Monday 14 October 2019

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas – K10

Tahniah dan Syabas!!! Tidak mencapai apa yang dihajati, namun redha

Aktiviti : KARNIVAL BOLA BALING SEKOLAH KEBANGSAAN PIALA GURU BESAR PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
Kategori : Perempuan bawah 11 tahun dan 12 tahun
Tarikh : 12 Oktober 2019 (Sabtu)
Tempat : Padang IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan
Anjuran : SK Seliau




Pemain dalam Pasukan Bola Baling U11 :
Elly, Danisya, Qistina, Azeeqah, Farisya, Jannah, Batrisyia, Ain, Huda, Aina, Nana, Sayang

Pemain dalam Pasukan Bola Baling U12 :
Dian, Ad, Farhanah, Faezah, Hani, Fatiemah, Amna, Sab, Melissa, Amirah, Shaqiera, Amni

Tidak ada rezeki... itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut saya setelah kedua - dua pasukan Bola Baling SK Taman Kosas U11 dan U12 tidak berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir apabila tewas dengan lawan masing - masing. Pasukan U12 tewas 1-3 dengan SK Lendu pada peringkat suku akhir dan pasukan U11 tewas 0-1 dengan pasukan SK Seremban 2B (pasukan yang pernah kami tewaskan di Kejohanan Piala Mahmeri di Sepang pada bulan Julai lepas)... menyaksikan perlawanan berlangsung dalam suasana tegang dan jaringan penyamaan tidak dikira atas alasan 'airhonk' telah dibunyikan, kemudian baru wisel penamat ditiup. Pada pengamatan jurulatih dan semua penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut, yang mana mengharapkan jaringan itu diambil kira dan perlawanan akan berlanjutan ke masa tambahan.

Perlawanan yang menyaksikan satu layangan kad merah kepada seorang pemain SK Taman Kosas yang dikatakan mengasari (menarik) pemain lawan berkali - kali... 2 kad kuning, 2 minit (pegawai meja tidak mengambil masa), 1 kad kuning, kad merah, 2 minit, pemain lain dimasukkan. Perlawanan yang sepatutnya lebih kepada 'pembelajaran dan teguran', bertukar menjadi perlawanan 'Malaysia lawan Vietnam',  kategori U11 kot.

Namun Alhamdulillah, Redha, itulah pendekatan yang terbaik yang boleh diambil. Banyak yang dipelajari oleh para pemain. Antaranya ialah pengawalan emosi dan tidak mudah berputus. Anda semua hebat!!!.

Setiap kategori terdiri daripada 16 pasukan yang dibahagikan kepada 4 kumpulan. Pasukan U11 diundi dalam kumpulan B. Berikut merupakan keputusan peringkat kumpulan, SK Taman Kosas 2 - 0 SK Kompleks KLIA, SK Taman Kosas 3 - 0 Kulai Handball (B), SK Taman Kosas 3 - 0 SK Kem Terendak 2. Menjadi johan kumpulan.

Pasukan U12 diundi dalam kumpulan D. Berikut merupakan keputusan peringkat kumpulan, SK Taman Kosas 5 - 1 SK Taman Tuanku Jaafar, SK Taman Kosas 1 - 0 SK Balai Padang, SK Taman Kosas 0 -  4 SK Sungai Pasir. Menjadi naib johan kumpulan.

Secara keseluruhan, jurulatih amat berpuas hati dengan komitmen dan  persembahan yang ditunjukkan oleh setiap pemain, sedikit rasa terkilan apabila tidak berjaya menghadiahkan medal kepada SK Taman Kosas. Tahniah diucapkan kepada semua pemain!!!

Selepas ini fokus pula kepada kejohanan - kejohanan yang mendatang.

Berlatih dan teruskan berlatih...

Jutaan terima kasih kepada semua guru - guru pengiring yang menjadi tunjang pasukan. Bertindak sebagai pengurus, penolong jurulatih dan fisioterapi pasukan -  membantu menyediakan tempat penginapan dan menguruskan makan dan minum semua pemain. Anda semua terbaik.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.

**Alhamdulillah, para pemain dianugerahi dengan sijil peringkat kebangsaan yang ditandatangi oleh Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment