Thursday 8 August 2019

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas 2019/2020 – K4

Terus belajar dan belajar!!!

Aktiviti : Perlawanan Persahabatan Bola Baling Gabung Jalin Kokurikulum SK Puchong Utama 2
Kategori : Perempuan bawah 11 tahun
Tarikh : 03 Ogos 2019 (Sabtu)
Tempat : SK Puchong Utama 2
Anjuran : SK Puchong Utama 2


Berdiri dari kiri (bermula no 3) :
Syazana, Elly, Azeeqa, Aina, Danisya, Qistina, Farisya, Jannah, Puteri Alya, Aliah

Perlawanan persahabatan ini diadakan bertujuan untuk melihat peningkatan pemain selepas sesi latihan lepas... yang sedikit telah diubahsuai untuk persediaan kejohanan yang akan datang.

Alhamdulillah, para pemain telah menunjukkan peningkatan yang baik. Mutu permainan setiap individu bertambah baik, disiplin permainan yang bagus ditunjukkan oleh pemain dan semangat berpasukan yang tinggi telah dipamerkan.

Dengan format perlawanan  5 on 5, taktikal permainan pantas diterapkan. Taktikal ini memerlukan pemain bergerak dengan lebih pantas, bijak mengambil peluang, sentiasa memberi support kepada kawan agar tidak cepat hilang bola. Syabas diucapkan!!!

Terima kasih kepada SK Puchong Utama 2 kerana sudi menerima kunjungan kami di sana. Kita jumpa lagi dalam masa 1 bulan dari sekarang.

Kejohanan seterusnya yang akan dihadapi oleh Pasukan Bola Baling ini ialah Kejohanan Sedaya Open pada 24 Ogos 2019 (Sabtu) di SK Taman Daya, Johor Bahru, Johor. Selamat Berjaya!!!


Jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.