Thursday 19 October 2023

PASUKAN BOLA BALING/SABER KS HANDBALL TEAM 2023 P11 L11 P16 DI KEJOHANAN BOLA BALING PIALA TEAM GOMBAK 2023 – K37

Ini bab baru...



Aktiviti : 
KEJOHANAN BOLA BALING PIALA TEAM GOMBAK 2023
Kategori : P11, L11, P16
Tarikh : 07-08 Oktober 2023 (Sabtu-Ahad), 14 Oktober 2023 (Sabtu)
Tempat : SK Lembah Keramat
Anjuran : MAHF, Team Selangor, BBA HC, Wildcats HC

Kejohanan yang pertama disertai oleh Pasukan Bola Baling SABER KS HT selepas tamatnya Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada akhir bulan Julai lalu.

Rebranding’ semula pasukan daripada SABER HT kepada SABER KS HT. KS yang mana perkataannya ialah ‘Ksatria’ yang membawa maksud kepahlawanan, pendekar dan semangat sentiasa berkobar – kobar dan berjuang habis habisan.

‘Mental, emosi, kekuatan dan stamina ditambahkan dengan elemen bijak, komunikasi dan semangat juang yang tinggi diperlukan untuk memberikan saingan dan bersaing untuk merangkul kejuaraan. Untuk menjadi yang terbaik kuncinya adalah jam latihan. Para pemain harus lebih rajin berusaha dan berlatih untuk menghadapi perlawanan – perlawanan pada masa hadapan. Tiada apa yang kita perlu gentar, buat sehabis baik dan tidak mudah menyerah kalah.’

Baik, kita mulakan dengan pasukan P11 SABER KS HT. Pasukan yang dibentuk bermula dari bulan Julai 2023. Adanya 5 orang pemain yang telah bersama – sama dengan pasukan P12 SABER HT (pasukan terbaik yang pernah dilahirkan – Johan Kejohanan Bola Baling MSSD Hulu Langat 2023), kemahiran pemain – pemain yang ada perlu diajar dan digilap. Kemasukan pemain – pemain baru yang perlu bermula dengan zero bagi membentuk mereka menjadi pemain – pemain yang berkemahiran dalam sukan bola baling. Latihan berkala dilakukan, latihan 2 kali seminggu (cukup ker?). Kalau dari segi ketersediaan pemain, pasukan P11 ini, kalau markah 10, baru 5/10. Masih banyak lagi perkara yang perlu ditingkatkan. Asas lepas, Alhamdulillah.

Pencapaian di kejohanan ini, P11 berjaya mara hingga ke peringkat suku akhir, tahniah. Saya bangga dengan kamu. Diundi dalam kumpulan A bersama – sama dengan pasukan Black Widow dan TAF Titans.


Pemain dalam Pasukan Bola Baling P11 SABER KS HT :
Raffhanah, Dhiya, Alyaa, Dania Balqis, Ayra,
Mimi, Piah, Shairah, Dania Nasyihah, Qistina

Keputusan (P11) :
Peringkat kumpulan (A)
1. SABER KS HT 3 - 5 Black Widow
2. SABER KS HT 6 - 4 Taf Titans
**Naib Johan Kumpulan

Peringkat pusingan 12 terakhir
3. SABER KS HT 5 – 1 SJKC Lick Hung

Peringkat kalah mati suku akhir
4. SABER KS HT 1 -  8 Wildcats HC

Menang 2, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 15, Bolos 18
-------------

Seterusnya, L11 SABER KS HT. ‘Thumbs up’... berjaya meraih tempat ketiga bersama. Mara sehingga peringkat separuh akhir. Ini satu permulaan yang baik bagi pasukan ini, dan ini juga merupakan kali pertama pasukan L11 SABER KS HT berjaya menempatkan diri dalam 4 pasukan terbaik. Tahniah sekali lagi.

Nak dikatakan pasukan ini, para pemainnya merupakan pemain dan nadi utama pasukan L12 SABER HT. Kebanyakan pemain sudah bermain dan berlatih selama setahun. Jadi, ini mungkin hasilnya dan rezeki pasukan ini, pasukan yang berpotensi besar untuk menjadi pasukan yang disegani. Percaya kepada kemampuan diri, bersungguh – sungguh dan selebihnya kita letak pada tuhan, Allah yang satu.

Diundi dalam kumpulan A bersama – sama dengan pasukan Wildcats Boys, Star Handball dan Sebest.


Pemain dalam Pasukan Bola Baling L11 SABER KS HT :
Hariz, Firas, Shah, Fariz, Syahmi, Irfan, Ryan, Iman
Aizzat, Harraz, Nafis, Alif, Furqan




Keputusan (L11) :
Peringkat kumpulan (A)
1. SABER KS HT 1 - 9 Wildcats Boys
2. SABER KS HT 5 - 1 Sebest
3. SABER KS HT 8 - 4 Star Handball
**Naib Johan Kumpulan

Peringkat kalah mati suku akhir
4. SABER KS HT 5 -  4 Sekem

Peringkat kalah mati separuh akhir
5. SABER KS HT 3 -  8 Harunians

Menang 3, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 22, Bolos 26
-------------


Dan kali ini, P16 SABER KS HT, sebelum diteruskan, Alhamdulillah, bersyukur sangat – sangat, pasukan ini berjaya mara sehingga ke final.

Ibarat cerita dongeng, ‘fairy tale’, keajaiban dengan izin Yang Maha Esa. Pasukan SABER KS HT senior yang baru dibentuk kerna para pemain yang bermain untuk SABER KS HT kali ini adalah 85% pemain baru, semua atas dasar minat dan cintakan sukan bola baling, 

Bermula dengan pencarian pemain, dibantu oleh pemain – pemain yang dah lama bermain untuk SABER HT. Akhirnya terkumpul 11 orang pemain dari 4 kawasan. Ketiadaan penjaga gol pada mulanya, menyenaraikan penjaga gol termuda 11 tahun sebagai penjaga gol. Namun posisi itu ditampung oleh seorang pemain P16 yang pernah bermain pada posisi itu.

Pagi hari kejohanan, buat pertama kali berjumpa dan diteruskan dengan sesi taaruf bagi mengenali antara satu sama lain. Alhamdulillah, jersi SABER KS HT diagihkan dan cukup untuk semua pemain, ada yang pertama kali menyarung jersi keramat putih merah jambu itu.

Tidak meletakkan sebarang harapan. Cuma fokus, tunjukkan kesungguhan dan tunjuk ‘bagaimana sukan ini dimainkan’, tiada tekanan, malah sentiasa senyum menjadi pegangan utama para pemain. Setiap pemain perlu memainkan peranan (bijak berfikir dan bertindak), disiplin paling utama, disiplin menyerang dan bertahan. Saling membantu antara satu sama lain dan paling penting, ialah ada asas kemahiran bermain bola baling ‘catching and passing’, elakkan kesilapan mudah, bersuara, berani dan memanfaatkan segala peluang yang ada.

Setiap perlawanan dimulakan dengan doa dan laungan keramat, “SABER HU HA”. Tanpa mengenali dan siapa lawan mereka, bermain dengan penuh kesungguhan dan mengikut apa yang dirancang, menghadiahkan kemenangan kepada pasukan ini. Tamat permainan disudahi dengan Alhamdulillah. Tak kira menang atau kalah.


Perlawanan peringkat kumpulan. Perlawanan pertama menang, perlawanan kedua juga menang, layak ke pusingan kalah mati suku akhir. Perlawanan ketiga, jika ada rezeki, jika Allah dah tentukan kita menang, kita akan menang, cuma kita kena usaha bersungguh – sungguh sebelum berserah dan tawakkal. Perlawanan ketiga menang, menjadi johan kumpulan.

“Kamu semua, tanpa disangka telah melangkah sejauh ini, berikan yang terbaik untuk kita menang perlawanan suku akhir ini dan menempatkan pasukan ke peringkat separuh akhir dan berjaya memperoleh medal, tapi, masih lagi bermain tanpa tekanan dan, senyum”. 

Akhirnya, Alhamdulillah, SABER KS HT menang dan mara ke peringkat separuh akhir. Alhamdulillah.

Peringkat separuh berlangsung sengit, sehingga tamat perlawanan berkedudukan seri 4 – 4 sama. Pemenang perlu ditentukan dengan balingan penalti 3 terbaik. Masih seri 1 – 1. ‘Toast coin’, pilih sama ada menjaring atau menjaga gol. SABER KS HT memilih untuk menjaring. Kemenangan yang diharapkan terletak pada penjaga gol SABER KS HT. Penjaga gol lawan penjaga gol.... dan akhirnya gol!!!, rezeki berpihak kepada P16 SABER KS HT. Tahniah, kita mara ke perlawanan akhir. Medal gangsa bertukar warna kepada perak atau emas setelah sekian lama. Alhamdulillah.

Lawan di peringkat akhir bukannya mudah. Bermain di final buat pertama kali, ibarat mimpi jadi kenyataan, malah sebelum memulakan kejohanan, tidak pernah bermimpi untuk berada di tahap ini. Alhamdulillah. Namun SABER KS HT tetap memberikan yang terbaik.

Tamat perlawanan, P16 SABER KS HT dinobatkan sebagai naib johan kejohanan. Alhamdulillah. Inilah keajaiban, keajaiban yang dirancang oleh Yang Maha Esa, rezeki yang sudah tertulis untuk kita, SABER KS HT pergi sejauh ini.

Apapun, terima kasih kepada semua pemain yang bermain untuk SABER KS HT. Ampang ada, Kajang ada, Rinching ada, Gemas Negeri Sembilan puan ada. Anda semua hebat. Harap ukhuwah yang terbentuk ini terus utuh. InsyaAllah jumpa lagi selepas ini.


Pemain dalam Pasukan Bola Baling P16 SABER KS HT :
Rabiatul, Irine, Arfa, Syikin, Intan, Alya,
Damia Hana, Aisyah, Farhanah, Hawa, Alyaa, Jannah

Pasukan – pasukan yang terlibat (Kumpulan D P16) :
1. SABER KS HT
2. Diamond HC
3. Hustlers
4. Starian Handball 

Keputusan (P16) :
Peringkat Kumpulan (D)
1. SABER KS HT 3 – 1 Diamond HC
2. SABER KS HT 7 – 2 Hustlers
3. SABER KS HT 4 – 0 Starian Handball
**Johan Kumpulan

Peringkat kalah mati suku akhir
4. SABER KS HT 5 -  3 OCHC

Peringkat kalah mati separuh akhir
5. SABER KS HT 4 (2) -  4 (1) Phantom Girls


Ini rupanya suasana Final. Ini Final pertama SABER KS HT (senior). Alhamdulillah.




Peringkat kalah mati Akhir
6. SABER KS HT 3 -  9 Wildcats HC

Menang 5, Belum menang 1, Seri -
Jumlah jaringan 25, Bolos 20

Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan jadi terbaik suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Yang datang menyokong serta yang mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan) yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus cemerlang.

Semangat membara, usaha, juara... SABER HU HA!!!

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.