Sunday, 22 November 2015

NAIMO KIDZ WORKSHOP – TEMPAHAN DAN PENGHANTARAN Felt Candy, Mosaic Art, Batik, Sand Art (cerita 30)


Tempahan untuk pelbagai produk (20.11.15)

Kali ini tempahan daripada pelanggan yang berada di Pahang. Dengan tempahan pelbagai produk yang ditawarkan oleh Naimo Kidz Workshop, seperti FELT CANDY BAG, MOSAIC ART PELBAGAI GAMBAR, BATIK PAINTING dan SAND ART.
Sesiapa yang berminat untuk produk - produk yang dinyatakan boleh klik link di bawah yer.













Penghantaran melalui pos dan mengambil masa beberapa hari. Terima kasih atas pembelian produk yang ditawarkan oleh NKW. Alhamdulillah.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.


UNTUK MELIHAT PRODUK – PRODUK LAIN – KRAFTANGAN KANAK - KANAK YANG DIJUAL OLEH NKW, sila klik disini.

PASUKAN BOLA BALING SEKOLAH SKTK 2015 versi CEMPAKA


Alhamdulillah... rezeki Pasukan Bola Baling Kosas tahun ini 2015 : Siri 3

"Cikgu, memang rezeki cikgu tahun ini".
Itulah kata - kata kawan jurulatih apabila pasukan perempuan kami berjaya menempatkan diri ke perlawanan final untuk kali yang kedua.
Kali ini di Kejohanan Bola Baling Piala Belia Cempaka 2015. Kejohanan yang diadakan di sekolah berkenaan yang terletak di Cheras, berlangsung pada 8.11.15 hari Ahad setelah ditangguhkan akibat jerebu.

Hikmah di sebalik penangguhan itu... kami berjaya membawa balik kejayaan.

Tahniah kepada anak - anak yang berpenat lelah untuk mengecapai kejayaan. Ader yang berkata, "Cikgu, kami nak jadi juara". Boleh... itu semua bergantung kepada kamu semua.

Kejohanan kali ini, lebih - lebih lagi pertandingan terbuka seperti ini, baru pertama kali disertai oleh penulis dan anak - anak pemain bola baling. Pembentukan pasukan bermula seawal bulan 4 dan latihan mingguan terus diadakan setiap 2 kali seminggu.

Penerapan kemahiran asas, taktikal, memahami peraturan dan elak melakukan kesalahan di dalam padang ketika bermain dan semangat berpasukan adalah rencah dan ramuan terbaik membentuk pasukan yang boleh bersaing. Selain itu mengadakan siri perlawanan persahabatan dengan sekolah - sekolah terdekat. Terima kasih kepada sekolah - sekolah yang sudi melayan kunjungan kami.

Kejohanan kali ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu pasukan bawah 16, bawah 14 dan bawah 11. Pasukan penulis menyertai kategori bawah 11 lelaki dan perempuan.
Walaupun pasukan lelaki tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya, sekurang - kurangnya berjaya mengutip pengalaman yang amat bernilai.

Tahniah kepada pasukan bola baling perempuan yang mara ke peringkat final.... peringkat kumpulan menang 5-1 ke atas Cempaka, tewas 2-4 kepada SK Sg Buloh. Mara ke peringkat separuh akhir sebagai naib johan kumpulan, menentang SK Tasik Puteri 2 (Johan Kumpulan B).
Persaingan yang sengit yang ditunjukkan dan semangat melawan yang kuat diberikan... menang 4-3 ke atas sekolah SK Tasik Puteri 2.

Berpuas hati sebagai naib johan untuk kali ini... tahun depan kalau ader lagi... kami nak sertai.

Terima kasih kepada pihak penganjur... anda memang terbaik kerana mengambil inisiatif mengadakan kejohanan seperti ini... mempopularkan sukan bola baling.

Terima kasih semua yang menyokong, terutama kepada para jurulatih dan ibu bapa/penjaga... anda memang terbaik.

Jom terus mara... tahun depan di Kejohanan Bola Baling Daerah. Ada misi yang perlu digapai. Yakin dan percayalah kita boleh berjaya.... InsyaAllah.

p/s : Tercari – cari juga pertandingan terbuka di kawasan Lembah Klang bagi pasukan bola baling bawah 15 tahun. Kami juga menerima jemputan untuk bermain perlawanan persahabatan sekiranya ada.

Monday, 21 September 2015

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ KOLEJ AS SOFA (cerita 29)


(11 – 12 September 2015)

Sempena Festival Keusahawanan AS SOFA (As Sofa Entrepreneur Festival) 2015, pihak NKW telah dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini. Festival ini diadakan di perkarangan Kolej As Sofa, Ampang pada 11 - 12 September 2015; Jumaat dan Sabtu. NKW ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur atas jemputan. Harap NKW memenuhi hasrat penganjur festival.

Kain rentang 'banner' festival.


Gerai NKW 'sand art' terus dikunjungi oleh kanak - kanak/peminat sand art.

NKW bersedia untuk memenuhi jemputan sebagai peniaga/vendor kepada mana - mana festival/karnival, lebih - lebih lagi acara yang melibatkan kanak - kanak.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.

UNTUK MELIHAT PRODUK – PRODUK LAIN – KRAFTANGAN KANAK - KANAK YANG DIJUAL OLEH NKW, sila klik disini.

Wednesday, 10 June 2015

PASUKAN BOLA BALING SEKOLAH SKTK 2015

Asam Garam Menyediakan Sebuah Pasukan Yang Boleh Bersaing : Siri 2 sambungan tahun lepas

Alhamdulillah... bersyukur.
Perasaan penulis bercampur gembira, teruja dan terkejut.

Pencapaian tahun ini amat memberansangkan. Berentap di pentas akhir buat kali pertama dalam sekian lama penulis terlibat dengan sukan permainan bola baling ini.

KPI tahun ini adalah mara ke peringkat separuh akhir salah satu pasukan sama ada pasukan perempuan atau pasukan lelaki.

Bonus!!! Tahun 2015, kedua – dua pasukan perempuan dan lelaki mara ke peringkat separuh akhir.

Bonus yang kedua!!! Pasukan perempuan mara ke peringkat akhir. Terkejut bercampur dengan gabra.


Pasukan Perempuan SK Taman Kosas (‘Two Thumbs up just for all of U’) – semangat baju baru
Berdiri dari kiri : Quratun, Nadhirah, Marsya, Dina, Raihah, Rauqah, Fatin, Anis, Emylia, Hanna, Raihanah, Syaidatul
Duduk bawah : Najwa

Tahun ini Kejohanan Bola Baling peringkat daerah Hulu Langat diadakan pada awal tahun ini pada 20 hingga 22 Januari 2015 bertempat di SK Kantan Permai, Kajang.

Sesi perlawanan persahabatan seperti tahun lepas tidak dapat dilakukan memandang tarikh  kejohanan terlalu awal. Namun perlawanan simulasi dan perlawanan peringkat sekolah berjaya dilaksanakan sebagai persediaan pasukan.

Bermula dengan mesyuarat penyelarasan pada awal bulan Januari dan undian kumpulan dibuat. Pasukan perempuan berada dalam kumpulan C bersama dengan pasukan SK Bandar Tun Hussein Onn 2, SK Pandan Jaya dan SK Ampang Campuran.
Manakala pasukan lelaki diundi di dalam Kumpulan A bersama dengan pasukan SK Cheras Indah, SK Bandar Baru Bangi dan SK Saujana Impian.

Laluan pasukan perempuan SK Taman Kosas ke final...
Peringkat Kumpulan menang dengan SK Bandar Tun Hussein Onn 2 4-0, seri dengan SK Pandan Jaya 1-1 dan menang ke atas SK Ampang Campuran 8-0 dan terus dinobatkan sebagai Juara Kumpulan.
Peringkat suku akhir menentang SK Sungai Ramal Dalam (SURADA) dan kemenangan berpihak kepada pasukan SK Taman Kosas dengan jaringan 3-1. Mara ke peringkat separuh akhir pada hari ketiga kejohanan menentang SK Cheras Baru dengan kemenangan 4-1. TAHNIAH!!!. ALHAMDULILLAH.
Mara ke final menentang SK Kantan Permai (Tuan Rumah), namun berpunca dari ‘nervous’ yang melampau pasukan tewas dengan jaringan 0-6.

Laluan pasukan lelaki SK Taman Kosas ke peringkat separuh akhir...
Peringkat Kumpulan menang ke atas pasukan SK Bandar Baru Bangi dengan jaringan 2-1, menang ke atas SK Saujana Impian 2-1 dan seri dengan pasukan Cheras Indah 1-1.
Peringkat suku akhir menentang SK Bandar Tasik Kesuma dengan jaringan 2-0 sebelum tewas di peringkat separuh akhir kepada tuan rumah SK Kantan Permai dengan jaringan seri 1-1 dan dibawa ke penentuan balingan penalti yang berpihak kepada tuan rumah dengan jaringan 3-0.
Namun, tahniah juga kepada pasukan lelaki atas pencapaian mara ke peringkat separuh akhir.


Cikgu Kamarul dengan Pasukan Lelaki

Keputusan Kejohanan Bola Baling peringkat daerah Hulu Langat 2015...
Bagi pasukan lelaki Johan dimenangi oleh SK Kantan Permai, Naib Johan SK Seri Sekamat, tempat ketiga bersama dimenangi oleh SK Taman Kosas dan SK Taman Nirwana.

Bagi pasukan perempuan, Johan disandang oleh SK Kantan Permai, Naib Johan KAMI, tempat ketiga bersama dimenangi oleh SK Cheras Baru dan SK Kajang Utama.


Pasukan Lelaki SK Taman Kosas
Berdiri dari Kiri : Amir, Agha, Aiman Haiqal, Ilham, Datu Farysh, Razmi, Aiman Basir, Raja, Shahir, Irfan, Hakkan, Farhad, Datu Farhad, Haqeem, Cikgu Kamarul.


Pasukan Perempuan SK Taman Kosas
Berdiri dari kiri : Raihanah, Syaidatul, Emylia, Nadhirah (Adik), Quratun, Dina, Cikgu Rosdi, Rauqah, Cikgu Kamarul, Raihah, Cikgu Azmi, Hanna, Anis, Najwa, Marsya dan Fatin.

Walaupun kami (pasukan perempuan) tewas di Final dengan jaringan besar, namun ia sudah memadai bagi kami yang tidak percaya sama sekali boleh mara hingga ke peringkat Akhir. Dengan berbekal semangat ‘baju baru’ dan berpasukan yang menjadi rahsia kami untuk berjaya.

Antara faktor kejayaan yang boleh dirumuskan bagi pasukan tahun ini adalah seperti persediaan awal pasukan yang menitikberatkan stamina, teknik dan asas permainan (baling dan tangkap bola), kemahiran dan taktikal permainan.

Sewaktu perlawanan perlu ada disiplin yang tinggi, mengikut arahan jurulatih, tidak tinggal posisi yang ditetapkan, rajin dan sentiasa mencari tempat kosong, main ikut peraturan dan minimakan kesalahan dalam permainan, bermain dengan permainan kita dan ‘enjoy your game’, serta bermain dalam satu pasukan. Tambahan lagi perlu ada kapten yang berwibawa.

Bonus lagi!!!
Dua orang pemain pasukan perempuan dan tiga orang pemain pasukan lelaki terpilih untuk sesi pemilihan pasukan daerah Hulu Langat ke peringkat negeri Selangor yang diadakan di SJKC Sin Ming, Sabak Bernam pada 9-15 Februari 2015.


Mereka yang terpilih untuk sesi pemilihan ialah Anis Sahira bt Malagustin, Nur Hanna Hazirah bt Mohamed Hazanisham, Ahmad Farhad bin Ahmad Fuad, Muhammad Hakkan Ahlami bin Mohamad dan Muhammad Irfan b Omar Baki.
Sesi pemilihan pasukan daerah diadakan di SK Kantan Permai dan sesi latihan pasukan daerah diadakan di UKM Bangi.


Namun yang terpilih untuk mewakili pasukan daerah ialah Anis Sahira bt Malagustin, Muhammad Hakkan Ahlami bin Mohamad dan Muhammad Irfan b Omar Baki. TAHNIAH diucapkan!!!.

Bagi diri penulis ini pertama kali penulis menyertai barisan pegawai yang mengiringi pasukan ke peringkat Negeri Selangor selaku Fisioterapi. Berpeluang untuk melihat permainan bola baling pada peringkat yang lebih tinggi.

Pemilihan dan persediaan pasukan bagi tahun 2016 diteruskan dengan lebih awal dengan pemilihan pelatih – pelatih yang dikenali sebagai ‘Kosas Young Handballers’. Teruskan kemaaraan untuk menjadi JUARA. Doakan kami.

Pasukan Bola Baling sekolah mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kami terutama ibu bapa para pemain, para pentadbir, barisan guru – guru SKTK dan warga SKTK. Terima kasih semua.

JOM KITA BERLATIH.........

p/s : Tercari – cari juga pertandingan terbuka di kawasan Lembah Klang bagi pasukan bola baling bawah 15 tahun. Kami juga menerima jemputan untuk bermain perlawanan persahabatan sekiranya ada.

Thursday, 4 June 2015

RUMAH SEWA DESA CEMPAKA NILAI

RUMAH, SEWA, RUMAH SEWA, RUMAH TEPI, TEPI, NILAI, BANDAR BARU NILAI, PENYEWA

*BUAT MASA INI, RUMAH INI TELAH DISEWAKAN.....








Mencari penyewa untuk RUMAH TERES DI DESA CEMPAKA NILAI (rumah TEPI - separa perabot); Sewa : RM1500 sebulan, deposit 2 bulan dan RM300 api air. Masuk segera (15.06.15). Jalan Cempaka 4, Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. 

Jika berminat telefon 013-2795903. En Azmi. Email naimoiman@gmail.com.

Penerangan rumah sewa : Fasiliti : Mudah Akses dari lebuhraya utara selatan, berdekatan dengan rumah kedai, berdekatan dengan sekolah, berdekatan dengan pusat perniagaan Bandar Baru Nilai. 4 bilik, 1 stor, 2 bilik air. Laman yang luas sesuai untuk majlis keramaian.



Ruang dapur yang luas



Laman yang sesuai untuk majlis keramaian dan bersantai



Bahagian hadapan rumah



Bahagian ruang tamu dan dapur



Ruang makan yang luas dan selesa



Ruang tamu dan luas



Bilik Utama yang luas dilengkapi bilik air




Dilengkapi dengan bilik stor