Monday, 24 November 2025

PASUKAN BOLA BALING seKOSAS 11 tkb DI KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT (MSSDHL) 2025 – K68

Pihak pengurusan cukup berbangga dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pemain L11 dan P11. Tahniah dan syabas kepada pasukan P11 kerana telah berjaya merangkul Johan dalam kejohanan kali ini. Mengembalikan semula kejuaraan bawah 11 tahun di mana yang terakhir pada tahun 2023. L11, anda semua telah buat yang terbaik, cuma kejayaan yang masih tertangguh. Lebih fokus selepas ini.

Memberikan tumpuan dan fokus sepenuhnya terhadap perlawanan, tidak memikirkan terlalu jauh apa yang akan terjadi. Kita musti menang perlawanan yang ini dulu.

Kunci utama ialah mendengar arahan, memahaminya dan melaksanakan tugasan dalam perlawanan. Sentiasa bersuara dan bergerak, cabar setiap pergerakan mereka respon dengan pantas.

Matlamat jangka panjang sangat jelas, Alhamdulillah, untuk kali ini nikmat menang, diberikan peluang oleh Allah untuk dikecapi. Kepuasan setelah ‘berkayuh’ sejauh – jauhnya dan sekuat – kuatnya. Terus pasak dalam minda... jadi ‘Unbeatable’. Kosas Ksatria, teruskan perjuanganmu.

KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK BOLA BALING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT (MSSDHL) 2025
Tarikh : 23 November 2025 (Ahad)
Kategori : 11tkb
Tempat : Talent Champs Sport Complex, Taman Eko Langat
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Daerah
Anjuran : PPD Hulu Langat

P11






SENARAI NAMA PEMAIN P11
Adhni, Sumiyya, Qaseh, Sara, Aqilah, Naurah, Nilam, Alya, Safiyyah, Hania, Izzara, Adelia

Keputusan
Peringkat Kumpulan
1.Sekosas 6 vs 5 SK Seri Sekamat
2.Sekosas 7 vs 0 SK Cheras Jaya
... Johan Kumpulan

Suku Akhir
Sekosas 5 vs 1 SK Bukit Raya

Semi Final
Sekosas 5 vs 4 SK Taman Nirwana

Final
Sekosas 3 vs 0 SK Bukit Mahkota

Alhamdulillah. KITA JUARA.

Menang 5, Belum menang -, Seri -
Jumlah jaringan 26, Bolos 10
Beza Gol +16
-----

L11


SENARAI NAMA PEMAIN L11
Fawwaz, Adam, Izzat, Niyaz, Addin, Alif, Danny, Hadi, Taufiq, Irfan, Irsyad, Rayyiman

Keputusan
Peringkat Kumpulan
1.Sekosas 6 vs 9 SK Bandar Rinching
2.Sekosas 2 vs 8 SK Sg Ramal Dalam

... Ketiga Kumpulan

SeKOSAS KSATRIA L11 akan bangkit!

Menang -, Belum menang 2, Seri -
Jumlah jaringan 8, Bolos 17
Beza Gol -9

Rejam Juara, Kita No. 1
+++++++++++++++
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.

Sunday, 16 November 2025

PASUKAN BOLA BALING KSATRIA HT P10, 2025 DI KEJOHANAN BOLA BALING AKAR UMBI KATEGORI BAWAH 10 TAHUN – K67

Alhamdulillah. Ksatria HT P10 beraksi. Diberikan peluang untuk beraksi di Kejohanan Anjuran Kelab Bola Baling PSD Putrajaya. Terima kasih kepada yang menjemput. Terima kasih atas ingatan.

Daripada markah 10, kita bagi 4/10. Kenapa, sebab masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Bila dalam kejohanan ini berbeza, sekurang – kurangnya boleh nampak kekurangan yang ada. Fikir untuk atasi semasa latihan. InsyaAllah anak – anak ini masih muda.

Namun Syabas kepada pasukan ini kerana telah memberikan yang terbaik, namun InsyaAllah kita akan bangkit. Chak De!!!. Para pemain akan dibentuk untuk masa akan datang. Displin dan bersedia untuk berubah menjadi lebih baik.

Matlamat jangka panjang sangat jelas, kembali nikmat menang, kepuasan setelah ‘berkayuh’ sejauh – jauhnya dan sekuat – kuatnya. Pasak dalam minda... jadi ‘Unbeatable’.

KEJOHANAN BOLA BALING AKAR UMBI BAWAH 10 TAHUN 2025
Tarikh : 16 November 2025 (Ahad)
Kategori : P10
Tempat : Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Terbuka
Anjuran : Kelab Bola Baling PSD Putrajaya




SENARAI NAMA PEMAIN P10
Elryna, Alya, Hania, Athirah, Izzah
Izzara, Jasmin, Aisyah, Safiyyah

Rejam Juara, Kita No. 1
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.