Sunday 19 March 2023

PASUKAN BOLA BALING/SABER HANDBALL TEAM 2023 DI KEJOHANAN SIRKIT BOLA BALING SK LEMBAH KERAMAT SIRI 1 2023 – K27

Alhamdulillah, kembali dengan semangat juang, cemerlang

Aktiviti : 
KEJOHANAN SIRKIT BOLA BALING SK LEMBAH KERAMAT SIRI 1 2023
Kategori : Perempuan bawah 12 tahun
Tarikh : 19 Mac 2023 (Ahad)
Tempat : SK Lembah Keramat
Anjuran : Unit Kokurikulum, SK Lembah Keramat

Kembali ke gelanggang latihan 2 hari selepas terlibat dengan Kejohanan Bola Baling Piala YB Haniza Talha (P12) pada hari Isnin 13 Mac 2023. Hari Khamis 16 Mac 2023, kita mulai dengan semangat yang baru, lupakan apa yang dah berlalu.

Muhasabah diri, tonton dan kenalpasti kelemahan. Cuba perbaiki, ubah dan tambah taktikal. Hasil perbincangan dengan para pemain, kita akan kembali dengan lebih padu dan jitu, InsyaAllah.

Ya, kata buka sebarang kata, kata perlu dikota. Akhirnya...

Format pertandingan adalah liga, melibatkan 6 pasukan iaitu SABER HT, SK Tasik Permaisuri 2 (SKTP 2), Bamboo River, Purnama HC, Hawkeye HC (tuan rumah) dan Hawkeye JR (tuan rumah)


Pemain dalam Pasukan Bola Baling SABER HT :
P12
Berdiri : Alyaa, Farisya, Lidiya, Lailatul, Filzah
Berdiri hadapan : Aulia, Rusydah, Adelia, Alya
Jurulatih : Cikgu Norazmi bin Mohamed, Jurulatih pembangunan : Cikgu Mohd Azma Hakimi bin Mohd Rosli


KEPUTUSAN

SABER HT 7 - 1 BAMBOO RIVER HT
Berjaya mengatasi gemuruh, kebiasaannya perlawanan pertama adalah sukar kerana para pemain susah untuk mendapat rentak permainan. Alhamdulillah kali ini para pemain boleh mengawal emosi, perasaan dan keadaan.

SABER HT 10 - 2 PURNAMA HT
Separuh masa pertama adalah sukar bagi SABER HT. Pihak lawan menggunakan taktikal jaga 1 to 1. Ini menyukarkan para pemain untuk membuat taktikal yang dirancang. Namun para pemain ‘menjauhkan’ diri dengan pemain pihak lawan yang mengunci mereka. Memanfaatkan segala ruang sekeliling yang ada.

SABER HT 11 - 2 HAWKEYE JR
Para pemain berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan dengan cemerlang sekali.

SABER HT 7 - 3 SKTPP 2
Pada satu ketika keadaan cemas apabila berkedudukan 3-3. Kapten dan pemain yang memberikan arahan berjaya mengawal keadaan dan menyusun semula strategi yang dirancang.

SABER HT 7 - 2 HAWKEYE HC
Para pemain amat berdisiplin dalam membuat ‘wall’ dalam mempertahankan daripada gol dibolosi. ‘Challenge’ setiap pemain pihak lawan agar mereka tidak selesa dalam membuat percubaan ke gol.

Dengan 5 kemenangan, maka SABER HT berjaya dinobatkan sebagai Johan dalam sirkit ini. Walaupun ini hanya sirkit yang kecil, namun ia memberi satu motivasi kepada para pemain untuk bangkit daripada kejohanan sebelum ini. Dan menjadi satu tanda aras untuk meningkatkan kualiti permainan. 

Alhamdulillah dan tahniah kepada pemain, johan milik kita dengan jaringan 42 biji gol dan 10 bolos. Tahniah dan Tahniah.
  
Berlatih dan terus berlatih. Kita pasti akan juara suatu hari nanti.

Pihak pengurusan pasukan amat – amat berterima kasih dengan ibu bapa / penjaga para pemain SABER yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk membenarkan anak – anak mereka bermain. Hanya tuhan yang membalas kebaikan tuan dan puan. Teruskanlah menyokong pasukan ini sehingga terus mencapai kecemerlangan.

Semangat membara, usaha, juara... SABER HU HA!!!

**Bersedia untuk kejohanan yang seterusnya... berlatih dan terus berlatih. Bukan apa, ini semua atas dasar minat yang mendalam kepada sukan bola baling.

No comments:

Post a Comment