Sunday, 10 December 2023

NAIMO KIDZ WORKSHOP – KEMBALI BUAT KALI PERTAMA SETELAH SEKIAN LAMA (cerita 33)

(09 Disember 2023)

Seni, pasir, seni pasir, sand, arts, art, colour, warna, mewarna, colouring, hari, kantin, hari kantin, terbuka, hari terbuka, kanak – kanak, dewasa, remaja, parti, keraian, keluarga, hari keluarga, karnival, festival, pertandingan, tanding, seronok, menyeronokkan, kreativiti, family, happy, karnival, carnival, gembira, kreatif, creative, hadiah, gift, present, cenderahati, cenderamata, ole – ole, door gift, beri, pemberian, terima, giant bubble, buih gergasi, giant, bubble, buih, gergasi

Alhamdulillah, kembali selepas lama menyepi. Boom.

Kemunculan kali ini, dengan menawarkan produk SAND ART dan GIANT BUBBLE.

Kembali ke karnival. Karnival Pendidikan Meta Dinamik, SK Taman Kosas 2023 yang diadakan pada 30 November 2023 di SK Taman Kosas dan Karnival Usahawan Cilik, SK Taman Kosas 2023.







Aktiviti Sand Art dan Giant Bubble yang ditawarkan oleh NKW terus menjadi tarikan kanak - kanak

NKW mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Pusat Sumber Sekolah, SK Taman Kosas, terutamanya penyelarasnya Cikgu Adda atas peluang yang diberikan.

Juga kepada pihak yang menganjurkan Karnival Usahawan Cilik, SK Taman Kosas 2023. Memberi peluang kepada pihak NKW membantu dalam menjayakan karnival yang sekian lama tidak diadakan.

InsyaAllah NKW akan cuba memenuhi jemputan yang diberikan. Boleh hubungi Encik Azmi di talian 013-2795903. Terima kasih sekali lagi, kalau sudi jemputlah lagi.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.

Saturday, 2 December 2023

PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS/SABER KS HANDBALL TEAM 2023 P11 L11 DI PERLAWANAN PERSAHABATAN PEMBANGUNAN SEKOSAS BAGI PERSEDIAAN KEJOHANAN PEMBANGUNAN BOLA BALING MSSD 2023 – K38

Ini juga dikira sebagai bab baru, semangat baru. Semakin menyengat, kita perlu pantas.



Aktiviti : 
PERLAWANAN PERSAHABATAN PEMBANGUNAN SEKOSAS BAGI PERSEDIAAN KEJOHANAN PEMBANGUNAN BOLA BALING MSSD 2023
Kategori : P11, L11
Tarikh : 29 November 2023 (Rabu)
Tempat : Gelanggang Serbaguna, SK Taman Kosa
Anjuran : Unit Kokurikulum dan Kelab Sukan Bola Baling, SK Taman Kosas

Selepas kejohanan Piala Team Gombak pada awal bulan Oktober lalu, latihan secara berkala dan berterusan diadakan. Kelemahan yang nampak pada kejohanan tersebut terus diperbaiki. Hasil tonton sebuah filem tentang sepasukan bola keranjang, bagaimana mereka boleh tingkatkan stamina dan kemahiran. Stamina adalah perkara yang paling utama dalam apa sahaja jenis suka, kerna ia akan mempengaruhi persembahan pemain di dalam gelanggang. Baru datangnya fokus dan mengaplikasi kemahiran. Seterusnya membuat keputusan ‘split seconds’ apa yang perlu dilakukan. Untuk SK Taman Kosas / SABER KS HT, kita perlukan ‘speed’.

Perlawanan persahabatan ini hanya melibatkan 3 buah pasukan L11 dan 4 buah pasukan P11 

Pasukan Terlibat :
Pasukan L11
1. SK Taman Kosas
2. SKTaman Nirwana
3. SK Desa Baiduri

Pasukan P11
1. SK Taman Kosas
2. SK Taman Nirwana
3. SK Desa Baiduri
4. SK Kg Cheras Baharu

PASUKAN SK Taman Kosas / SABER KS HT
Senarai nama pemain P11 yang terlibat
1. Syamimi Binti Mohd Shahrizal
2. Nurshahirah Saffiya Binti Mohammad Sharom
3. Raafhanah Binti Mohd Razali
4. Nur Dhiya Qaisara Binti Azman
5. Nur Alyaa Safiyyah Binti Mahadi
6. Nur Qistina Balqis Binti Mohamad Nazir
7. Dania Nasyihah Binti Abdul Rahman
8. Puteri Shafiya Alesya Binti Abdullah
9. Nur Iszzara Raisya Binti Mohd Iszwan
10. Afia Nazurah Binti Mohd Nezam
11. Ayra Khaleesa Binti Jumadi

Senarai nama pemain L11 yang terlibat
1. Nafis Noriman Bin Norazmi
2. Raja Aizzat Irfan Bin Raja Ismail
3. Mohamad Nor Harraz Bin Abdullah
4, Iman Hairie Putra Bin Ammar Shariffuddin
5. Muhamad Alif Bin Abdullah
6. Muhammad Firas Ilham Bin Nur Rahim
7. Syahmi Afiq Bin Saiful Nizam
8. Mohammad Zarif Asyraaf Bin Mohammad Yusuf
9. Muhammad Fariz Iskandar Bin Zaidi
10. Muhammad Haikal Hadami Bin Mohd Muhaimin
11. Muhammad Irfan Shah Bin Rohaizad
12. Mohammad Rayyan Asfa Bin Jexmon



-----------------
Keputusan (P11) :
1. SK Taman Kosas / SABER KS HT 8 - 3 SK Desa Baiduri
2. SK Taman Kosas / SABER KS HT 6 - 1 SK Kg Cheras Baharu
3. SK Taman Kosas / SABER KS HT 5 – 0 SK Taman Nirwana

Menang 3, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 19, Bolos 4
-------------
Keputusan (L11) :
1. SK Taman Kosas / SABER KS HT 4 - 6 SK Taman Nirwana
2. SK Taman Kosas / SABER KS HT 4 - 6 SK Desa Baiduri

Menang -, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 8, Bolos 12
-------------

Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan jadi terbaik suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SK Taman Kosas / SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Yang datang menyokong serta yang mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan) yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus cemerlang.

Semangat membara, usaha, juara... SABER HU HA!!!

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.

Tuesday, 21 November 2023

Familiku Dua Beradik dalam Seni Mempertahankan Diri Taekwando – 11th Koryo Circuit Invitational Taekwando Championship 2023

Alhamdulillah dan tahniah, adik dan abang.

Pertandingan kali ini berlangsung pada 19 November 2023 (Ahad) di Kompleks Sukan Panasonic (Kompleks Sukan Negara – Perbadanan Stadium Malaysia) yang terletak di Seksyen 22, Shah Alam.

Sebulan sebagai persediaan, latihan mingguan di SK Taman Kosas dan setiap hari Jumaat malam yang diadakan di Bandar Baru Ampang. Bukan acara tempur, malah acara Poomsae (turutan teknik – teknik taekwando yang disusun menjadi satu corak pergerakan). Tahun lepas, 2 beradik ini memang mencabar diri untuk memasuki acara tempur, tapi tahun ini menyertai acara Poomsae ini.

Ibu ayah yang sentiasa meniup kata – kata semangat, “Yakin pada diri, berlatih betul – betul, dan fokus”.

Dengan sokongan atuk dan nenek juga, akhirnya dua beradik ini berjaya menggondol pingat emas dalam kategori yang mereka sertai. Abang dalam kategori 9-11 tahun dan adik dalam kategori bawah 8 tahun. Alhamdulillah.







**Daripada maklumat yang diperoleh, team Taekwando SKTK menghantar 6 orang wakil dalam kategori 9-11 tahun (3 orang lelaki dan 1 orang perempuan – mendapat 1 emas, 1 perak) dan dalam kategori bawah 8 tahun (2 orang perempuan – mendapat 1 emas, 1 gangsa)
**Pastikan adik dan abang habiskan taekwando ini, biar sampai jadi jurulatih.
**Berbaloi menunggu. Alhamdulillah. 

Thursday, 19 October 2023

PASUKAN BOLA BALING/SABER KS HANDBALL TEAM 2023 P11 L11 P16 DI KEJOHANAN BOLA BALING PIALA TEAM GOMBAK 2023 – K37

Ini bab baru...



Aktiviti : 
KEJOHANAN BOLA BALING PIALA TEAM GOMBAK 2023
Kategori : P11, L11, P16
Tarikh : 07-08 Oktober 2023 (Sabtu-Ahad), 14 Oktober 2023 (Sabtu)
Tempat : SK Lembah Keramat
Anjuran : MAHF, Team Selangor, BBA HC, Wildcats HC

Kejohanan yang pertama disertai oleh Pasukan Bola Baling SABER KS HT selepas tamatnya Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada akhir bulan Julai lalu.

‘Rebranding’ semula pasukan daripada SABER HT kepada SABER KS HT. KS yang mana perkataannya ialah ‘Ksatria’ yang membawa maksud kepahlawanan, pendekar dan semangat sentiasa berkobar – kobar dan berjuang habis habisan.

‘Mental, emosi, kekuatan dan stamina ditambahkan dengan elemen bijak, komunikasi dan semangat juang yang tinggi diperlukan untuk memberikan saingan dan bersaing untuk merangkul kejuaraan. Untuk menjadi yang terbaik kuncinya adalah jam latihan. Para pemain harus lebih rajin berusaha dan berlatih untuk menghadapi perlawanan – perlawanan pada masa hadapan. Tiada apa yang kita perlu gentar, buat sehabis baik dan tidak mudah menyerah kalah.’

Baik, kita mulakan dengan pasukan P11 SABER KS HT. Pasukan yang dibentuk bermula dari bulan Julai 2023. Adanya 5 orang pemain yang telah bersama – sama dengan pasukan P12 SABER HT (pasukan terbaik yang pernah dilahirkan – Johan Kejohanan Bola Baling MSSD Hulu Langat 2023), kemahiran pemain – pemain yang ada perlu diajar dan digilap. Kemasukan pemain – pemain baru yang perlu bermula dengan zero bagi membentuk mereka menjadi pemain – pemain yang berkemahiran dalam sukan bola baling. Latihan berkala dilakukan, latihan 2 kali seminggu (cukup ker?). Kalau dari segi ketersediaan pemain, pasukan P11 ini, kalau markah 10, baru 5/10. Masih banyak lagi perkara yang perlu ditingkatkan. Asas lepas, Alhamdulillah.

Pencapaian di kejohanan ini, P11 berjaya mara hingga ke peringkat suku akhir, tahniah. Saya bangga dengan kamu. Diundi dalam kumpulan A bersama – sama dengan pasukan Black Widow dan TAF Titans.


Pemain dalam Pasukan Bola Baling P11 SABER KS HT :
Raffhanah, Dhiya, Alyaa, Dania Balqis, Ayra,
Mimi, Piah, Shairah, Dania Nasyihah, Qistina

Keputusan (P11) :
Peringkat kumpulan (A)
1. SABER KS HT 3 - 5 Black Widow
2. SABER KS HT 6 - 4 Taf Titans
**Naib Johan Kumpulan

Peringkat pusingan 12 terakhir
3. SABER KS HT 5 – 1 SJKC Lick Hung

Peringkat kalah mati suku akhir
4. SABER KS HT 1 -  8 Wildcats HC

Menang 2, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 15, Bolos 18
-------------

Seterusnya, L11 SABER KS HT. ‘Thumbs up’... berjaya meraih tempat ketiga bersama. Mara sehingga peringkat separuh akhir. Ini satu permulaan yang baik bagi pasukan ini, dan ini juga merupakan kali pertama pasukan L11 SABER KS HT berjaya menempatkan diri dalam 4 pasukan terbaik. Tahniah sekali lagi.

Nak dikatakan pasukan ini, para pemainnya merupakan pemain dan nadi utama pasukan L12 SABER HT. Kebanyakan pemain sudah bermain dan berlatih selama setahun. Jadi, ini mungkin hasilnya dan rezeki pasukan ini, pasukan yang berpotensi besar untuk menjadi pasukan yang disegani. Percaya kepada kemampuan diri, bersungguh – sungguh dan selebihnya kita letak pada tuhan, Allah yang satu.

Diundi dalam kumpulan A bersama – sama dengan pasukan Wildcats Boys, Star Handball dan Sebest.


Pemain dalam Pasukan Bola Baling L11 SABER KS HT :
Hariz, Firas, Shah, Fariz, Syahmi, Irfan, Ryan, Iman
Aizzat, Harraz, Nafis, Alif, Furqan




Keputusan (L11) :
Peringkat kumpulan (A)
1. SABER KS HT 1 - 9 Wildcats Boys
2. SABER KS HT 5 - 1 Sebest
3. SABER KS HT 8 - 4 Star Handball
**Naib Johan Kumpulan

Peringkat kalah mati suku akhir
4. SABER KS HT 5 -  4 Sekem

Peringkat kalah mati separuh akhir
5. SABER KS HT 3 -  8 Harunians

Menang 3, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 22, Bolos 26
-------------


Dan kali ini, P16 SABER KS HT, sebelum diteruskan, Alhamdulillah, bersyukur sangat – sangat, pasukan ini berjaya mara sehingga ke final.

Ibarat cerita dongeng, ‘fairy tale’, keajaiban dengan izin Yang Maha Esa. Pasukan SABER KS HT senior yang baru dibentuk kerna para pemain yang bermain untuk SABER KS HT kali ini adalah 85% pemain baru, semua atas dasar minat dan cintakan sukan bola baling, 

Bermula dengan pencarian pemain, dibantu oleh pemain – pemain yang dah lama bermain untuk SABER HT. Akhirnya terkumpul 11 orang pemain dari 4 kawasan. Ketiadaan penjaga gol pada mulanya, menyenaraikan penjaga gol termuda 11 tahun sebagai penjaga gol. Namun posisi itu ditampung oleh seorang pemain P16 yang pernah bermain pada posisi itu.

Pagi hari kejohanan, buat pertama kali berjumpa dan diteruskan dengan sesi taaruf bagi mengenali antara satu sama lain. Alhamdulillah, jersi SABER KS HT diagihkan dan cukup untuk semua pemain, ada yang pertama kali menyarung jersi keramat putih merah jambu itu.

Tidak meletakkan sebarang harapan. Cuma fokus, tunjukkan kesungguhan dan tunjuk ‘bagaimana sukan ini dimainkan’, tiada tekanan, malah sentiasa senyum menjadi pegangan utama para pemain. Setiap pemain perlu memainkan peranan (bijak berfikir dan bertindak), disiplin paling utama, disiplin menyerang dan bertahan. Saling membantu antara satu sama lain dan paling penting, ialah ada asas kemahiran bermain bola baling ‘catching and passing’, elakkan kesilapan mudah, bersuara, berani dan memanfaatkan segala peluang yang ada.

Setiap perlawanan dimulakan dengan doa dan laungan keramat, “SABER HU HA”. Tanpa mengenali dan siapa lawan mereka, bermain dengan penuh kesungguhan dan mengikut apa yang dirancang, menghadiahkan kemenangan kepada pasukan ini. Tamat permainan disudahi dengan Alhamdulillah. Tak kira menang atau kalah.


Perlawanan peringkat kumpulan. Perlawanan pertama menang, perlawanan kedua juga menang, layak ke pusingan kalah mati suku akhir. Perlawanan ketiga, jika ada rezeki, jika Allah dah tentukan kita menang, kita akan menang, cuma kita kena usaha bersungguh – sungguh sebelum berserah dan tawakkal. Perlawanan ketiga menang, menjadi johan kumpulan.

“Kamu semua, tanpa disangka telah melangkah sejauh ini, berikan yang terbaik untuk kita menang perlawanan suku akhir ini dan menempatkan pasukan ke peringkat separuh akhir dan berjaya memperoleh medal, tapi, masih lagi bermain tanpa tekanan dan, senyum”. 

Akhirnya, Alhamdulillah, SABER KS HT menang dan mara ke peringkat separuh akhir. Alhamdulillah.

Peringkat separuh berlangsung sengit, sehingga tamat perlawanan berkedudukan seri 4 – 4 sama. Pemenang perlu ditentukan dengan balingan penalti 3 terbaik. Masih seri 1 – 1. ‘Toast coin’, pilih sama ada menjaring atau menjaga gol. SABER KS HT memilih untuk menjaring. Kemenangan yang diharapkan terletak pada penjaga gol SABER KS HT. Penjaga gol lawan penjaga gol.... dan akhirnya gol!!!, rezeki berpihak kepada P16 SABER KS HT. Tahniah, kita mara ke perlawanan akhir. Medal gangsa bertukar warna kepada perak atau emas setelah sekian lama. Alhamdulillah.

Lawan di peringkat akhir bukannya mudah. Bermain di final buat pertama kali, ibarat mimpi jadi kenyataan, malah sebelum memulakan kejohanan, tidak pernah bermimpi untuk berada di tahap ini. Alhamdulillah. Namun SABER KS HT tetap memberikan yang terbaik.

Tamat perlawanan, P16 SABER KS HT dinobatkan sebagai naib johan kejohanan. Alhamdulillah. Inilah keajaiban, keajaiban yang dirancang oleh Yang Maha Esa, rezeki yang sudah tertulis untuk kita, SABER KS HT pergi sejauh ini.

Apapun, terima kasih kepada semua pemain yang bermain untuk SABER KS HT. Ampang ada, Kajang ada, Rinching ada, Gemas Negeri Sembilan puan ada. Anda semua hebat. Harap ukhuwah yang terbentuk ini terus utuh. InsyaAllah jumpa lagi selepas ini.


Pemain dalam Pasukan Bola Baling P16 SABER KS HT :
Rabiatul, Irine, Arfa, Syikin, Intan, Alya,
Damia Hana, Aisyah, Farhanah, Hawa, Alyaa, Jannah

Pasukan – pasukan yang terlibat (Kumpulan D P16) :
1. SABER KS HT
2. Diamond HC
3. Hustlers
4. Starian Handball 

Keputusan (P16) :
Peringkat Kumpulan (D)
1. SABER KS HT 3 – 1 Diamond HC
2. SABER KS HT 7 – 2 Hustlers
3. SABER KS HT 4 – 0 Starian Handball
**Johan Kumpulan

Peringkat kalah mati suku akhir
4. SABER KS HT 5 -  3 OCHC

Peringkat kalah mati separuh akhir
5. SABER KS HT 4 (2) -  4 (1) Phantom Girls


Ini rupanya suasana Final. Ini Final pertama SABER KS HT (senior). Alhamdulillah.




Peringkat kalah mati Akhir
6. SABER KS HT 3 -  9 Wildcats HC

Menang 5, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 25, Bolos 20

Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan jadi terbaik suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Yang datang menyokong serta yang mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan) yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus cemerlang.

Semangat membara, usaha, juara... SABER HU HA!!!

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.

Saturday, 23 September 2023

RUMAH INAP ZAEL DC HOMESTAY

 


Kenapa pilih Rumah Inap ZAEL DC Homestay
⦁ Sangat selesa dan nyaman
⦁ Jauh dari kesibukan kota
⦁ Ada laman yang besar – boleh riadah di sini
⦁ Mempunyai kolam mandi persendirian – pasti anak – anak kecil teruja
⦁ Kawasan Barbeque untuk makan – makan – sampai kenyang





Apa kata mereka yang pernah menghuni di sini :







Apa yang ‘best’ di sini, sekitar Rumah Inap ZAEL DC Homestay
Boleh klik di sini, nanti kat peta google map tu sila zoom lebih dekat ... banyak tempat makan dan lain – lain tempat yang menarik di sekitar Rumah Inap ZAEL DC Homestay ini.

Banyak tempat Makan – makan menarik klik di sini




Lokasi yang sangat strategik
⦁ 10 min ke Nilai 1
⦁ 10 min ke Dataran Nilai
⦁ 20 min ke Nilai 3
⦁ 20 min ke USIM
⦁ 10 min ke INTI Kolej
⦁ 10 min ke NCI Cancer Hospital
⦁ 10 min ke Kompleks Sukan KLIA, Nilai
⦁ 15 min ke Mannipal University
⦁ 15 min ke KPJ Kolej University, Kota Seri Emas
⦁ 20 min ke Nilai Spring GOLF
⦁ 20 min ke KLIA 1 / KLIA 2
⦁ 30 min ke PutraJaya / Cyberjaya
⦁ 20 min ke Sepang Formula One
⦁ 45 min ke Banting
⦁ 25 min ke Dengkil
⦁ 40 min ke Seremban 2
⦁ 20 min ke Sekolah Kiblah / Al Jenderami
⦁ 30 min ke KL melalui Lebuhraya MEX
⦁ 15 min ke GIANT / TESCO / Majlis Perbandaran Nilai / Mydin Nilai / Mydin Kota Seri Emas / Pasaraya Aeon
⦁ Sangat dekat dengan (‘Walking Distance’) Speedmart dan DIY Store, Dobi




Bandar Pendidikan
⦁ Universiti Nilai, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej INTI, Universiti Mannipal, Kolej Universiti KPJ

Harga (Pakej rumah + kolam)
⦁ A - Semalam RM500.00/malam, hujung minggu bermula Jumaat hingga Ahad termasuk cuti umum
⦁ B - Semalam RM400.00/malam, hari biasa bermula Ahad hingga Jumaat
⦁ C - Seharian RM500.00 – dari jam 9.00 pg hingga 6.00 ptg, hari Sabtu dan Ahad, atau cuti am
⦁ D - Seharian RM400.00 – dari jam 9.00 pg hingga 6.00 ptg, hari biasa Isnin hingga Jumaat
⦁ E - Seminggu RM450.00/malam – 7 hari 6 malam
⦁ F - Sebulan RM120/malam – 30 hari 29 malam

Harga (Pakej rumah sahaja)
⦁ Ai - Semalam RM400.00/malam, hujung minggu bermula Jumaat hingga Ahad
⦁ Bi - Semalam RM300.00/malam, hari biasa bermula Ahad hingga Jumaat
⦁ Ci - Seharian RM400.00 – dari jam 9.00 pg hingga 6.00 ptg, hari Sabtu dan Ahad, atau cuti am
⦁ Di - Seharian RM300.00 – dari jam 9.00 pg hingga 6.00 ptg, hari biasa Isnin hingga Jumaat
⦁ Ei - Seminggu RM350.00/malam – 7 hari 6 malam
⦁ Fi - Sebulan RM100/malam – 30 hari 29 malam

Pakej A, B, E, F, Ai, Bi, Ei, Fi - Daftar masuk pukul 3.00 ptg dan daftar keluar sebelum pukul 12.00 tgh
Pakej A-F dan Ai-Fi dikenakan deposit kebersihan dan kerosakan sebanyak RM200.00 (akan dipulangkan sekiranya dipulangkan dalam keadaan bersih dan kemas)

⦁ G – Kolam guna persendirian, laman, barbeku (set) RM300.00- kemudahan 1 bilik air luar, tandas dalam rumah, dapur & kelengkapan, ruang tamu, bilik tidak disediakan, jam 9.00 pg hingga 6.00 ptg (9 jam) atau 3.00 ptg hingga 12.00 tgh malam (9 jam); deposit kebersihan dan kerosakan RM200.00 (dipulangkan selepas selepas ‘check-out’ dan premis disahkan bersih, kemas dan teratur)
⦁ H – Kolam guna persendirian RM150.00 – 2 dewasa + 3 kanak – kanak dengan kemudahan 1 bilik air luar, jam 9.00 pg higga 6.00 ptg (9 jam) atau 3.00 ptg hingga 12.00 tgh malam (9 jam)
⦁ I – Kolam guna persendirian RM50/sejam – 2 dewasa + 3 kanak – kanak dengan kemudahan 1 bilik air luar, minimum penggunaan 2 jam
⦁ J – Kolam dibuka untuk awam RM10/seorang/sejam – 5 orang maksimum dengan kemudahan 1 bilik air luar. Sabtu, Ahad, Cuti Am. Sila lihat papan tanda ‘Kolam dibuka untuk awam’ di laman premis

Ruangan dan bilik dalam Rumah Inap ZAEL DC Homestay
√ 1 Ruang Tamu Berhawa Dingin
√ 1 Ruang Makan
√ 1 Ruang Dapur yang boleh memasak
√ 3 Bilik Air
√ 1 Ruang Laman Riadah
√ 1 Kolam Mandi Persendirian
√ 1 Ruang untuk Barbeku
√ 1 Bilik Utama berhawa dingin (katil queen + bilik air) 
√ 1 Bilik berhawa dingin (katil queen)
√ 1 Bilik (2 katil queen)
√ 1 Bilik (katil single)
√ Ruang Parkir yang luas













Kemudahan
√ Sofa Kayu 3 + 1
√ Kerusi Buai
√ Televisyen
√ WiFi
√ 1 Set Meja Meja Makan
√ Sofa Rehat
√ Dapur 
√ Peti sejuk
√ Pinggan Mangkuk
√ Penapis Air Sky Magic
√ Bilik Air tersedia dengan barang mandian
√ ‘Wire Extension’
√ Ekstra bantal dan tilam
√ Tuala

TIDAK DIBENARKAN
X Membawa binatang peliharaan ./ haiwan liar
X Merokok sama sekali atau membawa bahan – bahan yang terlarang
X Merosakkan harta benda Rumah Inap ZAEL DC Homestay
X Membuat perkara yang tidak baik
X Menganjurkan keraian yang tidak mematuhi undang – undang dan syarak

Maklumat tambahan
⦁ Jenis rumah : Rumah teres lot tepi
⦁ Maksimum penghuni : 8 orang dewasa & 10 orang kanak-kanak sahaja.
⦁ Tempahan rumah inap / homestay perlu dibuat sekurang - kurang 1 minggu sebelum tarikh 'check in'
⦁ Polisi Pembatalan : Fleksibel (7 hari sebelum daftar masuk)
⦁ Pihak Rumah Inap Zael / tuan rumah berhak untuk memantau, memeriksa, membuat pembersihan rumah, halaman rumah, kolam dan kawasan sekitarnya dan persekitarannya luar tanpa meminta izin kepada pihak yang menginap

Sebarang pertanyaan dan tempahan Rumah Inap ZAEL DC Homestay
⦁ Boleh berhubung terus dengan pemiliknya En. Azmi di talian 013-2795903. Sila whatsapp terlebih dahulu.