Sunday 23 May 2021

PJ T6 PdPR – Servis dan Terima Servis dalam Permainan Bola Tampar (Nota)

Aktiviti 1 : Servis Hebat
 
1. Murid dalam dua kumpulan kecil.
2. Seorang pemain kumpulan A melakukan servis dan pemain kumpulan B mengembalikan bola yang diservis.
3. Setiap ahli kumpulan diberi peluang melakukan empat servis dengan menggunakan tangan.
4. Kumpulan A mendapat satu mata, jika bola yang diservis jatuh ke dalam petak sasaran.
5. Kumpulan B mendapat satu mata jika dapat kembalikan bola yang diservis.
6. Ulang murid lain dan tukar peranan.

Gambar tidak perlu dilukis.

Wednesday 19 May 2021

PJ T6 PdPR – Jaring Menjaring (Nota)

Aktiviti Menjaring dan Menghadang (Sasaran Skor)

1. Murid dalam dua kumpulan kecil berada dalam kawasan permainan. 

2. Kumpulan A sebagai penyerang dan kumpulan B sebagai pengadang. Kumpulan A memulakan permainan manakala kumpulan B akan mengadang.

3. Sekiranya kumpulan A berjaya melepasi pengadang dan melakukan jaringan ke mana-mana gawang gol, mata akan diberikan dan tukar peranan.


Gambar rajah perlu dilukis.

"Cergas fizikal, cerdas minda"