Saturday, 26 June 2021

ULASAN MAKANAN ('FOOD REVIEW') : ASAM PEDAS MELAKA ZAITON TOMYAM, AMPANG

Ulasan makanan ('Food Review') :
Adakah anda penggemar Asam Pedas Melaka. Tengok gambar pun dah tahu... pasti sedap. Dengan warna kemerahannya, amat menyelerakan.
Kami sekeluarga memang dah jatuh cinta dengan asam pedas melaka. Asal pergi Melaka jer, pasti sajian yang mesti cuba adalah asam pedasnya.




Namun, semenjak PKP (MCO) dilaksanakan, tak tak boleh nak rentas negeri, lama kelamaan kami rindu nak dapatkan asam pedas macam kat Melaka. Cuba sana – sini dan selepas mencari di intenet, saya terjumpa asam pedas ini di Ampang. Alhamdulillah, kami jumpa. Asam pedas yang kami jumpa ini, hampir sama yang ada di Melaka yang kami pernah cuba sebelum ini di Melaka.

Kenapa kami kata sedap sangat? Indikatornya ialah anak – anak saya. Anak – anak saya terutama anak yang ketiga dan keempat memang tak berapa suka sangat asam pedas. Kecuali asam pedas Melaka yang mereka pernah cuba di Melaka. Banyak yang dicuba asam pedas Melaka di sekitar Ampang. Namun anak – anak saya cuma ambil kuahnya sahaja, itu pun sikit. Tapi bila jumpa asam pedas Melaka Zaiton Tomyam ini, pasti nasi bertambah dalam pinggan. Tak pernah – pernah ambil ikan asam pedas, anak – anak saya mula makan ikan apabila disajikan asam pedas Melaka Zaiton Tomyam ini. Bila tanya pekerjanya, memang asam pedas ini dimasak dan disediakan oleh orang Melaka.

Daripada markah 10, saya bagi 9/10 untuk asam pedas Melaka Zaiton Tomyam ini.

Menu dan harga (ditawarkan di blog ini) :
Asam pedas Melaka Zaiton Tomyam ini akan disertakan sekali dengan ulam dan telur asin.

Asam pedas ikan pari RM10.00 1 set
Asam pedas ikan tenggiri RM12.00 1 set 

Lokasi/Masa operasi/Cara menghubungi :
Restoran Zaiton Asam Pedas/Zaiton Tom Yam
Jalan Mamanda Kecil 1, Kampung Melayu Ampang, 68000 Ampang, Selangor
(Dekat pangsapuri Taman Dato’ Ahmad Razali)
12.00 tgh – 8.00 mlm (PKP)
012-8444470

Informasi tambahan :
Perkhidmatan penghantaran sekitar Ampang, jika ada yang berminat untuk mencuba Asam Pedas ini boleh tempah melalui saya di talian 013-2795903 (bergantung kepada restoran sama ada buka atau tidak). RM 5 bagi setiap 1 set asam pedas yang ditempah.

Tuesday, 22 June 2021

PJ T6 PdPR – Kemahiran Mengadang dalam sukan Bola Tampar (Nota)

Aktiviti :  
Permainan Kecil – Adangan Emas
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Kumpulan A akan memulakan permainan dengan membuat hantaran sesama rakan tidak melebihi tiga kali sebelum menghantar bola di antara jaring dan tali kepada kumpulan B.
3. Kumpulan B akan cuba mengadang dan jika berjaya, dua mata akan diberikan.
4. Sekiranya kumpulan B gagal mengadang, kumpulan A akan menerima satu mata.
5. Pasukan yang berjaya mendapat 10 mata terdahulu dikira sebagai pemenang.


Gambar tidak perlu dillukis

Saturday, 19 June 2021

PJ T6 PdPR – Voli Pepat dan Kilas dalam Permainan Tenis dan Badminton (Nota)

Aktiviti :  
Permainan Kecil – Rali Voli
1. Murid berpasangan dalam dua kumpulan.
2. Kumpulan akan cuba melakukan voli pepat dan voli kilas secara berterusan menerusi dua tali yang direntang.
3. Jika mana-mana kumpulan gagal melakukan voli bola menerusi dua tali, 1 mata akan diberi kepada kumpulan lawan.
4. Kumpulan yang berjaya mengumpul 11 mata dahulu akan dikira sebagai pemenang.


Gambar tidak perlu dillukis.

Video tentang voli boleh ditonton di sini.

Selamat belajar. Terima kasih.

Monday, 14 June 2021

PJ T6 PdPR – Servis dan Terima Servis dalam Permainan Badminton (Nota)

Aktiviti :  
Permainan Kecil - Servis Jauh
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Pasukan yang melakukan servis perlu menghantar bulu tangkis ke kawasan berlorek.
3. Servis boleh dibuat dari mana-mana kawasan permainan.
4. Pasukan yang menerima servis akan meneruskan rali.
5. Rali diteruskan sehingga ada pasukan yang gagal mengembalikan bulu tangkis ke kawasan lawan.
6. Pasukan yang berjaya menamatkan rali akan mendapatkan satu mata.
7. Pasukan yang gagal membuat servis ke kawasan berlorek, pihak lawan mendapat satu mata.
8. Pasukan yang berjaya mendapat 15 mata dahulu dikira sebagai pemenang.


Gambar tidak perlu dillukis.

Sunday, 23 May 2021

PJ T6 PdPR – Servis dan Terima Servis dalam Permainan Bola Tampar (Nota)

Aktiviti 1 : Servis Hebat
 
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Seorang pemain kumpulan A melakukan servis dan pemain kumpulan B mengembalikan bola yang diservis.
3. Setiap ahli kumpulan diberi peluang melakukan empat servis dengan menggunakan tangan.
4. Kumpulan A mendapat satu mata, jika bola yang diservis jatuh ke dalam petak sasaran.
5. Kumpulan B mendapat satu mata jika dapat kembalikan bola yang diservis.
6. Ulang murid lain dan tukar peranan.

Gambar tidak perlu dilukis.

Wednesday, 19 May 2021

PJ T6 PdPR – Jaring Menjaring (Nota)

Aktiviti Menjaring dan Menghadang (Sasaran Skor)

1. Murid dalam dua kumpulan kecil berada dalam kawasan permainan. 

2. Kumpulan A sebagai penyerang dan kumpulan B sebagai pengadang. Kumpulan A memulakan permainan manakala kumpulan B akan mengadang.

3. Sekiranya kumpulan A berjaya melepasi pengadang dan melakukan jaringan ke mana-mana gawang gol, mata akan diberikan dan tukar peranan.


Gambar rajah perlu dilukis.

"Cergas fizikal, cerdas minda"

Sunday, 3 January 2021

KARIPAP SIMPANG EMPAT

KARIPAP SIMPANG EMPAT


Inti dan harga
Carbonara (RM1.20 satu)
Udang (RM1.30 satu)
Kambing (RM1.50 satu)

Minimum tempahan 10 biji

“Sedap dan puas menikmatinya”

Apa kata orang yang sudah makan karipap ini

- Ira -

-Khariah-

Penghantaran Percuma sekitar Ampang
Berminat sila hubungi : En. Azmi (0132795903)