Sunday, 10 November 2019

Pasukan Bola Baling SK Taman Kosas 2019/2020 – K12

Mampu bersaing, perlu kerja lebih kuat!!

Aktiviti : Kejohanan Bola Baling (U11) PKD Kuala Pilah 2019
Kategori : Perempuan bawah 11 tahun
Tarikh : 03 Nov 2019 (Ahad)
Tempat : Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah
Anjuran : PKD Kuala Pilah dengan Kerjasama KBS


Pemain dalam Pasukan Bola Baling U11 :
Elly, Danisya, Qistina, Azeeqah, Farisha, Jannah, Nana, Bat, Huda, Putri Syahira

Bertanding dalam kejohanan terbuka, bukan sahaja bersaing dengan pasukan sekolah lain, malah bersaing juga dengan pasukan daerah dan juga negeri.

Bila bersaing pada peringkat ini, barulah kita nampak apakah kelemahan yang ketara yang perlu kita perbaik. Semangat melawan, 'support' antara satu sama lain, mobiliti dan pergerakan, kelajuan, kemahiran individu mengacah dan juga kemahiran asas membaling dan menangkap bola. Segala ini perlu diperbaiki untuk memastikan pasukan lebih mantap pada tahun hadapan. Sentiasa bersedia dengan pelbagai tekanan dan mampu mengawal emosi dengan baik.

Sesiapa sahaja boleh menjaringkan gol, tidak semestinya mempunyai kemahiran balingan yang semacam 'roket', yang penting ialah meletakkan bola pada titik yang betul... maka masuklah bola itu ke dalam jaring. Saling membantu antara pemain dan kita main sebagai satu unit atau berpasukan.

Hampir - hampir menjejak kaki ke perlawanan peringkat separuh akhir, namun tewas pada perlawanan kedua dengan lawan yang sudah berjumpa tiga kali pada tahun ini dalam masa 2 bulan... juga dengan jaringan yang sama iaitu 0 - 1.

Keputusan perlawanan bagi pasukan (p) bawah 11 tahun adalah seperti berikut, SK Taman Kosas 0 - 7 Kuala Langat, SK Taman Kosas 0 - 1 SK Seremban Jaya II, SK Taman Kosas 5 - 0 SK Seremban Jaya II (Angah), SK Taman Kosas 10 - 0 SK Seremban Jaya II (Ucu), SK Taman Kosas 3 - 3 TBRhinos.

Hanya pada perlawanan kelima, jurulatih amat berpuas hati kerana pemain menunjukkan semangat berpasukan dan semangat melawan yang tinggi. Namun, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain.

Mentaliti juara perlu diterapkan pada setiap pemain, dan perlu ada perasaan tidak mahu kalah!!! Kita mahu apa... menang... kita mahu apa... menang... kita mahu apa... menang, menang, menang. Huha.

Berlatih dan teruskan berlatih... 'rope', 'jump', 'side to side wall', 'forward and backward', 'marker in and out', 'body push'.

Jutaan terima kasih kepada semua guru - guru pengiring yang menjadi tunjang pasukan. Bertindak sebagai penolong jurulatih dan fisioterapi pasukan. Anda semua terbaik.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak seperti para ibu bapa, pentadbir dan semua warga SK Taman Kosas yang menjadi pemain kelapan, membantu dan menyokong kami... PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN KOSAS.

Kepada mana - mana organisasi atau orang perseorangan yang ingin menyumbang dana kepada pasukan ini... amatlah dialukan - alukan. Segala sumbangan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Boleh hubungi saya di 0132795903.

**Ego itu pasti ada... apabila kita hanya dipandang sebelah mata.
**Dalam sesi latihan bersama pasukan daerah Hulu Langat.

No comments:

Post a Comment