Thursday, 22 July 2021

PJ T6 PdPR – Si Libat

Aktiviti :  
Aktiviti Permainan Kecil – Si Libat
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Undian dijalankan untuk memilih pemain yang akan menjadi pengejar.
3. Pengejar akan mengejar pemain yang lain dalam kawasan yang ditetapkan.
4. Pemain boleh menyelamatkan diri dari disentuh atau ditangkap dengan memegang batang rotan yang dijadikan tiang.
5. Jika tidak sempat, pemain yang dikejar itu boleh menyelamatkan diri dengan duduk mencangkung atau berdiri dengan mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas sambil berteriak “berhenti”
6. Jika pemain tidak sempat menyebut berhenti, pengejar boleh menyentuhnya dan pemain yang disentuh tukar peranan.
7. Apabila semua pemain dalam keadaan ‘berhenti’, undian semula akan dijalan kan untuk menentukan pengejar yang baharu. 
8. Sebelum undian dijalankan, semua pemain diminta duduk dengan kedua-dua belah tangan diangkat ke atas.
9. Apabila pengejar menghitung 1, 2, 3, pemain akan berdiri.
10. Pemain yang berdiri paling lambat akan menjadi pengejar.
11. Jika semua pemain berdiri serentak, undian dijalankan sekali lagi.
12. Pemain yang keluar daripada kawasan yang ditetapkan akan menjadi pengejar.


Gambar tidak perlu dilukis

Wednesday, 14 July 2021

PJ T6 PdPR – Pandu Arah

Aktiviti :  
Aktiviti Pandu Arah – Ikutlah Arah Kami
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan lantik seorang ketua.
3. Sebuah kompas diletakkan di tengah-tengah kawasan. 
4. Arah mata angin ditandakan dengan skital.
5. Ketua kumpulan akan mengambil sekeping kad pandu arah yang diletakkan bersebelahan kompas.
6. Ketua kumpulan akan membawa semua ahli kumpulannya ke arah mata angin yang tercatat di dalam kad pandu arah.
7. Setiap kumpulan akan menyebut dengan kuat kedudukan kumpulan mereka mengikut mata angin secara bergilir-gilir.


Gambar perlu dilukis

Saturday, 3 July 2021

PJ T6 PdPR – Membaling dengan Tangan Lurus dan Tahan (Nota)

Aktiviti :  
Aktiviti Permainan Kecil –  ’Ketbol’
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Kumpulan B terdiri daripada 8 pemadang: seorang pembaling, seorang penangkap, seorang di kedudukan A, B, C, dan D, dan dua orang di mana-mana dalam kawasan permainan.
3. Kumpulan A terdiri daripada 8 pemukul.
4. Satu set kayu pancang diletakkan di A.
5. Pemukul akan menahan bola yang dibaling secara balingan tangan lurus ikut arah jam dengan pelbagai kelajuan daripada terkena kayu pancang dan terus berlari ke B ---> C ---> D ---> A
6. Pelari boleh berhenti di mana-mana kedudukan B, C, atau D.
7. Pemadang akan menangkap dan membaling bola ke mana-mana kedudukan A, B, C dan D untuk menghentikan larian pemukul.
8. Jika pemukul tidak berjaya menahan bola dan bola terkena kayu pancang, maka pemukul akan diganti dengan rakannya.
9. Tukar peranan apabila semua pemukul telah melakukan aktiviti.


Friday, 2 July 2021

PJ T6 PdPR – Membaling dengan Tangan Lurus dan Menangkap (Nota)

Aktiviti :  
Aktiviti Kemahiran –  Ulat Bulu
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Murid berdiri menghadap pemain lawan dalam barisan.
3. Apabila isyarat diberikan, murid A akan membaling bola dengan tangan lurus ikut arah jam kepada murid B dan berlari ke penanda (i).
4. Murid B menangkap bola dan membaling bola dengan tangan lurus arah jam kepada murid C dan berlari ke penanda (ii).
5. Murid C dan D akan mengulangi aktiviti murid A dan B.
6. Ulang semua lakuan 3, 4, dan 5 sehingga ke garisan penamat.


Saturday, 26 June 2021

ULASAN MAKANAN ('FOOD REVIEW') : ASAM PEDAS MELAKA ZAITON TOMYAM, AMPANG

Ulasan makanan ('Food Review') :
Adakah anda penggemar Asam Pedas Melaka. Tengok gambar pun dah tahu... pasti sedap. Dengan warna kemerahannya, amat menyelerakan.
Kami sekeluarga memang dah jatuh cinta dengan asam pedas melaka. Asal pergi Melaka jer, pasti sajian yang mesti cuba adalah asam pedasnya.




Namun, semenjak PKP (MCO) dilaksanakan, tak tak boleh nak rentas negeri, lama kelamaan kami rindu nak dapatkan asam pedas macam kat Melaka. Cuba sana – sini dan selepas mencari di intenet, saya terjumpa asam pedas ini di Ampang. Alhamdulillah, kami jumpa. Asam pedas yang kami jumpa ini, hampir sama yang ada di Melaka yang kami pernah cuba sebelum ini di Melaka.

Kenapa kami kata sedap sangat? Indikatornya ialah anak – anak saya. Anak – anak saya terutama anak yang ketiga dan keempat memang tak berapa suka sangat asam pedas. Kecuali asam pedas Melaka yang mereka pernah cuba di Melaka. Banyak yang dicuba asam pedas Melaka di sekitar Ampang. Namun anak – anak saya cuma ambil kuahnya sahaja, itu pun sikit. Tapi bila jumpa asam pedas Melaka Zaiton Tomyam ini, pasti nasi bertambah dalam pinggan. Tak pernah – pernah ambil ikan asam pedas, anak – anak saya mula makan ikan apabila disajikan asam pedas Melaka Zaiton Tomyam ini. Bila tanya pekerjanya, memang asam pedas ini dimasak dan disediakan oleh orang Melaka.

Daripada markah 10, saya bagi 9/10 untuk asam pedas Melaka Zaiton Tomyam ini.

Menu dan harga (ditawarkan di blog ini) :
Asam pedas Melaka Zaiton Tomyam ini akan disertakan sekali dengan ulam dan telur asin.

Asam pedas ikan pari RM10.00 1 set
Asam pedas ikan tenggiri RM12.00 1 set 

Lokasi/Masa operasi/Cara menghubungi :
Restoran Zaiton Asam Pedas/Zaiton Tom Yam
Jalan Mamanda Kecil 1, Kampung Melayu Ampang, 68000 Ampang, Selangor
(Dekat pangsapuri Taman Dato’ Ahmad Razali)
12.00 tgh – 8.00 mlm (PKP)
012-8444470

Informasi tambahan :
Perkhidmatan penghantaran sekitar Ampang, jika ada yang berminat untuk mencuba Asam Pedas ini boleh tempah melalui saya di talian 013-2795903 (bergantung kepada restoran sama ada buka atau tidak). RM 5 bagi setiap 1 set asam pedas yang ditempah.

Tuesday, 22 June 2021

PJ T6 PdPR – Kemahiran Mengadang dalam sukan Bola Tampar (Nota)

Aktiviti :  
Permainan Kecil – Adangan Emas
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Kumpulan A akan memulakan permainan dengan membuat hantaran sesama rakan tidak melebihi tiga kali sebelum menghantar bola di antara jaring dan tali kepada kumpulan B.
3. Kumpulan B akan cuba mengadang dan jika berjaya, dua mata akan diberikan.
4. Sekiranya kumpulan B gagal mengadang, kumpulan A akan menerima satu mata.
5. Pasukan yang berjaya mendapat 10 mata terdahulu dikira sebagai pemenang.


Gambar tidak perlu dillukis

Saturday, 19 June 2021

PJ T6 PdPR – Voli Pepat dan Kilas dalam Permainan Tenis dan Badminton (Nota)

Aktiviti :  
Permainan Kecil – Rali Voli
1. Murid berpasangan dalam dua kumpulan.
2. Kumpulan akan cuba melakukan voli pepat dan voli kilas secara berterusan menerusi dua tali yang direntang.
3. Jika mana-mana kumpulan gagal melakukan voli bola menerusi dua tali, 1 mata akan diberi kepada kumpulan lawan.
4. Kumpulan yang berjaya mengumpul 11 mata dahulu akan dikira sebagai pemenang.


Gambar tidak perlu dillukis.

Video tentang voli boleh ditonton di sini.

Selamat belajar. Terima kasih.