Alhamdulillah. Pemain – pemain pasukan bola baling seKOSAS / KSATRIA HT saban tahun sentiasa berada dalam senarai nama 12 orang pemain Pasukan Bola Baling Daerah Hulu Langat di pentas MSSS 2026. Tahun ini ada 3 0rang pemain P12 dan 1 orang pemain L12.
Sesi pemilihan diadakan pada 29-30 Julai 2026. Sehinggalah ke sesi latihan pusat pada 4-7 Ogos 2026 seterusnya Kejohanan yang berlangsung pada 10 – 13 Ogos 2026.
Rezeki ditentukan oleh Allah s.w.t, apa yang penting ialah usaha bersungguh – sungguh dahulu dan tawakal. Kalah dan seri tak bererti kita tewas. Menang juga bukan jaminan untuk mara.
Selepas tahun 2018, pasukan bola baling Daerah Hulu Langat P12 berjaya mencuri perhatian pemerhati apabila berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir kejohanan. Berdepan dengan pasukan Petaling Perdana. Diringkaskan cerita, P12 berjaya mendapat naib johan dan pasukan bola Baling Daerah Hulu Langat L12 mendapat tempat ketiga setelah tewas pada perlawanan kedua XY dengan Petaling Perdana. Pasukan L18 juga tempat ketiga dan P18 berada dalam kelompok 6 terbaik. Syabas kepada pasukan 12tkb yang menjadi penyumbang mata kepada pasukan Daerah Hulu Langat kerna mendapat tempat ketiga keseluruhan bagi kejohanan kali ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjadi watak dan sebahagian daripada kejayaan manis pasukan P12 Daerah Hulu Langat pada kali ini. Tanpa kalian pasti kita tidak sampai ke tahap ini. Kami sangat – sangat menghargai segalanya.
Terima kasih para pemain 2026, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Setinggi – tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa, tulang belakang pasukan ini. Terima kasih ahli keluarga para pemain. Terima kasih orang – orang sekeliling. Terima kasih atas sokongan dan doa kalian. Terima kasih para pegawai dan para guru. Terima kasih para pegawai HuLa. Terima kasih para penyokong kami.
KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR 2026 – U12
Tarikh : 10-13 Ogos 2026
Kategori : 12tkb
Tempat : SLK Sports Centre, Batu Caves
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Negeri
Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Gombak
P12
Peringkat Kumpulan
1.HULU LANGAT (11) vs PETALING UTAMA (12)
2.HULU LANGAT (13) vs KUALA LANGAT (13)
**Naib Johan kumpulan
Peringkat XY
3.HULU LANGAT (13) vs SEPANG (14)
4.HULU LANGAT (20) vs GOMBAK (19)
Peringkat Akhir
5.HULU LANGAT (8) vs PETALING PERDANA (26)
🏆 ALHAMDULILLAH, NAIB JOHAN 🏆
Menang 1, Belum menang 3, Seri 2
Jumlah jaringan 65, Bolos 84
Beza Gol -19
L12
Peringkat Kumpulan
1.HULU LANGAT (17) vs KUALA LANGAT (14)
2.HULU LANGAT (28) vs SEPANG (7)
3.HULU LANGAT (18) vs HULU SELANGOR (9)
**Johan kumpulan
Peringkat XY
4.HULU LANGAT (22) vs KUALA SELANGOR (16)
5.HULU LANGAT (19) vs PETALING PERDANA (22)
Peringkat Penentuan Tempat Ketiga dan Keempat
6.HULU LANGAT (14) vs PETALING UTAMA (6)
🏆 ALHAMDULILLAH, TEMPAT KETIGA 🏆
Menang 7, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 118, Bolos 74
Beza Gol +44
👍👏 Syabas dan Tahniah 👍👏
“Hulu Langat”
***Sesiapa yang ingin menyumbang dana kepada pasukan boling seKOSAS / KSATRIA HT, boleh pm saya di talian 013-2795903. Manfaat kepada anak – anak kita.
----------
**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.




.jpeg)


.jpeg)
No comments:
Post a Comment