Friday, 16 December 2022

PASUKAN BOLA BALING/SABER HANDBALL TEAM 2022 U12 – K19

Akhirnya...

Aktiviti : Pertandingan Bola Baling 5 Sebelah, Karnival Sukan Taman Dagang Jaya
Kategori : Perempuan bawah 12 tahun/Lelaki bawah 12 tahun
Tarikh : 24 Oktober 2022 (Isnin)
Tempat : Gelanggang Futsal, Taman Dagang Jaya
Anjuran : Persatuan Penduduk, Taman Dagang Jaya





Pemain dalam Pasukan Bola Baling SABER HT :
L12
Faris, Dziyad, Acap, Khalif, Irfan
Yusrizal, Rayyan, Irfan

P12 
Adelia, Farisya, Farisha, Laila
Lidiya, Rayyanah (Kecik), Arissa
Madina (tiada dalam gambar)
Norazmi bin Mohamed (Jurulatih)

Pertandingan ini dijadikan sebagai medium untuk ‘menambah pengalaman’ da mematangkan permainan. Dengan hampir sepenuhnya dibarisi oleh para pemain P11, SABER HT Jr (P12) mampu menjadikan pasukan ini sebagai pasukan yang digeruni. Hanya melibatkan 4 pasukan dan bermain secara liga, SABER HT Jr P12 berjaya meraih 2 kemenangan dan 1 kekalahan. Tewas 11 – 12 kepada Wildcats HC (SBU), menang 12-3 ke atas Wildcats Jr HC (SBU) dan menang 15-5 ke atas Hawkeye (SK Lembah Keramat). Alhamdulillah berjaya menjadi johan dalam pertandingan ini.

Bagi SABER HT Jr (L12) pula, pasukan ini berjaya menjadi naib johan. Meraih 2 kemenangan dan tewas 1 kali. Menang 14-11 ke atas TDJ dan 17-5 ke atas Wildcats Jr HC (SBU). Tewas kepada musuh tradisi iaitu Wildcats HC (SBU) dengan jaringan 11 gol berbalas 15 gol.

Tahniah... tahniah... tahniah.
  
Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan juara suatu hari nanti. Demi minat dan sayang akan sukan bola baling ini.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan dan puan. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus mencapai kecemerlangan.

Semangat Mara untuk Juara...

Wednesday, 13 April 2022

AKU SEORANG PENGACARA

Membaca tajuk entri kali ini, macam gah sahaja. Namun setakat ini hanya mengacara majlis – majlis kecil di peringkat sekolah. Pandang lebih jauh untuk keluar dari zon selesa, mencabar diri untuk mengacara majlis – majlis luar.



Sudah terlibat dengan bidang pengacaraan bermula daripada peringkat universiti sehinggalah sekarang. Apabila memasuki alam pendidikan, menawarkan diri untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman sebagai pengacara dalam majlis – majlis anjuran sekolah.

Alhamdulillah, setakat ini telah mengacara beberapa majlis perkahwinan atas jemputan rakan – rakan dalam bidang yang sama iaitu pendidikan.

Diri ini tidaklah sehebat mana, cuba ingin mencari pengalaman baru dan menguji diri mengendalikan majlis yang lebih besar dan mencabar.

Jika ada yang berminat untuk mendapat khidmat saya, boleh hubungi saya di talian 013-2795903. Cikgu Azmi.

Tuesday, 1 March 2022

PASUKAN BOLA BALING/SABER HANDBALL TEAM 2022 – K18

Yang penting lawan dulu...

Aktiviti : Kejohanan Bola Baling Selangor
Kategori : Perempuan bawah 17 tahun
Tarikh : 28 Feb 2022 – 01 Mac 2022 (Isnin-Selasa)
Tempat : Sport Planet, Ampang

Anjuran : BBA Handball Club, Persatuan Bola Baling Selangor


Pemain dalam Pasukan Bola Baling SABER U17, dari depan :
Qistina, Azeeqa, Aien, Farhanah
Batrisyia, Hawa, Najwa, Wardinah,
Zeti, Rasyina, Dini, Elli, Aina, dan Dania (Penjaga Gol, tiada dalam gambar)
Norazmi bin Mohamed (Jurulatih) dan Puan Putri (Pengurus pasukan)

Ini kejohanan pertama kita di bawah nama PASUKAN BOLA BALING SABER. Dan ini merupakan kejohanan pertama sebagai jurulatih pasukan berstatus bukan pasukan sekolah, setelah hampir 2 tahun tidak melatih mana – mana pasukan akibat daripada pandemik Covid-19 tahun 2020 dan 2021. 

Hanya berkumpul dan berlatih selama 3 hari, kekangan masa dan terikat ketat dengan SOP yang ada. Dengan sedikit ilmu dan pengalaman, penyertaan kali ini dengan tidak meletakkan sebarang sasaran. Lebih kepada menimba pengalaman untuk mencari ‘chemistry’ antara pemain – pemain. Dengan gabungan beberapa pemain dari 4 buah sekolah, pasukan yang dibentuk sedikit berjaya mengembalikan kemahiran individu yang pastinya sudaj berkarat terpendam selama 2 tahun.

Diundi dalam kumpulan ‘penuh cabaran’, bersama – sama dengan pasukan Lake Garden (Taman Tasik), Golden Eagle (Lembah Keramat-Cikgu Nawawi) dan BBA Wildcats (Cikgu Hafiz). Pasukan – pasukan ini adalah pasukan yang dikategorikan sebagai pasukan kawan – kawan.

Keputusan perlawanan adalah tidak mengecewakan. Tewas 3-6 pasukan Lake Garden (faktor utama adalah gemuruh dan kurang stamina), menang 9 – 3 dengan Golden Eagle (para pemain beraya mempraktikkan taktikal yang diterapkan), dan tewas 1 – 4 dengan BBA Wildcats atas faktor kurangnya latihan, stamina dan pengalaman. Secara keseluruhan, 1 menang 2 tewas, berjaya menghasilkan 13 biji gol dan 13 bolos, tahniah!!!. Selepas ini perlu jaring banyak gol dan kurangkan bolos.
  
Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan juara suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan dan puan. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus mencapai kecemerlangan.

Semangat membara, usaha, juara...

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.

Wednesday, 19 January 2022

TERRARIUM HIASAN : HOBI YANG MENYERONOKKAN

Bermula dari kelas terus tertawan dengan terarium hiasan ini. Rasa seronok dan menggembirakan apabila menghasilkan terarium ini. Dari peringkat mencari, membeli bahan – bahan yang diperlukan sehingga siap terarium ini, semua langkah – langkah sangat – sangat menyeronokkan.

Bahan  dan peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan terarium hiasan ini ialah bekas lutsinar, batu kelikir, pasir, tanah (‘potting soil’), batu hiasan dan tumbuhan yang sesuai atau tumbuhan pilihan.

Awalnya, bersihkan dahulu bekas lutsinar. Dasar bekas, kemudiannya dimasukkan batu kelikir. Batu kelikir ini bertindak sebagai tempat penyimpanan air bagi tumbuhan. Lapisan kedua ialah pasir dan seterusnya ialah tanah lapisan yang ketiga. Lapisan tanah lapisan yang paling banyak berbanding lapisan batu kelikir dan lapisan pasir.

Tanam tumbuhan yang dipilih pada bahagian tengah tanah. Bagi kali ini, kita gunakan tumbuhan yang dikenali sebagai Epipremnum/Sirih Gading/‘Devil’s Ivy’/Pokok Duit - duit yang membiak melalui batangnya.  Selepas itu, tambah sedikit tanah untuk menutup lubang menanam tumbuhan tadi. Sebagai hiasan, di atas tanah boleh disusun lapisan batu hiasan berwarna putih.






Terarium ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai cenderahati/'door gift' bagi majlis - majlis keraian, keramaian seperti majlis perkahwinan, cenderahati VIP, cenderahati pemceramah, hadiah iringan, majlis - majlis graduasi, hadiah murid, hadiah hari guru, hadiah untuk orang tersayang, hantaran dan sebagainya. Jika ada yang nak tempah boleh hubungi saya Encik Azmi di talian 0132795903.

Jom... jom beli

Terarium Hiasan NKW...

Stok bersedia untuk dijual



Saiz Bekas Kaca
Besar : Tinggi 10 cm
Kecil Tinggi 5 cm

A. Terarium Paku Pakis dan Lumut
Kecil : RM13
Besar : RM17

B. Terarium Sukulen (Pelbagai jenis)
Kecil : RM15
Besar : RM20

C. Terarium Epipremnum/Pokok Sirih Gading (1 jenis tumbuhan setakat ini)
Kecil : RM9
Besar : RM13




Saiz Bekas dan C. Terarium Epipremnum/Pokok Sirih Gading



A. Terarium Paku Pakis dan Lumut





B. Terarium Sukulen (Pelbagai jenis)

Saturday, 15 January 2022

TEMPAT MAKANAN UNIK (SARAPAN) : RESTORAN THE JAMBATAN, KG. PANDAN

Pagi – pagi pergi cari sarapan. Ajak satu keluarga keluar ‘memburu’ tempat makan. Terus pergi menuju ke Restoran Sri Suasana di Sri Ampang Hilir. Kenapa nak ke sana? Sebab tertonton video 5 tempat menarik sarapan di Ampang, mencadangkan restoran ini. Katanya ada roti canai yang sedap dan garing di sini. Namun tak sempat sampai ke restoran, kami tiba di sini, Restoran The Jambatan, Kg. Pandan.


Apa yang uniknya :
Tu, cuba tengok tu. Restoran yang betul – betul terletak di bawah jambatan Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2-Middle Ring Road 2), Kg Pandan. Siapa nak rasa suasana dan pengalaman yang berbeza makan di bawah jambatan, ini tempat yang unik yang boleh kita lawati. Selain itu, restoran ini juga buka sehingga jam 12.00 tgh malam kerna di sekelilingnya terdapat kiosk – kiosk makanan (yang diperbuat daripada kontena) yang menawarkan makanan tom yam, makanan indonesia dan dim sum. Dari segi kebersihan, memang tip top.





Ulasan makanan (‘Food Review’) :
Banyak makanan dalam menunya. Sempat mencuba roti bakar telur goyang + kacang panggang (rotinya besar) yang dihidang bersama kaya dan mentega, nasi lemak dan nasi goreng. Air pula sempat mencuba nescafe tarik, teh O, teh O ais dan milo. Di sini juga ada disediakan makanan ubi rebus.

Daripada markah 10, saya bagi 8/10 untuk Restoran The Jambatan ini.

Menu dan harga (ditawarkan di blog ini) :
Berpatutan. Tadi jumlah yang perlu dibayar ialah RM44.00. Menunya yang dimakan, roti bakar telur goyang + kacang panggang, roti bakat telur goyang, nasi goreng, nasi lemak 2, nescafe tarik, teh O, teh O ais, milo ais dan air kosong 3. Di pintu gerbang untuk masuk ke restoran ini, terdapat banting yang memaparkan menu makanannya.




Lokasi/Masa operasi/Cara menghubungi :
The Jambatan, Lot 108, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur
(Bawah Jambatan MRR2 di Kg. Pandan)
7.00 pg – 12.00 tengah mlm
012-697 8988

Informasi tambahan :
Lokasi di Kg. Pandan ini memang terdapat tempat – tempat makanan yang menarik. Kalau ada masa, boleh cuba singgah, dan rasa makanan – makanan yang ada. Juga terdapat kemudahan tandas kepada para pengunjung yang berhajat untuk membuang yang ‘kecil’ sahaja. Lagi satu, terdapat banyak lagi tempat makan yang ada di sini, lain kali kita cuba yang lain pula.

Sunday, 26 December 2021

Perkhidmatan Asas Cetak

Printer, pencetak, print, cetak, cetakan, warna, hitam, putih, muka surat, semuka, scan, imbas, dokumen, kertas A4, 70 gsm, 80 gsm, cikgu, murid, pelajar, mahasiswa, rakan, teman, sahabat, binding, bind, stapler, pengkokot


Assalamualaikum w.b.t / Selamat sejahtera.

Jika ada rakan - rakan, sanak saudara, pelajar .. yang nak mencetak (' print') dokumen asas saiz A4 tetapi tiada pencetak/printer... saya boleh bantu... dgn harga yang berpatutan.

Cetakan Hitam Putih - RM0.25 semuka

Cetakan Warna - RM1.00 semuka

Menggunakan kertas bersaiz A4 berat 70/80 gsm

Menggunakan pencetak canon G series (Inkjet Printer)

Stapler binding (Tidak melebihi 50 helai) - RM 1.00... tambah 'cover' plastik depan belakang - RM3.00

Scan/Imbas dokumen - RM0.10 semuka

Perkhidmatan Fotostat Hitam Putih saiz A4 – RM0.10 semuka

Perkhidmatan Penghantaran dokumen (atas permintaan) bergantung kepada lokasi

“Sekelip Mata, Dokumen Anda Telah Tersedia”

Hubungi saya di talian 0132795903 (Azmi)

Wednesday, 6 October 2021

PJ T6 PdPR – Aktiviti SEGAK (Tekan Tubi)

PJ T6 PdPR – Aktiviti SEGAK (Tekan Tubi)
TEKAN TUBI
1. Satu senaman yang amat universal dan mempunyai pelbagai manfaat. 
2. Menggunakan berat tubuh dan daya tarikan graviti sebagai beban. 
3. senaman yang tidak memerlukan ruang yang besar dan boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah. 
4. Manfaat utamanya adalah dapat memberikan kekuatan dan keseimbangan kepada pengamalnya.
5. Untuk melaksanakan tekan tubi dengan sempurna, pastikan belakang badan adalah dalam keadaan tegap dan kaki berkeadaan lurus. 
6. Sewaktu gerakan turun, pastikan bahagian badan hadapan tidak menyentuh lantai. 
7. Bagi wanita pula, disyorkan lutut menyentuh lantai dan tekan tubi hanya melibatkan bahagian atas tubuh sahaja.


*Gambar tidak perlu lukis. Hanya panduan untuk melakukan aktiviti sahaja.

Aktiviti :
Sila lakukan aktiviti tekan tubi, kira, rujuk buku teks ms 80. Lengkapkan ayat berikut.

Bilangan tekan tubi yang mampu dilakukan ialah ________________ . Skor saya ialah ___________ .”