Tuesday 21 November 2023

Familiku Dua Beradik dalam Seni Mempertahankan Diri Taekwando – 11th Koryo Circuit Invitational Taekwando Championship 2023

Alhamdulillah dan tahniah, adik dan abang.

Pertandingan kali ini berlangsung pada 19 November 2023 (Ahad) di Kompleks Sukan Panasonic (Kompleks Sukan Negara – Perbadanan Stadium Malaysia) yang terletak di Seksyen 22, Shah Alam.

Sebulan sebagai persediaan, latihan mingguan di SK Taman Kosas dan setiap hari Jumaat malam yang diadakan di Bandar Baru Ampang. Bukan acara tempur, malah acara Poomsae (turutan teknik – teknik taekwando yang disusun menjadi satu corak pergerakan). Tahun lepas, 2 beradik ini memang mencabar diri untuk memasuki acara tempur, tapi tahun ini menyertai acara Poomsae ini.

Ibu ayah yang sentiasa meniup kata – kata semangat, “Yakin pada diri, berlatih betul – betul, dan fokus”.

Dengan sokongan atuk dan nenek juga, akhirnya dua beradik ini berjaya menggondol pingat emas dalam kategori yang mereka sertai. Abang dalam kategori 9-11 tahun dan adik dalam kategori bawah 8 tahun. Alhamdulillah.







**Daripada maklumat yang diperoleh, team Taekwando SKTK menghantar 6 orang wakil dalam kategori 9-11 tahun (3 orang lelaki dan 1 orang perempuan – mendapat 1 emas, 1 perak) dan dalam kategori bawah 8 tahun (2 orang perempuan – mendapat 1 emas, 1 gangsa)
**Pastikan adik dan abang habiskan taekwando ini, biar sampai jadi jurulatih.
**Berbaloi menunggu. Alhamdulillah.