Saturday 26 June 2021

ULASAN MAKANAN ('FOOD REVIEW') : ASAM PEDAS MELAKA ZAITON TOMYAM, AMPANG

Ulasan makanan ('Food Review') :
Adakah anda penggemar Asam Pedas Melaka. Tengok gambar pun dah tahu... pasti sedap. Dengan warna kemerahannya, amat menyelerakan.
Kami sekeluarga memang dah jatuh cinta dengan asam pedas melaka. Asal pergi Melaka jer, pasti sajian yang mesti cuba adalah asam pedasnya.




Namun, semenjak PKP (MCO) dilaksanakan, tak tak boleh nak rentas negeri, lama kelamaan kami rindu nak dapatkan asam pedas macam kat Melaka. Cuba sana – sini dan selepas mencari di intenet, saya terjumpa asam pedas ini di Ampang. Alhamdulillah, kami jumpa. Asam pedas yang kami jumpa ini, hampir sama yang ada di Melaka yang kami pernah cuba sebelum ini di Melaka.

Kenapa kami kata sedap sangat? Indikatornya ialah anak – anak saya. Anak – anak saya terutama anak yang ketiga dan keempat memang tak berapa suka sangat asam pedas. Kecuali asam pedas Melaka yang mereka pernah cuba di Melaka. Banyak yang dicuba asam pedas Melaka di sekitar Ampang. Namun anak – anak saya cuma ambil kuahnya sahaja, itu pun sikit. Tapi bila jumpa asam pedas Melaka Zaiton Tomyam ini, pasti nasi bertambah dalam pinggan. Tak pernah – pernah ambil ikan asam pedas, anak – anak saya mula makan ikan apabila disajikan asam pedas Melaka Zaiton Tomyam ini. Bila tanya pekerjanya, memang asam pedas ini dimasak dan disediakan oleh orang Melaka.

Daripada markah 10, saya bagi 9/10 untuk asam pedas Melaka Zaiton Tomyam ini.

Menu dan harga (ditawarkan di blog ini) :
Asam pedas Melaka Zaiton Tomyam ini akan disertakan sekali dengan ulam dan telur asin.

Asam pedas ikan pari RM10.00 1 set
Asam pedas ikan tenggiri RM12.00 1 set 

Lokasi/Masa operasi/Cara menghubungi :
Restoran Zaiton Asam Pedas/Zaiton Tom Yam
Jalan Mamanda Kecil 1, Kampung Melayu Ampang, 68000 Ampang, Selangor
(Dekat pangsapuri Taman Dato’ Ahmad Razali)
12.00 tgh – 8.00 mlm (PKP)
012-8444470

Informasi tambahan :
Perkhidmatan penghantaran sekitar Ampang, jika ada yang berminat untuk mencuba Asam Pedas ini boleh tempah melalui saya di talian 013-2795903 (bergantung kepada restoran sama ada buka atau tidak). RM 5 bagi setiap 1 set asam pedas yang ditempah.

No comments:

Post a Comment