Monday, 14 June 2021

PJ T6 PdPR – Servis dan Terima Servis dalam Permainan Badminton (Nota)

Aktiviti :  
Permainan Kecil - Servis Jauh
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Pasukan yang melakukan servis perlu menghantar bulu tangkis ke kawasan berlorek.
3. Servis boleh dibuat dari mana-mana kawasan permainan.
4. Pasukan yang menerima servis akan meneruskan rali.
5. Rali diteruskan sehingga ada pasukan yang gagal mengembalikan bulu tangkis ke kawasan lawan.
6. Pasukan yang berjaya menamatkan rali akan mendapatkan satu mata.
7. Pasukan yang gagal membuat servis ke kawasan berlorek, pihak lawan mendapat satu mata.
8. Pasukan yang berjaya mendapat 15 mata dahulu dikira sebagai pemenang.


Gambar tidak perlu dillukis.

Sunday, 23 May 2021

PJ T6 PdPR – Servis dan Terima Servis dalam Permainan Bola Tampar (Nota)

Aktiviti 1 : Servis Hebat
 
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Seorang pemain kumpulan A melakukan servis dan pemain kumpulan B mengembalikan bola yang diservis.
3. Setiap ahli kumpulan diberi peluang melakukan empat servis dengan menggunakan tangan.
4. Kumpulan A mendapat satu mata, jika bola yang diservis jatuh ke dalam petak sasaran.
5. Kumpulan B mendapat satu mata jika dapat kembalikan bola yang diservis.
6. Ulang murid lain dan tukar peranan.

Gambar tidak perlu dilukis.

Wednesday, 19 May 2021

PJ T6 PdPR – Jaring Menjaring (Nota)

Aktiviti Menjaring dan Menghadang (Sasaran Skor)

1. Murid dalam dua kumpulan kecil berada dalam kawasan permainan. 

2. Kumpulan A sebagai penyerang dan kumpulan B sebagai pengadang. Kumpulan A memulakan permainan manakala kumpulan B akan mengadang.

3. Sekiranya kumpulan A berjaya melepasi pengadang dan melakukan jaringan ke mana-mana gawang gol, mata akan diberikan dan tukar peranan.


Gambar rajah perlu dilukis.

"Cergas fizikal, cerdas minda"

Sunday, 3 January 2021

KARIPAP SIMPANG EMPAT

KARIPAP SIMPANG EMPAT


Inti dan harga
Carbonara (RM1.20 satu)
Udang (RM1.30 satu)
Kambing (RM1.50 satu)

Minimum tempahan 10 biji

“Sedap dan puas menikmatinya”

Apa kata orang yang sudah makan karipap ini

- Ira -

-Khariah-

Penghantaran Percuma sekitar Ampang
Berminat sila hubungi : En. Azmi (0132795903)
 

Wednesday, 14 October 2020

DIGITAL LEARNING : PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI (PKL)

PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI (PKL)

Syarat, perkara tip penting yang perlu diambil perhatian!
1. Melayar menggunakan GOOGLE CHROME. 
2. Isi maklumat diri dengan lengkap, isi maklumat diri dengan menggunakan HURUF BESAR pastikan murid tahu NO MYKAD/MYKID 12 Digit.
3. Baca, fahamkan soalan terus jawab semua soalan dulu pada muka surat tersebut, dan baru tekan ‘button next’.
4. ‘Submit’ jawapan dan diminta untuk ‘Screenshot’ muka surat terakhir dan hantar kepada Cikgu Azmi di talian 0132795903. ‘Screenshot’ perlu ada maklumat nama, kelas, matapelajaran.
5. Murid perlu menjawab dengan lengkap keempat – empat soalan Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Kewangan.
6. Murid boleh menjawab soalan sehingga jam 5.00 petang, 16 Oktober 2020 (Jumaat)

PANDUAN MEMBUAT UJIAN ATAS TALIAN

1. Buka pelayar GOOGLE CHROME.


2. Pada ruang atas sebelah kanan, paparan enjin pencarian, taip : bit.ly/PKL20SELANGOR, tekan enter.


3. Sila masukkan kata laluan JPN10... klik seterusnya (next).


4. Paparan ini, klik pautan berwarna biru mengikut PPD... PPD Hulu Langat.



5. Pilih SEKOLAH KEBANGSAAN... klik seterusnya (next).


6. Pilih aliran anda, TAHUN 5 atau TAHUN 6... klik seterusnya (next).


7. Pilih Domain/Matapelajaran... klik pautan berwarna biru. Murid perlu menjawab kesemua domain/matapelajaran yang ada. Pilih satu dahulu.


8. Pada paparan ini, klik seterusnya (next).


9. Maklumat Negeri... pilih SELANGOR dan klik seterusnya (next).


10. Sila pilih KOD SEKOLAH (daripada anak panah ‘dropdown’), BBA4030 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS dan isikan nama kelas secara ringkas : kalau anda kelas 5 Cekal... taip 5C sahaja, klik seterusnya (next).



11. Pada paparan ini, isikan nama murid menggunakan HURUF BESAR, isikan NO KAD PENGENALAN TANPA SENGKANG 12 DIGIT (ATAU NO MYKID), pilih JANTINA dan BANGSA murid... klik seterusnya (next).


12. Pilih bahasa... klik seterusnya (next).


13. Anda sudah berada di paparan SOALAN... jawab soalan dan klik seterusnya (next), sehingga anda jumpa butang ‘SUBMIT’.
14. ‘Screenshot’ muka surat terakhir dan hantar kepada Cikgu Azmi di talian 0132795903. ‘Screenshot’ perlu ada maklumat nama, kelas, matapelajaran.
15. ULANG LANGKAH 1 HINGGA 11 untuk menjawab soalan matapelajaran yang lain.

SELAMAT BERJAYA
ILMU PERLU DIKONGSI... MEMBAWA BANYAK MANFAAT

Saturday, 27 June 2020

KRIKET PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 6 SEKOLAH RENDAH (KRIKET 1)

FOKUS :
Berkebolehan melakukan balingan tangan lurus dan menahan bola menggunakan alatan pemukul dengan lakuan yang betul.
STANDARD KANDUNGAN :
1.8 Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori memadang dengan lakuan yang betul.

Sila tonton video di bawah :



atau sila ke klik di sini, tonton video minit ke 12:40 hingga 20:12



atau sila ke klik di sini, tonton video minit ke 0:00 hingga 0:46

#terimakasihrtm
#pendidikanjasmani
#kitamestimenangkalahkancovid19
#belajartetapbelajar
#keluarrumahhanyaurusanpentingsahaja

Monday, 15 June 2020

‘GOOGLE DRIVE’ : BAGAIMANA ‘LINK’ KAN ‘GOOGLE FORM’ DENGAN ‘GOOGLE SHEET’






Syarat, perkara tip penting yang perlu diambil perhatian!
1. Perlu ada akaun email GOOGLE : gmail
2. Soalan telah didraf dan semua bahan berkaitan dalam bentuk gambar rajah (fail jpeg) yang hendak di’upload’ sudah tersedia.. dalam ‘folder’ komputer
3. Entri ini menggunakan ‘sign in’ melalui ‘personal gmail’ untuk men’create google form’
4. Tujuan meng’link’kan ‘Google Form’ dengan ‘Google Spreadsheet’ ialah untuk mengumpul sebanyak maklumat atau ‘responses’

ENTRI 1 : GD BAGAIMANA ‘SHARE’ DAN ‘EDIT FILE’ BERSAMA ORANG LAIN klik di sini

ENTRI 2 : GD BAGAIMANA ‘RESTORE FILE’ yang dah ‘REMOVED’ dari ‘FOLDER’ klik di sini


SECARA RINGKAS...
Langkah 1 :
Pada Google (Enjin pencari), ruangan URL taip GOOGLE.DRIVE.COM
Langkah 2 :
Masukkan/pilih akaun gmail
Langkah 3 :
Pergi ke ‘Drive’, pergi ke ‘folder’ yang mengandungi kuiz ‘Google Form’ atau ‘Create folder’ untuk ‘file Google Form’ dan ‘Google Spreadsheet’
Langkah 4 :
Pilih kuiz ‘Google Form’ atau ‘Create’ kuiz ‘Google Form’
Langkah 5 :
Pilih bahagian ‘responses’, seterusnya klik ikon hijau ‘Google Spreadsheet’ pada sudut atas kanan
Langkah 6 :
Lihat kuiz ‘Google Spreadsheet’ dan ‘link Google Spreadsheet’ di dalam folder yang mengandungi kedua – keduanya
....................................
Langkah 1 :
Pada Google (Enjin pencari), ruangan URL taip GOOGLE.DRIVE.COM



Langkah 2 :
Masukkan/pilih akaun gmail
Masukkan ID gmail dan ‘password’





Langkah 3 :
Pergi ke ‘Drive’, pergi ke ‘folder’ yang mengandungi kuiz ‘Google Form’ atau ‘Create folder’ untuk ‘file Google Form’ dan ‘Google Spreadsheet’




Langkah 4 :
Pilih kuiz ‘Google Form’ atau ‘Create’ kuiz ‘Google Form’
Buka kuiz ‘Google Form’ yang dipilih dengan mengklik pada ikon kuiz tersebut




Langkah 5 :
Pilih bahagian ‘responses’, seterusnya klik ikon hijau ‘Google Spreadsheet’ pada sudut atas kanan
Semak dan lihat, kemudian ‘dot’ pada bahagian ‘create a new spreadsheet’. Biar nama fail sebegitu  agar fail ‘spreadsheet’ ini berada di sebelah kuiz ‘Google Form’ berkaitan.
Selepas ‘spreadsheet’ terjana, tutup ‘spreadsheet’ kerana ia ‘autosave’.





Langkah 6 :
Lihat kuiz ‘Google Spreadsheet’ dan ‘link Google Spreadsheet’ di dalam folder yang mengandungi kedua – keduanya
Fail ‘spreadsheet’ boleh dimuatturun jika perlu dengan cara ‘right click’ pada fail dan pilih ‘download’ untuk dimuatturun.
Seterusnya boleh ‘sign out’ daripada gmail.




ILMU PERLU DIKONGSI... MEMBAWA BANYAK MANFAAT
#naimoiman
#imzaron