Friday, 13 August 2021

PJ T6 PdPR – Membaling dan Menangkap Bola

Aktiviti :  
Aktiviti Permainan Kecil – Tug-of-War
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Setiap murid diberi sebiji bola getah dan membaling ke bola besar di tengah gelanggang sehingga ke bola besar tersebut melintasi garisan kemenangan. 
3. Bola yang dibaling perlu ditangkap oleh pihak lawan.
4. Satu mata diberikan jika bola besar berjaya melintasi garisan kemenangan kumpulan lawan masing-masing.
5. Kumpulan yang mendapat mata terbanyak dianggap sebagai pemenang.


Gambar tidak perlu dilukis...

Tuesday, 3 August 2021

PJ T6 PdPR – Kwik Kriket

Aktiviti :  
Aktiviti Permainan Kecil – Kwik Kriket
1. Murid dibahagikan kepada empat pasangan biru, merah, kuning dan ungu. 
2. Pasangan merah pemukul, pasangan biru pembaling dan penjaga wiket, manakala pasangan kuning dan ungu sebagai pemadang.
3. Setiap pemukul akan mendapat 6 balingan.
4. Larian dikira apabila pemukul dapat melengkapkan larian antara dua stump iaitu kedua-dua pemukul berjaya bertukar tempat. 
5. Setiap pasangan pemukul boleh dimatikan sama ada secara balingan kena stump, bola ditangkap, pemukul terpukul stump atau pemukul tidak sempat bertukar tempat.
6. Selepas enam balingan, tukar peranan untuk semua pasangan.
7. Pasangan yang mempunyai larian terbanyak dikira sebagai pemenang.


Gambar perlu dillukis... boleh gunakan orang lidi berwarna

PJ T6 PdPR – Hidup Mati

Aktiviti :  
Aktiviti Permainan Kecil – Bermain Hidup Mati
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Undian dijalankan untuk memilih Tukang Kejar. Bilangan Tukang Kejar yang dipilih boleh melebihi seorang pemain dan memakai riben pada lengan.
3. Pemain lain hendaklah menjauhkan diri daripada Tukang Kejar. 
4. Permainan dimulakan apabila semua pemain telah bersedia.
5. Tukang Kejar akan mengejar dan mencuit pemain yang bebas berlari. 
6. Pemain yang berjaya disentuh dikira “mati” dan dikehendaki berdiri dalam keadaan berdiri kaki kangkang dan tangan mendepa atau diangkat ke atas tanpa mengubah tempat di mana dia “mati”.
7. Pemain yang “mati” boleh dihidupkan semula apabila dicuit oleh pemain lain.
8. Untuk menamatkan permainan, Tukang Kejar perlu mematikan semua pemain.
9. Permainan boleh dimulakan semula dengan cara memilih Tukang Kejar yang baru dengan membuat undian semula.


Gambar tidak perlu dillukis

Thursday, 22 July 2021

PJ T6 PdPR – Si Libat

Aktiviti :  
Aktiviti Permainan Kecil – Si Libat
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Undian dijalankan untuk memilih pemain yang akan menjadi pengejar.
3. Pengejar akan mengejar pemain yang lain dalam kawasan yang ditetapkan.
4. Pemain boleh menyelamatkan diri dari disentuh atau ditangkap dengan memegang batang rotan yang dijadikan tiang.
5. Jika tidak sempat, pemain yang dikejar itu boleh menyelamatkan diri dengan duduk mencangkung atau berdiri dengan mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas sambil berteriak “berhenti”
6. Jika pemain tidak sempat menyebut berhenti, pengejar boleh menyentuhnya dan pemain yang disentuh tukar peranan.
7. Apabila semua pemain dalam keadaan ‘berhenti’, undian semula akan dijalan kan untuk menentukan pengejar yang baharu. 
8. Sebelum undian dijalankan, semua pemain diminta duduk dengan kedua-dua belah tangan diangkat ke atas.
9. Apabila pengejar menghitung 1, 2, 3, pemain akan berdiri.
10. Pemain yang berdiri paling lambat akan menjadi pengejar.
11. Jika semua pemain berdiri serentak, undian dijalankan sekali lagi.
12. Pemain yang keluar daripada kawasan yang ditetapkan akan menjadi pengejar.


Gambar tidak perlu dilukis

Wednesday, 14 July 2021

PJ T6 PdPR – Pandu Arah

Aktiviti :  
Aktiviti Pandu Arah – Ikutlah Arah Kami
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan lantik seorang ketua.
3. Sebuah kompas diletakkan di tengah-tengah kawasan. 
4. Arah mata angin ditandakan dengan skital.
5. Ketua kumpulan akan mengambil sekeping kad pandu arah yang diletakkan bersebelahan kompas.
6. Ketua kumpulan akan membawa semua ahli kumpulannya ke arah mata angin yang tercatat di dalam kad pandu arah.
7. Setiap kumpulan akan menyebut dengan kuat kedudukan kumpulan mereka mengikut mata angin secara bergilir-gilir.


Gambar perlu dilukis

Saturday, 3 July 2021

PJ T6 PdPR – Membaling dengan Tangan Lurus dan Tahan (Nota)

Aktiviti :  
Aktiviti Permainan Kecil –  ’Ketbol’
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Kumpulan B terdiri daripada 8 pemadang: seorang pembaling, seorang penangkap, seorang di kedudukan A, B, C, dan D, dan dua orang di mana-mana dalam kawasan permainan.
3. Kumpulan A terdiri daripada 8 pemukul.
4. Satu set kayu pancang diletakkan di A.
5. Pemukul akan menahan bola yang dibaling secara balingan tangan lurus ikut arah jam dengan pelbagai kelajuan daripada terkena kayu pancang dan terus berlari ke B ---> C ---> D ---> A
6. Pelari boleh berhenti di mana-mana kedudukan B, C, atau D.
7. Pemadang akan menangkap dan membaling bola ke mana-mana kedudukan A, B, C dan D untuk menghentikan larian pemukul.
8. Jika pemukul tidak berjaya menahan bola dan bola terkena kayu pancang, maka pemukul akan diganti dengan rakannya.
9. Tukar peranan apabila semua pemukul telah melakukan aktiviti.


Friday, 2 July 2021

PJ T6 PdPR – Membaling dengan Tangan Lurus dan Menangkap (Nota)

Aktiviti :  
Aktiviti Kemahiran –  Ulat Bulu
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Murid berdiri menghadap pemain lawan dalam barisan.
3. Apabila isyarat diberikan, murid A akan membaling bola dengan tangan lurus ikut arah jam kepada murid B dan berlari ke penanda (i).
4. Murid B menangkap bola dan membaling bola dengan tangan lurus arah jam kepada murid C dan berlari ke penanda (ii).
5. Murid C dan D akan mengulangi aktiviti murid A dan B.
6. Ulang semua lakuan 3, 4, dan 5 sehingga ke garisan penamat.