Sunday, 26 December 2021

Perkhidmatan Asas Cetak

Printer, pencetak, print, cetak, cetakan, warna, hitam, putih, muka surat, semuka, scan, imbas, dokumen, kertas A4, 70 gsm, 80 gsm, cikgu, murid, pelajar, mahasiswa, rakan, teman, sahabat, binding, bind, stapler, pengkokot


Assalamualaikum w.b.t / Selamat sejahtera.

Jika ada rakan - rakan, sanak saudara, pelajar .. yang nak mencetak (' print') dokumen asas saiz A4 tetapi tiada pencetak/printer... saya boleh bantu... dgn harga yang berpatutan.

Cetakan Hitam Putih - RM0.25 semuka

Cetakan Warna - RM1.00 semuka

Menggunakan kertas bersaiz A4 berat 70/80 gsm

Menggunakan pencetak canon G series (Inkjet Printer)

Stapler binding (Tidak melebihi 50 helai) - RM 1.00... tambah 'cover' plastik depan belakang - RM3.00

Scan/Imbas dokumen - RM0.10 semuka

Perkhidmatan Fotostat Hitam Putih saiz A4 – RM0.10 semuka

Perkhidmatan Penghantaran dokumen (atas permintaan) bergantung kepada lokasi

“Sekelip Mata, Dokumen Anda Telah Tersedia”

Hubungi saya di talian 0132795903 (Azmi)

Wednesday, 6 October 2021

PJ T6 PdPR – Aktiviti SEGAK (Tekan Tubi)

PJ T6 PdPR – Aktiviti SEGAK (Tekan Tubi)
TEKAN TUBI
1. Satu senaman yang amat universal dan mempunyai pelbagai manfaat. 
2. Menggunakan berat tubuh dan daya tarikan graviti sebagai beban. 
3. senaman yang tidak memerlukan ruang yang besar dan boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah. 
4. Manfaat utamanya adalah dapat memberikan kekuatan dan keseimbangan kepada pengamalnya.
5. Untuk melaksanakan tekan tubi dengan sempurna, pastikan belakang badan adalah dalam keadaan tegap dan kaki berkeadaan lurus. 
6. Sewaktu gerakan turun, pastikan bahagian badan hadapan tidak menyentuh lantai. 
7. Bagi wanita pula, disyorkan lutut menyentuh lantai dan tekan tubi hanya melibatkan bahagian atas tubuh sahaja.


*Gambar tidak perlu lukis. Hanya panduan untuk melakukan aktiviti sahaja.

Aktiviti :
Sila lakukan aktiviti tekan tubi, kira, rujuk buku teks ms 80. Lengkapkan ayat berikut.

“Bilangan tekan tubi yang mampu dilakukan ialah ________________ . Skor saya ialah ___________ .” 

Sunday, 19 September 2021

PJ T6 PdPR – Pengiraan BMI

Apakah BMI?
Body Mass Index atau singkatannya BMI adalah indeks jisim badan (IJB) iaitu ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.

Cara Kira BMI Secara Manual
Untuk mengetahui cara kira BMI, kita cuma perlukan 2 maklumat utama iaitu BERAT BADAN (dalam kg) dan KETINGGIAN (dalam meter).

Dan daripada hasil kiraan nanti kita akan merujuk pula pada carta BMI untuk mengetahui sama ada normal, kurang berat, lebih berat badan atau obes.

Ringkasnya, cara kira BMI secara manual adalah dengan menggunakan formula ini :

FORMULA KIRA BMI


Contoh Pengiraan:

Berat Badan = 70kg
Tinggi = 165cm = 1.65M
Maka, BMI = 70kg / (1.65m x 1.65m) = 25.7
*Lihat carta BMI di bawah untuk ketahui kategori berat badan ideal


Rujukan nota : ecentral

Saturday, 4 September 2021

PJ T6 PdPR – Rejaman Berkualiti

Aktiviti :  
Aktiviti 2 – Merejam Jauh
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Berlari sambil membawa rod di atas bahu sepanjang zon A. 
3. Melakukan langkah silang di zon B sambil rod di tarik ke belakang dan tangan lurus.
4. Melakukan rejaman rod di zon C.


Gambar perlu dilukis. Boleh melukis dengan menggunakan lakaran orang lidi.

Monday, 30 August 2021

PJ T6 PdPR – Lompat Tinggi gaya Fosbury Flop

Aktiviti :  
Aktiviti 2 – Lompat Tinggi Lampai
1. Murid melakukan lari landas menuju kawasan lonjakan (penanda) dan melonjak ke atas dengan menggunakan sebelah kaki.
2. Semasa melonjak murid perlu menyentuh bola foam yang tergantung.
3. Murid mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki.


Gambar rajah perlu dilukis. Boleh menggunakan lakaran orang lidi.

Monday, 23 August 2021

PJ T6 PdPR – Larian Beritma

Aktiviti :  
Aktiviti 2 – Lari Berbonggol
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid berlari pantas melepasi halangan yang disediakan secara berterusan.
3. Murid berjalan kembali ke tempat permulaan.


Gambar perlu dilukis 

Friday, 13 August 2021

PJ T6 PdPR – Membaling dan Menangkap Bola

Aktiviti :  
Aktiviti Permainan Kecil – Tug-of-War
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Setiap murid diberi sebiji bola getah dan membaling ke bola besar di tengah gelanggang sehingga ke bola besar tersebut melintasi garisan kemenangan. 
3. Bola yang dibaling perlu ditangkap oleh pihak lawan.
4. Satu mata diberikan jika bola besar berjaya melintasi garisan kemenangan kumpulan lawan masing-masing.
5. Kumpulan yang mendapat mata terbanyak dianggap sebagai pemenang.


Gambar tidak perlu dilukis...