Ini karnival kelima yang penulis sertai, tetapi yang pertama NKW dapat masuk U, sertai konvo. Apa – apapun ‘thank you my brother’.
NKW menyertai
sebanyak mana acara yang boleh disertai. Cuma nak tahu pasaran dan ‘gaya’ sesuatu acara. Baiklah, penulis
buat kesimpulan dulu sebelum kita tengok gambar.
Acara konvokesyen
hanya akan berlangsung pada hari Ahad. Jadi, dari segi bilangan kedatangan
pengunjung dari hari Khamis hingga Sabtu memang tidak memberansangkan.
Pengunjung yang datang pun cuma mahasiswa dan mahasiswi MSU. Jualan NKW pada hari
pertama memang mengecewakan. Namun ‘trend’
jualan meningkat dari hari pertama ke hari yang keempat (konvo berlangsung).
Lebih – lebih lagi
NKW hanya dibuka setengah hari sahaja pada dua hari pertama. Acara pun hanya
berlangsung dari jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja. Bila ada had masa, itu
antara faktor yang boleh mengurangkan jualan. Dan juga ‘crowd’ yang hanya terdiri daripada ‘orang dalam’ sahaja, tidak terbuka kepada orang ramai.
Alhamdulillah sewa tidak dikenakan, cuma bayar deposit sahaja (deposit
dipulangkan selepas acara).
Lagi satu lokasi,
tempat yang NKW ditempatkan memang strategik, iaitu di hadapan pentas. Cuma ia
berjauh dengan tempat menunggu sanak saudara yang menanti acara konvo
berlangsung. Tidak mengapa, sudah rezeki NKW setakat itu. Insyaallah untuk
acara selepas ini, NKW hendak ditempatkan di tempat yang lebih strategik, dekat
dengan temat menunggu. Bila disebut acara konvo, peniaga macam NKW kena datang
awal agar gerai boleh bersedia awal untuk menerima pengunjung. Lagi satu,
peranan bunting atau banner memang penting.... ia memaklumkan bahawa kita
berada di situ dan juga apa perniagaan yang kita niaga.
Susunan gerai NKW
Kehadiran NKW di konvo
ini memberikan lebih banyak aktiviti menarik.
Aktiviti sand art menarik minat budak kecil dan dewasa
Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.
No comments:
Post a Comment