingan 16
1.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 12 AMHC

Menang 2, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 30 (syabas dan tahniah), Bolos 22
Beza Gol +8

Terus Bersemangat ya, Fokus kpd matlamat, Tahniah dan Syabas.

Rejam Juara, Kita No. 1
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.