Thursday 22 December 2016

Sebuah Kisah di Turki... siri 5

Ke Pamukkale (18 Disember 2016; Ahad)

Selepas semalam ke Davraz, hari ini kita ke Pamukkale... kenapa Pamukkale? Selepas membaca catatan ini penulis percaya ramai yang nak ke Turki nanti.

Penulis sekeluarga diajak oleh Ustaz Ramli sekeluarga ke Pamukkale. Pada mulanya, penulis terfikir, apa yang menarik di sana?. Namun hati ini rasa teruja dan kagum selepas Ustaz Dimyati (komuniti Nusantara) di sini menghantar gambar wassap tentang keindahan dan gah nya Pamukkale.

Rombongan kali ini disertai oleh Ustaz Dimyati, Ruslan dan Ridwan. Terima kasih ya kerna sudi mengetuai kami ke Pamukkale.

*Semalam misi berjaya, membeli Prem/Stroller untuk Nafis yang berharga 80 Lira... thank you Allah kerana menghantar ‘seseorang’ untuk saya berurusan/berbicara dengan pekedai membeli prem tersebut.

Perjalanan sejauh 196 km dan mengambil masa 2 jam 30 minit... jauhnya. Temujanji di LC Waikiki jam 9.30 pagi dan bertolak terus ke Pamukkale dengan menaiki Van Coach yang disewa khas, kosnya sekitar 550 – 600 lira... kita kongsi – kongsi. Yang penting JALAN.


Sekarang ni musim sejuk, jadi sepanjang perjalanan, kiri dan kanan pemandangannya Tandus dan Gersang.

Sebagai introduksi Pamukkale ini, boleh baca ini dulu... klik disini.

Iyi Aksamlar ! Welcome to PAMUKKALE !

Pamukkale is one of Turkey’s top attractions and a precious in the world with its cotton-look terraces. The underground water once gave life to the ancient city of Hierapolis now helps Pamukkale be one of the most important thermal centers of Turkey.

Tourists and locals visit Pamukkale and Hierapolis frequently not only for its extraordinary look and its ancient history but also for wellness. Scientifically proven to cure many diseases, the waters attract people and there are many thermal hotels in the area that serve 12 months a year.


Tiba di Pamukkale dalam jam 12.15 tgh... meredah 2 jam 30 minit perjalanan.
Terus ke pintu masuk dan membayar tiket masuk. 35 Lira seorang. Yang dikenakan bayaran tiket hanya mereka yang berumur 12 tahun ke atas. Terus menuju ke pintu masuk kota (pintu masuk kota kecik jer... pintu belakang kot)

Kagum dengan keindahan kota lama yang dibina sekitar 323 SM sehingga 31 SM.













Ancient pool’ atau ‘Antique Pool’ dan, Surau kecil disediakan... dinginnya berwuduk masa musim sejuk




Kolam Batu Kapur Pamukkale

Pamukkale travertine is a type of limestone deposited at the mouth of the spring. Thermal sources on an important fault line of western Anatolia in Pamukkale are warmed up by subterranean heat and come out at 33-36 C. The water contains calcium hydro carbonate. Tectonic movements triggered frequent earthquakes in this area and gave rise to the emergence of a number of very hot springs. The water from these springs created Pamukkale with its large mineral content. When the hot water is in touch with the carbon dioxide, it starts to lose its warmth and also the carbon dioxide and carbon monoxide are released in to the air. As a result the calcium carbonate is precipitated. So the water forms magnificent viewed travertine.
Rujukan : laman pamukkale







The Roman Theatre’ – penulis bagaikan bermimpi berada di sini... kebiasaannya hanya menonton the filem Inggeris. Kini penulis berada di sini.

It is located in the middle of Hierapolis and is very well preserved. it was built during the reign of Emperor Hadrian in 2nd century AD. In Emperor Severus period the cavea and the stage of theatre were restored by using the remains of another old theatre built earlier on the north of the city. Roman Theatre had a capacity of 8500 – 10000 spectators and was divided into two parts as upper and lower parts of seat by a diazoma.
People arranged concerts, religious ceremonies, competitions in this theatre. In the friezes of the theatre some mythological scenes had been depicted.
Rujukan : laman pamukkale





Keluar dari Kota Hierapolis Pamukkale, adanya kedai cenderahati yang menjual cenderahati  Pamukkale dan Turki.

Di sini penulis berkesempatan membeli aiskrim... cara jual orang Turki suka ‘bergurau’ dengan pembeli aiskrimnya dan minum minuman Turki iaitu sahleb (air susu ditabur serbuk kulit kayu manis – cinnamon)

Terus menaiki van menuju pulang ke Isparta. Bertolak pulang jam 4 petang dan tiba di tempat penginapan kami jam 6.30 petang. Kepenatan tetapi cuti hujung minggu dirasakan dipenuhi dengan lawatan ilmiah yang penuh riang dan berpengetahuan.

Terima kasih sekali lagi Komuniti Nusantara di sini... terima kasih Ustaz Dimyati, Ridwan dan Ruslan. Semoga kalian senantiasa dikurnia bahagia dan sejahtera.

Kemudi ke :
Sebuah Kisah di Turki... siri 1
Sebuah Kisah di Turki... siri 2
Sebuah Kisah di Turki... siri 3
Sebuah Kisah di Turki... siri 4

Sebuah Kisah di Turki... siri 4

Ke Gunung Davraz - Dauraz (17 Disember 2016; Sabtu)

Lokasi tarikan pelancong yang wajib bagi setiap pelancong yang berada di Isparta ini (macam penulis) untuk ke Davraz ini. Kawasan yang permukaannya di selaputi salji dan pelbagai aktiviti musim sejuk seperti ski dan sebagainya.

Davraz Tour yang dikelokakan oleh Komuniti Nusantara di sini untuk kami (terima kasih banyak – banyak. Tiada mereka tak berjalan rasanya... bahasa menjadi isu utama.




Berkumpul di L/C Waikiki pada jam 10.15 pagi sebelum mengambil coach (Van pelancong) dengan tambang 13 Lira seorang, penulis dan ahli rombongan seramai 25 orang berasa  riang dan gembira... kononya nak bermain salji, buat ‘snowman’, perang ‘snowball’ dan lain – lain lagi.

Kahvalti (Bahasa Turki untuk sarapan pagi) di apartment masing – masing, tepat jam 11.00 pagi kami bertolak dari Merkez (Bahasa Turki untuk ‘City Centre’) ke Davraz. Jarak lebih kurang 30 kilometer mengambil masa 40 minit kami tiba di kaki Gunung Davraz. Suhu rendah mencecah -7°C, dengan berbaju tebal (semua bertutup hanya nampak tapak tangan dan mata sahaja), kami menuju ke Telerefik/’Skyway’ untuk naik ke tingkat pertama gunung Davraz. Hanya dikenakan harga 10 Lira, semua ahli rombongan kecuali penulis dan isteri serta 3 anak kecil menanti di kaki gunung mencari tempat perlindungan memanaskan badan, menaiki ‘skyway’ ke tingkat pertama Gunung Davraz – MT. Sumbul (Tepesi – Bahasa Turki untuk puncak).

Anak – anak kecil penulis seronok dan gembira bermain salji, sambil menanti jam 3 petang untuk ahli rombongan turun semula.












Pekena kopi panas dan roti telur (‘French Toast’), berlantaikan tanah dan batu bersolat, Alhamdulillah semua selamat kembali ke kaki Gunung Davraz. Ishoma (Bahasa Turki untuk Istirehat, solat dan makan), semua telah selesai, menuju pulang ke Merkez dalam jam 3.30 petang. Sejuknya jari – jari kaki dan tangan. Namun apa yang penting kita lihat dari satu sudut, melihat ciptaan dan kebesaran Allah.

*Harga makanan di Tanah Tinggi ni memang mahal, tekan abis, tu yang bawa bekal tu. Macam Genting Highlands gak. 

Sedikit maklumat berkenaan Davraz. Sila klik di sini dan di sini.


Skiing Davraz Mountain Resort – Isparta

The ski resort Davraz Mountain Resort – Isparta is located in the Mediterranean Region (Turkey). For skiing and snowboarding, there are 8 km of slopes available. 5 lifts transport the guests. The winter sports area is situated between the elevations of 1,650 and 2,150 m.

Untuk review berkenaan Davraz... klik di sini.


Sikit tip ke Davraz ni... daripada pandangan penulis.
1. Pergi bersama dengan orang yang tahu berbahasa Turki.
2. Pakai baju super tebal sebab cuaca memang sejuk, takut – takut sejuk tu menangkap jari – jari kaki dan tangan.
3. Bawa makanan ringan dan air kopi. Sebab harga makanan dan minuman agak mahal.
4. Bawa air kosong untuk tujuan ke tandas. Tandas tak ader air.... uhuk – uhuk.
5. Siap berwuduk dari rumah... tempat solat (mescit) sudah dijadikan tempat memproses gambar, solat berlantaikan bumi Allah.

Assalamualaikum... jumpa lagi.

Kemudi ke :
Sebuah Kisah di Turki... siri 1
Sebuah Kisah di Turki... siri 2
Sebuah Kisah di Turki... siri 3
Sebuah Kisah di Turki...siri 5

Sebuah Kisah di Turki... siri 3

Isparta – Kota Tidak Sepopular Istanbul bahagian 2 (10 Disember 2016; Sabtu)

Jalan – jalan sekitar Pusat Kota Isparta, selepas menjamu Nasi Lemak beberapa teman – teman komuniti Nusantara. Suhu di luar lebih kurang 5°C.

Dalam jam 2.30 petang, jalan – jalan bermula menuju ke Museum Bediuzzaman Said Nursi, sebuah rumah yang dijadikan tempat tahanan rumah Said Nursi.

Siapakah Said Nursi?

Bediuzzaman Said Nursi was born in 1876 in Eastern Turkey (the Village of Nurs) and died in 1960 in Urfa in Turkey. Readers may refer to his biography for details of his long and exemplary life, which spanned the last decades of the Ottoman Empire, its collapse after the First World War and the setting up of the Republic, then the twenty-five years of Republican Peoples' Party rule, well-known for the measures taken against Islam, followed by the ten years of Democrat rule, when conditions eased a little for Bediuzzaman.

-Petikan dari laman sesawang bediuzzamansaidnursi-
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


“I have just one purpose. That is; as I get nearer to my grave, we hear the sounds of Bolshevik owls (supporters) in this country of Islam. These sounds damage the tenets of faith of the Islamic World. It captivates the public, particularly the youth, by making them faithless. Fighting against them with all my strength, I am inviting the youth and the Muslims to faith. I am struggling against these faithless masses. Allah willing, I wish to enter Allah’s presence through this struggle of mine. This is all I do.”
Bediuzzaman Said Nursi

-Petikan dari laman sesawang hayratvakfi-
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.





 Mengambil kesempatan mendirikan solat Asar di Rumah Said Nursi.

Jom kita lihat pemandangan sekitar pusat Kota Isparta.




LC Waikiki – pusat membeli belah pakaian di pusat Kota Isparta



Kelihatan seorang lelaki menjual roti Turkish yang dikenali sebagai Simet.







Berdiri di hadapan Masjid Besar Isparta – seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Setiap kota ada satu masjid besar.

kemudi ke :
Sebuah Kisah di Turki... siri 1
Sebuah Kisah di Turki...siri 2
Sebuah Kisah di Turki...siri 4
Sebuah Kisah di Turki...siri 5

Monday 12 December 2016

Sebuah Kisah di Turki... siri 2

Isparta – Kota Tidak Sepopular Istanbul (8 Disember 2016; Khamis)

Perjalanan ke tempat yang dituju diteruskan iaitu Isparta. Kota di Turki yang tidak sepopular Istanbul.

Penerbangan ke Isparta dari Instanbul hanya ada satu penerbangan setiap satu hari. Tiket kapal terbang dari 50 lira hingga 100 lira. Perjalanan mengambil masa 45 minit sahaja. Masa penerbangan adalah pada pukul 1.05 tgh. Perjalanan akan mengambil masa 10 jam jika menaiki kereta ataupun bas.



Tapi sebelum itu, isi perut dulu bersarapan pagi. Jom pergi Turko Baba. Pemilik buka awal sebab sedia maklum oleh orang Mete Travel semalam, yang kami nak bersarapan di sini hari ini. Dekat jer tak jauh.., beberapa tapak sahaja dari Apartment penulis menginap.



*Semalam beli kopi untuk minum malam... panaskan badan, harga dalam 3 lira secawan (besar cawannya adalah 2/3 cawan minum kopi kat Malaysia), tapi yang ‘best’nya pekat sungguh kopi tu.


Sarapan kami ialah Telur Dadar 3 (‘Omellette’), 2 mangkuk kentang goreng (‘french fries’), 2 roti Turkish yang dipotong – sungguh besar (‘Turkish Bread’), ‘Turkish Tea’, nescafe dan air kosong. Kos dalam 62 lira.

Tepat jam 10 pagi (janji ditepati) terus menuju ke Lapangan Terbang Istanbul untuk ke Isparta dengan menaiki Teksi VIP semalam.

*Sampai di Balai Berlepas Domestik, pemandu siap minta tip lagi, terus bagi 30 lira walaupun semalam dah kita bayar tambang 300 lira pada syarikat teksinya. Ehmm! Ihklaskan hati.

Tapi sebelum tu, jom kita tengok – tengok sekitar Istanbul.
*Perkataan Turki yang pertama dipelajari oleh penulis ialah Lapangan Terbang yang dalam bahasa Turkinya kira sebut ‘havalimani’. ‘i’ yang belakang tu tak der titik yer.






Masuk pintu utama kaunter lapangan terbang, terus membuat pemeriksaan keselamatan. Kena tanggal ‘semua’. Alhamdulillah lepas dan terus ‘check in’ di Kaunter Turkish Airline, lagi sekali melalui pemeriksaan keselamatan dan terus ke ‘Gate’ 404. 1 jam menunggu dan akhirnya ‘gate’ dibuka dan rombongan penulis dibawa menaiki bas ke pesawat menuju ke Isparta. Kali ini kapal terbang kecil dan bukan yang besar macam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai dan Dubai ke Istanbul. Tak der hiburan tapi dapat makan roti.

Penerbangan pada jam 1.05 tgh dan mengambil masa 45 minit untuk tiba di Isparta.




Permandangan dari dalam Kapal Terbang. Keadaan geografi Isparta yang kelihatan tandus dan berbukit bukau. Oh ya! Lupa nak beritahu yang sekarang ni musim sejuk untuk Turki. Dan di Isparta suhu dijangka -6°C hingga 7°C. Memang sejuk. Tapi dari maklumat yang boleh dipercayai, salji kurang turun di sini, hanya di kawasan tanah tinggi yang kerap menerima salji.




Tiba di Lapangan Terbang Suleyman Demirel, Isparta dalam jam 2.00 ptg. Alhamdulillah pemeriksaan keselamatan di sini tidak terlalu ketat.

Alhamdulillah, kami di sambut oleh Komuniti Nusantara di sini yang terdiri daripada mereka yang berasal dari negara – negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Dan Mereka sungguh peramah dan baik hati.

*Terima kasih banyak – banyak kerana membantu kami mencari tempat penginapan di tengah – tengah bandar Isparta yang berdekatan dengan kedai – kedai runcit untuk keperluan kami.

Nukman dan Ridwan terus membawa kami menaiki bas menuju ke Bandar Isparta dengan bayaran 2 lira seorang. Mengheret semua beg - beg yang ada terus ke Pusat Pengajian Antarabangsa (‘Mevlana’) untuk isteri melapor diri sebelum kami ke Apartment penginapan kami di Bandar Isparta.

Di situlah penulis mengenali ahli Komuniti Nusantara yang lain seperti Ustaz Ahmad dari Indonesia, Farah dari Singapura.

Bukan sahaja Komuniti Nusantara yang baik hati, orang Turki di ‘Mevlana’ juga baik hati. Alhamdulillah mereka tumpangkan kami ke Apartment Liman kami di Bandar Isparta.



Perjalanan Suleyman Demirel Airport ke Suleyman Demirel University – 22 minit



Perjalanan Suleyman Demirel University ke Bandar Isparta – 18 minit




Yang merah tu, letaknya Apartment kami, Liman Apartment... alamat, nanti cari... sebab ABC Turki ni lain sikit.

Pada malamnya kami diraikan oleh Komuniti Nusantara ini, dengan membawa kami makan di sebuah restoran Turki di tengan bandar Isparta. Apa yang mengkagumkan penulis, mereka semua pandai dan fasih berbahasa Turki.

kemudi ke :
Sebuah Kisah di Turki... siri 1
Sebuah Kisah di Turki...siri 3
Sebuah Kisah di Turki...siri 4
Sebuah Kisah di Turki...siri 5