Sunday, 15 November 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT (Perempuan 10 tkb) DI KEJOHANAN BOLA BALING GRAND 10 2026 – K89

Mencari pemain dalam masa 2 minggu. Sesungguhnya memang sudah ada pemain 10tkb dalam pasukan utama. Cuma berjaya melengkapkan 9 orang pemain perempuan bagi membawa cabaran pasukan ke kejohanan ini. Pencarian permata bagi pasukan L10 masih diterusnya.



Latihan 2 minggu sebagai persediaan. Di sana dan di sini dengan pelbagai kekangan. Namun itu dianggap sebagai ujian, nak buat ke tak nak. Sehingga latihan terakhir bagi kejohanan ini semalam petang bagi menekankan aspek peraturan dan undang – undang permainan.

Hari ini mereka aplikasikan apa yang telah dipelajari. Namun latihan sahaja tidak cukup dan hari ini seolah – olah perlawanan persahabatan bagi memperbetulkan apa yang patut diperbetulkan.

Tahniah pasukan bola baling seKOSAS / KSATRIA HT. Kejohanan pertama, pengalaman yang baru dan berguna. Graf prestasi menunjukkan, bermula dari bawah..... dan kemudian semakin baik. Kami kejurulatihan tabik pada pemain kerana berani masuk ke gelanggang, dan belajar untuk mendengar arahan... kami yakin ini merupakan pasukan impian 2028. 

MIGHTY BEAR HANDBALL GRAND U10 OPEN CHALLENGE 2026 (School Base)

🥅 Tarikh : 15 Nov 2026 (Ahad)
🥅 Kategori : P10
🥅 Tempat : Centre Court, Paroi
🥅 Peringkat : Negeri
🥅 Anjuran : Kelab Bola Baling MIGHTY BEAR dan BLACK GHIMAU

🥅  KEPUTUSAN
1.seKOSAS / KSATRIA HT 0 vs 8 SK Taman Tasik Jaya
2.seKOSAS / KSATRIA HT 0 vs 6 SK Bandar Enstek
3.seKOSAS / KSATRIA HT 3 vs - 1 SK Mantin 

Menang 1, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 3, Bolos 15
Beza Gol -12

👍👏 Syabas dan Tahniah 👍👏

TERIMA KASIH MIGHTY BEAR – BLACK GHIMAU menjemput kami.

“Rejam Juara, Kita No. 1”


***Sesiapa yang ingin menyumbang dana kepada pasukan boling seKOSAS / KSATRIA HT, boleh pm saya di talian 013-2795903. Manfaat kepada anak – anak kita.
----------
Berlatih dan terus berlatih.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 
Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.
Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.
Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya  bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.