Melibatkan 6 buah sekolah atau kelab Bola Baling L12. Para pemain menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi, komunikasi yang semakin baik dan bijak mengatur strategi permainan.
Bertuah kerana berpeluang berhadapan dengan pasukan – pasukan terbaik.
Respon daripada ibu bapa, “Alhamdulillah... Finally ade 1 medal".
Kami pihak pengurusan amat – amat berterima kasih kepada semua ibu bapa para pemain terlibat. Tanpa sokongan dan izin tuan puan, tiadalah kami. Terima kasih.
Untuk para pemain, jangan terus leka dengan kejayaan ini, jadikan ia satu motivasi untuk kita tunjukkan bagaimana permainan bola baling dimainkan. Fokus kepada matlamat ya.
Taufiq, Addin, Adam, Niyaz, IzzatFawwaz, Hadi, Irfan
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING KKB FORTRESS
Tarikh : 20 Jun 2026
Kategori : L12
Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu
Masa : 7.00 pg - 8.00 mlm
Peringkat : Terbuka
Anjuran : KKB FORTRESS
Format Liga
1.KSATRIA / seKOSAS HT 7 vs 6 SKTPG (Kuala Langat)
2.KSATRIA / seKOSAS HT 9 vs 12 SKTSR-Star Cobra (Kuala Lumpur)
3.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 5 STANNUM VALLEY (Perak)
4.KSATRIA / seKOSAS HT 10 vs 7 PSP PUTRAJAYA (Putrajaya)
5.KSATRIA / seKOSAS HT 12 vs 3 HHC-HARUN (Selangor)
Kedudukan : Naib Johan (Alhamdulillah)
Menang 4, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 44, Bolos 33
Beza Gol +11
👍👏 Syabas dan Tahniah 👍👏
Terus Bersemangat ya, Fokus kpd matlamat, Tahniah dan Syabas.
“Rejam Juara, Kita No. 1”


No comments:
Post a Comment