Friday 13 December 2013

NAIMO KIDZ WORKSHOP – TEMPAHAN DAN PENGHANTARAN PASIR BERWARNA (cerita 21)


Dua tempahan dalam seminggu (6 – 13 Disember 2013)

Alhamdulillah. Itu ungkapan yang tersembul dari mulut penulis apabila selesai menghantar 4kg pasir berwarna kepada pelanggan yang menempahnya.

Minggu ini NKW mendapat dua tempahan. Satu datang daripada Terengganu dan satu lagi daripada Salak. Ke Terenganu dihantar melalui pos dan yang satu lagi melalui tempahan temujanji.

Pihak NKW mengucapkan ribuan terima kasih yang sudi menempah. Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Ini terus memberi kekuatan kepada NKW untuk berrniaga walaupun dibuat secara kecil – kecilan. Sikit – sikit lama – lama jadi bukit.

Jumpa lagi di Karnival 1001 Rasa Sate Kajang di Taman Tasik Cempaka di Bangi.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.

Thursday 5 December 2013

Lagu Al Haq - Mawi feat AC Mizal


Penulis mendengar lagu ni masa menonton Pencetus Ummah di Astro

BEST BETUL LAGU NI

JOM LAYAN...

INI PERSEMBAHANNYA



(AC Mizal)
Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
Tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.

(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.

Ya Allah x2,
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.

(AC Mizal)
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita

(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.

Ya Allah x2,
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.

(AC Mizal)
Allah akhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja,
Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu

Sumber : liriklagumuzika

Thursday 28 November 2013

NAIMO KIDZ WORKSHOP @ MOTHER, BABY AND KIDS EXPO PWTC (MBK) (cerita 20)


14 September 2013 – 16 September 2013 (Jumaat - Ahad)

Jemputan EG Groups, ekspo MBK kali yang kelima anjurannya yang disertai oleh NKW. Yang kedua di PWTC yang disertai oleh NKW. Sebenarnya EG Groups dah buat kali yang ketiga di PWTC, MBK ekspo ini, cuma kali yang kedua iaitu pada bulan Mac, NKW tidak dapat menyertainya kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Cuma hantar sand – art kit untuk tajaan hadiah. Ekspo / karnival ini kali yang ke 13 kesemuanya.

Kita layan gambar dulu... Ekspo ini diadakan di Dewan 5, Dewan Merdeka, PWTC iaitu di tingkat 3 bukan di tingkat 2 sepertimana MKB PWTC bulan Januari lalu.







Lokasi memang kurang strategik, gerai NKW berada di pintu keluar ekspo. Walaupun hanya satu aliran trafik sahaja (pintu masuk dengan pintu keluar lain) para pengunjung, tambahan dengan bilangan pengunjung yang tidak begitu ramai – atas faktor tempat letak kereta berbayar, tempat tertutup, bukan waktu gaji, maka jualan NKW adalah kurang memberansangkan. Terdetik juga dalam hati penulis untuk tidak menyertai ekspo kali ini atas faktor MBK PWTC bulan Januari... tapi akhirnya NKW sertai juga. Tidak mengapa, sekurang – kurangnya selepas ini belajar untuk berkeras hati sikit.

Tidak banyak yang hendak diceritakan, cuma penulis berharap NKW akan terus maju dan berjaya setelah melalui banyak pengalaman sepanjang tahun 2013 dan mengambil kira faktor – faktor tertentu sama ada hendak menyertai sesuatu ekspo / karnival atau tidak. Salam.

Untuk maklumat perkhidmatan dan perniagaan ‘Sand Arts’, sila klik disini.