Showing posts with label Anak Didik - Kerohanian. Show all posts
Showing posts with label Anak Didik - Kerohanian. Show all posts

Friday, 5 November 2010

Saya percayakan dia dan dia sayang sangat dengan saya (siri 1)


Itu merupakan tajuk yang saya pilih untuk entri kali ini. Sebab hari ini saya nampak sesuatu yang amat – amat menyakitkan hati. Sakit mata sakit hati. Tapi itu hakikat dan kenyataan yang hari ini sedang berlaku.

Tajuk ini dipilih kerana ayat di atas menjadi alasan ‘biasa’ bagi anak – anak kita yang sedang meningkat remaja, kononnya baru mengenal erti kasih, sayang dan cinta. Sanggup ‘berkorban’ apa saja. Mungkin mereka lupa bahawa kasih, sayang dan cinta Allah merupakan yang paling agung yang pasti menjamin kehidupan yang manis dan berkat dunia dan akhirat.

Yang lebih mengecewakan ialah gejala berpacaran, dilakukan oleh anak – anak kita yang masih bersekolah, muda, tidak lagi segan silu melakukan perbuatan yang tidak senonoh secara terang – terangan yang pasti memalukan bangsa dan agama Islam itu sendiri. Moga kami berlindung daripada Allah, Nauzubillah daripada perkara – perkara yang keji dan mungkar.

Untuk kali ini saya cuba untuk mengingatkan kembali diri saya dan diri kita tentang batas – batas pergaulan kita orang muslim, lelaki dan perempuan yang menganut agama Islam yang suci ini.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1. Menundukkan pandangan dari kedua belah pihak. Artinya, tidak boleh melihat aurat, tidak boleh memandang dengan syahwat, tidak berlama-lama memandang tanpa ada keperluan:

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An- Nur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita yg beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 31)

2. Menutup Aurat:

Pihak wanita harus mengenakan pakaian yang sopan yang dituntunkan syara', yang menutup seluruh tubuh selain muka dan telapak tangan. Jangan yang tipis dan jangan dengan potongan yang menampakkan bentuk tubuh.

ALLAH berfirman,
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.” (An-Nur: 31)

Diriwayatkan dari beberapa sahabat bahwa perhiasan yang biasa tampak ialah muka dan tangan.

Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur, ayat 31. Maksudnya:
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.

Maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah sesuatu yang pada adat atau kebiasaannya dapat dilihat dan sukar untuk disembunyikan termasuk baju luar, muka, dua tapak tangan dan perhiasan seperti cincin dan gelang tangan. Perhiasan di rambut dan di kepala adalah haram dan termasuk dalam kategori aurat wanita.

Juga FirmanNya;
Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzab: 59)

Dengan pakaian tersebut, dapat dibedakan antara wanita yang baik-baik dengan wanita nakal. Terhadap wanita yang baik-baik, tidak ada laki-laki yang suka mengganggunya, sebab pakaian dan kesopanannya mengharuskan setiap orang yang melihatnya untuk menghormatinya.

Video tentang isu pemakaian tudung :



3. Adanya pembatasan antara lelaki dengan wanita:

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.” (Al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan:

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” (al-Ahzab: 32)

Imam Ibnu Kathir mantafsirkan ayat di atas dengan menyatakan bahawa ianya adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah SAW dan juga kepada para wanita mukminah iaitu hendaklah berbicara dengan orang lain (lelaki) tanpa suara merdu iaitu janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis. Tidak Bersentuhan Antara Lelaki dan Wanita Ajnabi (Sah Kahwin)

Dalam pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin), tidak dibenarkan berlaku sentuh menyentuh, pegang memegang, cuit mencuit dan seumpamanya walaupun dalam keadaan bergurau dan hubungan yang rapat termasuk bertunang.

Dari Maqil bin Yasar r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi) .

Antara etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud).

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana FirmanNya;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (Al-Isra: 32)

Marilah kita bersama – sama berdoa kepada Allah semoga anak –anak kita sentiasa dikurniakan hidayah dan taufik, terpelihara dan dijauhkan dengan perkara – perkara yang amat buruk seperti ini. Semoga Dia terus melimpahkan rahmatNya ke atas keluargakan kita khususnya dan masyarakat kita umumnya. Amin.

Sumber : misszinnirah, upimkmns, jaipp

Friday, 16 July 2010

ISRAK MIKRAJ, PERISTIWA, PENGAJARAN DAN TELADAN – bahagian 2 (akhir)

#Pensyariatan solat

Sesuatu yang dikira penting bila bercakap mengenai Israk Mikraj ini ialah sejarah pensyariatan solat kini difardukan bagi umat Islam lima waktu sehari. Pada mulanya Allah menetapkan sebanyak 50 waktu sehari ketika Nabi Muhammad kali pertama menghadap Allah di Sidratul Muntaha (langit ketujuh). Selepas turun naik berulang kali, atas nasihat Nabi Musa a.s, menghadap Allah dengan perasaan malu, akhirnya Allah menetapkan lima waktu saja sehari semalam (1). Itulah pengorbanan dan ingatan baginda terhadap umatnya.

Terdapat di kalangan umatnya tidak berterima-kasih kepada baginda kerana sanggup meninggalkan solat fardu berkenaan, walaupun kita hanya melakukan lima waktu, tetapi diganjari dengan lima puluh pahala, berbeza dengan umat terdahulu, lima puluh waktu solat hanya diganjari satu pahala setiap solat. Inilah kelebihan kita sebagai pengikut dan umat Nabi Muhammad, tetapi mengapa masih ramai yang mengabaikan tanggungjawab ini, sedangkan solat adalah perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari Qiamat, tidak yang lain. (3)

Resolusi mengenai kewajipan solat itu melibatkan tiga pihak, dua kejadian. Pihak yang terlibat dalam hal 'mewajibkan' solat itu ialah Allah s.w.t, Nabi Musa a.s yang berunding dengan Rasulullah s.a.w dan hasil ulang-alik Nabi Muhammad s.a.w menemui Allah s.w.t untuk mengurangkan jumlah bilangan solat fardhu tersebut. Ini kerana Nabi Musa a.s teringatkan pengalaman Bani Israel yang berat menerima perintah solat tersebut. (2)

Selain itu, dua peristiwa yang menyebabkan timbul rasa ghairah supaya diwujudkan suatu mekanisme perhubungan langsung antara manusia dengan penciptaNya, ialah kerana baginda telah menyaksikan gelagat para malaikat yang telah bersujud, rukuk kepada Tuhan dengan lain-lain perbuatan yang mirip kepada solat hari ini. (2)

Peristiwa kedua, ialah ketika Nabi Muhammad s.a.w sendiri diangkat menjadi imam untuk mengerjakan solat di mana para makmum di belakangnya adalah nabi-nabi yang terdahulu sebelum baginda. (2)

Suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh baginda nabi Muhammad s.a.w. itu menunjukkan bahawa para nabi semuanya akur terhadap kedudukan baginda sebagai Rasul terakhir yang menyempurnakan syariat agama Allah. (3)

Mereka bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda kesyukuran dan simbolik menyerahkan tugas kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w., ia juga sebagai satu petanda betapa hubungan antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa begitu intim dan akrab, apatah lagi majoriti para nabi di kalangan Bani Israil yang merupakan kiblat pertama umat Islam di muka bumi ini, selain menjadi syiar agama Islam terdahulu. (3)

Ia juga menunjukkan bahawa kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhir diperakui oleh Allah, sebagaimana yang ditegaskan menerusi beberapa ayat al-Quran mengenainya. (3)

Keghairahan Rasulullah s.a.w mengenai solat itu tergambar ketika hampir tiba saatnya baginda wafat. Di bibir baginda hampir tidak lekang menyebutkan, "Ummati.. as-Solah.." (Umatku.. sembahyang..). Tidaklah disebut hal zakat, puasa dan lain-lainnya, melainkan solat itulah yang kerap diperingatkan baginda. (2)

Solat merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: (6)
"Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Awsot juga disebut di dalam Majma' al Zawaid (1/291)).

Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan khusyuk dan khudhu' kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.

Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya, bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23:
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.

Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di hadapannya". (riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).

Sabda Baginda SAW lagi:
"Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk syurga". Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).

Berhati-hatilah agar malas, harta, pekerjaan, perniagaan, kemegahan, takhta, pemerintahan dan kementerian tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.

Jadilah kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman Allah SWT yang maksud-Nya: “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung.” (al-Nur: 37 dan 38)

Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya:
"Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf". (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?" Sahabat menjawab, "Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal". Sabda Baginda SAW, "Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan.” (riwayat al Bukhari dan Muslim) (6)

#Peristiwa Israk dan Mikraj meningkatkan takwa dan iman

Peristiwa Israk Mikraj memberi pengajaran yang cukup bermakna kepada orang mukmin untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah hingga kiamat. Jelas diperlihatkan kebesaran dan keagungan Allah melalui peristiwa Israk Mikraj.

Ertinya, Israk Mikraj adalah 'turning point', titik permulaan Islam mula bertapak di Mekah, solat mula diisytiharkan sebagai suatu amalan dan ketika itu hidup Muslimin penuh dengan riwayat sengsara dan gangguan sehingga memaksa mereka mencari perlindungan di Madinah. Lalu, dengan itu terbentuklah sebuah Negara Islam yang pertama di dunia. (2)

Ini kerana, sejurus kembalinya baginda membawa khabar berita, gambaran peristiwa langit, maka baginda dicela Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Bermula saat itu, tekanan ke atas baginda telah bermula. Itu perkara yang pertama. (2)

Yang kedua, Israk Mikraj adalah satu 'turning point' di mana Islam itu terasas dengan begitu kukuh oleh kerana telah termaktub suatu resolusi dari langit mengenai kefardhuan solat yang mana sebelum itu, solat belum lagi diperkukuhkan sebagai suatu amalan yang wajib. (2)

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini. (3)

Sebab itu, kita jangan hairan kenapa nas itu tidak menghebahkan soal mi'raj, sebaliknya cuma menyebut tempat berlepas ketika Isra' (berjalan malam). Tuhan menyebutkan Masjidil Aqsa itu bererti, tempat itu amat penting dan bernilai. (2)

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat. (3)

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas. (3)

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. (3)

Daripada fenomena peristiwa yang berlaku antara Nabi dan Jibril dalam isu Israk dan Mikraj sepanjang perjalanan yang digambarkan kepada Rasulullah s.a.w., adalah untuk jadi bahan renungan dan iktibar bagi generasi Muslim sepanjang zaman, terutamanya umat hari ini yang semakin hilang keyakinan diri kepada Allah selaku Pencipta.

Ia boleh disimpulkan sebagai himpunan peringatan buat individu yang mahu menjadikannya pula sebagai anjakan paradigma untuk terus melakukan perubahan diri meniti kesempurnaan. Ini kerana peristiwa-peristiwa simbolik berkenaan jika dihalusi dengan teliti, mampu mengubah cara hidup Muslim yang boleh disifatkan sebelumnya sebagai individu yang lalai, jauh daripada pegangan agama.

Betapa suasana dan kesudahan mereka yang digambarkan dalam simbolik itu menggambarkan keadaan manusia nanti di alam akhirat dengan pelbagai gambaran yang amat mengerikan. Apabila ia juga tidak mampu mengubah sikap, pendirian seseorang, bererti individu berkenaan telah dihijab hatinya daripada wahyu petunjuk Ilahi dan terus bebas melakukan penentangan terhadap Allah SWT.

Justeru, kita adalah disaran agar terus banyak berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa, supaya memasukkan kita dalam himpunan hamba-Nya yang lunak hati untuk menerima kebenaran, kerana jika kita terus masih mengingkari kebenaran, maka kehidupan kita di dunia semakin sempit, malah akan dibutakan oleh Allah di akhirat hingga terjerumus masuk dalam neraka-Nya, Wal 'Iyazu Billah. (4)

Rujukan :
1) Bharian Online 25 Jun 2009 (2 Rejab 1430) Khamis – Artikel bertajuk Israk Mikraj pengajaran paling bermakna bagi umat Muhammad

2) Harakahdaily Online 21 Julai 2009 (28 Rejab 1430) Selasa – Artikel bertajuk Darihal Isra' Mi'raj

3) Harakahdaily 24 Julai 2008 Khamis – Artikel bertajuk Konsep Agama : Ambil Pengajaran Israk dan Mikraj

4) Harakahdaily 11 Ogos 2008 Isnin – Artikel bertajuk Israk Mikraj pencetus kesedaran ummah

5) Harakahdaily 09 Ogos 2007 Khamis – Artikel bertajuk Khutbah Rusila: Hikmah di sebalik Israk dan Mikraj

6) Utusan Online 13 Julai 2009 (20 Rejab 1430) Isnin – Artikel bertajuk Pengajaran peristiwa Israk dan Mikraj

7) Utusan Online 12 Mei 2010 (28 Jamadil Awal 1431) Rabu – Artikel bertajuk Israk dan Mikraj bukti kebesaran Allah

8) ustazazhar – Urutan Peristiwa Israk & Mikraj

9) Bersama Mufti - Ceramah Umum mengenai Isra dan Mikraj, 20Jul07 : Dr Asri, Mufti Perlis

Artikel berkait :
ISRAK MIKRAJ, PERISTIWA, PENGAJARAN DAN TELADAN

Thursday, 15 July 2010

ISRAK MIKRAJ, PERISTIWA, PENGAJARAN DAN TELADAN

#Dua peristiwa sedih yang menimpa Nabi Muhammad

Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam mencatat dua peristiwa sedih memilukan hati dalam sejarah perjalanan hidup rasul kesayangan kita, iaitu Nabi Muhammad.

Dua peristiwa sedih dimaksudkan itu ialah kematian Siti Khadijah, isteri yang sangat disayangi Baginda. Siti Khadijah dengan penuh ikhlas dan rela hati menyumbang semua harta miliknya untuk kepentingan dan kemajuan dakwah Rasulullah dalam usaha menegakkan risalah Islamiah.

Kematian bapa saudara Nabi, Abu Talib yang begitu rapat dengan hidup Nabi. Justeru, Abu Talib bersungguh-sungguh dan bermati-matian membela dan melindungi Rasulullah daripada ancaman orang kafir Quraisy.

Abu Talib adalah orang yang sangat dihormati dan disegani di kalangan bangsa Arab ketika itu menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani mengganggu Rasulullah. Pemergian dua sangat rapat dan disayangi Baginda ini, Siti Khadijah dan Abu Talib, amat dirasakan oleh Baginda selepas itu. (1)

Pemergian kedua-duanya berlaku dalam tahun yang sama. Hal ini begitu terkenal dalam sirah sehingga sejarawan telah menamakan tahun tersebut sebagai 'Tahun Kesedihan' ('amul huzni’). (2)

Bayangkan, bagaimana baginda dapat menempuh kehidupan ini bersendirian dengan Fatimah yang masih kecil. Apalah sangat yang mampu dilaksanakan gadis sekecil itu melainkan dengan menyapu najis unta yang dilumurkan ke atas kepala baginda ketika sedang bersujud di depan Kaabah. (2)

Justeru, selepas kematian dua orang disayangi oleh Rasulullah ini, pergerakan dakwah baginda di kota Makkah semakin sempit dan sering mendapat gangguan daripada orang kafir Quraisy. Baginda mendapat ejekan serta mengancam keselamatan Baginda. Rasulullah akhirnya memutuskan untuk berhijrah ke Taif. (1)

#Berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj

Malangnya di Taif juga Rasulullah menerima cacian, ejekan serta penghinaan penduduk Taif. Rasulullah kembali semula ke Makkah. Penderitaan ditanggung Rasulullah cukup berat ketika itu.

Melihat keadaan Rasulullah SAW itu maka Allah memerintahkan Jibril membawa Rasulullah melalui peristiwa Israk Mikraj, pendekatan Allah untuk menghiburkan baginda. Israk yang membawa maksud ‘berjalan malam’ dan Mikraj pula bermaksud ‘tangga’ (2). Peristiwa menakjubkan itu berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 menjadi rasul, (1) kira – kira 18 bulan sebelum Hijrah (7), walaupun ulama berselisih pendapat dalam menentukan ketetapan tarikh berlakunya peristiwa penting itu (3) (9), setahun sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat, beramai-ramai ke Madinah. (2)

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya zaman berputar seperti keadaannya tatkala Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun ada 12 bulan. Antaranya ada empat bulan haram. Tiga bulan berurutan iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jamadilakhir dan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari). (1)

Dalam al-Quran Allah SWT berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu." (Surah At-Taubah ayat 36). (1)

Allah Yang Maha Bijaksana telah merancang satu program berbentuk keagamaan, iaitu program masjid ke masjid, iaitu daripada Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, inilah contoh terbaik satu bentuk hiburan bagi menghilangkan perasaan gundah gulana yang dialami baginda selepas kematian dua tokoh terpenting. (3)

Ia berlaku dalam semalaman sahaja yang menandakan bahawa Allah mampu bertindak demikian, walaupun ramai di kalangan manusia tidak mempercayainya malah menafikannya, sehingga pada waktu itu datang Abu Bakar as-Siddiq tanpa mengambil masa panjang terus mengiyakan peristiwa berkenaan. (3)

Allah berfirman dalam al-Quran bermaksud:
"Dan Kami mengangkatnya ke martabat yang tinggi -"(Surah Maryam ayat 57).

#Peristiwa Israk dan Mikraj

Allah berfirman bermaksud:
"Maha Suci Allah, yang menjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) yang Kami berkali sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra' ayat 1) (1)

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk menyatakan Rasulullah s.a.w. adalah benar seorang rasul yang dipilih oleh Allah SWT, membawa satu agama dan pengajaran yang bernama Islam, firman Allah (maksudnya):
Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.” (A-li Imran: 19). (5)

Dan Allah menyatakan juga (maksudnya):
"Dan sesiapa yang mencari (berpegang) dengan agama selain daripada Islam, maka Allah tidak akan menerima dan pada hari akhirat dia tergolong dalam orang-orang yang rugi." (A-li Imran: 85) (5)

Firman Allah bermaksud:
Wahai orang – orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar – benar takwa dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang – orang Islam.” (A-li Imran : 102). (5)

Apa yang penting dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin (7) dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).

Para ulama pula, mereka sepakat menyatakan bahawa Israk dan Mikraj yang berlaku ke atas baginda Rasulullah s.a.w. dengan roh dan jasad sekali. Ini kerana mereka berpendapat, bahawa ungkapan perkataan 'hamba-Nya' dalam ayat pertama mengenai Israk merangkumi roh dan jasad pada diri seorang insan khususnya Nabi Muhammad s.a.w. (3)

Waktu berlakunya peristiwa Israk Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad pada masa tiga suku malam bermula selepas solat Maghrib sehingga waktu Subuh.

Adapun berpuasa sunat pada bulan Rejab secara umumnya adalah sesuatu digalakkan berdasarkan satu hadis do'if yang disebut oleh Imam as-Suyuti daripada Ibnu Abbas, baginda bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, dia bagaikan berpuasa satu bulan, sesiapa yang berpuasa tujuh hari, maka dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka (kerana ia telah ditutup buatnya), sesiapa yang berpuasa sepuluh hari, maka segala kejahatannya diganti dengan segala kebaikan." (3)

#Rentetan Peristiwa Israk dan Mikraj

A) Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S.A.W.. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. (8)

Buraq, iaitu berasal dari perkataan barq bererti kilat. Sama ada mempunyai sumber yang sahih mahupun tidak, tetapi buraq berasal daripada cahaya bagi membolehkan ia bergerak melebihi kepantasan cahaya. Iaitu 'sekelip mata' pantasnya. (7)

B) Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan); (8)

#Peristiwa dan pengajaran yang dilihat oleh Nabi Muhammad

Menurut beberapa riwayat mengenai peristiwa Israk dan Mikraj seperti yang disebut oleh Ibnu Hajar al-Haithami dalam kitabnya az-Zawajir juzuk 2 halaman 41, dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah s.a.w. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api obor dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. (4)

Antaranya :

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru, keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w. diberitahu oleh Jibril: Itulah kaum yang berjihad Fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

* Tempat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w. diberitahu oleh Jibril: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai tuhan).

* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula tanpa henti. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

* Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibril: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan riba.

* Lelaki yang menghimpun sekumpulan kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

* Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril: Itulah orang yang bercakap besar (takbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibril: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah s.a.w. tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan semua para Nabi dan Rasul menjadi makmum.

Rasulullah s.a.w. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Nabi memilih gelas berisi susu, minuman fitrah manusia. (8) Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

C) Semasa Mikraj

Selesai upacara Israk, sampai ketika Nabi Muhammad diMikrajkan. Sejenis tangga yang canggih seakan eskalator membawa Nabi ke angkasa. Maka bermulalah episod mikraj dari langit pertama hingga ke tujuh dan kemudiannya ke Sidaratul Muntaha (4) dan naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah) (8)

Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad s.a.w. diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Di langit pertama, baginda berjumpa Nabi Adam a.s., bapa segala manusia.

Di langit kedua berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya a.s.

Di langit ketiga berjumpa dengan Nabi Yusof a.s.

Di langit keempat berjumpa dengan Nabi Idris a.s.

Di langit kelima berjumpa dengan Nabi Harun a.s. Di langit keenam berjumpa dengan Nabi Musa a.s.

Di langit ketujuh berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s.

Di tangga Kesepuluh, Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: (8)

Allah S.W.T: Ya Muhammad.

Rasulullah: Labbaika.

Allah S.W.T: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

D) Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

Artikel berkait :
ISRAK MIKRAJ, PERISTIWA, PENGAJARAN DAN TELADAN – bahagian 2 (akhir)

Thursday, 10 June 2010

MEMBIASAKAN ANAK ADAB ISLAM DALAM KEHIDUPAN SEHARI-HARI

Kali ini penulis ingin berkongsi mengenai adab dan tatacara kehidupan Islam yang boleh diajar pada anak, diterap agar menjadi kebiasaan anak – anak. Ini hanya merupakan panduan dan kita berusaha untuk cuba mencorak anak kita dengan sebaik mungkin. Usaha itu penting dan kemudian kita berdoa agar anak – anak kita menjadi seorang anak yang baik budi pekertinya, Insyaallah.


1. TATA CARA MAKAN DAN MINUM :
a. Membaca bismillah
b. Menggunakan tangan kanan
c. Tidak berlebih-lebihan
d. Mengambil yang dekat
e. Tidak boleh berebut
f. Menghabiskan makanan yang dimakan dan tidak membazir
g. Menyudahi dengan membaca Alhamdulillah
h. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan
i. Mengemas dan membersihkan peralatan yang digunakan semasa makan
j. Tidak mencela ataupun menghina makanan


2. TATA CARA BERPAKAIAN :
a. Menggunakan pakaian yang bersih
b. Membaca bismillah
c. Mengenakan pakaian mulai dari bahagian kanan
d. Melepas pakaian mulai dari bahagian kiri
e. Meletakkan dan menyusunatur pakaian pada tempatnya
f. Pakaian harus menutup aurat
g. Untuk wanita pakaian tidak boleh tembus pandang atau menjolok mata


3. TATA CARA KELUAR-MASUK :
a. Mengucap salam kepada penghuni rumah
b. Masuk rumah dengan kaki kanan
c. Membaca doa ketika masuk rumah
d. Keluar rumah mendahulukan dengan kaki kiri
e. Berdoa ketika hendak pergi
f. Bersalaman kepada penghuni rumah
g. Mengucap salam ketika meninggalkan rumah


4. TATA CARA TIDUR :
a. Mencuci kaki dan tangan sebelum tidur atau mengambil wudhuk
b. Berdoa sebelum tidur
c. Menyusun atur tempat tidur
d. Berbaring diatas lambung kanan
e. Tidak menelungkup
f. Mengenakan pakaian agar tidak terbuka auratnya
g. Bila mimpi buruk, membaca Istighfar
h. Bila mimpi baik, membaca Alhamdulillah
i. Berdoa ketika bangun tidur
j. Mengemaskan kembali tempat tidur


5. TATA CARA MANDI :
a. Masuk bilik air atau tandas dengan kaki kiri
b. Membaca doa ketika masuk bilik air atau tandas
c. Membersihkan bahagian sulit secara merata
d. Tidak boros menggunakan air
e. Tidak Nyanyi-nyanyi
f. Menutup aurat ketika keluar bilik air atau tandas
g. Keluar dari bilik air atau tandas dengan kaki kanan
h. Doa ketika keluar bilik air atau tandas


6. TATA CARA BERTAMU :
a. Mengucapkan salam kepada tuan rumah
b. Tidak masuk rumah sebelum dipersilakan
c. Tidak mengintip ke dalam rumah
d. Tidak berdiri di depan pintu
e. Tidak boleh duduk dulu sekira tuan rumah tidak mempersilakan
f. Tidak berkata yang tidak baik terhadap tuan rumah
g. Sebelum pulang minta izin terlebih dahulu
h. Sebelum meninggalkan tuan rumah ucapkan salam
i. Jangan mencela makanan yang dihidangkan tuan rumah


7. ADAB DENGAN ORANG TUA :
a. Bertemu mengucapkan salam
b. Minta izin apabila keluar dari rumah
c. Minta maaf apabila melakukan kesalahan
d. Menyahut panggilannya
e. Segera mengerjakan apa yang diperintahkan selama tidak untuk dosa
dan maksiat dan meninggalkan apa yang dilarangnya
f. Berbicara dengan suara rendah dan lembut
g. Menjaga nama baik mereka dengan berbuat baik
h. Mendoakannya agar mendapat ampunan Allah
i. Menghormati teman dan tetamu mereka
j. Membantunya dalam mengerjakan pekerjaan rumah
k. Tidak membantah dengan keras dan kasar serta tidak memukulnya
l. Berterima kasih ketika diberikan wang/hadiah dan menggunakannya dengan baik
m. Tidak mencela apa yang telah diberikannya


8. ADAB DENGAN GURU :
a. Bertemu mengucapkan salam
b. Menyapanya dengan baik dan sopan
c. Berbicara dengan suara rendah dan lembut
d. Memperhatikan apabila dia memberikan pelajaran
e. Mengerjakan tugas yang diperintahkannya
f. Minta izin apabila ingin meninggalkan kelas
g. Mengetahui namanya
h. Segera mengerjakan apa yang diperintahkan selama tidak untuk dosa
dan maksiat serta meninggalkan apa yang dilarangnya
i. Tidak membantah dengan keras dan kasar serta tidak memukulnya
j. Berterima kasih terhadap ilmu yang diberikannya dan mengamalkannya
k. Mendoakan semua yang menjadi guru kita
l. Menghormati mereka dan keluarga mereka

Kita sebagai ibu bapa ingin memberikan segala apa yang terbaik untuk anak kita. Yang penting kita mendidik, menjalankan amanah dan melengkapkan anak kita dengan segala ilmu dan akhlak yang memandunya ke arah yang kehidupan yang diredhai dan diberkati. Insyaallah.

Monday, 24 May 2010

UCAPAN – UCAPAN ISLAMI DITERAP DALAM DIRI ANAK - ANAK

Anak – anak perlu diajar dan dibiasakan dengan ucapan – ucapan islami. Ini melibatkan proses penerapan, pemahaman dan seterusnya penghayatan. Dengan cara ini kita secara langsung mendidik anak – anak secara berperingkat – peringkat untuk mengenali pencipta dan yakin akan Allah yang Maha Esa.

Motivasi :
# Bayi mendengarkan suara merdu maka akan menunjukkan reaksi gembiranya.

# Bayi mendengarkan suara gaduh atau menakutkan maka akan menunjukkan reaksi dengan menjerit sebagai tanda ketakutan.

# Karena pengaruh ucapan, kata-kata, pembicaraan, dan percakapan maka islam mengharamkan pembicaraan yang merusak akhlak dan membawa pada kesesatan.

# Kata-kata yang berjiwa tauhid adalah semua kata yang menyatakan pengagungan kepada Allah, menguatkan iman dan membersihkan hati dari kekafiran dan syirik.

Berikut antara ucapan – ucapan Islami yang boleh diajarkan kepada anak – anak :


Bismillahirrahmaanirrahiim
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Bismillaahi awaalihi wa-akhirihi
Dengan menyebut nama Allah sejak awal hingga akhirnya

Agar menanamkan dalam diri anak keyakinan bahwa segala sesuatunya hanya terjadi atas izin Allah.

KATA INI DIUCAPKAN :
1. Ketika memulai sesuatu yang baik.
2. bila lupa membaca bismillah dari awal, lalu kita baca ini ketika ingat.


Alhamdulillahirrabbil-‘aalamiin
Segala puji bagi Allah

Agar timbul kesedaran pada anak akan karunia Allah, dan menjauhkan anak dari sifat takabur karena meraih sesuatu yang baik.

KATA INI DIUCAPKAN :
1. Ketika selesai sesuatu yang baik.
2. selesai belajar, makan/minum
3. bangun tidur
4. memperoleh nikmat, rezeki
5. selesai batuk/bersin


Subhanallah
Maha Suci bagi Allah

Untuk menyedarkan kepada anak akan keagungan Allah, mengingatkan serba kelemahan akan hidup di dunia serta menghilangkan sifat mendewakan akal (rasionalisme).

KATA INI DIUCAPKAN :
1. Mengagumi peristiwa atau kejadian yang luar biasa
2. Duduk dalam Majlis


Astaghfirullah
Aku memohon ampun kepada Allah

Untuk menanamkan pada jiwa anak rasa enggan untuk mendekati perbuatan dosa dan segera memohon ampun kepada Allah apabila berbuat dosa.

KATA INI DIUCAPKAN :
1. Terlanjur berbuat dosa, lalu menyesal
2. Meminta Ampun bagi kesalahan sesama Mukmin


Allaahu-akbar
Allah Maha Besar

Agar tertanam jiwa Tauhid atas keagungan Allah.
KATA INI DIUCAPKAN :
1. Pada hari Idul Fitri
2. Ketika mengalami peristiwa besar seperti: perang, banjir, dsb
3. Apabila menaiki tempat yang tinggi


Aamiin
Mohon diperkenankan”

Agar tertanam kesedaran pada anak untuk menggantungkan segala harapan hanya kepada Allah, dan mendekatkan segala permohonan pada Sunnatullah.

KATA INI DIUCAPKAN :
1. Saat akan mengakhiri doa


Yarhamukallaah
Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada mu

Agar menanamkan pada jiwa anak anak rasa persaudaraan sesama mukmin, dan agar anak menghayati jasa orang tua kepada dirinya.

KATA INI DIUCAPKAN :
1. Untuk mendoakan orang yang bersin setelah yang bersangkutan ucapkan Alhamdullillah
2. Untuk mendoakan kedua Orang tua


Maa-syaa-Allaah Lahaulaawala-quata-illaabillaah
Sesuai kehendak Allah, Tidak ada upaya dan kekuatan melainkan Pertolongan Allah

Agar tertanam pada jiwa anak kesedaran bahwa tidak ada tindakan yang bisa dilakukan kecuali pertolongan Allah.

KATA INI DIUCAPKAN :
1. Ketika diberi nikmat
2. Ketika mendapat keselamatan dari bencana


Assalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Semoga keselamatan, rahmat dan berkah kepadamu dari Allah

Diharapkan anak akan lebih mudah berkenalan dengan sesama muslim, mengingatkan bahwa sesama muslim itu bersaudara sehingga mempererat persaudaraan.

KATA DIUCAPKAN KETIKA :
a. Ketika masuk ke dalam rumah
b. Ketika bertemu dengan sesama muslim
c. Ketika datang di suatu majlis.


Barakallaahu laka
Semoga Allah memberikan keberuntungan kepadamu

Diharapkan anak akan turut memberikan semangat kepada sesama saudara muslim dalam berjuang dan belajar serta berusaha.

KATA DIUCAPKAN KETIKA :
a. Untuk memberikan selamat pengantin baru
b. Menyambut kedatangan bayi baru lahir
c. Ketika menerima hadiah/penghargaan


Innaa lillaahi wa-inna ilaihi raji’uun
Sesungguhnya kita milik Allah dan akan kembali kepadanya

Agar tertanam kesedaran bahwa segala sesuatu adalah milik Allah dan pasti kembali kepadanya, serta menghidarkan anak dari stres.

KATA INI DIUCAPKAN :
a. Apabila mendapatkan musibah (sakit) atau mendapatkan hal-hal yang merugikan (bencana)
b. Ketika ada orang islam yang meninggal


Insyaa Allah
Jika Allah mengkehendaki

Agar tertanam kesedaran bahwa manusia tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan segala hal bila Allah tidak mengizinkan.

KATA INI DIUCAPKAN :
a. Ketika berniat mengerjakan sesuatu pada waktu yang akan datang
b. Berjanji kepada orang lain
c. Memberikan saran kepada orang untuk melakukan sesuatu yang baik
d. Mengharapkan keberhasilan dalam melakukan suatu hal yang baik
e. Memberikan pilihan melakukan beberapa hal yang semuanya baik


A’uudzubillaahiminasy-syaitho nirrajiim
Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaithan yang terkutuk”

Diharapkan pada diri anak akan tertanam kebersihan jiwa dari pengaruh nafsu yang buruk, mengembalikan kesedaran adanya perlindungan dari Allah.

KATA INI DIUCAPKAN :
a. Bila membaca Al-Qur’an
b. Ketika Marah
c. Ketika terjaga dari mimpi buruk, dan merasa diganggu setan
d. Waktu tengah shalat tergangu oleh pikiran lain


Subhanallah walaa yaa naamu walaa yamuutu
Maha Suci Allah yang tidak pernah tidur dan tidak mati

Diharapkan anak sedar bahwa Allah tidak pernah tidur dan lupa, sehingga timbul kesedaran pada diri anak untuk mengerjakan perintah Allah dengan baik dan sempurna.

KATA INI DIUCAPKAN :
1. Ingat …. dari lupa bilangan raka’at atau rukun dalam shalat, ini dibaca ketika sujud sahwi.
2. Ingat … dari lupa sesuatu yang penting.


Laa-ilaa-ha-illallaah
Tidak ada Tuhan selain Allah

Diharapkan anak selalu ingat kepada Allah, sehingga anak tetap menyembah dan meminta tolong hanya kepada-Nya, jangan sampai berbuat SYIRIK.

KATA INI DIUCAPKAN :
1. Ketika ragu dalam hati kekuasaan-Nya
2. Ketika kita lupa mengingat Allah.

Semoga anak - anak kita menjadi anak yang soleh dan solehan. Amin.

Tuesday, 13 April 2010

KELAHIRAN BAYI... bah 3 (AKHIR)

Perkara – perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran menurut lunas – lunas Islam.

# BERKHITAN (BERKHATAN) #

Hukum : Ada mengatakan sunat dan ada mengatakan wajib (1). Sila lihat hadis. Ada pendapat ia wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan (4;d). Sila lihat hadis. Ada pendapat ia wajib bagi kedua – dua lelaki dan perempuan (3;b).

Hadis :
Adapun khitan, wajib hukumnya bagi laki-laki dan mulia (utama) bagi kaum wanita, yaitu tidak wajib, berdasarkan keterangan dari banyak ulama. (4;d)

Dalil utama berkenaan berkhitan ini ialah seperti berikut.
Abu Hurairah, daripada Nabi SAW sabdanya yang bermaksud :
"Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk fitrah ialah; berkhatan, mencukur bulu kemaluan (lelaki ataupun wanita), mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan menggunting misai." (1), (7)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan (7) :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita. Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanafiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita. Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Hadis yang mengatakan sunat. Sepotong hadis riwayat Imam Ahmad r.a. daripada Nabi SAW yang bermaksud :
"Khatan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan dimuliakan bagi kaum wanita." (1), (4;d)

Al-Khallaf meriwayatkan dengan sanadnya dari Syaddad bin Aus, ia berkata, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
Khitan itu sunnah bagi laki-laki dan mulia (utama) bagi wanita.” (4;d)

Hadis yang mengatakan wajib. Sepotong hadis riwayat al-Zuhri bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Bagi sesiapa masuk Islam wajiblah ia berkhitan, sekaliapun ia sudah dewasa." (1)

Dalil tentang wajibnya berkhitan adalah sebuah hadits yang menyebutkan bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda kepada seorang laki-laki yang baru saja masuk Islam.
Artinya : Bersihkan darimu rambut kekafiranmu dan berkhitanlah.” [Abu Dawud No. 356] (4;d)

Khatan wanita
Disebutkan oleh Imam Ahmad daripada Ummu 'Athiyyah bahawa Rasulullah SAW pernah menyuruh seorang wanita yang mengkhitan seseorang supaya tidak memotong keterlaluan dengan sabdanya yang bermaksud:
"Jika kamu mengkhitan maka janganlah kamu berlebih-lebihan kerana yang demikian akan lebih baik bagi wanita dan lebih disukai oleh suami." (1)

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah. Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita. Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya. Sila baca lanjut di sini. (7)

Waktu yang wajib bagi laki-laki berkhitan adalah ketika sudah baligh, berdasarkan perkataan Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu, katanya.
Artinya : Dan mereka (para sahabat) tidaklah mengkhitan seorang laki-laki melainkan setelah dia berusia baligh.”[Bukhari] (4;d)

Rasulullah Berkhatan (7)
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab. Dan pandangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkhatan adalah lemah, demikian juga pandangan yang menyatakan bahawa Jibrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.

Syarat dan pelaksanaan :
"Khitan" atau berkhatan (dalam istilah Melayu) bermakna memotong kulit (kulup) yang menutupi kepada zakar (bagi lelaki) dan memotong sedikit hujung kelentit (clitoris) bagi perempuan. (1)

Kebanyakan ulama berpendapat khitan itu patut dilaksanakan ketika anak menghampiri waktu baligh. (1)

Khitan bagi wanita adalah dengan memotong sedikit mungkin bahagian kulit yang terdapat pada klitoris. (1). Sila lihat hadis.

Wajib khitan bagi laki-laki memiliki kemaslahatan yang berhubungan dengan syarat diterimanya shalat yaitu thaharah, karena jika qulfah (ujung kemaluan) itu dibiarkan, maka kencing yang keluar dari qulfah tersebut sisa-sisanya akan tertinggal disitu dan terkumpullah air di qulfah tersebut sehingga bisa menyebabkan rasa sakit waktu kencing. Atau dengan adanya qulfah yang belum dipotong, maka bila ada sesuatu keluar darinya, qulfah itu akan bernajis. (4;d)

Sedangkan bagi perempuan, berkhitan hanya merupakan tujuan yang di dalamnya terdapat faedah, yaitu untuk mengurangi syahwat, ini adalah tuntunan terkait dengan kesempurnaan, bukan untuk menghilangkan rasa sakit. (4;d)

Para ulama telah mensyaratkan tentang kewajiban berkhitan selama dia itu tidak takut terhadap dirinya, karena jika ia khawatir atas dirinya berupa kebinasaan atau sakit, maka hukumnya tidak wajib, karena kewajiban itu tidak menjadi wajib dengan adanya sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan (udzur syar'i), atau karena takut akan ada kerusakan atau ada bahaya. (4;d)

Waktu yang wajib bagi laki-laki berkhitan adalah ketika sudah baligh. Sila lihat hadis. (4;d)

Namun kewajiban ini akan gugur bagi orang yang takut mengalami kebinasaan (bila dikhitan). Dan berkhitan di masa kecil sampai usia tamyiz (sebelum baligh) lebih baik, karena akan lebih cepat sembuh dan dia akan tumbuh dalam keadaan sesempurna mungkin. (4;d)

Hikmah :

Antara hikmah berkhatan (1)
a. Boleh membawa kepada kesempurnaan beragama.
b. Membezakan antara orang Islam/muslim dan bukan Islam.
c. Menjaga kesihatan dan mengawal syahwat.
d. Pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit.


# PENYUSUAN BAYI #


Hukum : -

Dalil Al-quran atau Hadis :
Firman Allah yang bermaksud :
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu.” (Al-baqarah : ayat 233) (2;c), (8), (12), (13)

Firman Allah yang bermaksud :
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Al-Ahqaf : ayat 15) (8)

Syarat dan pelaksanaan :
Susu ibu bermula sejurus selepas kelahiran dan sehingga bayi berumur 2 tahun. Sila lihat dalil Al-quran.

Ia merupakan makanan terbaik untuk bayi terutama sejak lahir sehingga 6 bulan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal juga mental anak-anak. (13)

Hikmah :
Faedah Penyusuan Bayi dari segi pemakanan dan kesihatan
Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ianya dilahirkan lagi.

1. Susu ibu mengandungi khasiat yang betul, sebaik bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi. KOLOSTRUM mampu melawan penyakit ia mampu melawan penyakit seperti cirit birit, bronkitis, eczema dan lelah dan amatlah rugi bagi ibu - ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran (2;c), (13). Susu ibu mempunyai antibodi yang utama untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, virus dan bakteria terutama pada bahagian usus dan paru-paru bayi itu (12). Susu ibu bebas daripada bakteria kerana ia mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang bertindak sebagai tembok penghalang pelbagai penyakit sehinggalah bayi dapat membentuk antibodinya sendiri (13).

2. Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA, kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan. (2;c)

3. Susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema, (2;c)

4. Susu ibu tersedia bila - bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi, (2;c)

5. Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel – sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu, (2;c)

6. Mencegah dari penyakit rabun malam, (2;c)

7. Mencegah bayi dari mendapat alahan, (2;c)

8. Menggelakkan taun, (2;c)

9. Menggelakkan jangkitan telinga, (2;c)

10. Susu ibu mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Arakidonik (AA) yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf,dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan. (2;c), (13)

11. Pemberian susu badan adalah yang terbaik kerana ia sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yang menyusu badan akan meminum susu lebih kerap berbanding bayi yang meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tidak dapat menerima makanan yang keras kerana keadaan sistem penghadaman mereka belum mencapai tahap matang. (12)

12. Protein di dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dan perkembangan otak. Protein susu ibu mudah dihadam dan diserap. Apabila susu lembu diberi kepada bayi, kuantiti protein yang dihadam dan serap adalah rendah menyebabkan banyak hasil pecahan protein. Perkembangan otak boleh terganggu jika paras hasil pecahan protein dalam darah adalah tinggi. Susu ibu tidak membebankan ginjal bayi dan ia tidak perlu menyimpan air yang berlebihan. (13)

13. Lemak merupakan sumber utama bagi bayi. Enzim lipase yang terkandung di dalam susu ibu boleh menghadamkan lemak. Kandungan lemak adalah berubah semasa penyusuan ibu iaitu lemak adalah rendah pada permulaan penyusuan (foremilk) dan tinggi pada akhir penyusuan (hindmilk) atau disebut susu akhir. Enzim - enzim dalam susu ibu akan menghadamkan lemak dan ini menyebabkan ia senang dibekalkan kepada bayi sebagai tenaga. (13)

14. Susu ibu juga mengandungi zat besi yang mudah diserap oleh bayi kerana di dalamnya terdapat laktoferin berbanding susu formula. Kandungan vitamin A dan C dalam susu ibu adalah tinggi berbanding susu lembu. (13)

15. Di samping itu, penyusuan bayi dapat membantu mengecutkan rahim, mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko kanser buah dada dan ovari. (13)

Menyusukan bayi dengan susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pada pertumbuhan dan perkembangan mental.

Kajian melaporkan bayi yang diberi susu ibu 40 peratus lebih cerdas berbanding bayi susu formula. Susu ibu sangat berkesan untuk perkembangan otak bayi kerana terdapatnya kandungan DHA, iaitu sejenis asid lemak yang mampu bertindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi. (8)

Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar kepada bayi malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Kajian menunjukkan anak- anak yang berusia sembilan dan lima tahun yang mendapat susu ibu mempunyai IQ sebanyak 12 dan 9 kali lebih tinggi daripada anak yang seusia yang tidak mendapat susu ibu. (13)

Penyusuan itu digalakkan dalam Islam.
Penyusuan susu badan mengandungi hikmah cukup besar kepada ibu dan anak.

Maksud intipati ayat dalam Surah Al-Baqarah ayat 223, ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka dan seharusnya menyempurnakan hak bayi untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu (12). Tempoh penyusuan ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah 2 tahun. (13)

Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu dan bayi. Dengan belaian mesra, pelukan erat dalam dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yang tiada taranya antara ibu dan bayi. (12)

Malah, bayi berasa aman, selamat dan harmoni dalam dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. (12)

Penyusuan badan dapat menyerlahkan lagi naluri keibuan dan menjana ikatan kasih sayang antara ibu dan anak kerana dalam proses menyusu, hormon prolaktin terhasil dan ia merangsang perasaan keibuan. (13)

Indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dapat menyusukan anak-anak mereka kerana inilah darjat ketinggian seorang ibu yang dianugerahkan Allah yang tidak dikurniakan kepada golongan bapa. (12)

Susu yang diminum oleh bayi mereka menjadi komponen asas proses pembesaran bayi. Disebabkan itulah dalam Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa menghormati dan menjaga ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan terhutang budi membesarkan mereka.
Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 17-23 yang bermaksud:
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya ‘ah’ dan janganlah kamu membantah, menengking dan menyergah mereka dan ucapkanlah perkataan yang mulia.” (12)

Hikmah Allah menggalakkan penyusuan ibu yang lengkap bagi menjamin keberterusan generasi berkualiti. Sejajar dengan firmanNya yang bermaksud :
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun." (Luqman : 14). (13)

Artikel berkait penyusuan bayi : Beberapa fakta mengenai susu badan

Rujukan :
(1) Buku Hidup Bertakwa, Al Ustaz Hj. Ismail Kamus
(2) iluvislam (2;a), (2;b), (2;c)
(3) ustazazhar (3;a), (3;b)
(4) almanhaj (4;a), (4;b), (4;c), (4;d)
(5) ilmudanulamak
(6) ahkam
(7) zaharuddin
(8) mindamadani
(9) saifulislam
(10) usim
(11) baheis islam (11;a), (11;b), (11;c), (11;d)
(12) hmetro
(13) ikim
(14) utusan online

KELAHIRAN BAYI... bah 2

Perkara – perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran menurut lunas – lunas Islam.

# AQIQAH DAN CUKUR JAMBUL #


Hukum : Sunat mu'akkadah (sunat yang amat dituntut untuk dilakukan) (2;b). Ada pendapat yang menyatakan bahawa aqiqah ini wajib (6).

Hadis :
Hadis yang memperkatakan tentang akikah ini ialah Imam Bukhari meriwayatkan daripada Salman bin Amir Al-Dhabi r.a. katanya Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Bersama bayi itu akikahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (iaitu kekotoran dan najis).” (1)

Dari Salman bin ‘Amir Ad-Dhabiy, dia berkata : Rasululloh bersabda :
Aqiqah dilaksanakan karena kelahiran bayi, maka sembelihlah hewan dan hilangkanlah semua gangguan darinya.” [Shahih Hadits Riwayat Bukhari] (4;c)

Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya daripada Samrah r.a. katanya : Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya :
"Bayi itu tergadai (tergantung) oleh akikahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya." (1)

Dari Samurah bin Jundab dia berkata : Rasulullah bersabda :
Semua anak bayi tergadaikan dengan aqiqahnya yang pada hari ketujuhnya disembelih hewan (kambing), diberi nama dan dicukur rambutnya.” [Shahih, Hadits Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’I, Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darimi, dan lain-lainnya] (4;c)

Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
Sembelihlah binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah : Dengan nama Allah, bagiMulah dan kepadaMulah kupersembahkan aqiqah si Fulan atau si Fulanah ini.” (1)

Ini Kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka pada yang manis, sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya, maksudnya :
"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka yang manis dan madu." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan ad-Darimi) (2;b)

Dari Aisyah dia berkata : Rasulullah bersabda :
Bayi laki-laki diaqiqahi dengan dua kambing yang sama dan bayi perempuan satu kambing.” [Shahih, Hadits Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah] (4;c)

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya, dari kakeknya, Rasulullah bersabda :
Barangsiapa di antara kalian yang ingin menyembelih (kambing) karena kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.” [Sanadnya Hasan, Hadits Riwayat Abu Dawud, Nasa’I, Ahmad dan Abdur Razaq, dan shahihkan oleh al-Hakim (4/238)] (4;c)

Dari Ibnu Abbas bahwasannya Rasulullah bersabda :
Menaqiqahi Hasan dan Husain dengan satu kambing dan satu kambing.” [HR Abu Dawud] (4;c)

Dari Fatimah binti Muhammad ketika melahirkan Hasan, dia berkata : Rasulullah bersabda :
Cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang miskin seberat timbangan rambutnya.” [Sanadnya Hasan, Hadits iwayat Ahmad, Thabrani dalam “Mu’jamul Kabir”, dan al-Baihaqi dari Syuraiq dari Abdillah bin Muhammad bin Uqoil] (4;c)

Syarat dan pelaksanaan :
Makna akikah dari isegi bahasa bermakna "memutuskan" dan dari segi syarak bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri dan kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahiran bayi atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh. (1)

Mengikut Imam Malik r.a. akikah boleh dilakukan pada bila-bila masa seseorang itu mempunyai kelapangan (1). Tempoh melaksanakan akikah bermula dari bayi telah sempurna lahir daripada perut ibunya sehingga bayi tersebut baligh (5), (6).

Menamakan anak yang baru lahir sering dilakukan seiring dengan amalan akikah dan juga mencukur rambut bayi. (1)

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. (14)

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin (14). Sila lihat hadis sumber (4;c)

Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. (14)

Imam Ibnul Qayyim rahimahulloh dalam kitabnya “Tuhfatul Maudud”, mengatakan bahwa : Imam Jauhari berkata :
Aqiqah ialah “Menyembelih hewan pada hari ketujuhnya dan mencukur rambutnya.
Selanjutnya Ibnu Qayyim rahimahulloh berkata :
Dari penjelasan ini jelaslah bahwa aqiqah itu disebut demikian karena mengandung dua unsur di atas dan ini lebih utama.” (4;c)

Rasulullah SAW menganjurkan supaya anak lelaki diakikahkan dengan dua ekor kambing atau seekor juga memadai (kibas, biri-biri dan sebagainya) yang sempurna sifatnya dan syarat - syaratnya sedangkan anak perempuan memadai diakikahkan dengan seekor kambing sahaja. (1)

Daging binatang yang disembelih untuk akikah itu dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara-mara terdekat. (1)

Syarat – syarat akikah
a. Umur binatang sembelihan :
- Unta berumur 5 tahun lebih.
- Lembu / kerbau berumur 2 tahun lebih.
- Kambing berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
- Kibas berumur 1 tahun atau lebih atau telah bersalin gigi.

b. Binatang sembelihan sihat dan tidak cacat.

c. Daging akikah dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya sesuai dengan tujuan akikah itu sebagai "Fida" (mempertalikan ikatan antara diri anak dengan Allah SWT).

d. Disembelih atas nama anak yang dilahirkan.

e. Tidak boleh berkongsi misalnya beberapa orang berkongsi seekor kambing untuk mengakikahkan anak-anak mereka.

f. Sebaliknya berakikah dengan kambing, tetapi dibolehkan juga berakikah dengan unta, lembu, dan kerbau.

g. Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis. (2;b). Sila lihat hadis.

Perkara, syarat - syarat (a) hingga (f). Rujukan (1).

Hikmah :
Hikmah Akikah (1)
a. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu jiwa Muslim baru yang sujud menyembah Allah SWT di dunia.

b. Mendekatkan diri anak itu kepada Allah SWT atas akikah yang dilakukan.

c. Mengukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga.

d. Sebagai tebusan anak tersebut dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya.

e. Menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurnia-Nya.

f. Menjauhkan anak tersebut daripada segala bahaya dan bencana.

Amalan mencukur rambut mengandungi hikmah khususnya dari segi kesihatan. Menurut Ibn al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu. (1)


# MENANAM URI / TEMBUNI / PLASENTA BAYI #


Hukum : Harus (11;a)

Dalil Al – Quran atau Hadis : -

Syarat dan pelaksanaan :
Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar. Adalah dinasihatkan supaya pihak berkuasa hospital berusaha menanam uri orang-orang Islam, dan mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing. Uri orang-orang Islam tidak boleh di jual, hukumnya haram. (10)

Tiada sebarang aturan dari segi hukum Syara’ tentang kaedah menguruskan uri. Malah kepercayaan-kepercayaan tentang hubungan di antara uri dengan bayi yang lahir serta tertib-tertib tertentu pada menguruskannya, semua itu adalah kepercayaan yang tidak mempunyai sebarang asas di dalam hukum Syara’. (9)

Namun, sebagai sebahagian daripada anggota badan yang keluar bersama bayi yang lahir, ia wajarlah dilupuskan dengan cara yang baik, agar tidak menjadi busuk apatah lagi dimakan binatang buas seperti anjing. (9)

Membasuh uri tersebut dengan cuka, air asam jawa juga sedikit garam kasar sebagaimana membasuh ikan yang disiang. Tujuannya adalah untuk membersihkan darah yang banyak agar ia tidak busuk dan kemudian ditanam. (9)

Selepas uri dibersihkan, uri kemudian dibungkus dengan kain yang bersih. Selepas itu ia ditanam sekadar tidak boleh digali oleh binatang seperti anjing dan sebagainya. (11;b)

Uri hanya perlu ditanam seperti biasa, bukan mengkafankannya seperti jenazah, dan semua amalan pelik berdasarkan kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Seperti meletak paku dan jarum, meletak pensil dan ayat – ayat Al - quran serta seumpamanya adalah amalan yang khurafat dan tidak boleh diikuti kerana bercanggah dengan hukum Islam. (11;c,d)

Hikmah :
Satu peluang yang wajar dimanfaatkan oleh para suami untuk berbakti sebagai sebahagian daripada cara menghargai isteri dan anak. (9)

Rujukan : sila ke bahagian ketiga entri ini.

Sambungan bagi berkhatan dan penyusuan ibu....

KELAHIRAN BAYI... bah 1

Perkara – perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran menurut lunas – lunas Islam.

Ini lebih kepada panduan dan perkongsian bersama ibu bapa yang beragama Islam.
Antara perkara – perkara yang menjadi tuntutan dan perlu dilaksanakan selepas kelahiran bayi sehingga seseorang kanak – kanak sebelum mencapai akil baligh :
1. Azan dan Iqamah
2. Bertahnik dan membelah mulut
3. Memberikan nama kepada bayi
4. Aqiqah dan cukur jambul
5. Menanam uri / tembuni / plasenta bayi
6. Berkhitan / berkhatan
7. Penyusuan bayi

# AZAN DAN IQAMAH (QAMAT) #


Hukum : Sunat (2;a)

Hadis :
Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melakukan azan pada telinga Hussin setelah dilahirkan.” (Riwayat at-Tarmizi). (2;a)

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., bermaksud :
"Bahawa Nabi Muhammad SAW melaungkan azan pada telinga Al Hasan bin Ali (sebalah kanan) ketika dilahirkan dan menyuarakan Iqamah pada telinga kirinya." (1)

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).” (Riwayat al-Baihaqi). (2;a)

Syarat dan pelaksanaan :
Islam mensyaratkan agar azan dilaungkan (sederhana) di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi. (1), (2;a)

Digalakkan mengadap ke arah kiblat semasa azan dan iqamah itu serta melafazkan dengan cara yang sempurna. (2;a)

Hikmah :
Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyatakan rahsia "azan" dan "iqamat" adalah seperti berikut (1) :

a. Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang bersifat sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.

b. Satu penyataan syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.


# TAHNIK / MEMBELAH MULUT #


Hukum : Sunat (3;a), (4;a)

Hadis :
Hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a, maksudnya:
"Aku telah mendapat seorang anak. kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma." (1)

Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :
Artinya : Lahir seorang anakku maka aku membawanya ke hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam maka beliau memberinya nama Ibrahim. Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendo’akan barakah untuknya. Kemudian beliau menyerahkan bayi itu kepadaku.” (4;a)

Syarat dan pelaksanaan :
Tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa. (1)

Pengertian tahnik secara bahasa dan syr’i adalah mengunyah sesuatu dan meletakkanya di mulut bayi. Maka dikatakan mentahnik bayi, mengunyah kurma kemudian menggosokkannya di langit-langit mulut bayi. (4;a)

Dianjurkan agar yang melakukan tahnik adalah orang yang memiliki keutamaan, dikenal sebagai orang yang baik dan berilmu. Dan hendaklah ia mendo’akan kebaikan (barakah) bagi bayi tersebut. (4;a)

Ia boleh dilakukan oleh bapa kanak - kanak itu atau dibawa ke rumah orang - orang soleh untuk ditahnikkan dia kerana anak – anak yang lahir di zaman Nabi saw membawa anak - anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh Nabi saw. (3;a)

Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi. (1)

Seandainya kurma sukar didapati, boleh digantikan dengan manisan lain seperti gula dan madu lebah. (1)

Jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan - makanan lembut yang manis. (3)

Hikmah :
# Untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya. (1)

# Menguatkan lidah dan mulut bayi dan bersedia untuk menyusu. (3;a)

# Dapat mengambil berkat dari orang - orang yang soleh mudah – mudahan kanak – kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila ia dewasa. (3;a)

# Hikmah tahnik adalah untuk pengharapan kebaikan bagi si anak dengan keimanan, kerana kurma adalah buah dari pohon yang disamakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan seorang mukmin dan juga karena manisnya. Lebih-lebih bila yang mentahnik itu seorang yang memiliki keutamaan, ulama dan orang shalih. (4;a)


# MEMBERIKAN NAMA KEPADA BAYI #


Hukum : -

Hadis :
Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a. bahawa Rasullah SAW pernah bersabda, maksudnya :
"Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama bapa masing-masing. Oleh itu pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu sekalian." (1)

Dari Samurah Radhiyallahu ‘anhu, Imam Ahmad dan Ahlus Sunnah meriwayatkan, ia berkata : Rasulullah bersabda :
Setiap anak tergadaikan dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh (kelahirannya) sekaligus dinamai dan dicukur rambut kepalanya.” (At-Tirmidzi menetapkan hadits ini Hasan Shahih) (4;b)

Syarat dan pelaksanaan :
Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak masing-masing dengan nama-nama tercela yang tidak membawa makna yang tidak baik. Lebih-lebih lagi hal ini amat penting dalam usaha untuk menjaga kehormatan anak tersebut daripada cemuhan masyarakat. (1)

Islam telah menggariskan panduan untuk kategori nama-nama anak yang baik seperti berikut (1) :
a. nama-nama yang digalakan
- nama-nama nabi
- nama-nama yang diambil daripada Asma 'ul Husna
- nama-nama Para Sahabat

b. nama-nama yang dilarang
- nama-nama buruk yang menjadi cemuhan masyarakat dan menjatuhkan maruah anak seperti Sariq (pencuri), Ashiah (ahli maksiat), Kilab (anjing-anjing), Jahil (bodoh) dan Haznun (tanah keras).

- nama-nama yang khusus kepada Allah Seperti Ahad (satu), Assamad, Al Khaliq dan Ar Razzaq.

- nama-nama yang tidak membawa faedah seperti Malikul Amlak (maharaja daripada segala raja), Aflah (dapat kemenangan) dan Yasar (pihak kiri).

- nama-nama dengan sebutan Abd (hamba) dikaitkan dengan sesuatu selain Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Kaabah (hamba Kaabah), Abdul Fulus (hamba wang).

Waktu penamaan anak cukup longgar. Boleh menamainya pada hari kelahirannya atau pada hari ke tujuh. (4) Sila lihat hadis.

Hikmah :
Tuntutan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam. Nama yang baik mempengaruhi sifat peribadi dan ahklak seseorang Muslim. (1)

Rujukan : sila ke bahagian ketiga entri ini.

Sambungan bagi aqiqah dan menanam uri....