Tuesday, 13 November 2012

NAIMO KIDZ WORKSHOP DILAHIRKAN



8 November 2012 (Khamis)

4 hari sebelum, pada hari Isnin, penulis ada pergi menelefon beberapa pasaraya yang boleh penulis mengadakan perniagaan ‘Sand Arts’. Carilah mana – mana pasaraya yang boleh disewa ruang perniagaan. Layari internet untuk mendapatkan nombor telefon dan penulis telefon. Lepas itu sangkut di Spectrum. Tanya beberapa perkara dan pada hari Selasa terus penulis pergi pejabat dan berjaya menyewa tapak perniagaan. Alhamdulillah, ini satu permulaan. Motivasi untuk berniaga ini datang daripada isteri penulis dan juga lebihan barang ‘sand arts’ yang ada masa panitia Sains buat aktiviti pada hari Kokurikulum SKTK.





Hari ini bertekad penulis akan pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan perniagaan penulis. Motivasi penulis untuk pergi ke SSM ialah sewa tapak yang telah dibayar pada harga yang agak tinggi selama dua hari iaitu di ‘ground floor’ Spectrum Mall di Ampang. Penulis cuma mengambil langkah yang ‘mengikut prosedur’ agar perniagaan yang pertama kali dijalankan tidak salah di sisi undang – undang.

Setelah menelaah laman sesawang SSM , penulis terus memuat turun borang yang diturunkan. Memahami kehendak borang dan mengisi segala butiran yang diperlukan. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Agak lewat untuk ke SSM KL Sentral, tapi pergi jelah jangan bertangguh.

Alhamdulillah prosedur untuk mendaftar perniagaan tidaklah sesusah mana. Lebih – lebih lagi perniagaan milikan tunggal. Isi borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42) dan Borang A, Borang Pendaftaran Perniagaan Baru. Semua panduan ada ditampal di kaunter SSM. Sampai jam 4.00 petang, naik tingkat 2 dan terus mendaftar. Hanya dalam 30 minit, bayar yuran pendaftaran sebanyak RM60.00, maka secara rasmi lahirlah NAIMO KIDZ WORKSHOP. 


Selepas apa, kena buat beberapa perkara yang perlu. ‘Get ready for my first bisness day’. NAIMO KIDZ WORKSHOP, apa yang ditawarkan untuk awalnya, ialah aktiviti ‘sand arts’, gembira mewarna dengan pasir. Terima kasih juga untuk anak – anak penulis, kamu semua yang memberi idea ini.

 




Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.


Saturday, 27 October 2012

SENI PASIR (‘Sand Arts’)

Seni, pasir, seni pasir, sand, arts, art, colour, warna, mewarna, colouring, hari, kantin, hari kantin, terbuka, hari terbuka, kanak – kanak, dewasa, remaja, parti, keraian, keluarga, hari keluarga, karnival, festival, pertandingan, tanding, seronok, menyeronokkan, kreativiti, family, happy, karnival, carnival, gembira, kreatif, creative, hadiah, gift, present, cenderahati, cenderamata, ole – ole, door gift, beri, pemberian, terima

  

PELBAGAI WARNA PASIR BERWARNA



PELEKAT BERGAMBAR

Pelekat bergambar yang pelbagai dan berlainan saiz.

Saiz Besar = 10" lebar x 14.25" tinggi ; 25.4cm lebar x 36.2cm tinggi

Saiz Sederhana = 6.5" lebar x 9.5" tinggi ; 16.5cm lebar x 24.1cm tinggi

Saiz Kecil (S) = 5" lebar x 7" tinggi ; 12.7cm lebar x 17.8cm tinggi

NAIMO KIDZ WORKSHOP JUGA MENJUAL PASIR BERWARNA PADA HARGA RM12.00 SEKILOGRAM DAN PELEKAT BERGAMBAR PADA HARGA RM4.00 SEKEPING bagi SAIZ SEDERHANA.


Selain itu, NAIMO KIDZ WORKSHOP ada menyediakan perkhidmatan berikut, sepertimana apa yang tercatat dalam pamplet di bawah :



KIT SENI PASIR (‘SAND ARTS KIT’) sebagai hadiah (‘gift’), sila klik disini

CONTOH HASIL SAND ARTS, sila klik di sini


UNTUK MELIHAT PRODUK – PRODUK LAIN – KRAFTANGAN KANAK - KANAK YANG DIJUAL OLEH NKW, sila klik disini.