Thursday 15 February 2024

PASUKAN BOLA BALING SABER KS HANDBALL TEAM L12 DI KEJOHANAN BOLA BALING PTPS HULU LANGAT 2024 – K44

Tahniah dan syabas kepada semua pemain yang terlibat. Anda hebat dan anda berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi dan bermain bersungguh – sungguh. Masih lagi perlu berlatih dan menerapkan semangat dan displin yang tinggi.

Berlatih untuk mengurangkan kesalahan – kesalahan asas dalam permainan bola baling. Pertingkatkan stamina yang menjadi kunci kepada permainan pantas dan cepat. Itu yang ingin diterapkan dalam gaya permainan pasukan L12 dan juga P12 SABER KS HT. Sentiasa bersedia, pantas memulakan permainan, bermula daripada titik kesalahan pihak lawan, apa yang dipanggil sebagai ‘Autoplay start’ tanpa menunggu wisel daripada pengadil kecuali kesalahan yang melibatkan kecederaan. Jangan biarkan mereka membuat ‘wall’ teguh. Kita sedar kita kekurangan dari segi saiz badan. Cepat dan pantas menjadi kekuatan utama kita. Mereka gol, kita buat gol lebih banyak.

Bangkit wahai SABER KS HT L12. Anda perlu tingkatkan disiplin dalam diri, kendiri dalam latihan agar kemahiran dan kekuatan tangan dan fizikal boleh dimaksimakan. Jangan berundur. Tadi cara permainan kita diakui sangat bagus, pantas dan cepat oleh salah satu pasukan yang ditentang. Kalau tidak kerana gol awal pada separuh masa pertama, pasti keputusan menjadi sebaliknya.

Tidak mengapa, InsyaAllah, SABER KS HT akan bangkit dengan lebih berbisa selepas ini. Terima kasih semua, terima kasih.

Kita percaya kepada rezeki yang Allah kurniakan. Jika hari ini kita menang, InsyaAllah kita akan menang. Sebelum dapat keputusan di akhirnya, kita perlu usaha bersungguh – sungguh, 100%.



Aktiviti : 
KEJOHANAN BOLA BALING PTPS HULU LANGAT 2024
Kategori : L12
Tarikh : 15 Februari 2024 (Khamis)
Tempat : IWK Ecopark @ Pantai Dalam
Anjuran : Kelab Bola Baling BBA dan Wildcats


> Pasukan SABER KS HT L12
Senarai nama pemain L12 yang terlibat
1. Nafis Noriman Bin Norazmi
2. Raja Aizzat Irfan Bin Raja Ismail
3. Mohamad Nor Harraz Bin Abdullah
4. Muhammad Firas Ilham Bin Nur Rahim
5. Iman Hairie Putra Bin Ammar Shariffuddin
6. Syahmi Afiq Bin Saiful Nizam
7. Mohammad Zarif Asyraaf Bin Mohammad Yusuf
8. Muhammad Alif Bin Abdullah
9. Muhammad Fariz Iskandar Bin Zaidi
10. Muhammad Irfan Shah Bin Rohaizad
11. Muhammad Ammar Huzaifah Bin Asrul Hafiidz
12. Mohammad Rayyan Asfa Bin Jexmon
13.Muhammad Haiqal Hadami Bin Mohd Muhaimin
*Pasukan sedikit tempang kerna terdapat 2 ‘key player’ tidak berada dalam senarai pemain akibat ‘kecederaan

> Keputusan
PERINGKAT KUMPULAN
1. SABER KS HT 3 – 9 NIRWANA ROAR
2. SABER KS HT 8 - 12 MARGOSA HC
3. SABER KS HT 2 - 5 SEPANTAS HC
Tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya... tiada rezeki buat kali ini.

Menang -, Belum menang 3, Seri -
Jumlah jaringan 13, Bolos 26
Beza Gol -13

Sungguh Rejam Juara
-------------
Berlatih dan terus berlatih. Kita antara yang tebaik dan terus berlatih untuk kekal yang terbaik. 

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain SK Taman Kosas / SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan), Cikgu Sara, yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Juga kepada para guru dan warga SK Taman Kosas yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini. Cemerlang dan terus cemerlang.

Sungguh Rejam Juara... SABER HU HA!!!

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.

Wednesday 14 February 2024

PASUKAN BOLA BALING SABER KS HANDBALL TEAM P12 DI KEJOHANAN BOLA BALING PTPS HULU LANGAT 2024 – K43

Saya nak awak bangkit dalam perlawanan ketiga ini dan bermain cara kita”. Akhirnya pemain berjaya buktikan dan SABER KS HT P12 berjaya memenangi perlawanan dengan dua digit jaringan. Tahniah dan syabas.

Alhamdulillah. Kebangkitan dan corak permainan yang dinanti – nantikan, muncul pada perlawanan yang ketiga peringkat kumpulan. Sekian lama menanti, lebih – lebih lagi dalam kejohanan terbuka seperti ini. Memberi peluang untuk bersaing dengan pemain – pemain luar yang datang dari Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka dan lain - lain. Penyertaan dalam kejohanan terbuka sebegini, menjadikan pemain lebih matang, matang dalam membuat keputusan, matang dalam tindakan. Memberbaiki segala kelemahan, ulangkaji dan pengubahsuian kepada cara permainan. Cari kekuatan sendiri.

Setiap pasukan yang dibentuk setiap tahun, kematangan untuk bermain (menerap segala apa yang dipelajari dalam latihan), untuk mempraktikkan dalam permainan, tempoh masanya adalah berbeza – beza. 

Gugup pada aksi pertama, menunjukkan peningkatan dari satu perlawanan ke perlawanan yang seterusnya. ‘Turning point’ nyer.... tenaga, pemain perlu dibekalkan dengan ‘Energy Snack’, pisang, coklat dan lain – lain. Pemain kena sentiasa ‘kenyang’.

Tidak mengapa, InsyaAllah, SABER KS HT akan bangkit dengan lebih berbisa selepas ini. Terima kasih semua, terima kasih.

Kita percaya kepada rezeki yang Allah kurniakan. Jika hari ini kita menang, InsyaAllah kita akan menang. Sebelum dapat keputusan di akhirnya, kita perlu usaha bersungguh – sungguh, 100%.



Aktiviti : 
KEJOHANAN BOLA BALING PTPS HULU LANGAT 2024
Kategori : P12
Tarikh : 14 Februari 2024 (Rabu)
Tempat : IWK Ecopark @ Pantai Dalam
Anjuran : Kelab Bola Baling BBA dan Wildcats


> Pasukan SABER KS HT P12
Senarai nama pemain P12 yang terlibat
1. Syamimi Binti Mohd Shahrizal
2. Nurshahirah Saffiya Binti Mohammad Sharom
3. Raafhanah Binti Mohd Razali
4. Nur Alyaa Safiyyah Binti Mahadi
5. Dania Nasyihah Binti Abdul Rahman
6. Nur Dhiya Qaisara Binti Azman
7. Rusydah Shafinaz Binti Rizal Shihanaz
8. Nur Qistina Balqis Binti Mohamad Nazir
9. Afia Nazurah Binti Mohd Nezam
10. Nur Iszzara Raisya Binti Mohd Iszwan
11. Puteri Shafiya Alesya Binti Abdullah
12. Ayra Khaleesa Binti Jumadi

> Keputusan
PERINGKAT KUMPULAN
1. SABER KS HT 1 – 3 ANTLERS HC
2. SABER KS HT 4 - 7 HIBISCUS HC
3. SABER KS HT 11 - 6 MARGOSA HC
Tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya... tiada rezeki buat kali ini.

Menang 1, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 16, Bolos 16
Beza Gol 0

Sungguh Rejam Juara
-------------
Berlatih dan terus berlatih. Kita antara yang tebaik dan terus berlatih untuk kekal yang terbaik. 

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada para pentadbir SK Taman Kosas, ibu bapa / penjaga para pemain SK Taman Kosas / SABER KS HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Para guru dan warga SK Taman Kosas yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Para pegawai pasukan Cikgu Adda (Fisioterapi), Cikgu Aisyah (Pengurus Pasukan) serta Cikgu Azma Hakimi (Jurulatih Pembangunan), Cikgu Sara, yang sentiasa bersama dengan pasukan. Terima kasih... terima kasih. Anda hebat.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan puan dan para pegawai. Teruskanlah menyokong pasukan ini. Cemerlang dan terus cemerlang.

Sungguh Rejam Juara... SABER HU HA!!!

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.