Alhamdulillah. Ksatria HT P10 beraksi. Diberikan peluang untuk beraksi di Kejohanan Anjuran Kelab Bola Baling PSD Putrajaya. Terima kasih kepada yang menjemput. Terima kasih atas ingatan.
Daripada markah 10, kita bagi 4/10. Kenapa, sebab masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Bila dalam kejohanan ini berbeza, sekurang – kurangnya boleh nampak kekurangan yang ada. Fikir untuk atasi semasa latihan. InsyaAllah anak – anak ini masih muda.
Namun Syabas kepada pasukan ini kerana telah memberikan yang terbaik, namun InsyaAllah kita akan bangkit. Chak De!!!. Para pemain akan dibentuk untuk masa akan datang. Displin dan bersedia untuk berubah menjadi lebih baik.
Matlamat jangka panjang sangat jelas, kembali nikmat menang, kepuasan setelah ‘berkayuh’ sejauh – jauhnya dan sekuat – kuatnya. Pasak dalam minda... jadi ‘Unbeatable’.
KEJOHANAN BOLA BALING AKAR UMBI BAWAH 10 TAHUN 2025
Tarikh : 16 November 2025 (Ahad)
Kategori : P10
Tempat : Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Terbuka
Anjuran : Kelab Bola Baling PSD Putrajaya
SENARAI NAMA PEMAIN P10
Elryna, Alya, Hania, Athirah, Izzah
Izzara, Jasmin, Aisyah, Safiyyah
“Rejam Juara, Kita No. 1”
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain.
Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.
Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.
Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.
**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.
.jpeg)


No comments:
Post a Comment