Monday 30 November 2015

NAIMO KIDZ WORKSHOP – PERTAMA KALI DALAM ACARA MEMBERSHIP DAY (cerita 32)

(29 November 2015)

Seperti mana tajuk entri pada kali ini, ini pertama kali NKW membawa aktiviti sand art ke acara 'Membership Day'. Acara ini diadakan di Farmasi Ideal yang terletak di Desa Latania, Shah Alam.

Tanpa mengetahui lokasi sebenar acara diadakan, dengan bantuan navigator memudahkan penulis untuk sampai ke lokasi dengan lebih awal. Ambil Lebuhraya Kesas menuju ke Klang dan ambil exit ke Jalan Kebun. Jalan Kebun belok kiri, tapi Desa Latania belok ke kanan. Lebih kurang 5 km, sampailah penulis ke lokasi yang dituju. Deretan rumah kedai bersebelahan dengan Mydin.

Acara diadakan setiap tahun bagi meraikan orang ramai yang menjadi ahli setia Farmasi Ideal, yang memberi sokongan penuh kepada Farmasi Ideal. Acara dimulakan dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 ptg.


Lokasi Booth NKW yang terletak di hadapan premis Farmasi Ideal 


 Aktiviti Sand Art yang ditawarkan oleh NKW terus menjadi tarikan kanak - kanak

NKW mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Farmasi Idea kerana menjemput NKW untuk memeriahkan majlis. InsyaAllah NKW akan cuba memenuhi jemputan yang diberikan. Terima kasih sekali lagi, kalau sudi jemputlah lagi.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik di sini.


UNTUK MELIHAT PRODUK – PRODUK LAIN – KRAFTANGAN KANAK - KANAK YANG DIJUAL OLEH NKW, sila klik disini.

Thursday 26 November 2015

NAIMO KIDZ WORKSHOP – MERIAH DI KARNIVAL KOKURIKULUM SK PUTRAJAYA 11 (2) (cerita 31)

(14 November 2015 - Sabtu)

Syukur Alhamdulillah... dan sungguh meriah di Karnival Kokurikulum SK Putrajaya 11 (2) yang diadakan pada 14 November 2015 (Sabtu). Program yang dijalankan dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung. Dan tempiasnya kena kepada Booth NKW yang menawarkan aktiviti sand art. Dari tiga kaki pasir - pasir berwarna, penulis perlu membuka yang keempat... Alhamdulillah bawa lebih kaki pasir berwarna tu.

Seawal jam 6.15 pagi, selepas Solat Subuh, penulis sudah bertolak ke SK Putrajaya 11 (2). Semalam dah 'loading' barang. Takut - takut sesat, terus aktifkan navigator kereta terus ke destinasi. Dan tiba awal di sekolah tersebut, seawal jam 7.15 pagi.

Terpegun dengan sekolah berkenaan, bangunan tersergam indah ala - ala kolej gitu.


Letak kereta terus ke dalam kawasan sekolah berdekatan dengan padang dan kantin.

Lokasi booth NKW terletak di tingkat bawah blok bangunan sekolah. Kawasan booth - booth jualan dan pameran terbahagi kepada 4 bahagian... yang pertama bahagian barangan am; NKW ditempatkan di bahagian ini, kedua ialah ruang pameran bagi badan - badan beruniform sekolah dan agensi - agensi keselamatan luar, ketiga ialah kawasan jualan makanan dan minuman yang terletak di ruang tempat letak kereta berbumbung guru - guru dan keempat ialah di padang di mana adanya permainan dan aktiviti kanak - kanak seperti booth - booth kecil aktiviti kanak - kanak, bouncing castle dan soopa doopa. Selain itu di kawasan kantin disediakan kawasan permainan untuk kanak - kanak di bawah umur 5 tahun.

Ruang pentas utama... satu kelebihan bagi sekolah ini kerana mempunyai ruang - ruang di bawah bangunan yang boleh digunakan sebagai ruang aktiviti yang dapat mengelak daripada hujan dan terik mentari. Terdapat perlabagai aktiviti di pentas utama seperti acara perasmian dan penutupan, pertandingan pakaian beragam, artis jemputan dan sebagainya.

Booth NKW yang terletak di ruang pameran barangan am berdekatan dengan pentas utama dan ruang pameran badan - badan beruniform

Tempias keramaian pengunjung ke karnival ini... Alhamdulillah. Ramainya pengunjung ke booth NKW bermula seawal 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

Ruang pameran badan - badan beruniform yang terletak bersebelahan booth - booth barangan am di mana NKW ditempatkan

Booth jualan makanan dan minuman yang ditempatkan di tempat letak kereta berbumbung guru bersebelahan dengan padang sekolah yang ala - ala stadium

Padang sekolah yang luas yang ala - ala stadium... bertuah sekolah ni

Lokasi permainan dan aktiviti kanak - kanak yang ditempatkan di padang sekolah seperti soopa doopa, bouncing castle dan permainan - permainan ala - ala fun fair. Permainan ala - ala fun fair tidak perlu dibayar kerana kanak - kanak yang hendak bermain sudah dan perlu mendapatkan wristband yang dijual pada harga RM20... main sampai puas. Jualan - jualan yang lain perlu menggunakan tunai.


Tarikan utama karnival ini ialah RUMAH HANTU.... panjang beratur tu.

Apa yang boleh dikatakan tentang Karnival Kokurikulun SK Putrajaya 11 (2) ini.... memang superb... ramai pengunjung yang menarik dengan pelbagai aktiviti.
Memang ini antara karnival yang menjadi sasaran NKW untuk NKW sertai. Sesuai dengan aktiviti kanak - kanak yang ditwarkan NKW. Terima kasih diucapkan kepada penganjur karnival kerana sudi menjemput NKW menyertai memeriahkan aktiviti.... NANTI TAHUN DEPAN JEMPUT LAGI YER.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini

UNTUK MELIHAT PRODUK – PRODUK LAIN – KRAFTANGAN KANAK - KANAK YANG DIJUAL OLEH NKW, sila klik disini.

Sunday 22 November 2015

NAIMO KIDZ WORKSHOP – TEMPAHAN DAN PENGHANTARAN Felt Candy, Mosaic Art, Batik, Sand Art (cerita 30)


Tempahan untuk pelbagai produk (20.11.15)

Kali ini tempahan daripada pelanggan yang berada di Pahang. Dengan tempahan pelbagai produk yang ditawarkan oleh Naimo Kidz Workshop, seperti FELT CANDY BAG, MOSAIC ART PELBAGAI GAMBAR, BATIK PAINTING dan SAND ART.
Sesiapa yang berminat untuk produk - produk yang dinyatakan boleh klik link di bawah yer.













Penghantaran melalui pos dan mengambil masa beberapa hari. Terima kasih atas pembelian produk yang ditawarkan oleh NKW. Alhamdulillah.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.


UNTUK MELIHAT PRODUK – PRODUK LAIN – KRAFTANGAN KANAK - KANAK YANG DIJUAL OLEH NKW, sila klik disini.