Tuesday, 10 September 2013

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ KARNIVAL SANTAI KELUARGA PUTRAJAYA (cerita 17)


Bulan 6 (Ahad)

Cerita kali ini cerita tanpa gambar. Entri kali ini memang dah lama nak penulis coretkan. Tetapi alangkah terduganya apabila laptop penulis, ‘hard disk’nya rosak dengan tidak semena – mena. Jadi ini entri tanpa gambar sehinggakan tarikh NKW menyertai karnival ini ini pun sudah penulis sudah lupa (kalau ingat nanti penulis masukkan nanti... tapai rasanya dalam bulan 6 kot).

Ini penyertaan NAIMO KIDZ WORKSHOP yang pertama seumpamanya. Sebenarnya ia lebih kepada aktiviti santai yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya, aktiviti santai hujung minggu bersama keluarga untuk penduduk di Putrajaya.

Aktiviti ini diadakan setiap minggu dengan individu (orang Perbadanan Putrajaya) yang menyelaraskannya juga berbeza – beza. Lokasi di DATARAN GEMILANG di Presint 4, kalau tak silap penulis. Nak pergi ke Dataran itu, sapa – sapa tahu Pejabat Imigresen, Presint 2 di Putrajaya atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, memang senang nak jumpa tempatnya.

Aktiviti santai ini pada pendapat penulis, memang satu idea yang baik sebagai aktivti riadah bersama keluarga. Memang ‘happening’ sebab – sebab ada macam – macam. Ada gerai pelbagai jualan, ‘live band’, dan di dataran ini juga ada kolam renang – renang kanak – kanak .Berniaga di sini penulis siap bawa anak – anak sekali. Lepas ‘set up’ gerai, anak – anak penulis siap bermandi manda di kolah renang. Anak – anak penulis siap boleh bermain ‘giant balloon’ lagi. Ini ada pautan lagi mengenai aktiviti di Dataran Gemilang.

Hasil jualan memuaskan sebab waktu berniaga pun bermula jam 4 petang hingga 7 malam. Ramai orang jam 5 petang hingga 6.30 petang. Kalau nak kata kalau tempoh berniaga lebih lama... pasti Alhamdulillah. Oklah setakat itu sahaja entri ini. Jumpa lagi.

p/s : penulis pun tertanya – tanya bila lagi orang Putrajaya nak ajak lagi NKW sertai santai keluarga ini lagi.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.

Wednesday, 1 May 2013

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ MOTHER, BABY AND KIDS EXPO SHAH ALAM (MBK) (cerita 16)

12 April 2013 – 14 April 2013 (Jumaat - Ahad)

Ekspo ini memang ‘superb’. Alhamdulillah. Ekspo ini mengambil tempat pertama mengatasi Karnival Sate di Kajang pada bulan Dec 2012, hasil jualan mengatasi karnival tersebut. MBK ini adalah kali yang kedua disertai oleh NKW selepas MBK- EG Groups di PWTC pada bulan Januari lalu. Ekspo ini diadakan di Stadium Malawati Shah Alam, ‘indoor’ jadi tidak perlu risau panas mentari dan kuyup hujan yang turun.
Ekspo ini punya promosi memang ‘superb’. Sehingga orang seluruh Malaysia datang ke MBK kali ini.

Seminggu selepas ‘Property dan Investment Exhibition KLCC’ atas jemputan (kali kedua) EG Groups. Terima kasih.


Segala komentar penulis di MBK PWTC adalah sebaliknya.

Kalau di MBK PWTC; Satu : ekspo ini serba serbinya mahal. Sewa mahal dan tempat letak kereta pun mahal.
Tapi di MBK Shah Alam ini, sewanya agak berpatutan sedikit dan tempat letak kereta banyak. Tempat letak kereta stadiumlah katakan.

Kalau di MBK PWTC; Dua : ekspo ini tempat makan susah dan mahal.
Tapi di MBK Shah Alam ini, tempat makan ada di mana – mana dan harganya berpatutan. Luar dan dalam stadium meriah dengan makanan dan minuman. Makanan boleh dibawa masuk.

Kalau di MBK PWTC; Tiga : masa perniagaan 11 pagi – 9 malam.
Tapi di MBK Shah Alam ini, lebih kurang sama dengan MBK di PWTC, tapi walaupun hanya dibuka jam 11 pagi, tetapi ‘crowd’ nya memang ‘happening’. Semua lapisan masyarakat yang hadir di MBK kali ini.

Kalau di MBK PWTC; Empat : PWTC susah nak ‘access’.
Tapi di MBK Shah Alam ini, semua orang ada dan boleh datang. Semua lapisan masyarakat dan pelbagai pendapatan datang ke MBK ini. Ada orang yang beli puting susu je untuk di bawa balik sehinggalah yang berborong beribu – ribu ringgit. Dan kemudian lokasi diadakan MBK ini memang selesa dan dingin sekali.

Dua pembantu NKW kata, tidak boleh nak duduk diam dari buka sehinggalah ke malamnya, melayan karenah pengunjung dan kanak – kanak yang datang ke gerai NKW. Ada tu sampai bermain pasir 6 kali. Terima kasoh kepada semua pengunjung gerai NKW.

Biarlah gambar yang menceritakan segalanya...









Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ PROPERTY AND INVESTMENT EXHIBITION (cerita 15)

6 – 7 April 2013 (Sabtu - Ahad)

Ini merupakan jemputan daripada EG Groups – MBK di PWTC bulan Januari. Ini merupakan yang pertama seumpama ini. Memang salah satu target NKW ialah memenuhi jemputan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat NKW dan menjadi salah satu peniaga tetap untuk ‘organiser – organiser’ ini. Pengurusan EG Groups memberitahu bahawa aktiviti yang dijalankan oleh NKW – mewarna dengan pasir boleh memeriahkan lagi Ekspo mereka – walaupun ekspo mereka kali ini melibatkan hartanah dan pelaburan.


Ekspo berlangsung di dewan 6 KLCC. Penulis ingatkan dalam KLCC, tapi dewan itu adalah dewan kanopi yang berdekatan dengan KLCC. Ok, komentar.

Pertama : Memang diakui bahawa ini bukan ekspo yang melibatkan kanak – kanak, jadi sambutannya memang tidak menggalakkan tapi jualan memang ada.
Kedua : Lokasi diadakan di tengah – tengah bandaraya Kuala Lumpur, tambah – tambah lagi ekspo tidak melibatkan kanak – kanak, tempat letak kereta yang berbayar dan mahal.... dan kononnya tempat diadakan di tempat eksklusif, makanan luar tidak boleh dibawa masuk. Cafe yang disediakan cuma satu dan tidak ada banyak pilihan. Harga boleh tahan .... harga kopi RM4.00 secawan. Penulis lari makan dekat ruang legar makan KLCC dan Alhamdulilah ada surau sekali.
Ketiga : NKW berpuas hati kerana sudah ada ‘organiser’ yang pandang NKW. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Allah, berkat kesabaran dan sikap tidak berputus asa.

Jom layan gambar....







  
Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.