Wednesday 25 September 2019

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas 2019/2020 – K9

Pemain Sudah Memberi Yang Terbaik... Tahniah dan Syabas!!

Aktiviti : KEJOHANAN BOLA BALING PEMBANGUNAN DAERAH HULU LANGAT 2019
Kategori : Perempuan dan lelaki bawah 11 tahun
Tarikh : 25 Sept 2019 (Rabu)
Tempat : Gelanggang Futsal Dato Mohd Said, Beranang
Anjuran : SK Bandar Rinching/PPD Hulu Langat




Pemain dalam Pasukan Bola Baling U11 Pembangunan Daerah Hulu Langat 2019
Elly, Danisya, Qistina, Azeeqah, Farisya, Jannah, Batrisyia, Ain, Puteri Alya, Alia

Alhamdulillah... selesai sudah kejohanan di atas. Pasukan SK Taman Kosas U11 (P) berjaya merangkul NAIB JOHAN untuk edisi kali ini (kembali menempatkan diri ke final setelah terlepas peluang pada tahun lepas). Final dilangsungkan sehingga masa tambahan 3-1-3, tiada rezeki bagi pasukan ini dan redha dengan apa yang diperolehi. 9-12. Namun tahniah dan syabas kepada semua pemain U11 (P).

Menyertai dalam kedua - dua kategori lelaki dan perempuan. Penglibatan pasukan lelaki lebih kepada pendedahan memandangkan ramai pemain yang dibawa rata - rata berada dalam darjah 4. Pengalaman yang diperoleh dijadikan sebagai sandaran untuk terus berlatih dan menjadi pasukan yang boleh memberi saingan. Tahniah diucapkan kepada pemain - pemain pasukan lelaki. Pasukan yang baru dibentuk kurang daripada satu minggu, menjadikan penyertaan dalam kejohanan ini sebagai satu pendedahan yang amat berguna.

Diundi dalam kumpulan A, bersama - sama dengan pasukan - pasukan dari sekolah - sekolah yang sudah sinonim dengan sukan bola baling seperti SK Kantan Permai dan SK Bandar Rinching. Perlawanan pertama kumpulan, dianggap seperti perlawanan peringkat akhir, apabila pasukan SK Taman Kosas U11 (P) berjaya memenangi perlawanan dengan hanya berbeza 1 jaringan gol dengan SK Kantan Permai. Perlawanan kedua terus tegang, namun para pemain berjaya mengawal keadaan dan memenangi perlawanan dengan perbezaan 4 gol mengatasi SK Bandar Rinching. Perlawanan ketiga kumpulan berkesudahan dengan kemenangan, 7 jaringan gol mengatasi SK Ampang Campuran A. Dan akhirnya berjaya menjadi johan kumpulan apabila mengatasi SRAI Bangi dengan 11 jaringan gol. Alhamdulillah.

Kepenatan yang dirasai, kebanyakan perlawanan adalah agresif dan pantas, di peringkat kumpulan, memberi kesan kepada persembahan pada peringkat separuh akhir, apabila ada ketika pihak lawan berjaya menjadikan kedudukan 5 - 5, akhirnya dengan usaha dan semangat melawan yang kuat, SK Taman Kosas berjaya mengatasi pihak lawan iaitu SK Desa Baiduri dengan jaringan 10 - 6.

Walaupun secara keseluruhan, jurulatih amat berpuas hati dengan komitmen dan  persembahan yang ditunjukkan oleh setiap pemain, sedikit rasa terkilan apabila tidak berjaya menghadiahkan johan kepada SK Taman Kosas. Selain daripada faktor - faktor yang berkait dengan perlawanan, yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan fokus pemain di atas gelanggang. Namun selepas ini latihan lebih kepada cara mengawal emosi, dan tidak menghiraukan perkara sekeliling yang boleh merencatkan kerancakan perlawanan.

Selepas ini fokus pula kepada Kejohanan peringkat Kebangsaan iaitu Kejohanan Bola Baling Piala Guru Besar yang akan diadakan di IPG Raja Melewar pada bulan 10 nanti.

Berlatih dan teruskan berlatih...

Jutaan terima kasih kepada semua guru - guru pengiring yang menjadi tunjang pasukan. Bertindak sebagai penolong jurulatih dan fisioterapi pasukan. Anda semua terbaik.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain!!! Tidak dilupakan kepada semua guru pengiring yang terlibat.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.

**Tahniah kepada pasukan SK Ampang Campuran dan SK Taman Nirwana kerana telah menjuarai kategori U11 Perempuan dan U11 Lelaki.

Thursday 19 September 2019

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas 2019/2020 – K8

Pertama kali bermain bersama sebagai sebuah pasukan

Aktiviti : PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA BALING U10 SK TAMAN MELATI
Kategori : Perempuan bawah 10 tahun
Tarikh : 13 September 2019 (Isnin)
Tempat : SK Taman Melati, Kuala Lumpur
Anjuran : SK Taman Melati, Kuala Lumpur




Pemain yang terlibat : Nana, Ain, Farisya, Huda, Azeeqah, Puteri Alya, Maisarah

Belum bersedia, 'winning attitude' tidak ada, tidak bersemangat, bermain tidak sepertimana yang dijangkakan, kurang 'support' antara pemain, kurang persefahaman, kurang semangat berpasukan. Itu yang boleh disimpulkan terhadap keputusan perlawanan kali ini serta cara permainan yang ditunjukkan oleh para pemain.

Geram! namun dari sudut positifnya, pemain - pemain U10 baru pertama kali digandingkan untuk bermain sebagai satu pasukan, kita lihat, ada pemain yang belajar dan mengenali akan peranan mereka di atas padang, apakah kelebihan mereka dari segi kemahiran individu dan berada di kawasan masing - masing mengikut posisi mereka.

Dari segi kejurulatihan, banyak perkara yang perlu diperbaiki... walaupun ada pemain yang telah berlatih dan telah menjadi pemain utama dalam pasukan bawah 11 tahun, namun tiba - tiba mereka bermain seperti 'darjah 3 atau 4', atau seolah - seolah baru sahaja berlatih.

Apapun kita 'move on', kejohanan seterusnya ialah Kejohanan Pembangunan Bola Baling Daerah Hulu Langat 2019 yang dijangka diadakan pada 25 dan 26 September 2019. Ahh! Pasukan lelaki baru nak buat pemilihan... ting tong.

Keputusan perlawanan tidak menjadi perkara utama, namun ada jaringan yang dibuat adalah berkualiti dan menarik.. pasukan bola baling kosas amat sinonim dengan jaringan 'bola 1', atau sekarang dikenali sebagai bola 'H' atau bola 'H I'.

Namun, tahniah diucapkan kepada semua pemain!!!

Jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas 2019/2020 – K7

Banyakkan taktikal permainan

Aktiviti : PERLAWANAN PERSAHABATAN BAWAH 11 TAHUN SK BANGSAR
Kategori : Perempuan bawah 11 tahun
Tarikh : 07 Sept 2019 (Sabtu)
Tempat : SK Bangsar, Kuala Lumpur
Anjuran : SK Bangsar, Kuala Lumpur




Para pemain yang terlibat :
Elly, Danisya, Jannah, Batrisyia, Nana, Ain, Farisya, Qistina, Huda, Puteri Alya

Perlawanan persahabatan dianjurkan oleh SK Bangsar. Oh yer! SK Bangsar pernah hadir untuk Kejohanan Persahabatan Bola Baling bawah 11 tahun di SK Seri Hartamas bulan Julai lepas.

Boleh disimpulkan dalam perlawanan persabahatan ini, para pemain telah berjaya bermain sebagai satu unit. Setiap bahagian berfungsi dengan baik. Cuma kadangkala jurulatih perlu lagi untuk memberi arahan dari luar kerana pemain agak 'tertidur' dengan peranannya di atas padang. Kelemahan yang paling ketara adalah posisi, 'out of position', pemain perlu bermain mengikut kawasan posisi masing - masing. Namun pemain berjaya melaksanakan taktikal permainan yang baru dan ianya menjadi untuk menghasilkan gol. Tahniah para pemain.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut, SK Taman Kosas 3 - 5 SK Puchong Utama 2, SK Taman Kosas 6 - 0 SK Desa Petaling, SK Taman Kosas 5 - 3 SK Bangsar, SK Taman Kosas 5 - 3 SK Ampang Campuran.

Tahniah kepada pihak penganjur, walaupun hanya perlawanan persahabatan, layanan yang diberikan seperti penganjuran kejohanan atau pertandingan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain!!! Tidak dilupakan kepada semua guru pengiring yang terlibat.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.

Monday 16 September 2019

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas 2019/2020 – K6

Masa untuk menjadi lebih agresif

Aktiviti : KEJOHANAN SIRKIT 2 BOLA BALING GOMBAK 2019
Kategori : Perempuan bawah 11 tahun
Tarikh : 25 Ogos 2019 (Ahad)
Tempat : SK Taman Tasik Puteri 2, Rawang
Anjuran : SK Taman Tasik Puteri 2, Rawang


Berdiri dari kiri :
Aina, Elly, Danisya, Jannah, Batrisyia
Duduk dari kiri :
Nana, Ain, Farisya, Qistina

Sehari selepas berguru di Johor, pasukan Bola Baling (P) u11 SK Taman Kosas terus menyertai Kejohanan Sirkit 2 Bola Baling Daerah Gombak 2019. Setelah sirkit pertama yang diadakan pada sebulan yang lepas, dengan mendapat tempat yang keempat daripada 5 pasukan, berbekalkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh di Johor - agresif dan kepantasan, pasukan berjaya mengecapi kejayaan pada kali ini, Alhamdulillah.

Semangat pasukan untuk berjaya, berjaya ditunjukkan dalam setiap perlawanan. Dengan format yang agak berbeza kali ini, johan setiap kumpulan akan terus berentap di final. Alhamdulillah berjaya menempatkan diri di final kali ini bertemu dengan SK Seri Hartamas. Final ulangan di Kejohanan Persahabatan anjuran SK Seri Hartamas pada bulan Julai yang lepas.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut, SK Taman Kosas 8 - 0 SK Taman Seri Gombak, SK Taman Kosas 2 - 1 SK Lembah Keramat, SK Taman Kosas 8 - 7 SK Seri Hartamas (masa tambahan)

Tahniah diucapkan kepada semua pemain!!! Tidak dilupakan kepada semua guru pengiring yang terlibat.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas 2019/2020 – K5

Terus belajar dan belajar - JAUHNYA MENIMBA ILMU DAN PENGALAMAN!

Aktiviti : KEJOHANAN BOLA BALING SEDAYA OPEN BAWAH 11 TAHUN
Kategori : Perempuan bawah 11 tahun
Tarikh : 24 Ogos 2019 (Sabtu)
Tempat : SK Taman Daya, Johor Bahru
Anjuran : SK Taman Daya, Johor Bahru



Berdiri dari kiri :
Aina, Danisya, Elly, Batrisyia
Duduk dari kiri :
Qistina, Azeeqa, Jannah

Bak kata orang, menimba ilmu biarlah sehingga negeri China! Kali ini Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas menimba pengalaman jauh ke selatan tanah air iaitu di Johor. Lebih tepat di Johor Bahru. Pertama kali pasukan ini pergi sejauh ini untuk menimba pengalaman.

Bertempat di SK Taman Daya, pasukan ini telah menyertai Kejohanan Sedaya Open yang berlangsung pada 24 Ogos 2019 (Sabtu). Bertolak pergi pada 23 Ogos 2019 jam 1.00 tgh dan tiba pada jam 7.00 mlm. Balik selepas perlawanan yang terakhir.

Dengan penyertaan pasukan lelaki dan perempuan yang mencecah 72 pasukan, yang mendapat taraf kejohanan peringkat negeri. Hanya melibat 7 orang pemain yang berdaftar dan permainan secara '5 on 5'.

Alhamdulillah, walaupun tersingkir di peringkat 16 terbaik, kalah mati, setelah menjadi juara kumpulan pada peringkat awal. Berikut merupakan keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan bola baling (p) bawah 11 tahun SK Taman Kosas. SKTK 2 - 0 SKTP1, SKTK 2 - 2 STAD A (SK Taman Daya), SKTK 6 - 3 SRABJB B (Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru). Peringkat kalah mati, SKTK 3 - 5 SK Pogoh.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain!!! Tidak dilupakan kepada semua guru pengiring yang terlibat.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.

#Belajar satu perkara di kejohanan ini, agresif!!!