Ini penyertaan NAIMO
KIDZ WORKSHOP yang keenam dalam ekspo. Apa yang penulis nak beritahu, ini yang
paling mahal yang pernah NKW sertai. Tengoklah tempat, PWTC, lokasinya di Dewan
4. NKW baru berumur tiga bulan, namun NKW mencuba segala lokasi yang ada,
semata – mata nak tengok market. Cuba tempat yang tidak perlu bayar apa – apa sehingga
ke tempat yang mana tapaknya niaganya paling mahal.
Sewa tapak
ditempah dua bulan lebih awal, iaitu pada bulan Nov 2012 dengan bayaran penuh.
Apa yang dilaburkan okeh NKW dalam ‘Mother,
Baby, And Kids Expo’ (MBK EXPO) diharapkan berbaloi. Rasanya agak berbaloi
sebab dengan Hebahan yang dibuat menggunakan pelbagai cara – Billbord,
Suratkhabar, Majalah, Media cetak dan Elektronik ditambah dengan NKW termasuk
dalam buku program MBK ini. Lebih kurang dengan publisiti yang dilakukan oleh
penganjur Karnival 1001 Rasa Satay di Kajang. ‘Loading’ hari Khamis dan berniaga adalah selama 3 hari.
Baik, ini ada
beberapa ulasan mengenai penyertaan NKW kali ini.
Satu – Ekspo ini
serba serbinya mahal. Sebab apa penulis cakap macam tu. Nak masuk ke PWTC,
tempat letak kereta memang kena bayar. Walaupun terlibat dengan ekspo, tiket
tempat letak kereta mesti kena bayar, cuma peniaga dapat diskaun sekali masuk
RM10.00. Kalau tak sejam RM2.50.
Dua – Ekspo ini
memang susah cari tempat makan. Kalau nak makan murah sikit, kena keluar PWTC.
Itupun kedai makannya tepi sungai tidak buka pada hari Ahad. Sepatutnya memang
tidak boleh bawa makan luar masuk ke dalam PWTC, tapi penulis selambanya bawa
masuk. Nak makan kat restoran di PWTC, bengkoklah penulis.
Tiga – Masa perniagaan
yang singkat. Kalau karnival biasa, masa perniagaan dari 10 pagi hingga 12 mlm.
Tapi di ekspo ini, hanya bermula jam 11 pagi hingga 9 mlm. Jadi bila ada had
masa macam tu, para peniaga tidak dapat memaksimumkan jualan.
Empat – Pengunjung
yang datang pun, bukan semua yang datang. Maksud penulis ialah, pengunjung yang
berpendapat kurang daripada sederhana pasti tidak menjenguk ke ekspo ini. Atas
beberapa alasan mungkin, satu PWTC terletak di tengah – tengah Bandaraya Kuala
Lumpur, jadi ia merupakan tempat yang susah pergi, dengan kesesakan lalu
lintasnya, dengan kena bayar tempat letak keretanya.... walaupun masuk ke ekspo
percuma, tapi ia tidak cukup menarik minat pengunjung untuk datang.
Lima – Orang belum
gaji. Ekspo ini diadakan beberapa hari sebelum gaji bulan Januari. Faktor gaji
ini juga memainkan peranan. Yang mana orang yang dah ‘kekurangan wang’ akan tidak datang ke karnival ini.
Publisiti MBK di
Eskalator PWTC menuju ke dewan 4 dan di tingkat bawah PWTC
Pintu masuk ke kawasan
pameran dan booth MBK
Susunan Booth NKW
NKW mencuba
mempelbagaikan produk iaitu dengan menjual ‘Scratch
Art’ dan ‘Batik Painting’
Antara stok kad ‘Sand Art’ yang ada. Ini antara stok
paling banyak yang ditawarkan oleh NKW kepada pengunjung di MBK
Pengunjung ke gerai NKW.
Masa ni memang tak cukup tangan nak melayan. Alhamdulillah ada dua orang
pembantu setia
*PENGALAMAN MENAIKI LIF BARANG YANG SEBESAR LORI SATU TAN
Untuk maklumat
perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’,
sila klik di sini
No comments:
Post a Comment