Sunday, 14 December 2025

PASUKAN BOLA BALING KSATRIA / seKOSAS DI KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA PETALING JAYA 2025 11TKB – K69

Kejohanan kali ini pasti antara kejohanan yang akan diingati. Tanpa kekuatan penuh, pemain P10 menggalas tanggungjawab bagi memastikan KSATRIA HT melepasi peringkat kumpulan. Sekumpulan dengan nama – nama besar seperti PRIME HC (Petaling Perdana), HAWKEYE Jr (Lembah Keramat) dan SUTERA HC (Pahang), menjadikan kumpulan ini kumpulan sukar.

Para pemain (P11) terus menunjukkan komitmen tinggi untuk bermain. Percubaan untuk memastikan kemenangan pada perlawanan kedua tidak kesampaian. Masih ada peluang, namun untuk mara dengan jaringan yang besar diletakkan sebagai sasaran. Misi mustahil, adakah akan berjaya. Pemain – pemain utama hadir untuk memberikan bantuan, sampai, terus bermain, ibarat kereta belum panas, kebangkitan hanya ditunjukkan pada minit – minit akhir permainan. Mereka telah memberikan yang terbaik. Tahniah para pemain.

-whatsapp-
Setinggi tinggi penghargaan pihak pengurusan ucapkan kpd semua ibu bapa / penjaga para pemain pasukan yang terlibat pada hari ini, kerna terus memberikan sokongan jitu kpd pasukan P11 dlm kejohanan ini.
Kesungguhan yg ditunjukkan para pemain menakjubkan. Teruskan bersama pasukan. Lepas ini Ksatria pasti bangkit. InsyaAllah.

Antara persembahan menarik yang ditunjukkan dalam penyertaan kejohanan. Satu kumpulan bersama PSD (Putrajaya), Black Ghimau Jr (N9) dan SKST Wildcats). Menjadikan kumpulan ini ‘Unpredictable’. L11 terus mencatat mara ke peringkat kalah mati, hasil kedudukan naib juara kumpulan. Tahniah L11, namun banyak perkara perlu diperbaiki. Kelajuan, kebijaksanaan untuk memulakan permainan dengan pantas tanpa menunggu wisel pengadil, kekuatan fizikal, kekuatan balingan menjadi catatan pihak pengurusan untuk terus muhasabah dan memperbaiki diri. InsyaAllah Ksatria bangkit.

-whatsapp-
Maaf yer... anak anak dah buat yang terbaik...

KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA PETALING JAYA 2025 – U11
Tarikh : 13 - 14 Disember 2025
Kategori : P11; 13 Disember 2025 dan L11; 14 Disember 2025
Tempat : IWK Eco Park, Kuala Lumpur
Masa : Sepenuh Masa
Peringkat : Kebangsaan
Anjuran : Kelab Bola Baling HARUN (BBHC)


P11


SENARAI NAMA PEMAIN P11
Izzara, Jasmin, Hania, Aisyah, Sumiyyah, Qaseh, Alya, Safiyyah, Izzah
Tiada dalam gambar : Adhni, Aqilah, Sara

Jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan

1.KSATRIA HT 2 vs 8 PRIME HC, Jam 1040, Gelanggang B

2.KSATRIA HT 3 vs 4 HAWKEYE Jr, Jam 1300, Gelanggang B

3.KSATRIA HT 6 vs 9 SUTERA HC, Jam 1500, Gelanggang B 

Menang -, Belum menang 3, Seri -
Jumlah jaringan 11, Bolos 21
Beza Gol -10
-----
L11


SENARAI NAMA PEMAIN L11
Irsyad, Taufik, Addin, Niyaz, Irfan, Adam
Hadi, Rayyiman, Fawwaz, Alif, Izzat, Danny

Keputusan Perlawanan Peringkat Kumpulan

1.KSATRIA HT 5 vs 2 PSD (Putrajaya), Jam 1220, Gelanggang A

2.KSATRIA HT 3 vs 3 BLACK GHIMAU Jr (N9), Jam 1320, Gelanggang A

3.KSATRIA HT 6 vs 7 SKST Wildcats (KL), Jam 1500, Gelanggang A

Mara ke pusingan 16.

4.KSATRIA HT 2 vs 11 STAMSEL

Maaf yer... anak anak dah buat yang terbaik...

Menang 2, Belum menang 1, Seri 1
Jumlah jaringan 16, Bolos 23
Beza Gol -7

Rejam Juara, Kita No. 1
----------------------
Berlatih dan terus berlatih.
Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih kepada ibu bapa / penjaga para pemain seKOSAS / KSATRIA HT yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. 

Terima kasih kepada semua para pentadbir SK Taman Kosas, para pegawai pasukan. Terima kasih... terima kasih.

Juga kepada para guru dan warga SEKOSAS yang padu menyokong, serta mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kecemerlangan pasukan.

Hanya tuhan yang membalas kebaikan kalian. Terus sokong pasukan ini.

**Sentiasa bersedia. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling. 
**Saya bukan nak popular, saya cuma nak bantu bentuk generasi yang kental dan bersemangat Ksatria.