Monday, 12 December 2016

Sebuah Kisah di Turki... siri 1

Pengembaraan ke Turki bermula (7 Disember 2016; Rabu)

Mengikuti isteri yang terlibat dengan program kolaboratif univerisiti di Süleyman Demirel Üniversitesi yang terletak di Isparta, Turki. Pertama kali menjejakkan kaki ke Turki yang merupakan sebuah negara yang penuh dengan sejarah Islamnya.

Info menarik tentang Turki boleh dibaca di sini... kuliah turki




Perjalanan bermula pada jam 6.15 pagi selepas Subuh 7 Disember 2016 (Rabu) menuju ke KLIA. Setiba di KLIA terus check in beg-beg ke kargo dan mendapatkan ‘Boarding Pass’. Alhamdulillah, beg – beg akan terus terbang ke Istanbul.
*Ingat! Mereka yang berkeluarga boleh minta untuk duduk secara berkumpulan.

Terus masuk melepasi pemeriksaan Imigresen menuju ke ‘Gate’ untuk menaiki kapal terbang. Namun masa masih awal, terus ke satu – satunya Kopitiam yang ada untuk bersarapan. Pekena nasi lemak, mee goreng, nescafe dan air kosong, perghh, dengan harga ‘terkejut’ bagi setiap hidangan, namun bayar jelah. 



Menanti di ‘Gate’ satu jam sebelum ‘boarding’. Melangkah memasuki Penerbangan Emirates – penerbangan yang pertama menuju ke Dubai UAE terlebih dahulu yang akan mengambil masa 6 jam 40 minit. Perjalanan bermula jam 10.30 pagi waktu Malaysia.




Yeah! Boleh tengok Filem... macam – macam ada. Hiburan yang ada di dalam Penerbangan Emirates ICE (Information, Communication, Entertainment)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada jam 1.30 tgh waktu tempatan Dubai, UAE... di Malaysia waktu tu dah jam 4.30 petang. Mengejar ‘Connecting Flight’ ke Istanbul, Turki. Mengah berlari dipandu oleh pegawai Emirates ke ‘Gate’ penerbangan.



Memulakan perjalanan ke Istanbul dari Dubai pada jam 2.30 petang waktu tempatan yang mengambil masa 4 jam. Menjejak kaki di Istanbul dalam jam 6.30 petang waktu tempatan.




Suhu persekitaran adalah 7°C. Perkara pertama dilakukan tiba di Istanbul ialah mencari  ‘Restroom’. Pergi mendapatkan beg – beg. Menaiki teksi untuk ke Apartment di Istanbul berdekatan dengan Hagia Sofia - gereja yang pernah berubah menjadi masjid, dan kini telah menjadi museum. Perjalanan dari Lapangan Terbang Istanbul ke Apartment mengambil masa 20 minit. Teksi VIP ala – ala kereta Starex 12 ‘seater’.
*Tambang teksi pergi ke apartment dan ambil semula ke pergi ke Lapangan Terbang Istanbul adalah 300 Lira.... tak pasti samaada mahal atau tidak.





Tidur semalam di Apartment Mete diuruskan oleh Mete Travel, terletak di tingkat 2, dilengkapi ruang makan, dapur, 2 bilik tidur, 1 bilik air dan ruang tamu yang telah diubahsuai menjadi bilik.
*Apartment yang agak kecil dan menyeramkan. Sewa Apartment di Istanbul adalah 139 Lira semalam.

Jadi jumlah masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Istanbul, Turki adalah lebih kurang 12 jam. Perjalanan yang memenatkan dan akhirnya kita dapat berehat. Tidur semalam sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Isparta dengan menaiki penerbangan Turkish pada jam 10.30 pagi.

Kemudi ke :
Sebuah Kisah di Turki... siri 2
Sebuah Kisah di Turki...siri 3
Sebuah Kisah di Turki...siri 4
Sebuah Kisah di Turki...siri 5

Tuesday, 15 November 2016

Jalan – jalan Malaysia 4 – KID EXPLORER’S NITE @ PETROSAINS 2012

BERMALAM DI PETROSAINS – JARANG – JARANG BELAKU.

Petrosains tu tidur kat mana? Bermalam di Petrosains? Tidur dekat taman KLCC tu ker? Ada ker program macam tu?”. Itu antara pertanyaan – pertanyaan yang diajukan kepada kami guru – guru Sains bila kami nak buat KEM SAINS di Petrosains.

 

Penulis juga dapat tahu tentang program ini bila penulis ‘surfing’ internet suka – suka ... tapi pasang niat agar dapat pihak di luar sana yang buat program ‘Science Camp’. Akhir sekali jumpalah program KID EXPLORES’S NITE @ PETROSAINS (KEN).

KID EXPLORERS” .... jawabnya “AWESOME”.

Mari kita sama – sama ikuti catatan ini yang berdasarkan aturcara program KEN untuk SK TAMAN KOSAS.  

Jumaat, 27 April 2012 
4.00 ptg 
Peserta berkumpul di sekolah – Pendaftaran di sekolah, Bertolak ke Petrosains
Semua murid yang terlibat sebagai peserta tiba awal, seawal 3 petang. Terdapat ibubapa yang amat risau dengan perjalanan program ini memandangkan program ini bertindih dengan program BERSIH 3.0. Namun apa yang dimaklumkan oleh pihak Petrosains ialah semua langkah – langkah keselamatan telah disediakan dan akan diambil jika perlu. KESELAMATAN MURID – MURID AMAT – AMAT DIUTAMAKAN.

Program yang dirancang perlu dilaksanakan. Semoga program Kem Sains kali pertama ini dapat dijalankan dengan baik.

Peserta tiba di Petrosains agak lewat disebabkan oleh kelewatan pengangkutan daripada pihak bas. Semua peserta tiba di Petrosains dalam jam 6.30 petang. Namun Alhamdulillah, peserta tiba tidak lewat sebelum sesi pertama diadakan.

Pertama kali masuk ke Petrosains yang “sudah tutup”.

5.00 ptg Pendaftaran di Petrosains
Lewat jam 6.45 petang. Semua peserta mendaftarkan diri. Peserta mendapat tag nama yang menjadikan mereka sebagai “KID EXPLORERS”.  

6.00 ptg ‘Ice Breaking
Bermula jam 7 petang. Penerangan mengenai program dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh para peserta.

Ice Breaking’ yang dijalankan oleh Ketua Fasilitator iaitu Encik Khairul
 
Salah satu aktiviti ‘Ice Breaking’. Pepejal, Cecair dan gas. Peserta bergerak mengikut cara pergerakan zarah – zarah pepejal, cecair dan gas. Usaha yang bagus dalam menjana semangat peserta sebelum aktiviti seterusnya.

Para peserta dipecahkan kepada 10 kumpulan. Nama kumpulan berdasarkan gas – gas yang ada di muka bumi.


Penerapan nilai murni dititikberatkan. Pematuhan kepada setiap peraturan yang ada. Menyusun kasut pada ruang yang disediakan. Selain itu segala aktiviti berkumpulan diadakan di dalam ruang kanvas yang disediakan.



Ruang bersebelahan dengan ruang pameran yang mempunyai pintu masuk ke ‘Roller Coaster’ simulator dijadikan sebagai pusat program Kid Explorers.
Ruang ini mempunyai tempat berkumpul, ruang untuk menyimpan barang dan juga ruang solat. Berdekatan dengan tandas. Ruang ini juga akan digunakan oleh peserta lelaki untuk tidur. Peserta perempuan tidur di mana pula?... Tunggu.

7.00 ptg
Makan malam dan Solat Mahgrib

Masa untuk makan. Wah, sedapnya makanan. Makan malam disajikan dengan pelbagai makanan.
Masuk waktu Maghrib semua peserta solat berjemaah sebelum melakukan aktiviti – aktiviti yang seterusnya.


8.00 mlm
Science Show (Liquid Nitrogen)

Sebelum diadakan aktiviti pertunjukkan Sains, diadakan sedikit sesi berkenalan dengan fasilitator – fasilitator terlibat dalam program ini serta majlis perasmian. Mereka memang muda – muda dan segar, bersemangat.

 

Sesi pemilihan ketua kumpulan. Tunjuk sapa yang kamu nak tunjuk. Sapa yang dapat tunjuk paling banyak dia yang ketua. TERBAIK.


 ‘Backdrop Digital’ yang disediakan sempena KID EXPOLRER’S NITE, SK Taman Kosas.


Perasmian disempurnakan oleh Pn. Noraini, penyelia program komuniti Petrosains ini.


Antara fasilitator – fasilitator yang terlibat.

Science Show Liquid Nitrogen bermula



Nitrogen cecair ialah gas nitrogen pada asalnya yang disejukkan pada suhu -196 °C.  Apa – apa sahaja objek yang dimasukkan ke dalam cecair nitrogen akan mengalami proses pembekuan dan objek mencair sangat keras dan sejuk dan mudah pecah. Objek akan kembali seperti sedia kala apabila ia berada pada suhu bilik iaitu 24°C.

Beberapa aktiviti – aktiviti yang melibatkan peserta dari SK Taman Kosas. Menyejukkan beberapa objek seperti bunga dan kulit pisang dengan merendamkan objek tersebut ke dalam cecair nitrogen.

9.00 mlm
Smokey Ice Workshop

Bengkel bermain dengan Ais Kering.
Ais kering merupakan bentuk pepejal gas karbon dioksida yang bersuhu -78.5°C. Dalam kita mengendalikan ais kering ini perlu menggunakan sarung tangan getah dan juga pengepit ais. Jangan sentuh dengan tangan. Jangan lupa pelindung mata.


Ais kering bertindak balas dengan air menghasilkan kabus berasap. Kabus berasap itu merupakan gas karbon dioksida.


Ais biasa sebelah kiri dan ais kering sebelah kanan. Ais kering tidak mudah cair berbanding ais biasa pada suhu bilik.


Para fasilitator yang mengendalikan bengkel Ais Berasap.



Hasil tindak balas ais kering dengan air menghasilkan gas karbon dioksida boleh mengembangkan belon dengan sendirinya.


Perbandingan antara berat belon yang mengandungi gas karbon dioksida adalah lebih berat dengan berat belon yang mengandungi gas udara hembusan biasa.




Penghasilan gas karbon dioksida hasil tindak balas ais kering dengan air boleh memberi kesan seperti di atas. Dengan menyapukan sedikit sabun pada bibir besen dengan menggunakan kain boleh menghasilkan belon buih separuh sfera seperti di atas. MENGGAGUMKAN!!!.

10.00 mlm
Film Canister Workshop


Cabaran membuat roket daripada bekas isi filem kodak. Pemenang dikira melalui ketinggian tujahan roket.



11.00 mlm
Rumusan, Minum malam, Solat Isyak
Yum! Yum!. Mimum malam air milo dan roti canai. Gemuklah.

12.00 mlm
Tidur. Khemah dan beg tidur disediakan oleh pihak Petrosains



Para peserta cuma tidur sahaja. Para fasilitator yang berdedikasi menyediakan semua beg tidur, khemah dan siap pasangkan lagi. Terima kasih semua fasilitator.

Sabtu, 28 April 2012

6.00 pg           
Bangun, Solat Subuh
Solat berjemaah beramai – ramai.

7.00 pg
Energyzer
Senaman pagi dan mandi di surau As-Syakirin



Menuju ke Taman KLCC untuk senaman pagi dan mengendong pakaian dan alat pembersih diri untuk mandi di surau As-Syakirin.

KLCC belum ada orang lagi dan Suria KLCC pun masih tutup.




7.30 pg
Treasure Hunt @ KLCC Park
Aktiviti yang terpaksa dibatalkan kerana keadaan keselamatan di luar yang agak membimbangkan untuk murid – murid berada di sana.

9.00 pg           
Sarapan pagi, Aktiviti Pelan B. Bengkel dalaman


Menikmati sarapan pagi nasi lemak dan air panas setelah penat bersenam di Taman KLCC.

Bengkel 1 : Cabaran Menara Penyedut Minuman




Membuat menara penyedut minuman dengan menggunakan penyedut minuman dan pita selofan sahaja.
Menara diuji kesatabilan dan kekuatannya dengan menggolekkan bola kertas ke atasnya. Kalau boleh bertahan daripada tumbang atau bengkok dikira sebagai pemenang.
Antara menara penyedut minuman yang berjaya dihasilkan.

Bengkel 2 : Bagaimana membuat ais krim?




Bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat ais krim. Sekotak susu Dutch Lady, 2 helai tuala, 2 keping beg plastik berlainan saiz yang boleh ditutup rapat, suratkhabar, garam, gula, sudu plastik, ais, termometer, pita selofan, gunting,




Langkah 1 ; Memasukkan susu Dutch Lady ke dalam ber plastik bersaiz kecil.
Langkah 2 ; Tambahkan sedikit gula sebagai perisa dan juga dalam membantu dalam pembentukan tekstur ais krim.
Langkah 3 ; Tutup mulut beg plastik rapat – rapat.




Langkah 4 ; Masukkan ais ke dalam beg plastik besar. Jumlahnya lebih kurang separuh plastik beg.
Langkah 5 ; Sukat suhu dengan menggunakan termometer. Dapat suhu lebih rendah daripada takat beku ais (0°C), iaitu lebih kurang -3°C hingga -5°C.
Langkah 6 ; Masukkan beg plastik saiz kecil (mengandungi susu Dutch Lady) ke dalam plastik saiz besar. Tutupkan rapat – rapat.



Langkah 7; Balut kedua – dua beg plastik dengan surat khabar, tuala dan ikat dengan pita selofan putih. Balut betul – betul.
Langkah 8; Goyang, pusing ‘gula – gula’ ais krim tadi lebih kurang 10 minit. Ini bertujuan untuk mendapatkan tekstur ais krim.



Langkah 9; Buka semula balutan.
Langkah 10; Nikmati ais krim anda. Yum! Yum!.


9.30 pg
Visit to Petrosains
Semua orang dapat tiket masuk ke Petrosains. Melawat ke segenap ruang pameran yang ada.



Ruang pameran yang semalamnya merupakan ruang tidur bagi peserta perempuan.
Simulator ‘Roller Coaster’ – mencabar dan memeningkan kepala.




Antara tarikan kanak – kanak, gelongsor pelantar minyak. Dan juga simulator taufan, angin yang berkelajuan tinggi.

12.00 tgh
Penyampaian sijil
Sijil penyertaan dan upacara penutupan program. Itu yang diimpikan. Menambah koleksi sijil. Bukan peserta saja dapat sijil, cikgu pun dapat juga. Terima kasih Petrosains.



1.00 tgh
Makan Tengah hari
Hidangan nasi bungkus yang menyelerakan.

1.30 ptg
Program berakhir
Bertolak Pulang ke SK Taman Kosas

Keadaan di luar tidak selamat. Terdapat sekatan jalan raya oleh polis sempena perhimpunan Bersih 3.0 di luar KLCC. Pihak Petrosains, En Khairul berusaha berbincang dengan pihak polis trafik agar membenarkan bas masuk ke KLCC untuk mengambil murid – murid SK Taman Kosas.
Namun perbincangan menemui jalan buntu. Pihak polis trafik tidak membenarkan atas sebab – sebab keselamatan.
Jadi, pelan A ditukar menjadi pelan B. Bawa semua murid ke stesen LRT KLCC dan menaiki LRT ke Stesen LRT Ampang Park. Satu stesen je pun. RM 1.00 seorang tambangnya. Dari situ menuju ke bas yang sedang menanti di sebelah MCD.

Pengalaman mencabar dalam perjalanan pulang ke sekolah. Menaiki LRT beramai – ramai. Tetapi terima kasih kepada pihak Petrosains dan pihak LRT kerana membantu.

2.30 ptg
Dijangka tiba di SKTK

Alhamdulillah, semua peserta selamat tiba di sekolah (lewat setengah jam daripada jadual) walaupun menghadapi saat sukar ketika dalam perjalanan balik. Bermula dengan menapak ke stesen LRT KLCC. Kemudian naik LRT ke Ampang Park dan kemudian menapak menuju ke bas yang sedang menanti di tepi jalan berdekatan MCD.

Namun apa yang penting, semua selamat dan masing – masing memang kepenatan tetapi gembira dan banyak ilmu dan pengalaman yang berjaya diperolehi dalam KEM SAINS buat pertama kali ini.

Teruskan untuk tahun hadapan.

Penulis pun sampai pening – pening kepala dibuatnya. Telan panadol 2 biji.

Dah banyak kali penulis pergi ke Petrosains ini. Banyak atas tiket lawatan sekolah. Tahun 2011 sahaja, 2 kali penulis pergi. Tapi tahun ini berbeza sedikit, jumpa program KID EXPLORERS’S NITE @ PETROSAINS.

Program KID EXPLORERS’S NITE @ PETROSAINS merupakan salah satu program komuniti pihak Petrosains yang berbayar. Untuk program ini murid dikehendaki membayar RM80.00.

Maklumat lanjut untuk program istimewa ini sila layari pautan ini
Petrosains – Camp - in