Friday, 11 September 2026

PEMAIN PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT MEWARNAI PASUKAN BOLA BALING SELANGOR DI KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2026 – K84

Alhamdulillah. Pemain pasukan bola baling seKOSAS / KSATRIA HT kembali mewarnai Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026.

Catatan whatsapp...

“Assalamualaikum w.b.t / Selamat sejahtera.
🀾🀾🀾🀾🀾
PENCAPAIAN REJAM JUARA, TEAM BERWIBAWA seKOSAS / KSATRIA HT 
🀾🀾🀾🀾🀾

πŸ“ Alhamdulillah, Ya Allah, kami panjatkan rasa syukur.
πŸ“ Alhamdulillah, pemain seKOSAS / KSATRIA HT kembali menyarung jersi Selangor dan bermain di peringkat MSSM 2026 (2022, 2023, 2024, 2026).
πŸ“ Seramai 4 org pemain telah berjaya mewakili Pasukan Bola Baling Daerah Hulu Langat di peringkat MSSS 2026 dan meraih Naib Johan P12 (dalam tempoh 3 tahun) dan Tempat Ketiga L12. Tahniah. Johan P12 pada kejohanan MSSD 2026 (2023, 2024, 2025-Naib Johan, 2026), Alhamdulillah, finalis 5 tahun berturut - berturut (2022-2026).
πŸ“ Dengan izin Allah, inilah kejayaan - kejayaan hasil usaha, sokongan dan komitmen semua. Para pemain menjalani latihan berjadual sepanjang tahun bagi memastikan para pemain dilengkapi dgn kemahiran dan taktikal diperlukan. Selain itu menyertai rentetan perlawanan persahabatan dan pelbagai kejohanan.
πŸ“ Pihak pengurusan, setulus hati mengucapkan setinggi - tinggi terima kasih kepada semua ibu bapa yang menyokong dan menyumbang  Segala kekurangan dan kelemahan kami, maaf dipinta.

Sekian, terima kasih.
Cikgu Azmi, dan, 
Pihak Pengurusan
Pasukan Bola Baling seKOSAS / KSATRIA HT'







Terima kasih para pemain 2026, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Setinggi – tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa, tulang belakang pasukan ini. Terima kasih ahli keluarga para pemain. Terima kasih orang – orang sekeliling. Terima kasih atas sokongan dan doa kalian. Terima kasih para pegawai dan para guru. Terima kasih para pegawai Negeri Selangor amnya dan seKOSAS / KSATRIA HT khasnya. Terima kasih para penyokong kami. Pasukan Bola Baling Negeri Selangor, keseluruhannya meraih tempat ke-7, L18 dan L12 telah memberikan yang terbaik dan P18 selangkah untuk meraih medal. Johan adalah pasukan Bola Baling Negeri Terengganu.

KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) 2026 – U12
Tarikh : 29 Ogos 2026 – 03 September 2026
Kategori : 12tkb
Tempat : SLK Sports Centre, Batu Caves
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Kebangsaan
Anjuran : Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

P12*
Peringkat Kumpulan
1.SELANGOR (13) vs MELAKA (10)
2.SELANGOR (20) vs PUTRAJAYA (13) 
3.SELANGOR (16) vs KELANTAN (6)

**Johan kumpulan

Suku Akhir
4.SELANGOR (20) vs PERAK (19)

Separuh Akhir
5.SELANGOR (22) vs KUALA LUMPUR (26)

Peringkat Penentuan Tempat Ketiga dan Keempat
6.SELANGOR (16) vs JOHOR (20)

πŸ† ALHAMDULILLAH, TEMPAT KEEMPAT πŸ†
 
Menang 4, Belum menang 2, Seri - 
Jumlah jaringan 107, Bolos 94
Beza Gol +13

πŸ‘πŸ‘ Syabas dan Tahniah πŸ‘πŸ‘

#demiselangor

***Sesiapa yang ingin menyumbang dana kepada pasukan boling seKOSAS / KSATRIA HT, boleh pm saya di talian 013-2795903. Manfaat kepada anak – anak kita.
----------
**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

No comments:

Post a Comment