Sunday, 26 July 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI PERLAWANAN PERSAHABATAN BBST – K81

Jalan jalan pemanas badan untuk sesi pemilihan pada minggu hadapan. Masih berdebar menantikan siapa antara pemain yang akan dipanggil pada sesi pemilihan yang dijangka pada Rabu dan Khamis.

Terima kasih Wak atas jemputan. Agak lama berehat, memberi laluan fokus para pemain menghadapi ujian pertengahan tahun. Jadi ulat buku sekejap. Ha, macam mana markahnya, ok ke tak?. Itulah cabaran menjadi seorang atlet dan harus seimbang malah lebih perhatian perlu diberikan kepada ilmu dan akademik.

Prestasi dan persembahan hari ini amat baik. Para pemain boleh mengawal keadaan dengan sangat baik. Bijak bertindak dan membuat keputusan. Tahniah. Semoga diteruskan momentum ini untuk minggu hadapan. Terima kasih Ya Allah. Peliharalah kami.


PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING BBST
Tarikh : 26 Julai 2026
Kategori : P12
Tempat : Arena BBST
Masa : 7.00 pg - 4.00 ptg
Peringkat : Terbuka
Anjuran : Cikgu Wak

Format Liga
1.KSATRIA / seKOSAS HT 5 vs 3 SK L.B. Johnson (N9)
2.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 3 SK TPP2 (Sepang)
3.KSATRIA / seKOSAS HT 4 vs 3 SMK BBST (Sepang)

Menang 3, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 15, Bolos 9
Beza Gol +6

👍👏 Syabas dan Tahniah 👍👏

Terus Bersemangat ya. Tahniah dan Syabas.

Rejam Juara, Kita No. 1

Saturday, 18 July 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT (P12) DI KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT (MSSDHL) 2026 – K80

Assalamualaikum w.b.t puan... maaf, saya terlupa bawa piala pusingan bagi majlis penyampaian hadiah Kejohanan Bola Baling MSSDHL 2025”. “Tak per, saya minta Cikgu Syedi bawakan”. Cikgu Syedi .... bermotorsikal, berhujan, selamat sampai bersama piala untuk dipulangkan kepada Tuan Rumah. Terima kasih, Cikgu Syedi. 

Ya, tahun 2025, kami dengan redha melepaskan piala ini kepada Johan P12 yang baharu. Kami tewas di pentas final. Namun selepas itu, bermula kisah perjalanan nekad membina pasukan ‘Rejam Juara’ P12 dan L12.


Tarikh 15 Julai 2026, setahun setelah piala ini ‘terpisah’, syukur Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa, ia kembali menaiki kereta Alza Merah untuk dibawa kembali ke sekolah kami.

Satu kisah perjalanan yang sangat hebat. Bermula dengan impian, pasang niat dan matlamat. Pelbagai latihan, perlawanan persahabatan dan kejohanan terbuka yang disertai, terus mencari peluang untuk memperbanyakkan minit permainan dan pengalaman. Mengutip segala ilmu seni bola baling di setiap perlawanan yang disertai. Adaptasi dalam latihan dan aplikasi dalam perlawanan. Latihan ulangan, ‘make it simple’, ‘make it fun’, ‘blend it together’ menjadi ramuan. Terus pasak minda juara dan semangat KSATRIA yang pasti tidak akan luntur. #Semangat segalanya, lepas berjuang di gelanggang, lari berjuang di medan peperiksaan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjadi watak dan sebahagian daripada kejayaan manis pasukan P12 seKOSAS / KSATRIA HT pada kali ini. Tanpa kalian pasti kita tidak sampai ke tahap ini. Kami sangat – sangat menghargai segalanya. 


Terima kasih para pemain P12 2026, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Setinggi – tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa, tulang belakang pasukan ini. Terima kasih ahli keluarga para pemain. Terima kasih orang – orang sekeliling. Terima kasih atas sokongan dan doa kalian. Terima kasih para pegawai dan para guru. Terima kasih para pentadbir Sekosas. Terima kasih para penyokong kami.

Semangat ini akan terus membara dalam jiwa dan minda adik – adik P11 dan L11 seKOSAS / KSATRIA HT. “Syukur Alhamdulillah, kami dah capai misi, harap korang pulak yang dapat teruskan pada tahun hadapan”.



Naurah, Nilam, Adhni, Sara, Aqilah, Qaseh
Adelia, Izzara, Izzah, Aisyah, Safiyyah, Hania, Alya, Sumiyya

KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT 2026 – U12
Tarikh : 7-8 Julai 2026, 14-15 Julai 2026
Kategori : P12; 14-15 Julai 2026
Tempat : Talent Champs Sport Complex, Taman Eko Langat, Kajang
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Daerah
Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat

Peringkat Kumpulan
1.KSATRIA / seKOSAS HT (11) vs SK SG KANTAN (0)
2.KSATRIA / seKOSAS HT (8) vs SK AMPANG CAMPURAN (2) 
3.KSATRIA / seKOSAS HT (9) vs SK BANDAR TEKNOLOGI (0) 

**Johan kumpulan

Peringkat 16
4.KSATRIA / seKOSAS HT (8) vs SK KAJANG UTAMA (4)

Peringkat Suku Akhir
5.KSATRIA / seKOSAS HT (7) vs SK SERI BAIDURI (0)

Peringkat Separuh Akhir
6.KSATRIA / seKOSAS HT (8) vs SK BDR RINCING (1)

Peringkat Akhir
7.KSATRIA / seKOSAS HT (9) vs SK LEFTENAN ADNAN (7)

🏆 ALHAMDULILLAH, CHAMPION 🏆
 
Menang 7, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 58, Bolos 14
Beza Gol +44



👍👏 Syabas dan Tahniah 👍👏

Rejam Juara, Kita No. 1
------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

Wednesday, 8 July 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT (L12) DI KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT (MSSDHL) 2026 – K79

Antara pasukan terbaik yang pernah dibentuk. Pasukan yang telah melalui getir dan cabar membuat persediaan bagi menghadapi MSSDHL 2026. Mereka telah memberikan yang terbaik. Ada antara pemerhati yang mengatakan, pasukan ini akan pergi jauh.

Ya. Sebaik – baik perancang takdir adalah Yang Maha Esa. Hasrat masih tertangguh. “Its okay Coach. Dengan usaha Coach n team yg x pernah putus, insyaAllah akan datang”. “Xpe Coach...dah cuba yg terbaik tu..player dan coach dh buat yg terbaik...hebat2”. Kata semangat untuk terus membina pasukan ‘unbeatable’. Tinggi sungguh goal ini. InsyaAllah.

Terima kasih para pemain L12 2026, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Setinggi – tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa, tulang belakang pasukan ini. Terima kasih ahli keluarga para pemain. Terima kasih orang – orang sekeliling. Terima kasih atas sokongan dan doa kalian. Terima kasih para pegawai dan para guru. Terima kasih para pentadbir Sekosas. Terima kasih para penyokong kami.


Addin, Niyaz, Irsyad, Daries, Hadi, Danny, Taufiq, Irfan, Adam
Alif, Fawwaz, Izzat, Syazwi, Rayyiman

KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT 2026 – U12
Tarikh : 7-8 Julai 2026
Kategori : L12; 7-8 Julai 2026
Tempat : Talent Champs Sport Complex, Taman Eko Langat, Kajang
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Daerah
Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat

Peringkat Kumpulan
1.KSATRIA / seKOSAS HT (8) vs SK JALAN 6 (2)
2.KSATRIA / seKOSAS HT (10) vs SK DUSUN TUA (3) 
3.KSATRIA / seKOSAS HT (12) vs SK PANDAN PERDANA (4) 

Johan kumpulan

Peringkat 16
4.KSATRIA / seKOSAS HT (8) vs SK SG RAMAL DALAM (9)

Menang 3, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 38, Bolos 18
Beza Gol +20

👍👏 Syabas dan Tahniah 👍👏

Rejam Juara, Kita No. 1
------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.