Monday 30 August 2021

PJ T6 PdPR – Lompat Tinggi gaya Fosbury Flop

Aktiviti :  
Aktiviti 2 – Lompat Tinggi Lampai
1. Murid melakukan lari landas menuju kawasan lonjakan (penanda) dan melonjak ke atas dengan menggunakan sebelah kaki.
2. Semasa melonjak murid perlu menyentuh bola foam yang tergantung.
3. Murid mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki.


Gambar rajah perlu dilukis. Boleh menggunakan lakaran orang lidi.

Monday 23 August 2021

PJ T6 PdPR – Larian Beritma

Aktiviti :  
Aktiviti 2 – Lari Berbonggol
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid berlari pantas melepasi halangan yang disediakan secara berterusan.
3. Murid berjalan kembali ke tempat permulaan.


Gambar perlu dilukis 

Friday 13 August 2021

PJ T6 PdPR – Membaling dan Menangkap Bola

Aktiviti :  
Aktiviti Permainan Kecil – Tug-of-War
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Setiap murid diberi sebiji bola getah dan membaling ke bola besar di tengah gelanggang sehingga ke bola besar tersebut melintasi garisan kemenangan. 
3. Bola yang dibaling perlu ditangkap oleh pihak lawan.
4. Satu mata diberikan jika bola besar berjaya melintasi garisan kemenangan kumpulan lawan masing-masing.
5. Kumpulan yang mendapat mata terbanyak dianggap sebagai pemenang.


Gambar tidak perlu dilukis...

Tuesday 3 August 2021

PJ T6 PdPR – Kwik Kriket

Aktiviti :  
Aktiviti Permainan Kecil – Kwik Kriket
1. Murid dibahagikan kepada empat pasangan biru, merah, kuning dan ungu. 
2. Pasangan merah pemukul, pasangan biru pembaling dan penjaga wiket, manakala pasangan kuning dan ungu sebagai pemadang.
3. Setiap pemukul akan mendapat 6 balingan.
4. Larian dikira apabila pemukul dapat melengkapkan larian antara dua stump iaitu kedua-dua pemukul berjaya bertukar tempat. 
5. Setiap pasangan pemukul boleh dimatikan sama ada secara balingan kena stump, bola ditangkap, pemukul terpukul stump atau pemukul tidak sempat bertukar tempat.
6. Selepas enam balingan, tukar peranan untuk semua pasangan.
7. Pasangan yang mempunyai larian terbanyak dikira sebagai pemenang.


Gambar perlu dillukis... boleh gunakan orang lidi berwarna

PJ T6 PdPR – Hidup Mati

Aktiviti :  
Aktiviti Permainan Kecil – Bermain Hidup Mati
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Undian dijalankan untuk memilih Tukang Kejar. Bilangan Tukang Kejar yang dipilih boleh melebihi seorang pemain dan memakai riben pada lengan.
3. Pemain lain hendaklah menjauhkan diri daripada Tukang Kejar. 
4. Permainan dimulakan apabila semua pemain telah bersedia.
5. Tukang Kejar akan mengejar dan mencuit pemain yang bebas berlari. 
6. Pemain yang berjaya disentuh dikira “mati” dan dikehendaki berdiri dalam keadaan berdiri kaki kangkang dan tangan mendepa atau diangkat ke atas tanpa mengubah tempat di mana dia “mati”.
7. Pemain yang “mati” boleh dihidupkan semula apabila dicuit oleh pemain lain.
8. Untuk menamatkan permainan, Tukang Kejar perlu mematikan semua pemain.
9. Permainan boleh dimulakan semula dengan cara memilih Tukang Kejar yang baru dengan membuat undian semula.


Gambar tidak perlu dillukis