Monday 11 November 2019

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas 2019/2020 – K13

Alhamdulillah, tempat ketiga!!

Aktiviti : Kejohanan Bola Baling Pembangunan (U11) MSSS 2019
Kategori : Perempuan bawah 11 tahun
Tarikh : 05 Nov 2019 (Selasa)
Tempat : Gelanggang 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya
Anjuran : Jabatan Pendidikan Negeri Selangor




Pemain dalam Pasukan Bola Baling P11 yang terlibat dengan Pasukan Bola Baling Daerah Hulu Langat : Elly, Danisya, Qistina

Berjaya meningkatkan pencapaian tempat ketiga berbanding tahun lepas. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan pegawai pasukan Bola Baling Daerah Hulu Langat.

Hampir - hampir menjejak kaki ke perlawanan akhir, namun tewas pada perlawanan peringkat separuh akhir 'penalty shoot out' HL 0 - 1 Klang, setelah kedua - dua pasukan seri 5 - 5 masa penuh perlawanan. Suasana 'game' yang agak tegang, namun rezeki tidak menyebelahi pasukan Daerah Hulu Langat. Memetik kata - kata seorang lejen dalam sukan bola baling ini... inilah 'asam garam' sukan ini.

Keputusan perlawanan bagi pasukan (p) bawah 11 tahun Daerah Hulu Langat adalah seperti berikut, HL 6 - 4 Sepang (Disiplin 'wall' yang bagus), HL 3 - 0 Petaling Perdana ('game' ini, 'keeper' perfomed', pemain menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi), HL 3 - 3 Hulu Selangor (Kebangkitan dramatik pasukan HL setelah ketinggalan 1 - 3).

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain terlibat. Mentaliti juara perlu diterapkan pada setiap pemain, dan perlu ada perasaan tidak mahu kalah!!! Kita mahu apa... menang... kita mahu apa... menang... kita mahu apa... menang, menang, menang. Huha.

Sudah tahu kelemahan dan sesuatu perlu dilakukan. Kita kena buat dan atasi kelemahan kita... kita pencabar JUARA.

Bagi pihak pemain SK Taman Kosas, jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

MARA UNTUK JUARA!!!

**Tahniah pada pasukan lelaki HL L11 kerana berjaya meraih naib johan dalam kejohanan kali ini.
**Rancang untuk menghantar pasukan HL ke kejohanan terbuka jika berpeluang.

Pasukan Bola Baling SEKOSA GIRLS HANDBALLERZ (SGH) – K1

Kejohanan Pertama untuk bekas - bekas pemain bola baling perempuan SK Taman Kosas!!

Aktiviti : Kejohanan Bola Baling (U16) PKD Kuala Pilah 2019
Kategori : Perempuan bawah 16 tahun
Tarikh : 10 Nov 2019 (Ahad)
Tempat : Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah
Anjuran : PKD Kuala Pilah dengan Kerjasama KBS


Pemain dalam Pasukan Bola Baling P16 :
Aryssa, Rauqah, Dania, Zeti, Najwa, Faezah, Hannah, Raihah

Bertanding dalam kejohanan terbuka, buat pertama kalinya, pasukan ini disatukan, Setelah setahun menunggu.

Dengan hanya sehari sahaja kesempatan untuk berlatih, sasarannya ialah untuk melepasi peringkat kumpulan. Namun dalam saingan peringkat kumpulan, bukan calang - calang pasukan yang perlu dihadapi, Kuala Langat dan Sepang Boba. Apa yang perlu dilakukan ialah bermain bersungguh - sungguh.

Hanya menemui rentak permainan pada 'perlawanan pertunjukkan', apabila pasukan SEKOSA, membangkitkan nostalgia pasukan SK Taman Kosas tahun 2018, menunjukkan mutu permainan yang tinggi mengalahkan pasukan Invictus dengan jaringan 5 - 4. Bangkit 2 kali setelah ketinggalan, dan akhirnya menang dengan semangat melawan yang tinggi dengan jaringan 'last minute' fastbreak. 

Keputusan perlawanan bagi pasukan (p) SEKOSA bawah 16 tahun adalah seperti berikut, SEKOSA 1 - 5 Kuala Langat, SEKOSA 0 - 3 Sepang BOBA, SEKOSA 5 - 4 INVICTUS (perlawanan pertunjukkan).

'Wassap Group' SEKOSA diwujudkan bagi menghimpunkan bekas - bekas pemain SK Taman Kosas. Jika ada kejohanan bawah 18, 16, 14, kita akan menghantar pasukan dengan tujuan memberi pendedahan dan mengembangkan bakat para pemain.

Berlatih dan teruskan berlatih... diharapkan latihan yang lebih sistematik, dijadualkan 2 kali sebulan, hari Sabtu boleh diadakan. Membentuk sebuah pasukan yang mantap, memastikan selepas ini pasukan ini mampu memberikan saingan dan pencabar yang digeruni. InsyaAllah.

Di sini, pihak pengurusan SEKOSA, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pasukan SEKOSA, yang menjadi pemain kelapan, membantu, menaja dan menyokong kami.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.

**Kejohanan seterusnya... 29 Disember 2019 di Paroi. Ayuh!!!

Sunday 10 November 2019

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas 2019/2020 – K12

Mampu bersaing, perlu kerja lebih kuat!!

Aktiviti : Kejohanan Bola Baling (U11) PKD Kuala Pilah 2019
Kategori : Perempuan bawah 11 tahun
Tarikh : 03 Nov 2019 (Ahad)
Tempat : Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah
Anjuran : PKD Kuala Pilah dengan Kerjasama KBS


Pemain dalam Pasukan Bola Baling U11 :
Elly, Danisya, Qistina, Azeeqah, Farisha, Jannah, Nana, Bat, Huda, Putri Syahira

Bertanding dalam kejohanan terbuka, bukan sahaja bersaing dengan pasukan sekolah lain, malah bersaing juga dengan pasukan daerah dan juga negeri.

Bila bersaing pada peringkat ini, barulah kita nampak apakah kelemahan yang ketara yang perlu kita perbaik. Semangat melawan, 'support' antara satu sama lain, mobiliti dan pergerakan, kelajuan, kemahiran individu mengacah dan juga kemahiran asas membaling dan menangkap bola. Segala ini perlu diperbaiki untuk memastikan pasukan lebih mantap pada tahun hadapan. Sentiasa bersedia dengan pelbagai tekanan dan mampu mengawal emosi dengan baik.

Sesiapa sahaja boleh menjaringkan gol, tidak semestinya mempunyai kemahiran balingan yang semacam 'roket', yang penting ialah meletakkan bola pada titik yang betul... maka masuklah bola itu ke dalam jaring. Saling membantu antara pemain dan kita main sebagai satu unit atau berpasukan.

Hampir - hampir menjejak kaki ke perlawanan peringkat separuh akhir, namun tewas pada perlawanan kedua dengan lawan yang sudah berjumpa tiga kali pada tahun ini dalam masa 2 bulan... juga dengan jaringan yang sama iaitu 0 - 1.

Keputusan perlawanan bagi pasukan (p) bawah 11 tahun adalah seperti berikut, SK Taman Kosas 0 - 7 Kuala Langat, SK Taman Kosas 0 - 1 SK Seremban Jaya II, SK Taman Kosas 5 - 0 SK Seremban Jaya II (Angah), SK Taman Kosas 10 - 0 SK Seremban Jaya II (Ucu), SK Taman Kosas 3 - 3 TBRhinos.

Hanya pada perlawanan kelima, jurulatih amat berpuas hati kerana pemain menunjukkan semangat berpasukan dan semangat melawan yang tinggi. Namun, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain.

Mentaliti juara perlu diterapkan pada setiap pemain, dan perlu ada perasaan tidak mahu kalah!!! Kita mahu apa... menang... kita mahu apa... menang... kita mahu apa... menang, menang, menang. Huha.

Berlatih dan teruskan berlatih... 'rope', 'jump', 'side to side wall', 'forward and backward', 'marker in and out', 'body push'.

Jutaan terima kasih kepada semua guru - guru pengiring yang menjadi tunjang pasukan. Bertindak sebagai penolong jurulatih dan fisioterapi pasukan. Anda semua terbaik.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.

**Ego itu pasti ada... apabila kita hanya dipandang sebelah mata.
**Dalam sesi latihan bersama pasukan daerah Hulu Langat.