Sunday, 13 September 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT 2027 DI PERLAWANAN PERSAHABATAN MIGHTY BEARS – K86

Sudah bermula. Mulakan episod baharu. Mencari peluang – peluang perlawanan persahabatan dan kejohanan seKOSAS / KSATRIA HT 2027.

Memenuhi undangan Kelab Negeri Sembilan Mighty Bears menyertai Mini Perlawanan Persahabatan di Seremban. Terima kasih atas ingatan.

Menghantar pasukan P11 sebagai permulaan episod seKOSAS / KSATRIA HT 2027. Tewas kesemua perlawanan dan ini menjadi satu permulaan sebuah pasukan hebat, Insha Allah. Kenal pasti banyak mana kelemahan yang pasti perlu di atasi. Bangkit seKOSAS / KSATRIA HT P11, bangkit sebagaimana bangkit seekor harimau bertaring yang luka, diam dan sembuh, tekad menjadi seorang wirawati yang penuh dengan jiwa sebagai seorang pemain bola baling hebat.

Kekuatan balingan, fokus, baling dan tangkap, kurang bersedia, enjin perlu padu, kepantasan, serangan dan halangan, halangan tidak mengganggu pemain lawan, halangan hanya memerhati dan tidak melompat, acahan, ketepatan hantaran, ketepatan menjaring, stamina, langkahan, keberanian, celahan, taktikal permainan, roket, luar sembilan, suara, arahan pengadil, permulaan bola yang salah tempat, gopoh, tidak mempertahankan bola dan pintu gol, bola itu kita punya, komunikasi semasa membuat hantaran, tidak mengetahui kelebihan diri, perlu pantas membuat keputusan, tidak buat apa yang telah berlatih, antara kelemahan yang dikenal pasti. SEMUA INI KTA MUSTI CEPAT PADAM.

Angkat tangan untuk halangan bagus, permainan dibuka hingga ke pemain sayap bagus, keberanian pemain menjatuhkan badan bagus, terus menjaring walaupun dihalang dan dipegang bagus.

Prestasi dan persembahan perlu ditingkatkan dengan segera memandangkan kejohanan – kejohanan bawah 11 tahun sudah bermula. Semoga jiwa sang juara boleh dikeluarkan segera. Tiada pandang ke belakang. Ya Allah, bantu kami, peliharalah kami, kuatkan kami, matangkan permainan kami.





KEJOHANAN MINI BOLA BALING JEMPUTAN – 11tkb
🥅 Tarikh : 12 September 2026
🥅 Kategori : 11tkb
🥅 Tempat : Centre Court, Seremban
🥅 Masa : 12.00 tgh – 9.00 mlm
🥅 Peringkat : Perlawanan Persahabatan
🥅 Anjuran : Kelab Mighty Bear
----------
Keputusan
Bilangan perlawanan : 4

1.KSATRIA P11 2 vs 9 BLACK GHIMAU TRENTA 

2.KSATRIA P11 1 vs 3 BLACK GHIMAU VENTI

3.KSATRIA P11 2 vs 5 MIGHTY BEARS

4.KSATRIA P11 0 vs 3 BLACK GHIMAU TRENTA

Menang -, Belum menang 4, Seri -
Jaringan 5, Bolos 20
Perbezaan Gol -15

📍 KITA BANGKIT YA

Terus Bersemangat ya. Tahniah dan Syabas.

“Rejam Juara, Kita No. 1”

***Sesiapa yang ingin menyumbang dana kepada pasukan boling seKOSAS / KSATRIA HT, boleh pm saya di talian 013-2795903. Manfaat kepada anak – anak kita.
----------
**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

No comments:

Post a Comment