Sunday, 11 May 2025

PASUKAN BOLA BALING SABER KS (KOSAS/KSATRIA) HT L12 P12 ADA WAKIL DALAM PASUKAN DAERAH HULU LANGAT KE KEJOHANAN BOLA BALING MSSS 2025 – K55

Sebelum kita teruskan. Untuk tahun ini kita sudah berusaha bersungguh – sungguh. Buat pertama kali dalam 4 tahun, tiada rezeki pemain Sekosas untuk menempatkan diri dalam pasukan Selangor ke Kejohanan Bola Baling MSSM 2025. Tahun depan kita kembali. InsyaAllah. 

Apakah jalan ceritanya??? Kita yang merancang, kita yang berlatih, berusaha, rezeki Yang Maha Esa tentukan. Baik, kita ringkaskan sahaja.

KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR (MSSS) 2025
Tarikh : 05-08 Mei 2025 (Isnin-Selasa)
Kategori : bawah umur L12 dan P12 (mengikut umur 2025)
Tempat : Lot PT 50088, Plot 3, Jalan 29/10a, Mukim Batu, 68100 Batu Caves, Selangor
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Negeri
Anjuran : Pejabat Pendidikan Negeri Selangor kelolaan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

Alhamdulillah, terdapat pemain Sekosas yang terpilih menjadi pemain Pasukan Bola Baling Daerah Hulu Langat P12 (3 orang) dan L12 (1 orang). Berbanding tahun lepas seramai 5 orang wakil P12 dan 1 orang wakil L12.





Pasukan Bola Baling Daerah Hulu Langat (L12) – Pemain Sekosas
MOHAMMAD ZARIF ASYRAAF BIN MOHAMMAD YUSUF

Pasukan Bola Baling Daerah Hulu Langat (P12) – Pemain Sekosas
NUR ISZZARA RAISYA BINTI MOHD ISZWAN
NUR AIRIS ARISSA BINTI MOHD ISMAIL
AFIA NAZURAH BINTI MOHD NEZAM

Pasukan P12 mendapat kelapan dan L12 mendapat tempat kelima.

Keputusan perlawanan P12
Peringkat Kumpulan
HL 7 – 8 Kuala Selangor
HL 3 – 17 Petaling Perdana

Peringkat W
HL 7 – 4 Gombak
HL 3 – 4 Hulu Selangor
HL 5 – 1 Sabak Bernam

Keputusan perlawanan L12
Peringkat Kumpulan
HL 12 – 11 Sepang
HL 13 – 13 Hulu Selangor
HL 12- 10 Kuala Selangor

Peringkat XY
HL 12 – 18 Klang
HL 13 – 14 Gombak
HL 9 – 8 Petaling Utama

Untuk makluman, tahniah kepada P18 dan L18 berjaya JOHAN dalam kejohanan kali ini. L18 telah berjaya mengekalkan Johan, 6 tahun berturut – turut. Secara keseluruhan, Daerah Hulu Langat mendapat tempat ketiga, daerah Petaling Perdana mendapat tempat kedua dan Daerah Klang mendapat Johan (Tahun lepas Daerah Hulu Langat mendapat Johan dengan berkelebihan 1 mata mengatasi Daerah Kuala Langat). InsyaAllah, nanti P12 akan bangkit untuk tahun hadapan, moga dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment