Friday, 29 March 2013

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ KARNIVAL WOW PUTRAJAYA (cerita 14)

28 Feb 2013 – 3 Mac 2013 (Khamis - Ahad)


Penyertaan NKW dalam karnival ini diajak oleh Abang Hairi, kenalan semasa di Karnival Bumper di Pandamaran tempoh hari. Abang Hairi jual mainan kanak – kanak, jadi kenalah tu ‘chemistry’nyer. Dua – dua melibatkan kanak – kanak. Semua urusan dengan pihak penganjur diuruskan oleh Abang Hairi. Dengan sewa  tapak yang agak tinggi, satu khemah 20 x 20 mencecah ribuan ringgit. Sewa dibayar kongsi – kongsi.

Ini karnival yang kelapan penulis sertai. Penganjurnya ialah penganjur yang menguruskan Karnival Sate Kajang Disember tahun lepas. Penganjur memang terbaik. LUV MILA. Ada bertembung dengan Encik Isz salah seorang petugas LUV MILA. Bertegur sapa dengan dia, “Encik ke yang buka booth sand – arts, ingatkan sapa tadi”. Ok, dia kenal penulis. Lepas ni adalah nanti jemput NKW ke karnival lain anjuran LUV MILA.

Komitmen NKW dalam karnival ini tidaklah 100%, NKW tidak dapat menghadirkan diri di seluruh hari karnival ini berlangsung. Komitmen penulis dicurahkan kepada keluarga. Hal keluarga perlu diutamakan.

Jom layan gambar..... tapi gambar tak banyak.







 Komen secara keseluruhan mengenai karnival ini.
@ Sewa gerai yang agak mahal. Minta penganjur jangan meletakkan sewa gerai yang mahal. Kita kan 1MALAYSIA.
@ Karnival yang sungguh besar dan luas, terlalu banyak gerai, pengunjung yang hadir tidak akan sempat pusing semua gerai jualan.
@ Dibuat di kawasan terbuka, jadi pengunjung boleh masuk ke karnival dari pelbagai arah, jadi tidak sempat pengunjung hendak pergi ke semua gerai. Dicadangkan supaya mengadakan pintu masuk ke karnival.
@ Lokasi gerai NKW yang agak tersorot. Susah untuk pengunjung mengetahui kedudukan gerai NKW.
@ Lepas ni penulis nak urus sendiri dengan penganjur, nak pastikan lokasi gerai strategik macam dekat Karnival Sate Kajang.
@ Jualan agak merosot disebabkan oleh faktor – faktor di atas tetapi ini tidak mematahkan semangat NKW amnya dan penulis khususnya.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ FLEAT MARKET TITIWANGSA (cerita 13)


25 Januari 2013 – 27 Januari 2013 (Jumaat - Ahad)
Ini penyertaan NAIMO KIDZ WORKSHOP yang ketujuh dalam acara karnival. Tapi ini yang pertama terlibat dalam fleat market. Daripada pengamatan penulis fleat market ini lebih kepada ala – ala ‘uptown’ atau ‘downtown’. Ada juga beberapa banner dan bunting yang penulis baca mengenai acara fleat market ini.

Cuma penyertaan NKW yang pertama dalam fleat market ini, banyak pengalaman pahit yang penulis dan NKW dapat. Tapi tidak mengapa itu cuma asam garam perniagaan. BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN. Apa yang penulis nak beritahu ialah agar peniaga di luar sana agar berhati – hati dengan penganjur. Mungkin penganjur ini niatnya semata – mata nak buat keuntungan sahaja. Cerita lain biar penulis sahaja yang tahu.

Hari pertama memang hujan lebat sampai ke malam, NKW pun tidak sempat membuka gerai pada hari itu. Cuma terlibat dalam hari kedua dan ketiga. Pengunjung boleh dikatakan tidak ramai tetapi bak kata penulis tadi itu adalah asam garam perniagaan.

Layan gambar.




Jumpa lagi...... 

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.

Saturday, 2 February 2013

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ ‘MOTHER, BABY and KIDS EXPO’ PWTC (cerita 12)

18 Januari 2013 – 20 Januari 2013 (Jumaat - Ahad)

Ini penyertaan NAIMO KIDZ WORKSHOP yang keenam dalam ekspo. Apa yang penulis nak beritahu, ini yang paling mahal yang pernah NKW sertai. Tengoklah tempat, PWTC, lokasinya di Dewan 4. NKW baru berumur tiga bulan, namun NKW mencuba segala lokasi yang ada, semata – mata nak tengok market. Cuba tempat yang tidak perlu bayar apa – apa sehingga ke tempat yang mana tapaknya niaganya paling mahal.

Sewa tapak ditempah dua bulan lebih awal, iaitu pada bulan Nov 2012 dengan bayaran penuh. Apa yang dilaburkan okeh NKW dalam ‘Mother, Baby, And Kids Expo’ (MBK EXPO) diharapkan berbaloi. Rasanya agak berbaloi sebab dengan Hebahan yang dibuat menggunakan pelbagai cara – Billbord, Suratkhabar, Majalah, Media cetak dan Elektronik ditambah dengan NKW termasuk dalam buku program MBK ini. Lebih kurang dengan publisiti yang dilakukan oleh penganjur Karnival 1001 Rasa Satay di Kajang. ‘Loading’ hari Khamis dan berniaga adalah selama 3 hari.

Baik, ini ada beberapa ulasan mengenai penyertaan NKW kali ini.
Satu – Ekspo ini serba serbinya mahal. Sebab apa penulis cakap macam tu. Nak masuk ke PWTC, tempat letak kereta memang kena bayar. Walaupun terlibat dengan ekspo, tiket tempat letak kereta mesti kena bayar, cuma peniaga dapat diskaun sekali masuk RM10.00. Kalau tak sejam RM2.50.

Dua – Ekspo ini memang susah cari tempat makan. Kalau nak makan murah sikit, kena keluar PWTC. Itupun kedai makannya tepi sungai tidak buka pada hari Ahad. Sepatutnya memang tidak boleh bawa makan luar masuk ke dalam PWTC, tapi penulis selambanya bawa masuk. Nak makan kat restoran di PWTC, bengkoklah penulis.

Tiga – Masa perniagaan yang singkat. Kalau karnival biasa, masa perniagaan dari 10 pagi hingga 12 mlm. Tapi di ekspo ini, hanya bermula jam 11 pagi hingga 9 mlm. Jadi bila ada had masa macam tu, para peniaga tidak dapat memaksimumkan jualan.

Empat – Pengunjung yang datang pun, bukan semua yang datang. Maksud penulis ialah, pengunjung yang berpendapat kurang daripada sederhana pasti tidak menjenguk ke ekspo ini. Atas beberapa alasan mungkin, satu PWTC terletak di tengah – tengah Bandaraya Kuala Lumpur, jadi ia merupakan tempat yang susah pergi, dengan kesesakan lalu lintasnya, dengan kena bayar tempat letak keretanya.... walaupun masuk ke ekspo percuma, tapi ia tidak cukup menarik minat pengunjung untuk datang.

Lima – Orang belum gaji. Ekspo ini diadakan beberapa hari sebelum gaji bulan Januari. Faktor gaji ini juga memainkan peranan. Yang mana orang yang dah ‘kekurangan wang’ akan tidak datang ke karnival ini.

Gambarrrrrr.... 



Publisiti MBK di Eskalator PWTC menuju ke dewan 4 dan di tingkat bawah PWTC



Pintu masuk ke kawasan pameran dan booth MBK


Susunan Booth NKW





NKW mencuba mempelbagaikan produk iaitu dengan menjual ‘Scratch Art’ dan ‘Batik Painting’






Antara stok kad ‘Sand Art’ yang ada. Ini antara stok paling banyak yang ditawarkan oleh NKW kepada pengunjung di MBK




Pengunjung ke gerai NKW. Masa ni memang tak cukup tangan nak melayan. Alhamdulillah ada dua orang pembantu setia 


Tepat jam 9 mlm. Booth NKW ditutup.

Selepas ini, penyertaan NKW dalam mana acara, mesti memikirkan tempat itu agar tempat itu tempat yang terbuka. Mudah diakses dan percuma. Dari segi lokasi, perlu pilih ekspo / karnival yang diadakan di tempat yang mana semua orang boleh pergi.

*PENGALAMAN MENAIKI LIF BARANG YANG SEBESAR LORI SATU TAN

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini