Sunday 20 October 2019

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas 2019/2020 – K11

Memang semua dah rasa!!

Aktiviti : KARNIVAL KOMUNITI JOM FIT 2019 Bola Baling
Kategori : Perempuan bawah 12 tahun
Tarikh : 19 Oktober 2019 (Sabtu)
Tempat : Ampang Sport Planet
Anjuran : Go Coach Global Sdn Bhd




Pemain dalam Pasukan Bola Baling U12 :
Dian, Ad, Farhanah, Faezah, Hani, Sab, Melissa, Amirah

Pemain dalam Pasukan Bola Baling U11 :
Elly, Danisya, Qistina, Azeeqah, Farisha, Jannah, Ain, Nana

Karnival yang berbentuk komuniti, Bersukan itu menyeronokkan. Namun, di sebalik keseronokan itu, persembahan terbaik dituntut oleh jurulatih daripada setiap pemain. Namun, ia berlaku sebaliknya. Pertama kali pengalaman tersingkir pada peringkat kumpulan, ditambahkan lagi dengan kekalahan bagi ketiga - tiga perlawanan peringkat kumpulan. Perit untuk ditelan namun itulah yang dialami oleh pasukan (p) bawah 11 tahun kali ini. Dan untuk pertama kalinya, 'berjaya' menjadi penonton untuk perlawanan - perlawanan seterusnya. Sesuatu perlu dilakukan... kita perlu bangkit.

Alhamdulillah, pasukan (p) bawah 12 tahun, sedikit sebanyak mengubat luka di hati, walaupun hanya menduduki tempat yang keempat. Tahniah diucapkan.

Keputusan perlawanan bagi pasukan (p) bawah 11 tahun adalah seperti berikut, SK Taman Kosas 3 - 7 SK Taman Megah, SK Taman Kosas 1 - 4 Wildcats A, SK Taman Kosas 4 - 5 SK Kantan Permai.

Keputusan perlawanan bagi pasukan (p) bawah 12 tahun adalah seperti berikut, SK Taman Kosas 4 - 4 Wildcats B, SK Taman Kosas 6 - 2 Harunians, SK Taman Kosas 7 - 1 Khalifah Model School, SK Taman Kosas 7 - 2 Wildcats C. Separuh akhir tewas di tangan pasukan Wildcats A, walapun pada satu ketika mendahului dengan 2 jaringan. Penentuan tempat ketiga dan keempat ditewaskan oleh Wildcats B dengan jaringan 7 - 8.

Selepas ini perlu menerapkan mentaliti juara pada setiap pemain, dan perlu ada perasaan tidak mahu kalah!!! Kita mahu apa... menang... kita mahu apa... menang... kita mahu apa... menang, menang, menang. Huha.

Berlatih dan teruskan berlatih...

Jutaan terima kasih kepada semua guru - guru pengiring yang menjadi tunjang pasukan. Bertindak sebagai penolong jurulatih dan fisioterapi pasukan. Anda semua terbaik.

Namun, tahniah diucapkan kepada semua pemain!!! Tidak dilupakan kepada semua guru pengiring yang terlibat.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.

**Karnival kali ini adalah di bawah peringkat umur 12 tahun.
**Karnival ini hanya untuk bersukan dan berseronok, namun...
**Ego itu pasti ada... apabila kita hanya dipandang sebelah mata.

Monday 14 October 2019

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas – K10

Tahniah dan Syabas!!! Tidak mencapai apa yang dihajati, namun redha

Aktiviti : KARNIVAL BOLA BALING SEKOLAH KEBANGSAAN PIALA GURU BESAR PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
Kategori : Perempuan bawah 11 tahun dan 12 tahun
Tarikh : 12 Oktober 2019 (Sabtu)
Tempat : Padang IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan
Anjuran : SK Seliau




Pemain dalam Pasukan Bola Baling U11 :
Elly, Danisya, Qistina, Azeeqah, Farisya, Jannah, Batrisyia, Ain, Huda, Aina, Nana, Sayang

Pemain dalam Pasukan Bola Baling U12 :
Dian, Ad, Farhanah, Faezah, Hani, Fatiemah, Amna, Sab, Melissa, Amirah, Shaqiera, Amni

Tidak ada rezeki... itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut saya setelah kedua - dua pasukan Bola Baling SK Taman Kosas U11 dan U12 tidak berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir apabila tewas dengan lawan masing - masing. Pasukan U12 tewas 1-3 dengan SK Lendu pada peringkat suku akhir dan pasukan U11 tewas 0-1 dengan pasukan SK Seremban 2B (pasukan yang pernah kami tewaskan di Kejohanan Piala Mahmeri di Sepang pada bulan Julai lepas)... menyaksikan perlawanan berlangsung dalam suasana tegang dan jaringan penyamaan tidak dikira atas alasan 'airhonk' telah dibunyikan, kemudian baru wisel penamat ditiup. Pada pengamatan jurulatih dan semua penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut, yang mana mengharapkan jaringan itu diambil kira dan perlawanan akan berlanjutan ke masa tambahan.

Perlawanan yang menyaksikan satu layangan kad merah kepada seorang pemain SK Taman Kosas yang dikatakan mengasari (menarik) pemain lawan berkali - kali... 2 kad kuning, 2 minit (pegawai meja tidak mengambil masa), 1 kad kuning, kad merah, 2 minit, pemain lain dimasukkan. Perlawanan yang sepatutnya lebih kepada 'pembelajaran dan teguran', bertukar menjadi perlawanan 'Malaysia lawan Vietnam',  kategori U11 kot.

Namun Alhamdulillah, Redha, itulah pendekatan yang terbaik yang boleh diambil. Banyak yang dipelajari oleh para pemain. Antaranya ialah pengawalan emosi dan tidak mudah berputus. Anda semua hebat!!!.

Setiap kategori terdiri daripada 16 pasukan yang dibahagikan kepada 4 kumpulan. Pasukan U11 diundi dalam kumpulan B. Berikut merupakan keputusan peringkat kumpulan, SK Taman Kosas 2 - 0 SK Kompleks KLIA, SK Taman Kosas 3 - 0 Kulai Handball (B), SK Taman Kosas 3 - 0 SK Kem Terendak 2. Menjadi johan kumpulan.

Pasukan U12 diundi dalam kumpulan D. Berikut merupakan keputusan peringkat kumpulan, SK Taman Kosas 5 - 1 SK Taman Tuanku Jaafar, SK Taman Kosas 1 - 0 SK Balai Padang, SK Taman Kosas 0 -  4 SK Sungai Pasir. Menjadi naib johan kumpulan.

Secara keseluruhan, jurulatih amat berpuas hati dengan komitmen dan  persembahan yang ditunjukkan oleh setiap pemain, sedikit rasa terkilan apabila tidak berjaya menghadiahkan medal kepada SK Taman Kosas. Tahniah diucapkan kepada semua pemain!!!

Selepas ini fokus pula kepada kejohanan - kejohanan yang mendatang.

Berlatih dan teruskan berlatih...

Jutaan terima kasih kepada semua guru - guru pengiring yang menjadi tunjang pasukan. Bertindak sebagai pengurus, penolong jurulatih dan fisioterapi pasukan -  membantu menyediakan tempat penginapan dan menguruskan makan dan minum semua pemain. Anda semua terbaik.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.

**Alhamdulillah, para pemain dianugerahi dengan sijil peringkat kebangsaan yang ditandatangi oleh Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia