Jalan jalan pemanas badan untuk sesi pemilihan pada minggu hadapan. Masih berdebar menantikan siapa antara pemain yang akan dipanggil pada sesi pemilihan yang dijangka pada Rabu dan Khamis.
Terima kasih Wak atas jemputan. Agak lama berehat, memberi laluan fokus para pemain menghadapi ujian pertengahan tahun. Jadi ulat buku sekejap. Ha, macam mana markahnya, ok ke tak?. Itulah cabaran menjadi seorang atlet dan harus seimbang malah lebih perhatian perlu diberikan kepada ilmu dan akademik.
Prestasi dan persembahan hari ini amat baik. Para pemain boleh mengawal keadaan dengan sangat baik. Bijak bertindak dan membuat keputusan. Tahniah. Semoga diteruskan momentum ini untuk minggu hadapan. Terima kasih Ya Allah. Peliharalah kami.
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING BBST
Tarikh : 26 Julai 2026
Kategori : P12
Tempat : Arena BBST
Masa : 7.00 pg - 4.00 ptg
Peringkat : Terbuka
Anjuran : Cikgu Wak
Format Liga
1.KSATRIA / seKOSAS HT 5 vs 3 SK L.B. Johnson (N9)
2.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 3 SK TPP2 (Sepang)
3.KSATRIA / seKOSAS HT 4 vs 3 SMK BBST (Sepang)
Menang 3, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 15, Bolos 9
Beza Gol +6
👍👏 Syabas dan Tahniah 👍👏
Terus Bersemangat ya. Tahniah dan Syabas.
“Rejam Juara, Kita No. 1”

No comments:
Post a Comment