Monday, 11 May 2020

DIGITAL LEARNING, GOOGLE CLASSROOM (GC) : MURID ‘JOIN’ KELAS






Syarat, perkara tip penting yang perlu diambil perhatian!
1. Murid perlu tahu akaun gmail MOE (Ministry of education), ID dan password...cth g-1234567@moe-dl.edu.my. Dapatkan daripada guru penyelaras ICT/’Google Classroom
2. Melayar GC menggunakan GOOGLE CHROME. 
3. ‘Install apps Google Classroom’ bagi gadget, hp, android, ipad.
4. Pastikan semua ID mail di ‘log out’.
5. ID MOE adalah juga seperti ID email, oleh itu ia mempunyai ciri – ciri sebuah email, ada ‘inbox’, ‘send email’, ‘google drive’ dan lain – lain.
6. Murid digalakkan menggunakan email ID MOE jika guru menggunakan ID MOE untuk ‘create  classroom’, ini memberikan pengguna sama ada guru dan murid dapat memaksimakan penggunaan ‘google classroom

Entri 1 : Cara Akses ke Google Classroom

Entri 2 : Akses Kali Pertama ke GC

Entri 3 : ‘Create Classroom’

Entri 4 : Delete Classroom

SECARA RINGKAS UNTUK ENTRI INI...
Murid ‘join’, kelas menggunakan ‘class code’, atau melalui ‘invitation’ daripada guru.

Selepas cikgu – cikgu ‘create classroom’, JOM AJAK ANAK – ANAK MURID SERTAINYA.
Bagaimana? Ada 2 cara...

Cara 1 :
Murid ‘join’, kelas menggunakan ‘class code

Apa guru perlu lakukan?
Setelah guru ‘create classroom’, terdapat ‘class code’ pada bahagian atas kiri di bawah nama kelas. Maklumkan kod ini kepada murid dan murid akan ‘join’ kelas menggunakan kod ini.



Apa murid perlu lakukan?
Setelah dapat ‘class code’, murid perlu ‘sign in’ ‘google classroom’, pada paparan awal ‘google classroom’, pilih tanda ‘+’ pada bahagian atas kanan paparan, klik dan pilih ‘join class’, pada ‘pop up box’, isikan kod kelas.



Cara 2 :
Melalui ‘invitation’ daripada guru

Apa guru perlu lakukan?
Pilih Kelas yang mana cikgu nak ‘invite’ murid.
Pilih dan klik ‘people’ pada bahagian atas paparan kelas yang dipilih.
Sebelah kanan hujung perkataan ‘students’ ada ikon ‘orang (+)’, klik ikon tu, muncul ‘pop up box’, isikan email murid yang hendak di ‘invite’.




Apa murid perlu lakukan?
Murid hanya perlu ‘sign in’ ke dalam gmail MOE, lihat pada ‘inbox’ dan ‘accept invitation’ ke kelas.





ILMU PERLU DIKONGSI... MEMBAWA BANYAK MANFAAT
#naimoiman
#imzaron

No comments:

Post a Comment