Thursday, 19 October 2023

PASUKAN BOLA BALING/SABER KS HANDBALL TEAM 2023 P11 L11 P16 DI KEJOHANAN BOLA BALING PIALA TEAM GOMBAK 2023 – K37

Ini bab baru...



Aktiviti : 
KEJOHANAN BOLA BALING PIALA TEAM GOMBAK 2023
Kategori : P11, L11, P16
Tarikh : 07-08 Oktober 2023 (Sabtu-Ahad), 14 Oktober 2023 (Sabtu)
Tempat : SK Lembah Keramat
Anjuran : MAHF, Team Selangor, BBA HC, Wildcats HC

Kejohanan yang pertama disertai oleh Pasukan Bola Baling SABER KS HT selepas tamatnya Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada akhir bulan Julai lalu.

Rebranding’ semula pasukan daripada SABER HT kepada SABER KS HT. KS yang mana perkataannya ialah ‘Ksatria’ yang membawa maksud kepahlawanan, pendekar dan semangat sentiasa berkobar – kobar dan berjuang habis habisan.

‘Mental, emosi, kekuatan dan stamina ditambahkan dengan elemen bijak, komunikasi dan semangat juang yang tinggi diperlukan untuk memberikan saingan dan bersaing untuk merangkul kejuaraan. Untuk menjadi yang terbaik kuncinya adalah jam latihan. Para pemain harus lebih rajin berusaha dan berlatih untuk menghadapi perlawanan – perlawanan pada masa hadapan. Tiada apa yang kita perlu gentar, buat sehabis baik dan tidak mudah menyerah kalah.’

Baik, kita mulakan dengan pasukan P11 SABER KS HT. Pasukan yang dibentuk bermula dari bulan Julai 2023. Adanya 5 orang pemain yang telah bersama – sama dengan pasukan P12 SABER HT (pasukan terbaik yang pernah dilahirkan – Johan Kejohanan Bola Baling MSSD Hulu Langat 2023), kemahiran pemain – pemain yang ada perlu diajar dan digilap. Kemasukan pemain – pemain baru yang perlu bermula dengan zero bagi membentuk mereka menjadi pemain – pemain yang berkemahiran dalam sukan bola baling. Latihan berkala dilakukan, latihan 2 kali seminggu (cukup ker?). Kalau dari segi ketersediaan pemain, pasukan P11 ini, kalau markah 10, baru 5/10. Masih banyak lagi perkara yang perlu ditingkatkan. Asas lepas, Alhamdulillah.

Pencapaian di kejohanan ini, P11 berjaya mara hingga ke peringkat suku akhir, tahniah. Saya bangga dengan kamu. Diundi dalam kumpulan A bersama – sama dengan pasukan Black Widow dan TAF Titans.


Pemain dalam Pasukan Bola Baling P11 SABER KS HT :
Raffhanah, Dhiya, Alyaa, Dania Balqis, Ayra,
Mimi, Piah, Shairah, Dania Nasyihah, Qistina

Keputusan (P11) :
Peringkat kumpulan (A)
1. SABER KS HT 3 - 5 Black Widow
2. SABER KS HT 6 - 4 Taf Titans
**Naib Johan Kumpulan

Peringkat pusingan 12 terakhir
3. SABER KS HT 5 – 1 SJKC Lick Hung

Peringkat kalah mati suku akhir
4. SABER KS HT 1 -  8 Wildcats HC

Menang 2, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 15, Bolos 18
-------------

Seterusnya, L11 SABER KS HT. ‘Thumbs up’... berjaya meraih tempat ketiga bersama. Mara sehingga peringkat separuh akhir. Ini satu permulaan yang baik bagi pasukan ini, dan ini juga merupakan kali pertama pasukan L11 SABER KS HT berjaya menempatkan diri dalam 4 pasukan terbaik. Tahniah sekali lagi.

Nak dikatakan pasukan ini, para pemainnya merupakan pemain dan nadi utama pasukan L12 SABER HT. Kebanyakan pemain sudah bermain dan berlatih selama setahun. Jadi, ini mungkin hasilnya dan rezeki pasukan ini, pasukan yang berpotensi besar untuk menjadi pasukan yang disegani. Percaya kepada kemampuan diri, bersungguh – sungguh dan selebihnya kita letak pada tuhan, Allah yang satu.

Diundi dalam kumpulan A bersama – sama dengan pasukan Wildcats Boys, Star Handball dan Sebest.


Pemain dalam Pasukan Bola Baling L11 SABER KS HT :
Hariz, Firas, Shah, Fariz, Syahmi, Irfan, Ryan, Iman
Aizzat, Harraz, Nafis, Alif, Furqan




Keputusan (L11) :
Peringkat kumpulan (A)
1. SABER KS HT 1 - 9 Wildcats Boys
2. SABER KS HT 5 - 1 Sebest
3. SABER KS HT 8 - 4 Star Handball
**Naib Johan Kumpulan

Peringkat kalah mati suku akhir
4. SABER KS HT 5 -  4 Sekem

Peringkat kalah mati separuh akhir
5. SABER KS HT 3 -  8 Harunians

Menang 3, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 22, Bolos 26
-------------


Dan kali ini, P16 SABER KS HT, sebelum diteruskan, Alhamdulillah, bersyukur sangat – sangat, pasukan ini berjaya mara sehingga ke final.

Ibarat cerita dongeng, ‘fairy tale’, keajaiban dengan izin Yang Maha Esa. Pasukan SABER KS HT senior yang baru dibentuk kerna para pemain yang bermain untuk SABER KS HT kali ini adalah 85% pemain baru, semua atas dasar minat dan cintakan sukan bola baling, 

Bermula dengan pencarian pemain, dibantu oleh pemain – pemain yang dah lama bermain untuk SABER HT. Akhirnya terkumpul 11 orang pemain dari 4 kawasan. Ketiadaan penjaga gol pada mulanya, menyenaraikan penjaga gol termuda 11 tahun sebagai penjaga gol. Namun posisi itu ditampung oleh seorang pemain P16 yang pernah bermain pada posisi itu.

Pagi hari kejohanan, buat pertama kali berjumpa dan diteruskan dengan sesi taaruf bagi mengenali antara satu sama lain. Alhamdulillah, jersi SABER KS HT diagihkan dan cukup untuk semua pemain, ada yang pertama kali menyarung jersi keramat putih merah jambu itu.

Tidak meletakkan sebarang harapan. Cuma fokus, tunjukkan kesungguhan dan tunjuk ‘bagaimana sukan ini dimainkan’, tiada tekanan, malah sentiasa senyum menjadi pegangan utama para pemain. Setiap pemain perlu memainkan peranan (bijak berfikir dan bertindak), disiplin paling utama, disiplin menyerang dan bertahan. Saling membantu antara satu sama lain dan paling penting, ialah ada asas kemahiran bermain bola baling ‘catching and passing’, elakkan kesilapan mudah, bersuara, berani dan memanfaatkan segala peluang yang ada.

Setiap perlawanan dimulakan dengan doa dan laungan keramat, “SABER HU HA”. Tanpa mengenali dan siapa lawan mereka, bermain dengan penuh kesungguhan dan mengikut apa yang dirancang, menghadiahkan kemenangan kepada pasukan ini. Tamat permainan disudahi dengan Alhamdulillah. Tak kira menang atau kalah.


Perlawanan peringkat kumpulan. Perlawanan pertama menang, perlawanan kedua juga menang, layak ke pusingan kalah mati suku akhir. Perlawanan ketiga, jika ada rezeki, jika Allah dah tentukan kita menang, kita akan menang, cuma kita kena usaha bersungguh – sungguh sebelum berserah dan tawakkal. Perlawanan ketiga menang, menjadi johan kumpulan.

“Kamu semua, tanpa disangka telah melangkah sejauh ini, berikan yang terbaik untuk kita menang perlawanan suku akhir ini dan menempatkan pasukan ke peringkat separuh akhir dan berjaya memperoleh medal, tapi, masih lagi bermain tanpa tekanan dan, senyum”. 

Akhirnya, Alhamdulillah, SABER KS HT menang dan mara ke peringkat separuh akhir. Alhamdulillah.

Peringkat separuh berlangsung sengit, sehingga tamat perlawanan berkedudukan seri 4 – 4 sama. Pemenang perlu ditentukan dengan balingan penalti 3 terbaik. Masih seri 1 – 1. ‘Toast coin’, pilih sama ada menjaring atau menjaga gol. SABER KS HT memilih untuk menjaring. Kemenangan yang diharapkan terletak pada penjaga gol SABER KS HT. Penjaga gol lawan penjaga gol.... dan akhirnya gol!!!, rezeki berpihak kepada P16 SABER KS HT. Tahniah, kita mara ke perlawanan akhir. Medal gangsa bertukar warna kepada perak atau emas setelah sekian lama. Alhamdulillah.

Lawan di peringkat akhir bukannya mudah. Bermain di final buat pertama kali, ibarat mimpi jadi kenyataan, malah sebelum memulakan kejohanan, tidak pernah bermimpi untuk berada di tahap ini. Alhamdulillah. Namun SABER KS HT tetap memberikan yang terbaik.

Tamat perlawanan, P16 SABER KS HT dinobatkan sebagai naib johan kejohanan. Alhamdulillah. Inilah keajaiban, keajaiban yang dirancang oleh Yang Maha Esa, rezeki yang sudah tertulis untuk kita, SABER KS HT pergi sejauh ini.

Apapun, terima kasih kepada semua pemain yang bermain untuk SABER KS HT. Ampang ada, Kajang ada, Rinching ada, Gemas Negeri Sembilan puan ada. Anda semua hebat. Harap ukhuwah yang terbentuk ini terus utuh. InsyaAllah jumpa lagi selepas ini.


Pemain dalam Pasukan Bola Baling P16 SABER KS HT :
Rabiatul, Irine, Arfa, Syikin, Intan, Alya,
Damia Hana, Aisyah, Farhanah, Hawa, Alyaa, Jannah

Pasukan – pasukan yang terlibat (Kumpulan D P16) :
1. SABER KS HT
2. Diamond HC
3. Hustlers
4. Starian Handball 

Keputusan (P16) :
Peringkat Kumpulan (D)
1. SABER KS HT 3 – 1 Diamond HC
2. SABER KS HT 7 – 2 Hustlers
3. SABER KS HT 4 – 0 Starian Handball
**Johan Kumpulan

Peringkat kalah mati suku akhir
4. SABER KS HT 5 -  3 OCHC

Peringkat kalah mati separuh akhir
5. SABER KS HT 4 (2) -  4 (1) Phantom Girls


Ini rupanya suasana Final. Ini Final pertama SABER KS HT (senior). Alhamdulillah.




Peringkat kalah mati Akhir
6. SABER KS HT 3 -  9 Wildcats HC

Menang 5, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 25, Bolos 20

Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan jadi terbaik suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Yang datang menyokong serta yang mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan) yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus cemerlang.

Semangat membara, usaha, juara... SABER HU HA!!!

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.

Saturday, 23 September 2023

RUMAH INAP ZAEL DC HOMESTAY

 


Kenapa pilih Rumah Inap ZAEL DC Homestay
⦁ Sangat selesa dan nyaman
⦁ Jauh dari kesibukan kota
⦁ Ada laman yang besar – boleh riadah di sini
⦁ Mempunyai kolam mandi persendirian – pasti anak – anak kecil teruja
⦁ Kawasan Barbeque untuk makan – makan – sampai kenyang





Apa kata mereka yang pernah menghuni di sini :







Apa yang ‘best’ di sini, sekitar Rumah Inap ZAEL DC Homestay
Boleh klik di sini, nanti kat peta google map tu sila zoom lebih dekat ... banyak tempat makan dan lain – lain tempat yang menarik di sekitar Rumah Inap ZAEL DC Homestay ini.

Banyak tempat Makan – makan menarik klik di sini




Lokasi yang sangat strategik
⦁ 10 min ke Nilai 1
⦁ 10 min ke Dataran Nilai
⦁ 20 min ke Nilai 3
⦁ 20 min ke USIM
⦁ 10 min ke INTI Kolej
⦁ 10 min ke NCI Cancer Hospital
⦁ 10 min ke Kompleks Sukan KLIA, Nilai
⦁ 15 min ke Mannipal University
⦁ 15 min ke KPJ Kolej University, Kota Seri Emas
⦁ 20 min ke Nilai Spring GOLF
⦁ 20 min ke KLIA 1 / KLIA 2
⦁ 30 min ke PutraJaya / Cyberjaya
⦁ 20 min ke Sepang Formula One
⦁ 45 min ke Banting
⦁ 25 min ke Dengkil
⦁ 40 min ke Seremban 2
⦁ 20 min ke Sekolah Kiblah / Al Jenderami
⦁ 30 min ke KL melalui Lebuhraya MEX
⦁ 15 min ke GIANT / TESCO / Majlis Perbandaran Nilai / Mydin Nilai / Mydin Kota Seri Emas / Pasaraya Aeon
⦁ Sangat dekat dengan (‘Walking Distance’) Speedmart dan DIY Store, Dobi




Bandar Pendidikan
⦁ Universiti Nilai, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej INTI, Universiti Mannipal, Kolej Universiti KPJ

Harga (Pakej rumah + kolam)
⦁ A - Semalam RM500.00/malam, hujung minggu bermula Jumaat hingga Ahad termasuk cuti umum
⦁ B - Semalam RM400.00/malam, hari biasa bermula Ahad hingga Jumaat
⦁ C - Seharian RM500.00 – dari jam 9.00 pg hingga 6.00 ptg, hari Sabtu dan Ahad, atau cuti am
⦁ D - Seharian RM400.00 – dari jam 9.00 pg hingga 6.00 ptg, hari biasa Isnin hingga Jumaat
⦁ E - Seminggu RM450.00/malam – 7 hari 6 malam
⦁ F - Sebulan RM120/malam – 30 hari 29 malam

Harga (Pakej rumah sahaja)
Ai - Semalam RM400.00/malam, hujung minggu bermula Jumaat hingga Ahad
Bi - Semalam RM300.00/malam, hari biasa bermula Ahad hingga Jumaat
Ci - Seharian RM400.00 – dari jam 9.00 pg hingga 6.00 ptg, hari Sabtu dan Ahad, atau cuti am
Di - Seharian RM300.00 – dari jam 9.00 pg hingga 6.00 ptg, hari biasa Isnin hingga Jumaat
Ei - Seminggu RM350.00/malam – 7 hari 6 malam
Fi - Sebulan RM100/malam – 30 hari 29 malam

Pakej A, B, E, F, Ai, Bi, Ei, Fi - Daftar masuk pukul 3.00 ptg dan daftar keluar sebelum pukul 12.00 tgh
Pakej A-F dan Ai-Fi dikenakan deposit kebersihan dan kerosakan sebanyak RM200.00 (akan dipulangkan sekiranya dipulangkan dalam keadaan bersih dan kemas)

⦁ G – Kolam guna persendirian, laman, barbeku (set) RM300.00- kemudahan 1 bilik air luar, tandas dalam rumah, dapur & kelengkapan, ruang tamu, bilik tidak disediakan, jam 9.00 pg hingga 6.00 ptg (9 jam) atau 3.00 ptg hingga 12.00 tgh malam (9 jam); deposit kebersihan dan kerosakan RM200.00 (dipulangkan selepas selepas ‘check-out’ dan premis disahkan bersih, kemas dan teratur)
⦁ H – Kolam guna persendirian RM150.00 – 2 dewasa + 3 kanak – kanak dengan kemudahan 1 bilik air luar, jam 9.00 pg higga 6.00 ptg (9 jam) atau 3.00 ptg hingga 12.00 tgh malam (9 jam)
⦁ I – Kolam guna persendirian RM50/sejam – 2 dewasa + 3 kanak – kanak dengan kemudahan 1 bilik air luar, minimum penggunaan 2 jam
⦁ J – Kolam dibuka untuk awam RM10/seorang/sejam – 5 orang maksimum dengan kemudahan 1 bilik air luar. Sabtu, Ahad, Cuti Am. Sila lihat papan tanda ‘Kolam dibuka untuk awam’ di laman premis

Ruangan dan bilik dalam Rumah Inap ZAEL DC Homestay
√ 1 Ruang Tamu Berhawa Dingin
√ 1 Ruang Makan
√ 1 Ruang Dapur yang boleh memasak
√ 3 Bilik Air
√ 1 Ruang Laman Riadah
√ 1 Kolam Mandi Persendirian
√ 1 Ruang untuk Barbeku
√ 1 Bilik Utama berhawa dingin (katil queen + bilik air) 
√ 1 Bilik berhawa dingin (katil queen)
√ 1 Bilik (2 katil queen)
√ 1 Bilik (katil single)
√ Ruang Parkir yang luas













Kemudahan
√ Sofa Kayu 3 + 1
√ Kerusi Buai
√ Televisyen
√ WiFi
√ 1 Set Meja Meja Makan
√ Sofa Rehat
√ Dapur 
√ Peti sejuk
√ Pinggan Mangkuk
√ Penapis Air Sky Magic
√ Bilik Air tersedia dengan barang mandian
√ ‘Wire Extension’
√ Ekstra bantal dan tilam
√ Tuala

TIDAK DIBENARKAN
X Membawa binatang peliharaan ./ haiwan liar
X Merokok sama sekali atau membawa bahan – bahan yang terlarang
X Merosakkan harta benda Rumah Inap ZAEL DC Homestay
X Membuat perkara yang tidak baik
X Menganjurkan keraian yang tidak mematuhi undang – undang dan syarak

Maklumat tambahan
⦁ Jenis rumah : Rumah teres lot tepi
⦁ Maksimum penghuni : 8 orang dewasa & 10 orang kanak-kanak sahaja.
⦁ Tempahan rumah inap / homestay perlu dibuat sekurang - kurang 1 minggu sebelum tarikh 'check in'
⦁ Polisi Pembatalan : Fleksibel (7 hari sebelum daftar masuk)
⦁ Pihak Rumah Inap Zael / tuan rumah berhak untuk memantau, memeriksa, membuat pembersihan rumah, halaman rumah, kolam dan kawasan sekitarnya dan persekitarannya luar tanpa meminta izin kepada pihak yang menginap

Sebarang pertanyaan dan tempahan Rumah Inap ZAEL DC Homestay
⦁ Boleh berhubung terus dengan pemiliknya En. Azmi di talian 013-2795903. Sila whatsapp terlebih dahulu.

Sunday, 9 July 2023

PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS DI KEJOHANAN BOLA BALING RENDAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT (MSSDHL) 2023 - K36

Pemain menunjukkan komitmen yang tinggi, berjuang habis – habisan dan tidak mudah menyerah kalah. Para pegawai sangat kagum dan terharu dengan semangat melawan dan tidak mudah menyerah kalah yang ditunjukkan oleh setiap pemain.

Kebijaksanaan dan ketenangan dalam mengawal permainan. Kematangan dalam mengawal emosi dan membuat keputusan yang tepat. Jurulatih pernah berpesan, bukan mudah untuk menjadi cemerlang antara yang gemilang ... penat, tercungap – cungap, tak larat, kehausan, sakit hati, emosi dan kesakitan, diatasi dengan ketenangan, kesabaran dan fokus yang paling utama. Disiplin merupakan elemen terpenting dalam sesebuah pasukan dan pasak minda dengan mentaliti juara dan sentiasa mahukan kemenangan.


Aktiviti : 
KEJOHANAN BOLA BALING RENDAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT (MSSDHL) 2023
Kategori : L12 dan P12
Tarikh : 04 – 07 Julai 2023 (Selasa - Jumaat)
Tempat : SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Anjuran : Unit Perkembangan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat



Pemain dalam Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas (L12) :
1. MUHAMMAD ASYRAF ACQZIL BIN MOHD KAMAL
2. MOHAMAD RIFQI MIKAIL BIN MOHAMAD FUAD
3. ATIFF IQBAL BIN ADLI ZAID @ ABDUL RAZAK 
4. RAJA AIZZAT IRFAN BIN RAJA ISMAIL
5. NAFIS NORIMAN BIN NORAZMI
6. MUHAMMAD ALIF BIN ABDULLAH
7. MOHAMMAD AFFAN MAULANA BIN SAIDI
8. ALBY SYAIFANI NUHIB BIN GUSTANTO 
9. MOHAMAD NOR HARRAZ BIN ABDULLAH 
10. MUHAMMAD FIRAS ILHAM BIN NUR RAHIM
11. MOHAMMAD ZARIF ASYRAAF BIN MOHAMMAD YUSUF 
12. MUHAMAD SHAH HAZIQ HAFIFI 
13. IMAN HAIRIE PUTRA BIN AMMAR SHARIFFUDDIN 
14. FURQAN HAKIMI BIN ANAS

Keputusan L12

Peringkat kumpulan (A)
1. SK Taman Kosas 1-3 SK Dusun Tua
2. SK Taman Kosas 5-2 SK Seksyen 7
3. SK Taman Kosas 2-3 SK Bukit Raya

Pusingan Kedua
4. SK Taman Kosas 1-1 SK Sungai Ramal Dalam
Masih 1-1 sehingga masa tambahan. Tewas penalti 0-1.

Suku akhir : -

Separuh akhir : -

Akhir : -

Menang 1, Belum Menang 2, Seri 1
Mata 2, Jaring 9, Bolos 10
Defisit gol -1

Untuk pasukan lelaki, kita pastikan kecemerlangan pada tahun tahun mendatang. InsyaAllah. Anda sudah menunjukkan permainan yang hebat dan terbaik.



Pemain dalam Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas (P12) :
1. NORLIDIYA BINTI RAZID
2. FARISYA KHAISARA BINTI ABDULLAH
3. NUR ADELIA IMANINA BINTI SIDEK
4. NUR LAILATUL KHADIJAH BINTI ABDUL RAHIM 
5. FILZAH NUR JANNAH BINTI MOHAMMAD FARID 
6. KHALIFATUL AULIA ANNOUR Bt FARIZAL
7. NUR ALYA ADRIANA BINTI ZULKIFLI 
8. NUR ALYAA SAFIYYAH BINTI MAHADI
9. AMIRA SALSABILA BINTI MOH AMIN 
10. PUTERI SHAFIYA ALESYA BINTI ABDULLAH 
11. NUR QISTINA BALQIS BINTI MOHAMAD NAZIR 
12. NURSHAHIRAH SAFFIYA BINTI MOHAMMAD SHAROM, 
13. SYAMIMI BT MOHD SHAHRIZAL 
14. RAYYANAH SOFEA BINTI MOHD ZUKI

Keputusan P12

Peringkat kumpulan (A)
1. SK Taman Kosas 7-0 SK Pandan Jaya
2. SK Taman Kosas 5-0 SK Taming Jaya
3. SK Taman Kosas 9-0 SK Sg Kantan

Pusingan Kedua
4. SK Taman Kosas (2)-  SK Sungai Ramal Dalam (0)

Suku akhir : 
5. SK TAMAN KOSAS (4) - SK LEFTENAN ADNAN(1) 

Separuh akhir : 
6. SK TAMAN KOSAS (4) - SK ULU SEMENYIH (1) 

Akhir : 
7. SK TAMAN KOSAS (5) - SKTAAM (2)

Kita juara!!

Menang 7, Belum Menang -, Seri -
Mata 6, Jaring 36, Bolos 4
Defisit gol 32

Pengiktirafan terus diberikan apabila pemain Farisya Khaisara Binti Abdullah dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Tahniah Farisya.








Berlatih dan terus berlatih. Itu kuncinya.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SK TAMAN KOSAS yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Yang datang menyokong serta yang mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan L12, Cikgu Afiq dan Cikgu Hakimi, para pegawai pasukan P12 iaitu Cikgu Aisyah, Cikgu Fahmida, Cikgu Adda yang mendoakan kami dari jauh. Guru – guru penasihat kelab sukan dan permainan Bola Baling, guru – guru yang pernah bersama – sama dengan pasukan, guru – guru SK Taman Kosas amnya yang sentiasa menyokong dan mendoakan kami. Serta para ibu bapa yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang pasukan. Tidak dilupakan para pentadbir SK Taman Kosas, terutama Puan Widyawati Binti Mahmood, Guru Besar SK Taman Kosas. Terima kasih, terima kasih. Anda hebat. 

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus cemerlang.

Semangat membara, usaha, juara... KOSAS HU HA, JUARA, JUARA, JUARA!!!

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**”Road to MSSS”

PASUKAN BOLA BALING/SABER HANDBALL TEAM 2023 P12 DI PERLAWANAN PERSAHABATAN 3 PENJURU DI GELANGGANG FUTSAL PANTAI HILLPARK - K35

Cari sebanyak mana perlawanan persahabatan... kita penuhi jemputan. Terima kasih kerana menjemput kami.

Aktiviti : 
PERLAWANAN PERSAHABATAN 3 PENJURU DI GELANGGANG FUTSAL PANTAI HILLPARK (P12)
Kategori : P12
Tarikh : 24 Jun 2023 (Sabtu)
Tempat : Gelanggang Futsal Pantai Hillpark
Anjuran : Jurulatih BB Kuala Lumpur



Pemain dalam Pasukan Bola Baling SABER HT (P12) :
Aulia, Lidiya, Laila, Farisya, Nana, Alyaa, Syamimi, Qistina

Keputusan (P12) :

1. SABER HT (12) - (0) SK BANGSAR
2. SABER HT (7) - (2) SK TTDI2

Menang 2, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 19, Bolos 2

Jom layan game....

Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan jadi terbaik suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Yang datang menyokong serta yang mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan). Cikgu Adda (Fisioterapi) dan Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan) yang mendoakan kami dari jauh. Serta para ibu bapa yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang pasukan. Terima kasih, terima kasih. Anda hebat. 

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus cemerlang.

Semangat membara, usaha, juara... SABER HU HA!!!

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**”Road to MSSDHL”

PASUKAN BOLA BALING/SABER HANDBALL TEAM 2023 P12 DI PERLAWANAN PERSAHABATAN DI GELANGGANG FUTSAL MPAJ, JALAN KOLAM AIR – K34

Cari sebanyak mana perlawanan persahabatan... tetiba jer dan tidak sempat ambil gambar.

Aktiviti : 
PERLAWANAN PERSAHABATAN DI GELANGGANG FUTSAL MPAJ, JALAN KOLAM AIR (P12)
Kategori : P12
Tarikh : 18 Jun 2023 (Ahad)
Tempat : Gelanggang Futsal MPAJ, Jalan Kolam Air berdekatan Nasi Beriani Ipoh
Anjuran : Wildcats, BBA HC


Pemain dalam Pasukan Bola Baling SABER HT (P12) :
Lidiya, Farisya, Adelia, Laila, Nana, Aulia, Alya, Piah

Keputusan (P12) :

1. SABER HT (5) - (0) SK TELOK PANGLIMA GARANG
2. SABER HT (7) - (1) SK JALAN PEEL
3. SABER HT (-) - (-) SK SERI BINTANG UTARA (Perlawanan ditangguhkan)

Menang 2, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 12, Bolos 1

Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan jadi terbaik suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Yang datang menyokong serta yang mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan). Cikgu Adda (Fisioterapi) dan Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan) yang mendoakan kami dari jauh. Serta para ibu bapa yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang pasukan. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat. 

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus cemerlang.

Semangat membara, usaha, juara... SABER HU HA!!!

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.
**”Road to MSSDHL”