Showing posts with label Kongsi Cerita. Show all posts
Showing posts with label Kongsi Cerita. Show all posts

Sunday, 26 July 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI PERLAWANAN PERSAHABATAN BBST – K81

Jalan jalan pemanas badan untuk sesi pemilihan pada minggu hadapan. Masih berdebar menantikan siapa antara pemain yang akan dipanggil pada sesi pemilihan yang dijangka pada Rabu dan Khamis.

Terima kasih Wak atas jemputan. Agak lama berehat, memberi laluan fokus para pemain menghadapi ujian pertengahan tahun. Jadi ulat buku sekejap. Ha, macam mana markahnya, ok ke tak?. Itulah cabaran menjadi seorang atlet dan harus seimbang malah lebih perhatian perlu diberikan kepada ilmu dan akademik.

Prestasi dan persembahan hari ini amat baik. Para pemain boleh mengawal keadaan dengan sangat baik. Bijak bertindak dan membuat keputusan. Tahniah. Semoga diteruskan momentum ini untuk minggu hadapan. Terima kasih Ya Allah. Peliharalah kami.

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING BBST
Tarikh : 26 Julai 2026
Kategori : P12
Tempat : Arena BBST
Masa : 7.00 pg - 4.00 ptg
Peringkat : Terbuka
Anjuran : Cikgu Wak

Format Liga
1.KSATRIA / seKOSAS HT 5 vs 3 SK L.B. Johnson (N9)
2.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 3 SK TPP2 (Sepang)
3.KSATRIA / seKOSAS HT 4 vs 3 SMK BBST (Sepang)

Menang 3, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 15, Bolos 9
Beza Gol +6

👍👏 Syabas dan Tahniah 👍👏

Terus Bersemangat ya. Tahniah dan Syabas.

Rejam Juara, Kita No. 1

Saturday, 18 July 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT (P12) DI KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT (MSSDHL) 2026 – K80

Assalamualaikum w.b.t puan... maaf, saya terlupa bawa piala pusingan bagi majlis penyampaian hadiah Kejohanan Bola Baling MSSDHL 2025”. “Tak per, saya minta Cikgu Syedi bawakan”. Cikgu Syedi .... bermotorsikal, berhujan, selamat sampai bersama piala untuk dipulangkan kepada Tuan Rumah. Terima kasih, Cikgu Syedi. 

Ya, tahun 2025, kami dengan redha melepaskan piala ini kepada Johan P12 yang baharu. Kami tewas di pentas final. Namun selepas itu, bermula kisah perjalanan nekad membina pasukan ‘Rejam Juara’ P12 dan L12.

Tarikh 15 Julai 2026, setahun setelah piala ini ‘terpisah’, syukur Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Esa, ia kembali menaiki kereta Alza Merah untuk dibawa kembali ke sekolah kami.

Satu kisah perjalanan yang sangat hebat. Bermula dengan impian, pasang niat dan matlamat. Pelbagai latihan, perlawanan persahabatan dan kejohanan terbuka yang disertai, terus mencari peluang untuk memperbanyakkan minit permainan dan pengalaman. Mengutip segala ilmu seni bola baling di setiap perlawanan yang disertai. Adaptasi dalam latihan dan aplikasi dalam perlawanan. Latihan ulangan, ‘make it simple’, ‘make it fun’, ‘blend it together’ menjadi ramuan. Terus pasak minda juara dan semangat KSATRIA yang pasti tidak akan luntur. #Semangat segalanya, lepas berjuang di gelanggang, lari berjuang di medan peperiksaan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjadi watak dan sebahagian daripada kejayaan manis pasukan P12 seKOSAS / KSATRIA HT pada kali ini. Tanpa kalian pasti kita tidak sampai ke tahap ini. Kami sangat – sangat menghargai segalanya. 

Terima kasih para pemain P12 2026, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Setinggi – tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa, tulang belakang pasukan ini. Terima kasih ahli keluarga para pemain. Terima kasih orang – orang sekeliling. Terima kasih atas sokongan dan doa kalian. Terima kasih para pegawai dan para guru. Terima kasih para pentadbir Sekosas. Terima kasih para penyokong kami.

Semangat ini akan terus membara dalam jiwa dan minda adik – adik P11 dan L11 seKOSAS / KSATRIA HT. “Syukur Alhamdulillah, kami dah capai misi, harap korang pulak yang dapat teruskan pada tahun hadapan”.

Naurah, Nilam, Adhni, Sara, Aqilah, Qaseh
Adelia, Izzara, Izzah, Aisyah, Safiyyah, Hania, Alya, Sumiyya

KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT 2026 – U12
Tarikh : 7-8 Julai 2026, 14-15 Julai 2026
Kategori : P12; 14-15 Julai 2026
Tempat : Talent Champs Sport Complex, Taman Eko Langat, Kajang
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Daerah
Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat

Peringkat Kumpulan
1.KSATRIA / seKOSAS HT (11) vs SK SG KANTAN (0)
2.KSATRIA / seKOSAS HT (8) vs SK AMPANG CAMPURAN (2) 
3.KSATRIA / seKOSAS HT (9) vs SK BANDAR TEKNOLOGI (0) 

**Johan kumpulan

Peringkat 16
4.KSATRIA / seKOSAS HT (8) vs SK KAJANG UTAMA (4)

Peringkat Suku Akhir
5.KSATRIA / seKOSAS HT (7) vs SK SERI BAIDURI (0)

Peringkat Separuh Akhir
6.KSATRIA / seKOSAS HT (8) vs SK BDR RINCING (1)

Peringkat Akhir
7.KSATRIA / seKOSAS HT (9) vs SK LEFTENAN ADNAN (7)

🏆 ALHAMDULILLAH, CHAMPION 🏆
 
Menang 7, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 58, Bolos 14
Beza Gol +44

👍👏 Syabas dan Tahniah 👍👏

Rejam Juara, Kita No. 1
------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

Wednesday, 8 July 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT (L12) DI KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT (MSSDHL) 2026 – K79

Antara pasukan terbaik yang pernah dibentuk. Pasukan yang telah melalui getir dan cabar membuat persediaan bagi menghadapi MSSDHL 2026. Mereka telah memberikan yang terbaik. Ada antara pemerhati yang mengatakan, pasukan ini akan pergi jauh.

Ya. Sebaik – baik perancang takdir adalah Yang Maha Esa. Hasrat masih tertangguh. “Its okay Coach. Dengan usaha Coach n team yg x pernah putus, insyaAllah akan datang”. “Xpe Coach...dah cuba yg terbaik tu..player dan coach dh buat yg terbaik...hebat2”. Kata semangat untuk terus membina pasukan ‘unbeatable’. Tinggi sungguh goal ini. InsyaAllah.

Terima kasih para pemain L12 2026, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Setinggi – tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa, tulang belakang pasukan ini. Terima kasih ahli keluarga para pemain. Terima kasih orang – orang sekeliling. Terima kasih atas sokongan dan doa kalian. Terima kasih para pegawai dan para guru. Terima kasih para pentadbir Sekosas. Terima kasih para penyokong kami.

Addin, Niyaz, Irsyad, Daries, Hadi, Danny, Taufiq, Irfan, Adam
Alif, Fawwaz, Izzat, Syazwi, Rayyiman

KEJOHANAN BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT 2026 – U12
Tarikh : 7-8 Julai 2026
Kategori : L12; 7-8 Julai 2026
Tempat : Talent Champs Sport Complex, Taman Eko Langat, Kajang
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Daerah
Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat

Peringkat Kumpulan
1.KSATRIA / seKOSAS HT (8) vs SK JALAN 6 (2)
2.KSATRIA / seKOSAS HT (10) vs SK DUSUN TUA (3) 
3.KSATRIA / seKOSAS HT (12) vs SK PANDAN PERDANA (4) 

Johan kumpulan

Peringkat 16
4.KSATRIA / seKOSAS HT (8) vs SK SG RAMAL DALAM (9)

Menang 3, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 38, Bolos 18
Beza Gol +20

👍👏 Syabas dan Tahniah 👍👏

Rejam Juara, Kita No. 1
------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

Saturday, 13 June 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI KEJOHANAN BOLA BALING ALI MAJU (AMHC) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN – K77

Syukur Alhamdulillah. Bunyi siren. Kelemahan dikesan dan perlu dibaiki segera. Perbincangan dan persetujuan dibuat. Disiplin, kesungguhan, fokus diutamakan. KSATRIA P12 perlu bangkit.

Peluang pasukan L12 untuk menyerlah mencapai sesuatu. Adakah mereka mampu melakukannya?
Alhamdulillah. Hebat. Edisi yang keempat penyertaan dalam Kejohanan Terbuka (kali ini bukan kaleng – kelang kejohanan – pasukan daerah, kelab dan negeri ada di sini), pasukan L12 membuktikan mereka mampu melakukan sesuatu. Permainan yang tersusun, mempraktikkan taktikal dalam latihan. Fokus dan perlu bertenaga. 

Kita fokus pada matlamat. Kita cuba bawa sesuatu balik tahun ini ke Sekosas. InsyaAllah.

KEJOHANAN PIALA BOLA BALING ALI MAJU (AMHC) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN – U12
Tarikh : 13 – 14 Jun 2026
Kategori : P12; 13 Jun 2026 dan L12; 14 Jun 2026
Tempat : Gelanggang Futsal, SLK Sport Center Caves, Selangor
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Kebangsaan
Anjuran : PIBG SK Taman Seri Rampai

Keputusan P12
Jumlah perlawanan : 4
Peringkat Kumpulan
1.KSATRIA / seKOSAS HT 1 vs 6 DT 26
2.KSATRIA / seKOSAS HT 3 vs 2 SERENA HC
3.KSATRIA / seKOSAS HT 7 vs 1 SKS7

Naib johan kumpulan

Pusingan 16
KSATRIA / seKOSAS HT 2  vs 9 FO HC

Menang 2, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 13, Bolos 18
Beza Gol -5

Keputusan L12
Jumlah perlawanan : 4
Peringkat Kumpulan
1.KSATRIA / seKOSAS HT 12 vs 5 Golden Phoenix
2.KSATRIA / seKOSAS HT 8 vs 6 Fearless Falcon
3.KSATRIA / seKOSAS HT 10 vs 11 Munawarrah

Alhamdulillah, naib johan kumpulan

Pusingan 16
1.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 12 AMHC

Menang 2, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 30 (syabas dan tahniah), Bolos 22
Beza Gol +8

Terus Bersemangat ya, Fokus kpd matlamat, Tahniah dan Syabas.

Rejam Juara, Kita No. 1
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

Wednesday, 29 April 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI KEJOHANAN BOLA BALING PIALA LEMBAH PANTAI (LPHC) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN – K75

Syukur Alhamdulillah. Selang beberapa edisi kejohanan bola baling yang dianjurkan oleh Kelab Bola Baling Harun, akhirnya KSATRIA HT berjaya menempatkan diri dalam kelompok 4 terbaik. Tahniah dan syabas kepada semua pemain P12 KSATRIA HT. Menyertai beberapa edisi perlawanan persahabatan (begitu juga L12 KSATRIA HT), merata tempat, mencari peluang untuk mengasah kemahiran dan mencari keserasian serta menterjemahkan taktikal permainan yang diterapkan oleh jurulatih dan pegawai. Disiplin permainan perlu ada.

Debaran setiap perlawanan yang diharungi tidak dapat digambarkan. Apabila nama KSATRIA dipanggil utk pemeriksaan nombor jersi dan diminta bersedia di tepi gelanggang, degupan jantung mulai kencang.

Bersedia dengan lebih awal, meneliti jadual, ‘warm-up’ 45 minit lebih awal sebelum memulakan aksi. Memastikan tubuh bersedia untuk digerakkan semaksima mungkin.

Pastikan tiada makanan berat diisi, hanya jajan menjadi alas perut, coklat dan pisang menjadi stimuli tenaga. Ditambahkan dengan bantuan ‘magic potion’ bagi mem’bangun’kan pemain.

Orang lain tak rasa apa yang kamu rasa sekarang. Debaran, syukur, kesungguhan, sakit, jatuh, ditarik tolak, penat, geram, gembira, marah, tidak puas hati, sabar, semangat berpasukan, keterujaan untuk menjaringkan gol... ini yang akan mematangkan permainan dan kemahiran kamu. Kita bersyukur dengan apa yang kita peroleh hari ini sama ada positif atau sebaliknya.

Pasukan L12 KSATRIA HT diundi dalam kumpulan di mana keempat – empat pasukan dibimbing oleh otai – otai bola baling. Kita tidak ‘kalah’ kerana kita tersingkir awal, namun di sini kita belajar dan ini akan menjadi pemangkin untuk pergi lebih jauh dan lebih kuat pada kejohanan akan datang. Fokus kepada matlamat kita. Permainan, ‘game play’ sangat – sangat positif. Sentiasa bermain – main bersungguh – sungguh sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Post-mortem akan dibuat bagi membaiki segala kelemahan yang dikenalpasti. Chaiyok L12 KSATRIA.

KEJOHANAN PIALA BOLA BALING LEMBAH PANTAI (LEMBAH PANTAI HANDBALL CUP) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN– U12
Tarikh : 25 – 26 April 2026
Kategori : P12; 25 April 2026 dan L12; 26 April 2026
Tempat : IWK Eco Park, Kuala Lumpur
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Kebangsaan
Anjuran : Kelab Bola Baling HARUN (BBHC)

Keputusan P12
Jumlah perlawanan : 5
1.KSATRIA / seKOSAS HT 7 vs 3 STEKHC
2.KSATRIA / seKOSAS HT 8 vs 0 WILDCATS JR
3.KSATRIA / seKOSAS HT 7 vs 6 VALKYRIE

SUKU AKHIR 
4.KSATRIA / seKOSAS HT 3 vs 2 SKTP2 JAGUAR

SEPARUH AKHIR 
5.KSATRIA / seKOSAS HT 3 vs 10 SEKEM HC 

PENENTU HADIAH (3 BERSAMA)
KSATRIA / seKOSAS HT 1 vs 4 VALKYRIE

Menang 4, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 27, Bolos 21
Beza Gol +6

Keputusan L12
Jumlah perlawanan : 3
1.KSATRIA / seKOSAS HT 5 vs 5 KACHONG HANDBALL
2.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 4 SKTPG
3.KSATRIA / seKOSAS HT 5 vs 9 BAIDURI WOLF

Menang 1, Belum menang 1, Seri 1
Jumlah jaringan 16, Bolos 18
Beza Gol -2

Terus Bersemangat ya, Fokus kpd matlamat, Tahniah dan Syabas.

Rejam Juara, Kita No. 1
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI PERLAWANAN PERSAHABATAN SK BUKIT JALIL 190426 – K74

Kali ini nak bawa pasukan lelaki pula yang bermain perlawananan persahabatan. Tapi, pasukan perempuan ikut sekali kerna ada ibu bapa yang boleh bawa pemain ke lokasi perlawanan.

Sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Bola Baling Piala Lembah Pantai 2026 pada minggu hadapan. Sebelum tu ada pasukan yang ajak ‘friendly’ tapi tiada rezeki untuk berjumpa.

PERLAWANAN PERSAHABATAN DI SK BUKIT JALIL
Tarikh : 19 April 2026
Kategori : L12, P12
Tempat : SK Bukit Jalil
Masa : 8 pg – 12 tgh
Peringkat : Perlawanan Persahabatan
Anjuran : SK Bukit Jalil

Keputusan L12
Jumlah perlawanan : 2
1.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 7 SK Seri Tasik
2.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 5 SK Bukit Jalil

Menang 1, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 12, Bolos 12
Beza Gol 0

Keputusan P12
Jumlah perlawanan : 2
1.KSATRIA / seKOSAS HT 8 vs 1 SK Taman Dato’ Harun
2.KSATRIA / seKOSAS HT 5 vs 10 SK Seri Tasik

Menang 1, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 13, Bolos 11
Beza Gol +2

Terus Bersemangat ya, Fokus kpd matlamat, Tahniah dan Syabas.

“Rejam Juara, Kita No. 1”
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

Tuesday, 14 April 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI PERLAWANAN PERSAHABATAN SK BUKIT JALIL 140426 – K73

Nampaknya SK Bukit Jalil buka gelanggang. Ambil peluang untuk pemain bermain memandangkan sudah lama berehat Ramadhan dan Berhari Raya. Bawa team P12, bawa cukup – cukup pemain 7 orang. Nanti bawa team lelaki L12 pula.

PERLAWANAN PERSAHABATAN DI SK BUKIT JALIL
Tarikh : 12 April 2026
Kategori : P12
Tempat : SK Bukit Jalil
Masa : 2 - 6 ptg
Peringkat : Perlawanan Persahabatan
Anjuran : SK Bukit Jalil

Keputusan P12 – Adhni, Qaseh, Sumiyyah, Aqilah, Naurah, Izzara, Sara
Jumlah perlawanan : 3
1.KSATRIA / seKOSAS HT 6 vs 2 SK Bangsar 1
2.KSATRIA / seKOSAS HT 11 vs 3 SK Bangsar 2
3.KSATRIA / seKOSAS HT 8 vs 5 SK Bukit Jalil

Terus Bersemangat ya, Fokus kpd matlamat, Tahniah dan Syabas

Menang 3, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 25, Bolos 8
Beza Gol +17

Rejam Juara, Kita No. 1
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

Wednesday, 18 February 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI KEJOHANAN CABARAN BOLA BALING SELANGOR (‘SELANGOR HANDBALL CHALLENGE’) – K72

Bukan calang – calang pasukan yang terlibat dengan kejohanan ini. Pasukan negeri seperti Perak yang menghantar pasukan dalam 4 kategori iaitu L12, P12, L18 dan P18. Juga pasukan daerah yang datang jauh dari Utara iaitu pasukan Teluk Kumbar Pulau Pinang. Pasukan daripada Negeri Sembilan iaitu Black Ghimau yang menghantar pasukan daerah bagi kejohanan ini. Cabaran sangat sengit.

Ksatria /  perlu bermain bersama – sama. Semua pemain yang tersenarai dalam pasukan kali ini perlu rasa bangga kerna berjaya mewakili sekolah dalam kejohanan sebesar ini. Taraf kebangsaan. Tiada gentar menghadapi apa jua pasukan. Pemain yang tersenarai perlu bermain bermati – matian dan perlu ada perasaan, ‘main untuk menang’. Setiap kemahiran yang dipelajari perlu digunakan. Pertahan gol kita daripada dibolosi, serang dengan hati, niat untuk menjaringkan gol. Kurangkan beri alasan. Bermain untuk bermain bersungguh – sungguh. Berdisiplin tinggi, ikut arahan. Jaringkan gol selagi masa belum 00:00.

Kekurangan dikenalpasti. Dengan niat untuk bermain bersungguh dan menang. InsyaAllah buat apa yang perlu semasa berlatih. Dapatkan kemahiran itu dan ulang. Jangan limitkan diri anda, jangan cepat berpuas hati. Pasang impian untuk wakil negeri ke peringkat lebih tinggi. Pasang impian untuk menang di setiap perlawanan, kejohanan dan jadi JOHAN. Semua ini boleh dicapai jika kita hati kita KSATRIA/ seKOSAS. Nikmat menang itu seronok sangat. Nikmat jadi JOHAN memang tidak dapat digambarkan.

KEJOHANAN CABARAN BOLA BALING SELANGOR 2026 – U12
Tarikh : 14 – 15 Februari 2026
Kategori : P12; 14 Februari 2026 dan L12; 15 Februari 2026
Tempat : IWK Eco Park, Kuala Lumpur
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Kebangsaan
Anjuran : Kelab Bola Baling HARUN (BBHC)

Pasukan P12
Jumlah perlawanan : 4
1.KSATRIA / seKOSAS HT 8 vs 4 Mighty Bear
2.KSATRIA / seKOSAS HT 5 vs 9 Seri Saber
3.KSATRIA / seKOSAS HT 8 vs 2 SEHC

Pusingan 16
4.KSATRIA / seKOSAS HT 3 vs 6 Prime HC

Menang 2, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 24, Bolos 21
Beza Gol +3

Pasukan L12
Jumlah perlawanan : 3
1.KSATRIA / seKOSAS HT 3 vs 3 SKTP 2
2.KSATRIA / seKOSAS HT 3 vs 9 BTS Stallion
3.KSATRIA / seKOSAS HT 5 vs 9 Bemban HC

Menang -, Belum menang 2, Seri 1
Jumlah jaringan 11, Bolos 21
Beza Gol -10

“Rejam Juara, Kita No. 1”
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI PERLAWANAN PERSAHABATAN BERSAMA SKAC, SK KG. CHERAS BAHARU – K71

Pada mulanya SKAC ingin membuat sesi latihan menggunakan Gelanggang Serba Guna Sekosas pada 12-13 Feb 2026 sebagai persediaan mereka menghadapi Kejohanan Cabaran Bola Baling Selangor 2026 yang berlangsung pada 14-15 Feb 2026 di IWK, Ekopark Pantai Dalam.

Mengadakan perlawanan persahabatan sambil sambil berlatih. Kebetulan SK Kg Cheras Baharu ‘whastapp’ ingin turut serta, maka jadilah perlawanan persahabatan 3 penjuru. Alhamdulillah semuanya ‘play and learn’ sebagai persiapan pasukan menghadapi kejohanan MSSDHL 2026 pada akhir bulan Jun nanti.

Rejam Juara, Kita No. 1
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

Sunday, 8 February 2026

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS / KSATRIA HT DI 2 PERLAWANAN PERSAHABATAN – K70

Adakah ini petanda matlamat pasukan akan tercapai. Terus mengorak dan menyatakan persetujuan pantang diberi peluang melibatkan diri dalam seberapa banyak perlawanan persahabatan atau ‘friendly match’ bagi memastikan pasukan tahun 2026 matang untuk menghadapi kejohanan MSSD Hulu Langat yang akan berlangsung pada akhir bulan Januari 2026 nanti.

Terima kasih atas jemputan orang N9, menghargai Cikgu Azmi Black Ghimau, sebagai pasukan jemputan luar daerah Seremban 1. Kami terus lalu EKVE dan LEKAS.

31 Januari 2026 terlibat dengan perlawanan persahabatan di SK Bukit Jalil. Berikut merupakan keputusan perlawanan.

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING
Tarikh : 31 Januari 2026
Kategori : 12tkb
Tempat : SK Bukit Jalil
Masa : 8.00 pg - 2.00 ptg
Peringkat : Terbuka
Anjuran : SK Bukit Jalil

Pasukan P12
Jumlah perlawanan : 3
1.KSATRIA 2 vs 5 SK Seri Tasik
2.KSATRIA 2 vs 0 Goldfinch
3.KSATRIA 4 vs 5 Thunder B

Menang 1, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 8, Bolos 10
Beza Gol -2

Pasukan L12
Jumlah perlawanan : 3
1.KSATRIA 6 vs 2 Goldfinch
2.KSATRIA 6 vs 4 BTS (Jr)
3.KSATRIA 2 vs 7 BTS

Menang 2, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 14, Bolos 13
Beza Gol +1

PERLAWANAN PERSAHABATAN DI PAROI
Tarikh : 08 Februari 2026
Kategori : 12tkb
Tempat : SK Taman Warisan Puteri (SKTWP) dan Centre Court Paroi
Masa : 7.00 pg - 7.00 ptg
Peringkat : Terbuka
Anjuran : SK TWP

Namun di SK TWP dan Centre Court Paroi. Alhamdulillah. Tahniah dan syabas! P12 telah meraih JOHAN dan L12 mendapat tempat ketiga bersama. 

Kedua – dua pasukan telah berjaya memperbaiki persembahan mereka kali ini. Beberapa sesi latihan dan disiplin yang tinggi, mereka membuktikan mereka boleh mencapai apa yang dihajati. Walaupun hanya perlawanan persahabatan yang berformatkan sistem kumpulan dan kalah mati, semangat juang yang tinggi dan fokus pada setiap perlawanan, anak – anak KSATRIA terus bersungguh untuk meraih kemenangan bagi setiap perlawanan yang dihadapi.

PASUKAN P12
Jumlah perlawanan : 5
1.KSATRIA 5 vs 0 Seri Labu
2.KSATRIA 10 vs 1 Pantai Titans
3.KSATRIA 5 vs 2 SWarP A

Separuh Akhir
1.KSATRIA 10 vs 3 SPEL

Final
1.KSATRIA 4 vs 3 SWarP A
TAHNIAH - JOHAN

Menang 5, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 34, Bolos 9
Beza Gol +25

PASUKAN L12
Jumlah perlawanan : 4
1.KSATRIA 6 vs 2 SK Pelangai
2.KSATRIA 6 vs 8 SWarP A
3.KSATRIA 7 vs 5 Bemban HC

Separuh Akhir
1.KSATRIA 3 vs 6 SK LB Jonhson
TAHNIAH - KETIGA BERSAMA

Menang 2, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 22, Bolos 21
Beza Gol +1

“Rejam Juara, Kita No. 1”
------------------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

Sunday, 14 December 2025

PASUKAN BOLA BALING KSATRIA / seKOSAS DI KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA PETALING JAYA 2025 11TKB – K69

Kejohanan kali ini pasti antara kejohanan yang akan diingati. Tanpa kekuatan penuh, pemain P10 menggalas tanggungjawab bagi memastikan KSATRIA HT melepasi peringkat kumpulan. Sekumpulan dengan nama – nama besar seperti PRIME HC (Petaling Perdana), HAWKEYE Jr (Lembah Keramat) dan SUTERA HC (Pahang), menjadikan kumpulan ini kumpulan sukar.

Para pemain (P11) terus menunjukkan komitmen tinggi untuk bermain. Percubaan untuk memastikan kemenangan pada perlawanan kedua tidak kesampaian. Masih ada peluang, namun untuk mara dengan jaringan yang besar diletakkan sebagai sasaran. Misi mustahil, adakah akan berjaya. Pemain – pemain utama hadir untuk memberikan bantuan, sampai, terus bermain, ibarat kereta belum panas, kebangkitan hanya ditunjukkan pada minit – minit akhir permainan. Mereka telah memberikan yang terbaik. Tahniah para pemain.

-whatsapp-
Setinggi tinggi penghargaan pihak pengurusan ucapkan kpd semua ibu bapa / penjaga para pemain pasukan yang terlibat pada hari ini, kerna terus memberikan sokongan jitu kpd pasukan P11 dlm kejohanan ini.
Kesungguhan yg ditunjukkan para pemain menakjubkan. Teruskan bersama pasukan. Lepas ini Ksatria pasti bangkit. InsyaAllah.

Antara persembahan menarik yang ditunjukkan dalam penyertaan kejohanan. Satu kumpulan bersama PSD (Putrajaya), Black Ghimau Jr (N9) dan SKST Wildcats). Menjadikan kumpulan ini ‘Unpredictable’. L11 terus mencatat mara ke peringkat kalah mati, hasil kedudukan naib juara kumpulan. Tahniah L11, namun banyak perkara perlu diperbaiki. Kelajuan, kebijaksanaan untuk memulakan permainan dengan pantas tanpa menunggu wisel pengadil, kekuatan fizikal, kekuatan balingan menjadi catatan pihak pengurusan untuk terus muhasabah dan memperbaiki diri. InsyaAllah Ksatria bangkit.

-whatsapp-
Maaf yer... anak anak dah buat yang terbaik...

KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA PETALING JAYA 2025 – U11
Tarikh : 13 - 14 Disember 2025
Kategori : P11; 13 Disember 2025 dan L11; 14 Disember 2025
Tempat : IWK Eco Park, Kuala Lumpur
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Kebangsaan
Anjuran : Kelab Bola Baling HARUN (BBHC)

P11

SENARAI NAMA PEMAIN P11
Izzara, Jasmin, Hania, Aisyah, Sumiyyah, Qaseh, Alya, Safiyyah, Izzah
Tiada dalam gambar : Adhni, Aqilah, Sara

Jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan

1.KSATRIA HT 2 vs 8 PRIME HC, Jam 1040, Gelanggang B

2.KSATRIA HT 3 vs 4 HAWKEYE Jr, Jam 1300, Gelanggang B

3.KSATRIA HT 6 vs 9 SUTERA HC, Jam 1500, Gelanggang B 

Menang -, Belum menang 3, Seri -
Jumlah jaringan 11, Bolos 21
Beza Gol -10
-----
L11

SENARAI NAMA PEMAIN L11
Irsyad, Taufik, Addin, Niyaz, Irfan, Adam
Hadi, Rayyiman, Fawwaz, Alif, Izzat, Danny

Keputusan Perlawanan Peringkat Kumpulan

1.KSATRIA HT 5 vs 2 PSD (Putrajaya), Jam 1220, Gelanggang A

2.KSATRIA HT 3 vs 3 BLACK GHIMAU Jr (N9), Jam 1320, Gelanggang A

3.KSATRIA HT 6 vs 7 SKST Wildcats (KL), Jam 1500, Gelanggang A

Mara ke pusingan 16.

4.KSATRIA HT 2 vs 11 STAMSEL

Maaf yer... anak anak dah buat yang terbaik...

Menang 2, Belum menang 1, Seri 1
Jumlah jaringan 16, Bolos 23
Beza Gol -7

Rejam Juara, Kita No. 1
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

Monday, 24 November 2025

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS 11 tkb DI KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT (MSSDHL) 2025 – K68

Pihak pengurusan cukup berbangga dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain L11 dan P11. Tahniah dan syabas kepada pasukan P11 kerana telah berjaya merangkul Johan dalam kejohanan kali ini. Mengembalikan semula kejuaraan bawah 11 tahun di mana yang terakhir pada tahun 2023. L11, anda semua telah buat yang terbaik, cuma kejayaan yang masih tertangguh. Lebih fokus selepas ini.

Memberikan tumpuan dan fokus sepenuhnya terhadap perlawanan, tidak memikirkan terlalu jauh apa yang akan terjadi. Kita musti menang perlawanan yang ini dulu.

Kunci utama ialah mendengar arahan, memahaminya dan melaksanakan tugasan dalam perlawanan. Sentiasa bersuara dan bergerak, cabar setiap pergerakan mereka respon dengan pantas.

Matlamat jangka panjang sangat jelas, Alhamdulillah, untuk kali ini nikmat menang, diberikan peluang oleh Allah untuk dikecapi. Kepuasan setelah ‘berkayuh’ sejauh – jauhnya dan sekuat – kuatnya. Terus pasak dalam minda... jadi ‘Unbeatable’. Kosas Ksatria, teruskan perjuanganmu.

KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT (MSSDHL) 2025
Tarikh : 23 November 2025 (Ahad)
Kategori : 11tkb
Tempat : Talent Champs Sport Complex, Taman Eko Langat
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Daerah
Anjuran : PPD Hulu Langat

P11

SENARAI NAMA PEMAIN P11
Adhni, Sumiyya, Qaseh, Sara, Aqilah, Naurah, Nilam, Alya, Safiyyah, Hania, Izzara, Adelia

Keputusan
Peringkat Kumpulan
1.Sekosas 6 vs 5 SK Seri Sekamat
2.Sekosas 7 vs 0 SK Cheras Jaya
... Johan Kumpulan

Suku Akhir
Sekosas 5 vs 1 SK Bukit Raya

Semi Final
Sekosas 5 vs 4 SK Taman Nirwana

Final
Sekosas 3 vs 0 SK Bukit Mahkota

Alhamdulillah. KITA JUARA.

Menang 5, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 26, Bolos 10
Beza Gol +16
-----

L11

SENARAI NAMA PEMAIN L11
Fawwaz, Adam, Izzat, Niyaz, Addin, Alif, Danny, Hadi, Taufiq, Irfan, Irsyad, Rayyiman

Keputusan
Peringkat Kumpulan
1.Sekosas 6 vs 9 SK Bandar Rinching
2.Sekosas 2 vs 8 SK Sg Ramal Dalam

... Ketiga Kumpulan

SeKOSAS KSATRIA L11 akan bangkit!

Menang -, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 8, Bolos 17
Beza Gol -9

Rejam Juara, Kita No. 1
+++++++++++++++
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

Sunday, 16 November 2025

PASUKAN BOLA BALING KSATRIA HT P10, 2025 DI KEJOHANAN BOLA BALING AKAR UMBI KATEGORI BAWAH 10 TAHUN – K67

Alhamdulillah. Ksatria HT P10 beraksi. Diberikan peluang untuk beraksi di Kejohanan Anjuran Kelab Bola Baling PSD Putrajaya. Terima kasih kepada yang menjemput. Terima kasih atas ingatan.

Daripada markah 10, kita bagi 4/10. Kenapa, sebab masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Bila dalam kejohanan ini berbeza, sekurang – kurangnya boleh nampak kekurangan yang ada. Fikir untuk atasi semasa latihan. InsyaAllah anak – anak ini masih muda.

Namun Syabas kepada pasukan ini kerana telah memberikan yang terbaik, namun InsyaAllah kita akan bangkit. Chak De!!!. Para pemain akan dibentuk untuk masa akan datang. Displin dan bersedia untuk berubah menjadi lebih baik.

Matlamat jangka panjang sangat jelas, kembali nikmat menang, kepuasan setelah ‘berkayuh’ sejauh – jauhnya dan sekuat – kuatnya. Pasak dalam minda... jadi ‘Unbeatable’.

KEJOHANAN BOLA BALING AKAR UMBI BAWAH 10 TAHUN 2025
Tarikh : 16 November 2025 (Ahad)
Kategori : P10
Tempat : Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Terbuka
Anjuran : Kelab Bola Baling PSD Putrajaya

SENARAI NAMA PEMAIN P10
Elryna, Alya, Hania, Athirah, Izzah
Izzara, Jasmin, Aisyah, Safiyyah

Rejam Juara, Kita No. 1
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 