Thursday, 5 June 2014

NAIMO KIDZ WORKSHOP – TEMPAHAN DAN PENGHANTARAN KIT SAND ART BESERTA PASIR BERWARNA (cerita 24)


Bulan Mei 2014

Alhamdulillah. NKW mendapat tempahan atas talian lagi. Kali ini lokasi penghantaran adalah di Lembah Jaya Selatan. Dekat dengan rumah penulis. Jadi kos penghantaran adalah percuma.

Tempahan kali ini melibatkan 18 kit bergambar sand art dan juga 6 kg pasir berwarna; pelbagai warna. Terima kasih NKW ucapkan. Semua urusan selesai dalam masa 1 minggu. Bermula dengan proses pertanyaan, perbincangan, tempahan akhir, pembayaran, pembungkusan dan juga penghantaran. Harap pembeli berpuas hati.

* Penat membungkus, tapi apa yang pasti pelanggan puas hati.
* NKW menantikan kalau ader tempahan yang seterusnya.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ KARNIVAL MAHASISWA UKM (cerita 23)


18 April 2014 – 20 April 2014 (Jumaat – Ahad)

Jom layan gambar dahulu, sambil – sambil tu kiter citer.


Itu no gerai penulis, no 36.
Ring... ring.... Telefon penulis berdering. “Ini Encik Azmi ker?, Kami dari Karnival Mahasiswa UKM, nak menjemput tuan ke karnival kami”, tanya si penelefon.

Reaksi pertama penulis ialah, “Boleh”. Selepas itu penulis terus menemuramah penelefon berkenaan dengan Karnival tersebut. Nampaknya macam bagus jer. Karnival NKW masuk kampus memang disertai oleh NKWdi MSU pada bulan Januari 2013 sempena konvo mereka.


Karnival nampak lengan pada hari kedua. NKW hanya menyertai karnival pada hari kedua, iaitu pada hari Sabtu kerana hari Jumaat penulis ada urusan yang perlu diselesaikan.


Gerai NKW yang terletak di tempat paling tepi tapi berdekatan dengan tempat letak kereta. Susun atur gerai NKW.

Pentas Utama.


NKW cuba menjual produk baru. CADAR COTTON. Boleh lihat di sini kalau berminat.

Kesimpulan daripada karnival ini :
* Masuk jer ke kawasan UKM Bangi; kerana karnival ini terletak di Dataran Gemilang, berada di dalam dalam kampus, penulis nampak tiadanya banner atau bunting yang mempublisitikan acara ini. Rasa dah tak sedap hati ini.
* Kemudian, tiada ‘signage’ apa – apa, penunjuk arah ker untuk ke tapak karnival. Penulis sampai kena tanya orang nak tahu lokasi.
* Karnival ini dianggap tidak berjaya kerana kurang sangat pengunjung yang hadir. Sehinggakan ada OTAI gerai yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penganjur. Sehinggakan penganjur memulangkan semula duit sewa tapak bernilai ratusan ringgit. Tempiasnya terkena kepada NKW. NKW terima jer duit sewa tapak tu dan berharap tidak ader cakap – cakap belakang antara penganjur mahupun peniaga. Halal yer. Pulang tu biar ikhlas yer.
* Tidak mengapa, acara ini dikelolakan oleh pelajar – pelajar universiti. Jadi ini menjadi pengalaman berguna buat mereka. Begitu juga dengan NKW, banyak yang NKW belajar.
* Sempat juga berkenalan dengan peniaga – peniaga yang lain. Meluaskan rangkaian kenalan.

Baiklah, kita jumpa di lain cerita.... jumpa lagi.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ KARNIVAL 1001 RASA SATE KAJANG 2013 (cerita 22)

19 Disember 2013 – 22 Disember 2013 (Khamis – Ahad)

Karnival yang sama telah NKW sertai buat kali pertama pada hujung tahun 2012. Semangat berkobar – kobar untuk turut serta karnival ini. Kali pertama karnival ini, Alhamdulillah hasil jualan NKW amat baik. Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2012 yang diadakan di Stadium Kajang – tempat di mana pintu masuk keluarnya hanya satu, itulah keluar dan itulah masuknya pengunjung – pengunjung. Kawasan stadium yang berbentuk hampir bulat, membolehkan pengunjung melawat atau melalui semua gerai yang ada, walaupun gerai itu berada di nun jauh di sana. Cuma kali ini, tahun 2013 Karnival ini diadakan di tempat terlalu terbuka iaitu, di Taman Tasik Cempaka iaitu di Bangi dan berlangsung selama 4 hari berbanding tahun lepas iaitu 3 hari.

Berat di hati sebenarnya nak sertai Karnival Sate kali ini. Atas sebab utamanya ialah ia diadakan di tempat terlalu terbuka. Orang ramai atau pengunjung boleh masuk ke karnival dari mana – mana sahaja. Jadi pengunjung tidak akan lalu di semua gerai yang ada. Ini atas pengalaman semasa NKW menyertai Karvival WOW Putrajaya pada bulan Februari 2013.

Jadi, nak dipendekkan cerita, resah hati penulis benar – benar berlaku. Hasil jualan NKW tidak seberapa. Cuma bersyukur kerana diberi pengalaman yang berguna dan boleh dijadikan sempadan.

Oh ya! Lupa nak beritahu yang mana karnival ini tahun 2103 ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPK) dan bukannya penganjur tahun lepas iaitu LUV MILA. Namun sewanya untuk separuhnya tapak (20x10) tetap lebih kurang jer iaitu dalam RM600.

Jom layan gambar.

Pentas Utama sewaktu perasmian – kelihatan pengunjung tidak terlalu ramai




Kehadiran Boboiboy dan Yaya menceriakan suasana


Kedudukan gerai NKW yang berdekatan dengan kawasan permainan kanak – kanak. Namun kanak – kanak lebih teruja dengan ini berbanding NKW.


Kedudukan gerai – gerai makan yang terpisah jauh dengan gerai – gerai kering membuat pengunjung – pengunjung yang kekenyangan tidak akan berkunjung ke gerai – gerai kering yang jauh di sebelah yang satu lagi. Dipisahkan oleh pentas utama.











Pameran Autoshow adalah wajib untuk setiap karnival.

Alhamdulillah. Tapi tidak mengapa, ini semua pengalaman. Pengalaman adalah ilmu yang tidak boleh diperoleh di dalam kelas kuliah atau kelas formal. Pengalaman harus dicari dan dilalui. Mungkin selepas ini, NKW lebih berhati – hati dalam menyertai mana – mana karnival yang ada.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.

Thursday, 10 April 2014

PASUKAN BOLA BALING SEKOLAH SKTK 2014


Asam Garam Menyediakan Sebuah Pasukan Yang Boleh Bersaing

Cerita Pendek.....



Cikgu Kamarul dengan Pasukan Lelaki


Dari kiri berdiri : Masyitah, Afiqah, Najwa, Adhatul, Cikgu Azmi, Dina, Aulia, Marsya
Dari kiri duduk : Rauqah, Nurin, Khairunnisa, Diana, Emylya, Raihanah, Syafiqah, Alyssa

Ini gambar – gambar pasukan bola baling sekolah penulis. Menghantar dua pasukan bola baling (lelaki dan perempuan) ke Pertandingan Bola Baling Daerah yang diadakan pada 1 – 3 April 2014.

Pencapaian tahun – tahun sebelumnya memang tidak memberansangkan. Atas faktor pengurusan dan juga jurulatih. Belajar dari pengalaman dari tahun ke tahun.

Sehinggalah bermulanya tahun lepas, tahun 2013, peningkatan ditunjukkan oleh pasukan bola baling sekolah. Dengan sokongan yang diberi oleh sahabat – sahabat seangkatan minat dengan sukan dan bola baling terutamanya Kamarul dan Rosdi, pasukan bola baling maju menunjukkan peningkatan.

Tahun lepas pasukan lelaki berjaya memasuki peringkat suku akhir (Naib johan peringkat kumpulan) sebelum tewas kepada SK Taman Nirwana dengan jaringan yang agak besar.

Pasukan perempuan pula menjadi Johan kumpulan (menang 2, seri 1), sebelum seri (1-1 dengan SK Taming Jaya) dan kalah (1-4 dengan SK Pandan Jaya) pada pusingan kedua.

Tahun ini, 2014, pasukan lelaki tersingkir pada peringkat awal lagi, peringkat kumpulan di mana mereka mencatat keputusan dua kekalahan (kalah kepada Seri Sekamat 0-6, dan Taman Nirwana 1-3). Kumpulan ini dikatakan kumpulan maut kerana pasukan – pasukan dilatih oleh jurulatih – jurulatih yang merupakan jurulatih daerah dan negeri.

Untuk pasukan perempuan pula, peningkatan terus dicatatkan. Menjadi naib johan kumpulan dengan mencatat 2 menang, 1 seri (2-0 menang dengan TAAM, 5-4 menang dengan Pandan Indah dan seri dengan Kajang Utama; pasukan pt Mustaqim 2-2). Mara ke pusingan yang kedua merupakan pencapaian yang sama pada tahun lepas. Tahun kedua berturut – turut mara.

Momentum kemenangan terus dicatatkan pada perlawanan pertama, menang dengan Jalan 4, 2-0, sebelum kalah ‘mengejut’ 0-3 kepada Taming Jaya. Kebanyakan pemerhati menjangkakan bahawa Kosas akan berjaya ke peringkat separuh akhir berdasarkan rekod pada peringkat kumpulan.

*Pertandingan peringkat awal dibahagikan kepada 6 kumpulan; satu kumpulan terdiri daripada 4 atau 5 pasukan. Johan dan naib johan kumpulan akan masuk ke pusingan kedua yang mempunyai 4 kumpulan; satu kumpulan terdiri daripada 3 pasukan. Johan kumpulan pusingan kedua akan mara ke peringkat separuh akhir dan ke akhir.

*Antara faktor kalah ialah pemain tidak dapat mengekalkan momentum semangat dan kemenangan yang sedia ada, kerana perlawanan terpaksa ditunda dua hari berikutnya atas sebab hujan.

Kena ingat ini merupakan pertandingan peringkat daerah. Pasukan bola baling perempuan selangkah untuk mara ke separuh akhir. Jika berjaya mara ke peringkat separuh akhir, itu satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Namun sudah rezeki hanya setakat peringkat pusingan kedua; suku akhir. Redha, tapi kecewa di hati perlu ambil masa lama untuk diubati.

Penulis memang sangat mengharapkan pasukan bola baling perempuan dapat mara ke peringkat separuh akhir. Pasukan yang ada pada tahun ini 2014, merupakan pasukan yang terbaik yang penulis ada. Sekurang – kurang jika dapat mara ke peringkat separuh akhir, boleh bawa balik medal.

Cerita Panjang....

Penulis, seorang guru yang dikatakan (masuk bakul angkat sendiri kononnya) agak dedikasi, sukakan cabaran. Malah dalam apa jua bidang yang kita ceburi, pasti untuk seseorang yang sukakan cabaran dan berusaha untuk mencapai matlamat, KEJAYAAN merupakan satu pencapaian yang memberikan kepuasan. Bukan kepuasan kepada diri semata – mata, tapi juga kepada orang lain. Setelah berkorban apa saja dan melakukan apa saja, pasti jika KEJAYAAN yang dicapai, pasti amat – amat berbaloi.

Suatu masa dahulu, penulis pernah mengendalikan sebuah pasukan kawad kaki dalam sekitar tahun 2004 – 2007. Itu antara bidang yang penulis BERANI CUBA, walaupun pengetahuan tentang kawad kaki ZERO. Mungkin penulis seorang guru yang suka belajar dan keinginan tinggi untuk mengetahui sesuatu yang baru, tidak mengapa cuba jer. Tahun tersebut merupakan tahun – tahun awal penulis digelar seorang guru. Namun, selepas beberapa tahun mengendalikan pasukan kawad kaki sekolah, penulis mengambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi aktiviti tersebut kerana kawad kaki memerlukan komitmen yang tinggi terutamanya dari segi menyediakan uniform kadet, latihan yang memakan masa lama, tenaga yang banyak, tiada sokongan, tekanan dan sebagainya.

Jadi penulis mula berjinak – jinak dengan bola baling bermula tahun 2007, kalau tak silap penulis. Bola baling satu permainan yang amat sedikit aksesorinya. Hanya sebiji bola, iaitu bola baling. Selain perlu mengetahui peraturan dan cara permainannya.

Tiada pencapaian yang membanggakan pada tahun – tahun awal penglibatan penulis dalam bola baling. Lebih kepada proses pembelajaran dan mengutip pengalaman. Tapi itu tidak langsung mematahkan semangat penulis untuk berjuang.

Bermula tahun 2013 dan 2014, langkah untuk menyediakan sebuah pasukan yang boleh memberi saingan dalam pertandingan lebih tersusun dan teratur. Pemilihan pemain dilakukan bermula bulan Mei selepas pertandingan bola baling tamat. Pencarian bakat dan mencari pelapis baru dalam pasukan diadakan agar tidak ketandusan pemain. Diadakan pertandingan peringkat dalaman sama ada pertandingan antara rumah sukan, atau terbuka. Pasukan sekolah yang dibentuk akan bertanding untuk menguji ke’nervous’san pemain dalam sesuatu perlawanan.

Latihan pada waktu cuti sekolah dan kemudian kumpulan pemain yang dipilih akan diajak bermain pada waktu petang sehari sekali setiap minggu. Mereka dilatih dengan kemahiran asas bola baling.

Sesi persekolahan baru bermula, bulan Januari sesi latihan diteruskan dengan tertumpu kepada kemahiran lanjutan, taktikal dan strategi permainan. Sesi latihan fizikal juga diadakan agar pemain perlu lebih lasak. Semangat berpasukan juga diterapkan.

Bermula tahun lepas, banyak pelawanan persahabatan diadakan dengan beberapa buah sekolah. Namun pada tahun ini 2014, perlawanan persahabatan lebih banyak.

*Terima kasih kepada guru – guru, sahabat - sahabat seangkatan yang sudi berkorban tenaga, masa, kereta, minyak kereta dalam mengangkut budak – budak bola baling. Apa – apa yang cikgu buat pun untuk budak – budak, mereka yang lebih dapat manfaat.

Tahun ini perlawanan persahabatan diadakan dengan SK Taman Nirwana, SK Ampang Campuran, SK Pandan Jaya, Sk Bukit Pantai Bangsar, SK Pandan Indah, selain dengan senior – senior bola baling pada waktu cuti sekolah. Berbanding tahun lepas hanya sempat buat perlawanan persahabatan dengan SK Taman Nirwana dan juga Ampang Campuran sahaja. Keputusan – keputusan yang dicatatkan juga dalam perlawanan persahabatan begitu baik. Kita pasukan yang boleh beri saingan. Terima kasih semua.

*Niat penulis cuma satu, kita buat sesuatu sebab kita MINAT dan juga ingin memberi peluang kepada anak – anak murid penulis peluang untuk mewakili sekolah dan mengutip pengalaman yang ada untuk dijadikan sekian sejarah dalam kehidupan mereka. Seingat penulis, guru – guru penulis semasa sekolah rendah, amat komited dengan kerja mereka, semata – mata memberi peluang kepada anak – anak murid sebanyak mana pengalaman yang boleh dikutip pada peringkat awal persekolahan. Semangat itu yang penulis jadikan sebagai motivasi.

Alhamdulillah, sekarang pasukan bola baling sekolah SKTK bukan lagi pasukan belasahan. Pasukan ini sudah tidak lagi dipandang ringan oleh pasukan – pasukan yang sememangnya sudah ada nama dan hebat dalam bola baling dalam daerah ini.

UNTUK TAHUN 2015, sudah pun bermula hari ini, tanggal 11 April 2014 (Jumaat) menjadi saksi. Harap kejayaan boleh dikecapi, Lepasi KPI tahun ini dan percayalah satu hari nanti kita boleh jadi JUARA.

JOM KITA BERLATIH........